Want your
own Fotopage?









 
Ouled Kenitra's Fotopage

By: Ouled Kenitra

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 8-Nov-2009 12:00 Email | Share | Bookmark
Ski Air dan Skuad Jang

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Beberapa hari dulu Prince Nebulosh ada menghantar sms mengajak shooting pada 6,7 dan 8 haribulan di Putrajaya kerana ada pertandingan Ski Air Piala Dunia. Secara kebetulan saya menemankan mak dan ayah saya ke kenduri kahwing di presint 9 pada 7 haribulan, maka sempatlah saya singgah sebentar ke lokasi pertandingan yang terletak berhampiran Hotel Pullman. Walaubagaimanapun saya tidak menembak bersama Prince memandangkan saya hanya sempat ke sesi petang pertandingan sedangkan beliau menembak di waktu pagi.



Satu yang amat memusykilkan saya, pertandingan ini adalah bertaraf dunia, tetapi kehadiran penonton amatlah berkurangan. Banyak kerusi yang kosong di astaka. Yang ramai saya rasa selain peserta dan urusetia adalah para pencinta fotografi yang datang dengan gajet mereka yang hebat dan ada yang membawa lense sebesar peha manusia (ho ho). Bagi saya yang tinggal di luar Putrajaya saya boleh simpulkan kekurangan penonton ini adalah disebabkan kurangnya promosi kepada orang di luar Putrajaya. Saya sendiri hanya mengetahuinya melalui Prince. Tak sedar pula saya kalau-kalau ada iklannya di akhbar atau di televisyen. Atau mungkin juga penonton pada 7 haribulan itu melarikan diri ke Stadium Putra bagi menyaksikan perlawanan N9 dengan pasukan Cawat Kote. Atau juga kita memang tak minat dengan sukan sebegini (ini memang jelas kut, alangkan bolasepak yang dikatakan sukan favourite pun kadangkala lengang jugak stadium). Apapun seronok mengambil gambar pada hari tersebut. Cuma lense yang hanya 150mm menyekat saya untuk zoom lebih dekat lagi.

Malam itu saya bersedia di depan tv bagi melihat (serta menyokong) skuad Jang. Rakan di Kelantan berbalas sms dengan saya tentang perlawanan itu. Namun ia berlansung dengan suasana harmoni tanpa ada balingan mercun dan botol air. Secara tiba-tiba saya terkenangkan rakan-rakan sewaktu di sekolah menengah dulu yang peminat hardcore N9. Mereka sanggup menyusup keluar dari bawah longkang di waktu malam, keluar asrama secara tidak sah bagi menyaksikan perlawanan bolasepak di Stadium Majlis Perbandaran (stadium inipun dah tak wujud lagi dan hari ini terbina sebuah kompleks membelibelah di tapaknya). Nama seperti Marian Valach dan Robert Bozik menjadi poojaan hati hardcore fan ni. 'Pergaduhan mulut secara harmoni' juga kerap berlaku membabitkan rakan-rakan dari negeri lain. Teringat juga pada suatu hari cuti rakan-rakan bermain bola stokin di bilik asrama. Ada yang tidak berbaju dan ada yang hanya bertuala sahaja. Tiba-tiba dicekup warden lalu diarahkan berbaris di hadapan lapangan asrama yang mengadap ke bangunan asrama puteri sambil mengangkat tong sampah yang diibaratkan umpama piala. Maka tingkap asrama puteri yang amat jarang dibuka itu tiba-tiba penuh dengan kepala pelajar-pelajar wanita yang menyaksikan hari yang penuh bersejarah ini. Saya amat ingat kerana saya yang baru selesai mandi ketika itu hampir sahaja menerima hukuman yang serupa. Saya telah diminta berdiri di hadapan bilik ketika itu sebelum menerima hukuman selanjutnya. Namun ketika warden beredar ke bilik lain rakan-rakan telah memanggil saya masuk segera ke bilik untuk berpakaian. Mujurlah warden tidak sedar akan hal itu maka terlepaslah saya. Kisah ini telah saya olah kembali secara komedi dan telah tersiar di majalah Ujang pada pertengahan 90'an dahulu. Kini hati tertanya-tanya dimanakah peminat hardcore N9 ini kini?

Akhirnya kemenangan malam tadi berpihak kepada N9. Tamatlah sudah penantian selama 61 tahun. Terubatlah kehampaan saya kepada kekalahan mereka pada dua final sebelum ini. Saya tak tahu apa yang berlaku di negeri kelahiran saya ketika ini, namun saya yakin para pemain akan disambut umpama wira. Ia juga satu hadiah yang tak ternilai buat DYMM Yam Tuan yang baru sahaja ditabalkan. Cuma satu perkara yang saya gusarkan. Kata pepatah Arab 'apabila telah sempurna sesuatu itu, (maka tiadalah yang lain selepas itu melainkan) kekurangan'. Ia ibarat kita mendaki sebuah gunung. Puncak gunung itu adalah kesempurnaan, dan hanya setakat itu sahaja kita boleh daki. Maka selepas dari puncak itu hanya ada dua sahaja pilihan, kita kekal di puncak itu dengan segala kepayahan atau terpaksa turun ke bawah. Apo koba kito taun dopan?



hebat..hebat..tak payah tukar gear baru laaa...ni dah lebih puas hati dah ni... Sun 8-Nov-2009 15:16
Posted by:prince8485
cool bro.. Mon 9-Nov-2009 00:20
Posted by:en_me yginsaf@lycos.com  - [Link]
vote for Last picha...memori adaLah indah...ehehhe Mon 9-Nov-2009 00:41
Posted by:sani  - [Link]
Kita punya sungai atau tasik. Tak pernah merasa meluncur macam mat2 dan minah2 Salleh dari luar negara tu Mon 9-Nov-2009 00:58
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
yg nie lg mantopppp.....
tahniah N9.....
teringat Alister Edward / Abbas Saad / Ervin Boban / Prof Nasir Yusof (kegemilangan JHR)...
budak Teknik Ampangan pun rajin jugak "loncat pagor" nak tgk movie Fenomena
Mon 9-Nov-2009 01:37
Posted by:hensem2 hensemtu@yahoo.com  - [Link]
::: fantastic shots bro.. love the last one! gambar yg tgh terbang melompat
::: ke udara berlatarkan jambatan putrajaya yg kabur2 tuh awesomeeeee..
::: very good one bro.. mmg saya pon tak tahu menahu ttg water ski event
::: nih.. sepatutnyer diwar2kan secara meluas bukan shj di tv1 semata2
::: memandangkan [sorry to say] tv1 bukanlah saluran kegemaran utama
::: tv3 & astro maybe lebih baik.. maybe jugak penganjur & penajanya
::: tidak aggresif dlm hal promosi.. atau L.O. susah nak dpt kot? [huhu]
::: tahniah jugak kpd pasukan negeri.. saya tgk gak sekejap di restoran
::: mamak mlm tuh.. ada byk gak penonton beriya memakai jersi negeri
::: mereka terutama negeri che' siti [huhu] kejap2 tgk gak langit kot2
::: boleh nampak ufo lagi [ekekeke].. keep on shooting bro..
~
Mon 9-Nov-2009 02:21
Posted by:::: ReActivate :::  - [Link]
Memang mantap shots ni dan tak tau menahu tentang event ni..... Ada jugak incident lepas perlawanan bola malam tu. Penyokong2 bola kita (walau dari mana sekali pun) kenalah hentikan aksi2 tak berhemah. Kan ke kita ni dari dunia timur yg sepatutnya penuh adap sopan. Kalah menang adat bermain. Mon 9-Nov-2009 03:05
Posted by:Yati  - [Link]
waw.....walaupun sekejab aje ...tapi shoot2nya semua mantap.......abah kena cuba pula shoot macam tu......... hahahahaha

tahniah N9 ........abah turut gumbira......permainan cantik dan patut menang.....
Mon 9-Nov-2009 03:09
Posted by:Abah Along  - [Link]
wauuuu.... bestnya... saya tau event ni tp bila tiba harinya lupaaa.... kalau idak leh la join sekali... hehehehe

Tahniah skuad N9 HOBIN JANG HOBIN... berbaloi penantian selama 61 tahun akhirnyaaaaaaaa......... saya kagum dgn penyokong n9 yg berhemah, x spt pasukan lawan yang macam jakun.... merosakkan harta benda awam.... sakit ati bila menonton perbuatan tu....
Mon 9-Nov-2009 03:58
Posted by:iezah azizam  - [Link]
61 tahun.... mmmmm Liverpool br 20 tahun.... kena tunggu 41 tahun lagi.... kakakakakakakaahhh Mon 9-Nov-2009 04:46
Posted by:biduan  - [Link]
akhirnya tahu gk makna `hobin jang hobin` heheheheh....
tahniah utk org nogori.... hehehehhe

cantik gambar yg last tuh....
Mon 9-Nov-2009 06:35
Posted by:dana mmg cute tulip_putihdana@yahoo.com  - [Link]
cawat apa bro
lawanyer gamborr..... mmg takleh nak tanding ngan photographer... gambor2 semuanya mantop..
citer pasal bola.. adik2 hubby dari raub pun sanggup mai sini semata2 nak tengok bola.... nasib suami sy bukan fanatik bola.. apa2pun tahniah N9
Mon 9-Nov-2009 08:29
Posted by:MaDiHaA  - [Link]
Alhamdulilah menang juo kampung den.Ayam den tak lapeh,Kobau pon suko lah milah ngan ujang tak turun sawah semalam. Mon 9-Nov-2009 08:32
Posted by:timurbarat  - [Link]
salam. rajin gak update yek. vitamin M masih melanda ntah bile nk ilang
superb le capture tu, mmg krg promosi le tu sbb org kl pn tk tau, ke terlps pandang
tahniah n9 menang kali ni lps 61 thn lama betoi tu.
bab kena denda kt asrama mmg biase tp tula memori paling manis utk diimbau..hmmmm
Mon 9-Nov-2009 09:26
Posted by:intan isms72@yahoo.co.uk  - [Link]
pada saya, tak ada ramai peminatnya di sini..
sukan slow kot.. atau mungkin ramai berehat di hujung minggu, cuti dok di rumah saje.
tahniah juga, buat penyokong2 pasukan N9.. berjaya menjuarai Piala Malaysia pada tahun ini..
teringat kembali tahun 2000 dulu, turun Shah Alam saksi final Perak dan N9..
Mon 9-Nov-2009 11:32
Posted by:ezaiedinRIN  - [Link]
salam..mantop pic ni..hehehe..dlu time cuti yg lepas slalu jgak ke sini..melepak tepi tasik.. Mon 9-Nov-2009 11:37
Posted by:aciik acik11284@gmail.com  - [Link]
peghhhh menarik sungguh aksi2 mereka
Tue 10-Nov-2009 06:15
Posted by:alan im1stnature@yahoo.com.my  - [Link]
pic last tu mmg cun! compo best! Tue 10-Nov-2009 07:33
Posted by:FarEast  - [Link]
cantik pic last tu.... teruja tengok Tue 10-Nov-2009 08:40
Posted by:watie@melawati  - [Link]
salam...
saya pun sm jugak mcm yg lain...suka pic yg last tu
Tue 10-Nov-2009 09:17
Posted by:alwiera zurawie77@yahoo.com  - [Link]
gambar yang cantik.......aksi akrobatik yang menarik...nice shoot... Tue 10-Nov-2009 11:24
Posted by:imazam
BANYAK GAMBAR YANG CANTIK DAN MENARIK........... Tue 10-Nov-2009 12:43
Posted by:SBA  - [Link]
Best la bro... Tue 10-Nov-2009 13:00
Posted by:Schoepentoeter  - [Link]
menarik,tertarik,last pic tu mmg the bomm Tue 10-Nov-2009 15:00
Posted by:min472  - [Link]
boleh tanya sket tak ? Gear apa yg digunakan n apakah shutter, af n iso yg digunakan utk gamabr last dan yg lain2 tu lah...... tabik......!...sharp gila.....saya ni baru belajar tentang kamera ni.... Fri 13-Nov-2009 14:45
Posted by:lanmuda lanmuda@hotmail.com
iklan kurang kot.............
tu yg rmi x tau.........
Tue 24-Nov-2009 09:04
Posted by:malaSSzz  - [Link]
sangaat hebaaattt... ...syabassss!!!!! gambo2 yang sgt canteeeekk... Sun 13-Dec-2009 07:00
Posted by:shelyseth


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.