Ouled Kenitra's Fotopage

By: Ouled Kenitra

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 29-Jul-2011 04:57 Email | Share | Bookmark
Poei Sekolah



Tinggal berapa hari lagi saja nak melangkah ke Ramadhan. Terlebih dahulu hamba mengucapkan selamat berpuasa kepada semua para sahabat. Hamba rasa semua sahabat hamba yang berkunjung ke sini jenis yang berpuasa belaka, bukan yang jenis posa yang yok punya. Apapun bersyukurlah kepada-Nya andai masih diberi kesempatan lagi untuk bertemu dengan Ramadhan, bulan yang penuh kerahmatan serta amat istimewa sekali. Dari sudut lain pula Allah mahu member kerehatan kepada perut kita yang selalu sangat melantak tak kira masa. Kerana itulah peniaga kini berani berjual sehingga 24 jam. Semuanya kerana ada permintaan. Bahkan restoran makanan segera juga telah mengikut jejak langkah ini dengan membuka premis mereka secara berterusan.



Minggu ini hamba berkesempatan menyertai satu kursus asas fotografi yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara. Itulah hakikatnya, walaupun dah bertahun hamba main kamera, sehingga dah bertukar dari satu gadget kepada yang lain, inilah kali pertama hamba belajar fotografi secara rasmi atau lebih tepat lagi secara berguru. Sebelum ini hamba hanya belajar dari pengalaman sendiri melalui try and error, majalah & internet, juga mengikut seorang dua rakan photographer pergi menembak. Namun hamba dapat merasakan kekurangannya apabila tidak mempelajari asasnya daripada seorang guru yang betul. maka apabila pada satu hari hamba menerima satu brosur kursus fotografi, hambapun membuat permohonan untuk hadir melalui Ketua Unit Sumber Manusia Pejabat hamba. Memandangkan hamba kerap mengambil gambar majlis-majlis rasmi Pejabat, ditambah dengan menggunakan peralatan sendiri pula, maka hamba diberi kelulusan untuk menghadirinya. Alhamdulillah nampaknya hajat hamba dipermudahkan.

Kursus ini berjalan selama 3 hari, di mana hari terakhir dikhaskan untuk post processing. Sebelum ini ada juga hamba menerima brosur kursus anjuran ASFON. Namun ia hanya menumpukan kepada asas sahaja, dijalankan selama 2 hari dengan yuran yang lebih kurang sama. Jadi hamba merasakan pekej kursus yang hamba hadir lebih berbaloi memandangkan isi pengajaran yang ditawarkan. Hari pertama lebih kepada asas sebuah kamera. Hamba menyimpulkan andainya kita membuat ulangkaji manual kamera yang kita beli, Insya Allah kita akan lebih faham. Bila datang kelas, lebih kepada nak kembangkan sikit saja lagi pengetahuan tu. Hamba ingat hamba dan kebanyakan pembeli kamera yang lain tidak begitu ambil hirau dengan manual yang disertakan semasa kita membeli kamera, sedangkan di manual itu juga ada diterangkan tentang cara penggunaan yang betul. Hamba sendiri memang tak ingat dimana letaknya manual hamba. Cuma hamba beruntung kerana ada video tentang cara penggunaan D90, maka dapatlah hamba kefahaman dengan lebih jelas.

Hari kedua lebih kepada penggunaan lampu denyar. Bab ni hamba cukup minat memandangkan kefahaman hamba tentang tongkol yang dilekatkan di atas kamera ini cukup sedikit. Untuk kefahaman yang lebih, maka urusetia telah menyediakan dua orang model untuk ditembak beramai-ramai. Kalau dulu hamba Cuma pakai setting flash yang sedia ada sahaja. Maka apabila diajarkan cara penggunaan yang betul dan cara mengatasi masalah yang timbul seperti gambar terlebih gelap atau terlalu terang, bertambah jelaslah pandangan hamba yang kabur ini. Pada hari terakhir di kelas post processing juga amat menarik. Walaupun yang diajarkan Cuma perkara yang paling asas sahaja, namun sekurang-kurangnya ia telah memberikan keyakinan kepada hamba untuk explore dengan lebih mendalam lagi menatang yang bernama photoshop ini. Cuma yang berlegar di minda hamba adalah masa. Sejak hamba duduk di jabatan baru ini sejak awal tahun yang lalu memang hamba tak banyak masa untuk retouch gambar ini. Kalau adapun hamba lebih banyak buat auto correct sahaja.

Rasanya nak raya nanti banyak kut idea nak dipraktikkan!!




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net