Hmmm dah ada sahabat yang tegur akan kelambatan saya mengemaskini fp ini. Walaupun saya buka fp setiap hari, namun tak tergerak pula tangan ini untuk menulis dan memasukkan gambar. Hati saya semacam tawar. Nak kata sibuk sangat tidak juga sebab sibuk manapun masih ada masa pergi ke bilik air, makan nasik dan baca suratkhabar. Yang nyata sepanjang dua minggu ini seolah saya melihat fp ini tanpa perasaan.
Negeri Sembilan menyaksikan majlis pertabalan Yam Tuannya yang baru awal minggu ini. Sebagai anak nogori di perantauan, saya menjunjung kasih atas bersemayamnya Tuanku di atas takhta. Beruntung kita hari ini kerana peristiwa bersejarah sebegini dapat dirakamkan sama ada melalui kamera ataupun video yang sekaligus akan mejadi simpanan sejarah serta bahan rujukan untuk generasi akan datang. Memandangkan Pak Tua (sila rujuk entry Pak Tua) turut serta dalam majlis ini sejak dari mula sebagai videographer, saya mungkin akan ziarahi beliau untuk meninjau segala yang telah beliau rakamkan. Saya pasti rakaman Pak Tua semestinya menarik kerana rakaman beliau adalah mengikut kronologi sebelum pertabalan lagi yang turut meliputi istiadat mengeluarkan peralatan kebesaran Di-Raja.
Saya dan anggota juga telah mula bergerak untuk mengadakan hari keluarga kali kedua pada bulan hadapan. Saya menjangkakan hari keluarga ini pastinya lebih meriah daripada tahun lepas dengan penyertaan yang lebih ramai. Tempatnya seperti tahun dulu juga di atas padang perumahan berhampiran pejabat. Hendak diadakan di tempat istimewa yang ada tempat mandi atau hotel masih belum mampu lagi rasanya. Lagipun seperti majlis-majlis keraian yang pernah diadakan sebelum ini, sumber kewangan hanyalah daripada anggota dan kakitangan. Saya tak mahulah meminta-minta daripada syarikat luar untuk beri sponsor acara ini, takut-takut nanti akan timbul fitnah walaupun kedua-dua pihak mempunyai hasrat yang murni. Segala kerja-kerja juga akan dilaksanakan secara gotong royong seperti masa-masa yang lalu. Cuma tak sedapnya ibu pejabat telefon semalam minta saya untuk hadir kursus pada masa diadakan hari keluarga tersebut. Namun saya minta sangat mereka cari calon yang lain terlebih dahulu. Seandainya tiada juga maka tak apalah biarlah saya beralah demi jabatan......
Ha...macam ni lah. Kosong2 pun daya kreativiti masih terserlah. Sebagai anak Nogori diperantauan, saya juga amat teruja menyaksikan istiadat pertabalan di kaca tv. Mudah2an, N9 terus makmur...Ameen.
cantiknyaaaa... katne ni?
sama la kita... FP buka ari2 tp x de ati nak apdet... kalau kat opis ni leh d/load photoscape ke blh la nak edit mengedit kat sini sikit... ini semua harap buat di umah... mana sempat...
Dilanda penyakit M la..ni..lagi sorang sahabat FP kita tu (Bro Jeff) lagi lama tak update FP dia..wabak penyakit dah menularlah ni.. .
** tak ada rajinnya nak buat frame tu. frame dah ready made cuma copy dan paste saja..
Thu 29-Oct-2009 05:52 Posted by:Princess Lia ainasarajefri@yahoo.com - [Link]
salam. tk tau bila nk update sbb 1, kamera ada kt anak di asrama guna utk jamuan sek.
2, sbb yg sama tk de perasaan nk update wpun ada gambo2 lama yg lain w/pun xde mood nk update tp cantik capture & editing tu, tenang & sejuk mata memandang. kot dpt gambo ms pertabalan blh la syer kt sini.
penyakit nih dah lama aku dapat ....harap bro dah dapat setelkan apa yang patut dan tenang setenang bot yang beratur ni bro...lebih baik kita berkat dengan sumber dan tenaga sendiri, jangan nanti timbul fitnah dan diziarah pihak yang tidak kita ingin kehadiran mereka...betul tak
yang penting ada subjek nak upadate... teruskan karya u bro..
Fri 30-Oct-2009 01:02 Posted by:imazam
owhh org nogori ko....eheheh tapi syok ar tgk pertabaLan aritu...penuh adat istiadat...dari bersiram...kendian das2 meriam tuh...ngan undang yg empat La...Bentara..ishh best kaLau di dokumentasikan...
Hehe ada gak update
Abg meor memang tak cukup masa skrg ni nak update.
:: Wah! Bagusnya tengah kumpul duit untuk beli gadget baru
:: Boleh je untuk abg meor beri tunjuk ajar tentang pencahayaan, terutamanya indoor shooting