Location: http://www.fotopages.com
Window-target: _top

<?xml version="1.0" encoding="UTF-8"?>

<rss version="2.0"
 xmlns:blogChannel="http://backend.userland.com/blogChannelModule"
>

<channel>
<title>Kenitra&#x27;s FotoPage -  - Fotopages.com</title>
<link>http://kenitra1975.fotopages.com/</link>
<description></description>
<pubDate>Fri, 04 Jul 2008 18:22:45 GMT</pubDate>
<lastBuildDate>Fri, 04 Jul 2008 18:22:45 GMT</lastBuildDate>

<image>
<title></title>
<url>http://www.fotopages.com/images/rss_logo.gif</url>
<link>http://shw.fotopages.com/</link>
<width>40</width>
<height>60</height>
</image>

<item>
<title>Renungan Di Penghulu Hari</title>
<description>

Pagi-pagi Jumaat ini, sambil duduk duduk melihat fail di meja atau mengatur persiapan kerja di meja, cuba fikir-fikir tentang ayat-ayat Al-Quran yang kita hafal. Kecuali seorang hafiz, pastinya kebanyakan ayat atau surah yang ada di dalam kepala kita adalah apa yang kita baca dan hafal semasa kita kanak-kanak. Justeru seribu penghargaan wajar kita ucapkan kepada ibu bapa kita serta guru Al Quran kita kerana walaupun tak banyak ada juga surah-surah yang melekat di dalam kepala yang boleh kita baca sewaktu bersolat. Andaikata kedua pihak ini tidak mengasuh kita dengan Al Quran serta menghafal surah-surah pendek pastinya jika hari ini sukar untuk kita membaca surah di dalam solat. Ini kerana bila kita semakin meningkat usia semakin sukar atau kurang daya penghafalan kita. Kecualilah kita memang dikurniakan Allah dengan daya ingatan dan penghafalan yang kuat walaupun telah berusia, tentunya itu satu kelebihan pula.

Saya sendiri mengakui untuk diri saya membuat hafalan sekarang adalah sesuatu yang agak sukar. Malam ini dihafal, pagi esok dah tergagap-gagap membacanya. Bukannya tidak boleh tapi usaha yang benar-benar gigih diperlukan, dan kegighan itulah yang belum kunjung tiba lagi. Kadang-kadang hati terusik apabila asyik membaca surah yang sama sahaja. Nak membaca yang panjang tak terhafal pula. Kadang-kadang rasa berdosa apabila sebilangan besar surah yang pernah dihafal hilang dari ingatan apabila jarang diamalkan.

Mungkin maksud daripada sepotong syair Arab ini boleh kita renungi. Saya tidak ingat (lupa lagi) siapa penuturnya, namun beliau mengadu tentang masalah hafalannya. Maksud syair itu berbunyi-

&#x22; Aku mengadu kepada Waqi&#x27; tentang kesusahan hafalanku,
  Maka dia menasihati aku agar meninggalkan ma&#x27;asi (maksiat)&#x22;.....

WalLahu aalam... 

Gambar di atas merupakan satu alat penyiksaan yang digunakan pada zaman lampau. Di didalam objek yang berbentuk keranda tersebut penuh dengan besi-besi tajam. Pesalah akan dimasukkan ke dalamnya dan apabila pintu ditutup besi-besi tajam didalamnya akan menikan pesalah tersebut sehingga mati....

Ada orang mengatakan hukum hudud itu zalim, rasanya yang ini yang zalim.......

</description>
<guid isPermaLink="true">http://kenitra1975.fotopages.com/?entry=1602639</guid>
<pubDate>Fri, 04 Jul 2008 00:00:00 GMT</pubDate>
</item>

<item>
<title>Kepala Kecut</title>
<description>


Dalam kehidupan harian anda, pernahkah anda bertemu manusia yang merasakan hanya dirinya sahaja yang betul, pandangan yang lain salah, tidak betul dan boleh diperlekehkan? Kalau bercakap dialah yang tahu segala-galanya, dialah yang pakar dan dialah yang hebat. Dan kalau anda lihat pula tuan punya badan, adakah anda dapat melihat kehebatan yang ada padanya sepertimana hebatnya insan seperti ini berbicara?

ini ramai di negara kita sampai naik letih dibuatnya. Biasanya manusia tak reti bahasa ini payah nak dibawa berbincang atau bermesyuarat. Dalam perbincangan suka mencadangkan sesuatu tetapi apabila diminta untuk melaksanakan cadangan tersebut dialah yang mula-mula mengundurkan diri, &#x22;saya mencadangkan aje, biarlah orang lain yang buat!&#x22;. Kadang-kadang suka cakap dibelakang, &#x22;Kalaulah aku jadi dia aku tak akan buat macam tu, aku akan buat begitu begitu....Orang seperti &#x22;. Yang sebenarnya orang seperti ini tahu atau buat-buat tak tahu bahawa dia sebenarnya tidaklah sehebat mana atau tak hebat lansung. Mulutnya hanya mampu berkata tapi untuk melaksanakannnya dia sendiri zero. Bagi saya jika manusia seperti ini hebat, mereka tidak akan berada pada kedudukan mereka ini sekarang. Jika mereka hebat mungkin ketika ini mereka merupakan seseorang yang dihargai pandangan serta pekerjaannya serta terbukti membawa perubahan besar kepada masyarakat atau negara. Tapi orang seperti ini nampak hidupnya sendiripun tidak teratur, masih pada takuk lama dan tidak peka kepada perubahan. Sememangnya sukar untuk memberi nasihat kepada manusia seperti ini, tapi apa nak buat mereka masih berada di sekeliling kita. Anggukkan sahajalah kepala bila mereka berbicara dengan harapan mereka akan segera beredar. Yang penting kita sendiri perlu tingkatkan usaha agar lebih bagus daripada manusia seperti ini.

Ada mata pandang
Ada telinga dengar
Ada mulut diam.... :-D 

Semasa mengedit gambar di atas, jam hampir pukul 11 malam. Kerana komputer riba yang lembab, sementara menunggu ia beroperasi semula saya baring di atas tikar. Sedar-sedar jam menghampiri ke angka 5 pagi. Adusss.....saya sudahkan kerja dan masuk tidur hanya untuk bangun semula sejam kemudian.....</description>
<guid isPermaLink="true">http://kenitra1975.fotopages.com/?entry=1600327</guid>
<pubDate>Wed, 02 Jul 2008 00:00:00 GMT</pubDate>
</item>

<item>
<title>Tanpa Ayah Sapolah Kito</title>
<description>


&#x22;Kek ghumah rapat dongan sapo?&#x22;
&#x22;Dongan omak&#x22;.
&#x22;Anak laki, biaso la yo tak. Ayah garang ko?&#x22;
&#x22;Garang la jugak&#x22;
&#x22;Ayah kito garang sobab nak kito jadi oghang.....&#x22;

Perbualan di atas berlaku antara saya dengan seorang Ustaz bernama Ustaz Zulkifli semasa saya bersekolah di tingkatan empat atau lima dulu. Perbualan tersebut telah berlaku berbelas-belas tahun dahulu. Walaupun banyak perkara yang kami bualkan pada hari itu, dialog ini sahajalah yang masih berbekas dalam kepala saya sampai hari ini.

Sebagai anak sulung kadang-kadang saya merasakan tidak mendapat apa-apa keistimewaan berbanding adik-adik yang lain. Ayah mahu saya berusaha keras dalam pelajaran agar menjadi contoh kepada adik-adik. Semasa dalam tahun menghadapi peperiksaan penilaian darjah 5 perjalanan hidup saya diubah secara drastik. Tiada lagi tv pada waktu malam, waktu hanya untuk menelaah pelajaran. Hingga pernah satu ketika ketika saya tertidur di atas kerusi ketika membaca saya terus dimarahi. Hampir setiap malam juga saya dihantar ke rumah rakan ayah yang merupakan seorang guru untuk mendapatkan kelas tambahan. Pelajaran percuma ini kalau tak silap saya adalah hasrat rakan ayah saya itu sendiri. Sehingga hari ini jasa mereka masih saya ingat kerana itulah titik tolak saya lebih bersungguh untuk belajar. Saya di sekolah tidaklah pandai sangat. Pernah satu ketika saya mendapat tempat yang teruk dalam peperiksaan iaitu nombor 44. Ayah tak mahu menandatangani report card saya membuatkan saya terpaksa merayu kepada emak pula. Tapi saya tahu ayah bangga apabila saya menjadi orang pertama dalam kaum kerabat saya yang berjaya ke universiti serta yang pertama ke luar negara.

Walaupun hari bapa telah berlalu, tapi bagi saya, saya menyambutnya setiap hari. Entry ini saya dedikasikan buat insan yang telah mendidik dan membesarkan saya. Saya sayang ayah. </description>
<guid isPermaLink="true">http://kenitra1975.fotopages.com/?entry=1594945</guid>
<pubDate>Fri, 27 Jun 2008 00:00:00 GMT</pubDate>
</item>

<item>
<title>Sudah Jatuh Ditimpa Buku</title>
<description>

Semasa zaman kanak-kanak saya ramai orang dewasa terutamanya para guru amat tidak senang dengan tabiat membaca majalah kartun/komik terutamanya Gila-Gila. Mereka berpendapat majalah seperti itu lansung tidak membawa faedah kepada pembacanya. Namun saya mempunyai pendapat yang berbeza. Ayah saya dahulu membeli majalah Gila-Gila setiap kali keluarannya. setiap kali ayah membawa pulang majalah tersebut ke rumah saya tidak sabar-sabar untuk membacanya. Biasanya saya membaca majalah tersebut sebanyak dua kali khatam. Secara tidak sedar majalah seperti itu menanamkan minat suka membaca dalam diri saya. Apabila pulang dari sekolah sebelum makan tengahari, saya akan mencari apa sahaja bahan bacaan yang saya belek sambil menjamah hidangan tengahari. Kadangkala helaian suratkhabar lama yang ada di atas meja makan juga akan saya baca sambil makan.

Saya bertuah kerana ketika itu ada rakan-rakan yang memperkenalkan saya dengan perpustakaan. saya mendaftarkan diri menjadi ahli di Perbadanan Perpustakaan Awam Seremban yang terletak hampir dengan Wisma Persekutuan. Kini bangunan perpustakaan tersebut telah tiada lagi berganti dengan sebuah kedai menjual kenderaan Perodua. Saya berjalan kaki dari rumah ke Bandar Seremban lebih kurang 6 ke 7 kilometer untuk ke perpustakaan. Perpustakaan biasanya penuh dengan pengunjung pada hari Sabtu. Tempat duduknya akan dipenuhi dengan para pelajar yang mentelaah pelajaran, sampai tempat di bahagian kanak-kanak pun habis mereka sapu. saya suka meminjam buku yang tebal-tebal kerana saya tidak puas membaca bahan bacaan yang nipis. Tentunya pada ketika itu buku-buku tulisan Enid Blyton dan Alfred Hitchcock lah yang paling mendapat sambutan kanak-kanak. Selepas ke perpustakaan saya dan kawan-kawan kadangkala menjamu hidangan di sebuah gerai mamak berhampiran. Sekeping roti canai dan segelas air kosong dikongsi beramai-ramai sampai lima orang. Pernah seorang kakitangan kerajaan yang ada minum di situ membelanja kami makan apabila kesian melihatkan kami beramai-ramai makan sekeping roti canai.

Sekarang minat membaca itu masih saya teruskan cuma masanya saja yang amat terhad. Tahun ini, setakat hari ini, saya hanya dapat menyudahkan 17 buah buku tidak termasuk majalah dan buku yang hanya saya baca chapter tertentu sahaja. Walaupun tidak banyak buku yang mampu dibaca saya masih terus membeli buku setiap kali pergi ke kedai buku. Dan masih ada banyak lagi buku yang dibeli tahun lepas masih belum dibaca dan saya tidak tahu bila saya boleh melakukannya.

kajian menunjukkan rakyat Malaysia hanya membaca sehelai muka sahaja setahun dan saya berusaha untuk menidakkan kajian tersebut. </description>
<guid isPermaLink="true">http://kenitra1975.fotopages.com/?entry=1592356</guid>
<pubDate>Wed, 25 Jun 2008 00:00:00 GMT</pubDate>
</item>

<item>
<title>Menjengah Dunia Gelap</title>
<description>
Model : Rizal Zaidi dan tali kambing
Lokasi : Muzium Ripley&#x27;s Believe It Or Not

Beberapa minggu lalu di Malaysia Hari Ini saya menonton temubual dengan seorang pensyarah fotografi yang akan mengadakan satu pameran solo. Pameran yang akan diadakan memang menarik kerana beliau mempamerkan gambar-gambar yang diambil di penjara Pudu. Beliau mengambil masa lebih dari tiga bulan mengambil gambar di penjara tersebut bagi memastikan hasil yang bermutu tinggi. Ada gambar yang diambil memakan masa sehingga 6 jam lamanya (untuk sekeping) kerana beliau hanya mahu menggunakan cahaya semulajadi. Menggunakan kamera SLR yang saya lupa jenamanya, agak unik kerana viewfindernya terletak di atas, beliau memilih untuk mencetak gambarnya dalam medium hitam putih. Walaupun saya tidak melawat pameran tersebut, namun dari gambar yang disiarkan semasa temubual tersebut saya amat kagum dengan air tangan beliau. Medium hitam putih ternyata memperlihatkan lebih banyak emosi, perasaan seram, kesedihan dan kesuraman. Namun yang amat saya kagum adalah kesabaran beliau yang sanggup mengambil masa yang cukup lama demi memastikan hasil yang amat sempurna.
Dalam pada itu di sebuah akhbar berbahasa Inggeris minggu lalu timbul semula berita mengenai pembangunan yang akan dilakukan di penjara Pudu dimana bangunan bersejarah tersebut akan dirobohkan demi memberi laluan kepada pembangunan. Saya tidak tahu apakah langkah itu tepat atau tidak kerana ia akan menghilangkan terus satu kesan sejarah. Lantas saya teringat pada kitab Hikayat Abdullah apabila Munsyi Abdullah mencatatkan mengenai perobohan A Famosa oleh Inggeris apabila mereka mengambil alih kuasa negeri Melaka. Apabila Stamford Raffles tiba di Melaka beliau telah terlambat dan hanya sempat menghalang perobohan baki kota seperti apa yang dapat kita lihat pada hari ini di Melaka. Maka bayangkanlah jikalau pada hari ini Porta de Santiago ini masih lagi wujud di Melaka.  Di Maghribi, jikalau anda berkesempatan melawatnya, anda masih boleh melihat kota-kota peninggalan kerajaan Islam lampau yang masih kukuh seperti yang terdapat di Rabat, Casablanca, Fest, Kenitra, Sale, Marrakech dan di beberapa kota lagi. Bahkan  tasik tempat Tariq bin Ziad melatih tenteranya berenang sebelum menyeberang ke Gibraltar (Jabal Tariq) masih lagi ada dikelilingi pepohon zaitun yang berusia ratusan tahun lamanya.
Justeru apa yang saya harapkan agar UDA, pihak yang menguruskan kawasan itu sekarang, berfikir dengan wajar dan mengambil tindakan yang tidak merugikan khazanah Negara. Apa yang musnah tidak akan dapat dikembalikan semula, kerana apa yang dibina selepas itu hanyalah tidak lebih dari sebuah replika.   



External hard disk saya korup.....habis semua gambar yang dah di edit, gambar-gambar rujukan, fail-fail muzik dan video hilang dan terpaksa dikorbankan......arghhhhhh!!!</description>
<guid isPermaLink="true">http://kenitra1975.fotopages.com/?entry=1589636</guid>
<pubDate>Mon, 23 Jun 2008 00:00:00 GMT</pubDate>
</item>

<item>
<title>Lotih Kepalo Ese</title>
<description>

Letih yang amat sangat rasanya sekarang ini. Bukan letih kerana bersukan atau bekerja, tetapi letih melihat pesta kenaikan harga barangan sekarang ini. Apabila memandu, mata saya kerap melihat meter minyak di dashboard. Apabila jarumnya mula bergerak ke bawah hati mula gusar kerana ia tanda akan ada RM yang akan melayang. Beras yang saya biasa makan iaitu herbal phoni Taj Mahal sudah beberapa bulan tidak nampak di pasaran. Agak menggusarkan bagi pengidap diabetes kerana beras jenama lain kandungan kanjinya amat tinggi berbanding beras tersebut. Pastinya anda telah mula mengambil langkah berjimat cermat di dalam perbelanjaan. Saya juga begitu. Namun kadang-kadang terfikir juga yang saya mengetatkan perbalanjaan hanya kerana mahu membeli petrol bagi menggerakkan kenderaan. Tak pasal-pasal barangan lain terpaksa dikurangkan pembeliannya.

Kebanyakan pembelian petrol ini pasti halanya adalah untuk kegunaan kita ke pejabat. Rasa macam jatuh miskin pula. Namun disebalik itu saya tahu ada yang lebih derita lagi terutamanya golongan yang berpendapatan rendah. Alangkan saya yang berpendapatann tetap ini terasa susahnya, golongan seperti ini berlebih lagilah. Saya tidak mahu menunding jari ke mana-mana pihak. Apa yang saya harapkan hanyalah satu langkah yang bijak dapat diambil agar keadaan menjadi &#x27;tenang&#x27; seperti sediakala......amin. </description>
<guid isPermaLink="true">http://kenitra1975.fotopages.com/?entry=1586718</guid>
<pubDate>Fri, 20 Jun 2008 00:00:00 GMT</pubDate>
</item>

<item>
<title></title>
<description>

Sepatutnya hari ini saya masih lagi berada di INTAN bagi menyudahkan baki kursus sehari lagi. Namun saya ambil keputusan untuk ke pejabat setelah memikirkan minggu hadapan saya akan &#x27;hilang&#x27; lagi untuk ke Genting. Saya perlu menyelesaikan kerja-kerja pejabat yang tertunggak sebelum ia menjadi lebih banyak. Lagipun kursus yang saya lalui kini sedang memasuki modul finance yang saya rasa amat berat untuk saya ikuti. Berat kerana semua Prof dari Harvard itu mengajar sama seperti mereka mengajar anak didik mereka yang bijak di Harvard. Tambahan pula saya tidak ada asas tersebut yang turut memburukkan keadaan. Namun ini bukan bermakna prof itu tidak pandai mengajar. Cuma saya yang susah nak ikut diburukkan lagi dengan penguasaan English saya yang lemah. Sebenarnya cara prof di Harvard mengajar memang cukup menarik. Mereka menggunakan kes-kes yang kebanyakannya dari peristiwa sebenar untuk dibincangkan. Penulisan kes tersebut juga menarik kerana dibuat dengan begitu teliti serta mencabar minda untuk mengeluarkan idea yang bernas. 3 modul yang sebelum ini saya agak enjoy, cuma yang finance ini saja rasa berat sikit. Apapun masih ada 4 modul lagi yang akan berlansung bulan 7 dan 8 ini yang saya harap akan dapat dilalui dengan baik.</description>
<guid isPermaLink="true">http://kenitra1975.fotopages.com/?entry=1577832</guid>
<pubDate>Fri, 13 Jun 2008 00:00:00 GMT</pubDate>
</item>

<item>
<title>......daripada terus bersawang..</title>
<description>

Maaf kiranya saya belum berkesempatan untuk membalas lawatan para sahabat. Saya masih di INTAN berkursus. Walaupun ada kemudahan internet tetapi masa saya amat terbatas. Insya Allah kalau ada masa saya akan berkunjung ke laman anda.

Esok saya ada satu interview penting. Doakan saya dapat bercakap lancar dengan idea yang bernas...</description>
<guid isPermaLink="true">http://kenitra1975.fotopages.com/?entry=1573787</guid>
<pubDate>Tue, 10 Jun 2008 00:00:00 GMT</pubDate>
</item>

<item>
<title>Ba Ya Cha Alif</title>
<description>




Pertamanya saya mohon maaf sekiranya entry sebelum ini banyak mengganggu ketenangan minda saudara dan saudari. Walaupun ada perasaan kurang senang, ada mesej yang ingin saya sampaikan. Selain peringatan agar berhati-hati di jalan raya, kita diingatkan bahawa kematian itu tidak kita ketahui bila ia akan berlaku serta di mana. Inilah perkara yang saya sendiri takut kerana tidak seperti perkara lain yang boleh kita jangka bila, kematian itu tidak sama sekali. Maka saya berpesan kepada diri saya sendiri dan tuan-tuan sekelian, marilah kita sama-sama menambah bekalan untuk dibawa ke Hari Kemudian nanti.

Amacam dengan cuti sekolah. Tuan puan yang ada anak bersekolah tentunya menggunakan masa ini dengan sebaiknyua untuk berjalan-jalan bersama mereka. Saya pun ada niat nak ambil cuti untuk bersama anak-anak. Namun belum sempat saya mengisi borang cuti, boss di Wilayah dah arahkan saya menghadiri mesyuarat di Kota Bharu minggu depan. Nampaknya bulan depan sekali lagi saya akan lama meninggalkan pejabat kerana selepas itu saya akan bertapa di INTAN selama seminggu bagi siri kedua kursus Anvanced Management Development Programme siri dua (siri pertamanya di Genting haritu) diikuti dengan satu lagi kursus di First World pada minggu berikutnya. Adakah fp ini akan bersawang semula dalam 3 minggu akan datang? Entahlah. Cuma yang pastinya ke KB dan Genting nanti saya malas nak bawa kamera. Saya gantung kamera buat seketika kerana angin malas telah mula bertiup....

Gambar beca di bawah saya ambil ketika menunggu rakan-rakan di tepi bangunan APMM Pulau Pinang. Waktu masih pagi mungkin kerana itu tuan punya beca masih belum beroperasi. Saya edit dengan 3 cara berlainan. Walaupun diedit, saya berpendapat jurugambar yang baik itu dapat menghasilkan gambar yang baik tanpa sebarang editing. Jadi disebabkan gambar yang saya ambil itu tak memuaskan hati, maka saya adjustlah sedikit. Maka tuan-tuan yang tak pandai editing itu tak perlu risau kerana adalah lebih baik usaha diberikan lebih untuk mempelajari teknik menangkap gambar. </description>
<guid isPermaLink="true">http://kenitra1975.fotopages.com/?entry=1561085</guid>
<pubDate>Fri, 30 May 2008 00:00:00 GMT</pubDate>
</item>

<item>
<title>18SG</title>
<description>

Kemalangan ini saya lihat sewaktu dalam perjalanan dari Langkawi ke Pulau Pinang beberapa minggu lalu. Sewaktu saya lalu rasanya kemalangan itu masih lagi baru berlaku kerana trafik masih lagi lancar (biasa la kan, di Malaysia akan berlaku kesesakan trafik apabila berlaku kemalangan disebabkan kenderaan diperlahankan untuk melihat). Saya pada mulanya menjangkakan ia cuma satu kemalangan biasa. Namun setelah dihampiri saya amat terperanjat melihat dua tubuh yang sudah kaku tidak bernyawa. Pelbagai barangan bertaburan di sekitar kenderaan yang terbalik itu. Hati saya amat sayu apabila melihat ada bantal budak, mainan dan termos (pastinya untuk buat susu) yang mana sudah tentu ada kanak-kanak turut berada dalam kenderaan tersebut. Beberapa mangsa sudah dibawa ke hospital apabila saya tiba cuma tinggal seorang yang masih terbaring di tepi jalan dan dua mangsa yang terbunuh tadi. Saya sebenarnya mengambil dari jarak yang jauh dan tidak berani mendekat. Ini kerana saya merasa ngeri yang teramat selain tidak mahu mengganggu kawasan kemalangan. Tidak ada masa untuk mencari angle menarik ketika mengambil gambar sebegini kerana ketika ini bukannya seni fotografi yang penting, tetapi adalah rekod peristiwa selain tidak mahu mengundang salah tanggap oleh orang ramai.

Apapun, pandu cermat jiwa selamat.

</description>
<guid isPermaLink="true">http://kenitra1975.fotopages.com/?entry=1558709</guid>
<pubDate>Wed, 28 May 2008 00:00:00 GMT</pubDate>
</item>

</channel>
</rss>