 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
Ouled Kenitra's Fotopage
 By: Ouled Kenitra
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Thursday, 5-Nov-2009 14:21 |
Email | Share | Bookmark |
|
Fantastic Ouled
|
|
Di entry lepas ramai yang bertanya lokasi gambar tersebut diambil. Saya sendiri terlupa untuk menulisnya memandangkan isi kandungan entry sendiri tidak ada kaitan dengan gambar tersebut. Ia diambil di Langkawi di kawasan yang saya sendiri lupa namanya. Namun tempat itu menyediakan khidmat penyewaan bot kecil dengan harga paling cikaipun RM100, menyusuri sungai termasuk menjelajah gua yang ada di tepi sungai tersebut. Dengan harga yang cukup 'menarik' itu saya membatalkan hasrat saya untuk mencuba. Mujurlah dah biasa naik kapal, kalau tidak teringat-ingat juga.
Saya baru sahaja pulang menikmati makan malam di sebuah restoran pizza di Kapar. Isteri saya yang teringin untuk menikmati supnya telah mendorong kami sekeluarga ke sana. Lebih kurang 10 minit kami sekeluarga terbiar tercangak-cangak di meja makan tanpa ada seorangpun pelayan yang datang membawakan menu. Ketika itu cuma ada dua meja sahaja yang diisi pelanggan termasuk meja saya. Itupun satu meja lagi telah hampir menyudahkan hidangannya. Kelihatan beberapa kakitangan restoran berbual kosong di kaunter pembayaran. Sudahnya secara tiba-tiba mereka semua ‘hilang’ dari tempat itu meninggalkan restoran sepi seketika dari bayangan pekerjanya. Terus otak saya berfikir, andainya situasi seperti ini berlaku di sebuah jabatan kerajaan tentunya pelbagai komen akan dilontarkan. Lembab, tidak cekap, suka-suka menghilang dari tempat kerja, curi tulang, ponteng, mengular dan sebagainya. Saya timbulkan ini kerana saya biasanya hanya terjumpa komen orang mengenai jabatan kerajaan di akhbar tetapi tiada komen untuk perkhidmatan swasta. Yang biasa sangat ditulis adalah penulis komen tidak mahu ‘wang cukainya’ disia-siakan (….dan macamlah daku yang kerja kerajaan ini tak bayar cukai pendapatan…). Penulis komen seperti ini mungkin menganggap disebabkan beliau tidak membayar ‘cukai perkhidmatan’ kepada pihak swasta maka tidak perlu komen dilontarkan. Cuma beliau lupa walaupun beliau tidak mebayar ‘cukai pendapatan’ kepada mereka ini, beliau sebenarnya membayar segala perkhidmatan yang disediakan. Justeru membayar puluhan ringgit untuk hanya dua keeping pizza sederhana dengan 4 mangkuk sup dan sejag air berkarbonat, penantian yang cukup lama adalah amat membuang masa.

Sebenarnya saya bercuti rehat hari ini dan esok (Jumaat). Dah lama tak bercuti dan tak mampu untuk bercuti sesuka hati. Terpaksa berglir dengan boss dan seorang lagi pegawai untuk mengelakkan operasi jabatan terencat. Kalau tidakpun bila saya merancang nak bercuti, orang kanan saya pula terlebih dahulu memintas untuk bercuti. Jadi saya cuba juga untuk bercuti dua hari ini memandangkan dalam dua minggu seterusnya saya mempunyai banyak tugasan di luar pula.
Kerana ada masa yang terluang petang tadi, saya panaskan semula kamera yang telah lama direhatkan di dalam kotak. Cuba-cuba sedikit bermain cahaya dengan permainan saya ini. Diulangi permainan saya, bukan anak-anak punya. Simpan dalam almari khas, kalau tak jawabnya hilanglah. Anak-anak ada permainan mereka, ayahnya pun ada. Pasal masa kecik dulu segan nak minta dengan ayah, dah besar beli la dua tiga untuk melepas gian…..
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
|
|
|
|