Want your
own Fotopage?









 
Ouled Kenitra's Fotopage

By: Ouled Kenitra

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 28-Jun-2009 23:40 Email | Share | Bookmark
Terduduk Untuk Kesekian Kalinya

 


Melihat surat arahan pertukaran anggota yang baru dikeluarkan, saya rasa macam nak terduduk apabila melihat sejumlah besar anggota saya akan bertukar ke tempat lain. Yang keluarkan kebanyakannya adalah tulang belakang saya dalam pekerjaan harian. Beberapa mereka ini telah saya groom dari scratch sehingga boleh saya harapkan untuk membuat kerja, kini terpaksa pula berhijrah apabila mereka telahpun menguasai banyak perkara. Dan kini saya terpaksa pula memulakannya semua dari bawah untuk anggota yang baru. Rasa terduduk itu bukannya apa, sebab ini bukan pertama kali perkara sebegini terjadi. Saya tidaklah mahu meletakkan kesalahan kepada sesiapa kerana saya percaya pihak pengurusan atasan ada alasan tersendiri dan mahukan yang terbaik untuk organisasi. Jadi bagi melayan hati yang lara ini saya ubati dengan membaca satu rintihan seorang doktor yang baru saya terima melalui e-mel baru-baru ini. Rintihan yang mengajar kita erti kesyukuran..

salam
syukron atas sokongan dan nasihat...
susah nak cakap...sy baru 8bulan bertugas sbg peg perubatan... dah byk air mata ni tumpah...
terus trg sy katakan , esp pada adik2 yg tgh amek medic, tugas ni sgt besar...
jgn ingat nak jd doctor tu semata2 nak glamer, byk duit, org hormat...
tak seindah yg org bygkan....
klo niat tak betulkan dari awal...susah nak bertahan..
kita pegang amanah, kadang2 kepentingan diri sendiri mmg perlu byk dikorbankan. .
saat org lain nyenyak tidur, kita bercekang mata smp subuh sbb rawat org
saat org bangun tahajjud, kita masih lg belum tidur, masih sibuk amek darah, clerk case
saat org lunch, kita terkial2 buat kerja, breakfast, lunch semuanya disatukan waktu dinner..
belum lagi kena marah dgn pakar, doc senior, sister, s/nurse
terkulat2 menelan malu...
kdg pesakit hargai kita, tapi ada juga yg marah2 kat kita...
tu pun kita telan...akhirnya kenyang walaupun tak sempat makan...

saat paling sedih dalam diari sy sbg doktor...saat asyraf pergi mengadap Ilahi dan sy masih sibuk di hospital merawat bayi org...
asyraf, anak sedara sy, lahir dg masalah patent ductus arteriosus + transposition of great arteries.
saat asyraf lahir smp dioperate kat IJN, sy masih sibuk di NICU jaga baby org.
smp asyraf nazak di IJN , sy masih oncall tak dpt cuti...
sy jaga dan rawat bayi org, tapi darah daging sy pun sy tak sempat tengok...
sy datang oncall haritu dgn mata bengkak dan tak henti2 menangis...bila tgk baby org, sy teringat asyraf tgh nazak..
akhirnya asyraf kembali ke rahmatullah tanpa sempat berjumpa dgn makngah dia...

sy redha pemergian asyraf dlm keadaan suci tanpa dosa...
selamat jalan asyraf, semoga kita bertemu di syurga amin...

kdg org tak tau derita kita....betapa byk air mata yg tumpah...
org hnya tau menilai luaran dan hnya tau komplen...
'doc baca paper masa pesakit tungu lama'
'doc tak tau diagnose' dll
walaupun sy tak nafikan , ada jg doctor yg attitude problem
tapi masih byk doc yg amanah, yg korbankan diri dan masanya
jd jgnlah krn nila setitik, semua doc dianggap spt tu

sy pernah jaga wad ibu bersalin...
masa tu sy oncall
dtg keja lps subuh pukul 6 lebih, sempat minum susu segelas ja...
sy handle 4 ward sorang2
smp pukul 7.30malam, baru jumpa nasi...
smp lembik dan gastric
smp nak solat pun terkejar2..
pastu dtg doc pakar , kena maki lagi...(bukan marah, tapi maki) depan pesakit lagi...
air mata ni nak tumpah, tapi sy tahan...taknak nangis dpn doc tu...
sy masih bertahan...tak tidur smp pagi, besok pagi kena marah lg...kesian. ..

apa yg sy hadapi ni , ramai doc yg mnghadapinya esp doc baru. kawan2 sy dh ramai yg minta berhenti sbb tak tahan.
ada yg under psychiatric treatment sbb stress
dulu sblm kerja, sy heran knp ada doc stress smp nak bunuh diri..
bila dah keja baru sy tau betapa stesssssnya! !!

sy hanya minta kekuatan dr Allah
berilah sy pertolongan dan kemudahan dlm melaksanakan amanah ni

sy nak amek medic bukan mudah
dulu sy kelas agama kat kisas
cita2 sy tinggi walaupun sy tak pandai mcm kwn2 lain
ms di kelas 4agama vok 8, sy pinjam buku kwn dr kelas sains
sy belajar sendiri kimia dan biologi
tak sangka dapat tukar masuk kelas sains

masa kat matrix UIA, tak dpt amek medic, sy amek biosc
permohonan medic mesir tak lulus
sy lanjut degree biomedic di uia gombak
ramadhan 2001, malam tu lps solat istikhorah sy nampak jln akan amek medik tapi tau kat mane dan mcammana
rupa2nya Allah dah aturkan jln untuk sy...

berkenalan dg seorg pakar jantung scra tak sengaja
dia bantu sy amek exam di kedutaan indonesia
klo tak silap dr 2000 org yg amek exam, hnya 500yg lulus
alhamdulillah sy lulus
tapi tak dapat biasiswa mara atau JPA

hampir2 sy tak ke indo sbb takde duit
masa tu sy dh berhenti UIA sbb takdapat attend kelas sbb sy keluar dari satu pejabat ke satu pejabat, ke Angkatan tentera malaysia cari sponsor..tapi hampa..
abah buat pinjaman bank, tapi tak lulus
abah keja syif kat hospital (junior MA)
smp tak blik rumah sbb nak kumpul duit hantar sy sambung belajar
walaupun abah tau dalam masa 1minggu tak kan mampu nak kumpul RM20ribu untuk yuran admission sy.


hampir2 abah putus asa
tapi sy yakinkan abah, klo tak dapat amek medic, sy akan smbung form 6.sy takkan berhenti belajar.
masa tu sy byk sgt masalah...dah jatuh ditimpa tgga
sy hanya tawakkal dan pasrah pada Allah..

alhamdulillah bbrp hari sebelum tarikh tiket bergkat, rayuan abah ke bank rakyat diluluskan. bank rakyat buat meeting bincang kes rayuan sy. diluluskan dana pendidikan khusus...segala puji bg Allah...

duit yuran 1semester kat uia gombak, sahabat-sahabat UIA buat kutipan dan bantu sy. jazakumullahukhaira nkatsiira

duit tiket mak kawan yg bayar
bbrp bulan sy menumpang dirumah senior
duit sewa doktor tu tolong byr
byk sy hutang dia
dia kata tak apa, yg penting sy jadi doktor untuk ummat ni, dia sanngup tolong sy.

1tahun pertama, kehidupan sy di makassar sgt mnyedihkan
sbb nak jimat dan taknak susahkan abah umi, sy ikat perut
kakak dan adik2 sy masih belajar dan pakai byk duit
sy tak smp hati minta duit kat abah
sy jln kaki ke kampus...jauh juga
sy beli nasi goreng, sebungkus RM 1.50 (3000rupiah)
nasi tu sy bagi dua (1 bagian untuk makan tghari, satu bgian untuk makan mlm)
kdg nasi tu dah basi, tapi sy telan juga... anda pernah makan nasi basi? sya pernah byk kali...alhamdulilla h berkat ....perut sy tak sakit lps mkn nasi basi tu...

pernah duit dlm tgn tgl 6000rupiah (RM 3) nak bertahan 1 minggu dgn 3ringgit macamana?
abah tak dapat gaji lagi..
alhamdulillah tiba2 mak kawan sy kirim duit zakat
dapatla sy bertahan smp abah dpt gaji...
pernah juga ustazah muntamah buat collection dari cikgu2 KISAS dan kirim duit pada sy
terima kasih cikgu... semoga Allah membalasnya dgn kebaikan yg banyak...amin. .

alhamdulillah, setelah keluar result tahun pertama sy dapat 3pointer lebih
MARA dan JPA tawarkan biasiswa
sy pilih mara.
sejak tu beban abah dah berkurang
alhamdulillah. . .dapat sy bertahan smp selesai ijazah sarjana muda perubatan

setelah susah pyh yg sy lalui untuk belajar medic, tak mungkin semudah tu sy nak berhenti...

bila penat, pesakit ramai, tak cukup tidur...sy cb bisikan dlm hati...aku buat kerja krn Allah
aku stay up attend new case krn Allah
hati ni terasa lapang
kerja terasa dimudahkan
bila stress, terasa nak marah
apalagi dgn karenah nurse dan pesakit
tapi tak smp hati nak marah sbb sy pun tak suka dimarah,
sy faham perasaan org yg kena marah
jadi amarah tu disimpan dlm2, sy lempar senyuman (walaupun senyuman tak semanis biasanya sbb tgh stress)
klo oncall...
walaupun tak tidur sampai subuh, alhamdulillah sy masih boleh bercekang mata sambung kerja smp petang
walaupun terasa nak rebah masa buat round dg pakar
cuma sy harap , Allah beri sy kesihatan agar sy boleh terus merawat pesakit...

apa yg terjadi pada sy sepnjang bekerja, jg dialami oleh semua doktor esp doc baru
jadi klo anda baca yg emel ni, ke hospital untuk mendapatkan khidmat doktor, smg anda faham apa yg kami alami dan cuba mngerti keadaan kami...

kami tak minta dihormati tapi hargailah kami yg cb mambantu anda
bersabarlah klo lambat dilayani, krn kemampuan kami terbatas.

kami tau anda yg dtg ke hospital untuk dibantu sedang sakit..
apabila anda bersabar, kami jg dgn senang hati membantu anda

berapa byk doktor wanita yg sy kenal tak berumahtgga
bila ditanya kenapa? ada yg menjawab krn tidak mampu membahagi masa antara kerja dan tgjwb rmhtgga
bukan sbb dia terlalu mementingkan kerjaya
disaat dia harus memilih antara keluarga dan kerja dan dia tidak mampu handle kedua2nya, jdi dia memilih kepentingan pesakit yg memerlukan khidmatnya
dan akhirnya dia tak berumahtgga

tapi tak semua...ada juga berjaya mgharungi kedua2 dgn saksama

baru2 ni kawan sy, dia dh kawen ada 2 anak kecil. kerja kerja kat ward byk, kami semua blik lambat sampai malam baru balik rumah. suami dia ustaz. kesian dia kena marah dgn suami sbb lambat blik. padahal dia lambat sbb keja kat ward byk. sy bersimpati walaupun tak mngalami apa yg dia alami. bahkan sy salut sbb dia mmpu bertahan untuk mengharungi 2 tgjwb besar dlm masa yg sma.

jadi dah jelas, kerjaya ni tak seindah yg org sangka...
awas...klo niat tak betul, mgkin tak kan dpt bertahan...

anda tahu, brp doktor dibayar sekali oncall?
klo weekdays, bermula oncall setelah habis office hour (dari jam 5 ptg smp 7pgi besok), total 15jam, anda hanya dibayar RM100 shj.
klo weekend, start oncall jam 7am to 7am besok pagi (total 24jam) doktor hnya dibayar RM110 shj.

walaupun org kata gaji doktor besar, kami tak rasa begitu sbb teruknya belajar dan teruknya stress kerja tak dapat disama hargakan dgn harga sebuah ketenangan..
tapi rata2 doktor, apalagi doctor baru spt sy dan kawan2 sy, kami tak kisah sgt psal byran.. kita nak bertugas sbg doktor bukan kerana brp byk gaji yg dibayar...

kami dah dibiasakan kerja under stress
hari oncall ( tak cukup tidur atau bahkan tak tidur lgsung smp pagi), besok postcall tapi kena sambung kerja smp balik petang @malam, besoknya oncall lagi....
tu namanya EOD call.

maaflah berceloteh panjang..
sy hanya nak melepas apa yg terbuku dlm hati
krn skrg byk sgt persepsi masyarakat yg kurg tepat ttg kerjaya ni
hanya org yg berada didlm ligkungan itu yg tahu persis keadaan sbnrnya

jujur ...sy tak menyesal memilih jln ni...
sy rasa sy tak mampu, tapi Allah tau kemampuan kita
sy rasa sy tak kuat, tapi alhamdulillah Allah mnguatkan sy...

doktor tak minta anda mengucapkan terima kasih krn ini mmg tgjwb kami
kepuasan bg sy apabila pesakit yg menderita dapat rawatan sempurna dan pulang dgn senyuman.. kesembuhan anda bukan ditangan kami
kami hanya membantu mngurangkan penderitaan anda
tapi Allahlah yg Maha berkuasa menyembuhkan. ..

doakan sy diberi keikhlasan dlm menjalankan amanah
dan dimudahkan urusan dlm ilmu
dan semuanya untuk ummat ISLAM
semata2 krn Allah taala...

selamat berjuang..



Tumpang Iklan-KAIN SULAM BUKIT TINGGI
STOK BARU

"BOLEH BAYAR 2 KALI, APA TUNGGU LAGI===> ALL ARE FREE DELIVERY"

Layari http://sulamqistina.blogspot.com

Mari selagi stok masih ada
Untuk persiapan hari raya ANDA,hantaran perkahwinan, hadiah, majlis pertunangan!!!
selain kelainan penampilan
Tidak mahu manik....boleh guna sulam..
Sulam di jahit dengan manik pun menarik juga
STok harga promosi masih ada lagi
Kain Sulam Bukit Tinggi Indonesia
Punya Kelainan dan sulam yang cantik.....
Lihat dulu....kot2 ada yang berkenan....
Mon 29-Jun-2009 02:44
Posted by:limau merahlimau2@gmail.com
banyak kesabaran selagi kita masih hidup...pelbagai karenah dan gelagat dalam menghadapi dalam kehidupan.....yang pasti ini ujian yang diberikan kepada kita...mungkin yang datang akan menjadi mudah...amin... Mon 29-Jun-2009 04:36
Posted by:imazam
bkn snang nk mnjd seorg doktor, bkn snang nk mncarik rezeki yg halal...hmmm... Mon 29-Jun-2009 09:45
Posted by:nurul  - [Link]
sabar la ... ujian mendatang mampu menguatkan kita utk hadapi nya suatu hari nanti Mon 29-Jun-2009 13:48
Posted by:FarEast  - [Link]
Itulah suka-duka kehidupan....bersabar dan bersyukurlah setiap kali diuji olehNYA. Tue 30-Jun-2009 00:49
Posted by:Ainasara ainasarajefri@yahoo.com  - [Link]
roda kehidupan....
kengkadang memang kita kena banyak berkorban
Tue 30-Jun-2009 04:38
Posted by:syuhaiza syuhaizadrase@gmail.com  - [Link]
perihal posting anak2 didik tu, dah nasib bro.
satu ujian baru buat kita.. paling penting kesabaran dan keyakinan..
memang apapun tidak akan kekal di dunia ini.. berbalik bab,
seolah kita kena sahut cabaran baru, mungkin anggota baru jadi pengganti.
mengenai luahan rasa hati petugas perubatan tu..
diakui.. semua kerja pun segitu.. ringkas.. bentuk dan cara saja yang berbeza..
semua ada susah,senang,pengorbanan,tanggungjawab dan banyak lagi..
paling utama, kita ikhlas dan amanah bekerja..
insyaallah, semua cabaran ditempuhi dapat ditangani dengan tenang..
sekadar pendapat.
Tue 30-Jun-2009 11:06
Posted by:ezaiedinRIN  - [Link]
ujian ALLAH pada umat nyer berbeza-beza dari setiap sudut...
kite kene redha dan muhasabah diri....
hati kene ikhlas....senyum skit
Tue 30-Jun-2009 13:18
Posted by:pekerja  - [Link]
itulah... sy selalu berpegang dan berpesan, pd diri sendiri... pabila cerita dunia, lihatlah org yg kurang... pabila cerita akhirat, lihatlah org yg lebih... tak rugi bersangka baik, walau pun org kata kita bodoh... kebahagian hati kita yg lebih penting... tugas adalah ibadah... jika ikutkan cerita di atas, besar ganjarannya yg doktor tu perolehi... kerja apa pun sama ajer, ada masalahnya... asal pandai kita mengolahnya... selesa lah kita... soo sabar je la bro... yer... Tue 30-Jun-2009 16:57
Posted by:biduan  - [Link]
Ya ALlah..
semoga sentiasa dikurniakan keberkatan & dipermudahkan..
setiap sesuatu yg berlaku insya ALlah ada hikmah di sebaliknya..
Wed 1-Jul-2009 16:03
Posted by:srsfeqah  - [Link]
Monung panjang tu bro .... kita senasib. 3/4 dari angkatan lanun aku juga dah ditukarkan bulan lepas .... masuk lak orang-orang baru. Pening aku! Bukan senang nak mengajar balik.
Hmmm .... kalau kau kenal tuan doktor tu .... kata padanya, ramai rakyat Malaysia hargai pengorbanannya. Tapi itu adalah jalan yang dia pilih ..... moga dapat diteruskan, kita mmg kurang doktor . Kita masing masing ada tanggungjawab sendiri termasuk kau dan aku!
Thu 2-Jul-2009 05:56
Posted by:baning  - [Link]
Macam lepak gandum pun ado gak rupo kau tu! Thu 2-Jul-2009 06:03
Posted by:baning  - [Link]
Semoga tabah menghadapi cabaran,,,,

Terima Kasih Doktor,,,,
Hampir 50 hari berulang ke NICU tahun lepas,,,,saya betul2 kagum dengan dedikasi Doktor,,,,
Thu 2-Jul-2009 14:37
Posted by:Mohd Azhari Azizan  - [Link]
Salam bro,
Lama tak datang ke sini...Apa khabar?
Sedih sangat bila baca cerita yg dikongsi....
Semua itu suratan illahi ..
Banyakkan bersabar...
Fri 3-Jul-2009 02:01
Posted by:MamaElla  - [Link]
HMMM...SAYU HATI BACA LUAHAN SEORANG YG BERGELAR DOKTOR NIEE YERKK....MAKLUM LER KEJER BAHAGIAN SERVICE NIE MEMANG MCM TUH...SEBAB BUKAN SENANG NAK BERURUSAN DENGAN SESEORANG...ADAKALA ORG SUKA...DAN BERTERIMA KASIH...ADAKALA ORG MARAH... KOMPLEN X PUAS HATI....SEMUA PEKERJAAN BEGITU..CUMA LAIN2 SITUASI SAHAJA.... Fri 3-Jul-2009 05:34
Posted by:AZUERIENA NORASH amoii@yahoo.com  - [Link]
buat pertama kali.. dan sejujurnya saya mengatakan... baru kali ini saya baca setiap inci kandungan dalam entry nie...

segala usaha dan pengorbanan kesabarab telah dibalas... moga terus maju jaya
Fri 3-Jul-2009 08:52
Posted by:watie  - [Link]
Semoga mendapat keberkatan ilahi dlm membantu sesama manusia wpun apa yg d terima tak berbaloi, yang berharganya ialah pengalaman nampak menyakitkan tapi berharga d masa akan datang . . .


http://rnzphoto.fotopages.com

Fri 3-Jul-2009 12:36
Posted by:rnzphoto JB  - [Link]
bila baca luahan hati seorang doktor ni, br la tau mcm mana peritnya tugas
merawat pesakit yg x mengenal erti penat ........
terharu rasanya........
Sat 4-Jul-2009 17:15
Posted by:baayah  - [Link]
moga ketabahan doktor terbalas ... Sun 5-Jul-2009 03:21
Posted by:rais mohdrais81@hotmail.com  - [Link]
>> saya faham perasaan anda...
>> dalam bidang kerja saya ni pun bab transfer mmg biasa sangat...
>> kadang baru nak serasi dengan tempat tu dah kena transfer tempat lain...
Sun 5-Jul-2009 17:38
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
salam bro.. rejeki yg halal teww .. Mon 6-Jul-2009 02:37
Posted by:en_me yginsaf@lycos.com  - [Link]
terharunya baca citer doc tsb..
tp sy x pernah lupe mengucapkan terima kasih kepada doc setiap kali selepas rawatan..
x kira la apa bangsa doc tsb...
Mon 6-Jul-2009 04:53
Posted by:June Amy  - [Link]
sabar dan kuatkan semangat..yg pasti staff yg baru mungkin akn memberikan pengalaman yg berbeza wat bro tuk mendidik mereka..banyak pahala mendidik org2 baru.. Mon 6-Jul-2009 11:21
Posted by:madamct aka sitione  - [Link]
Setiap langkah tuan di muka bumi ini hanyalah dengan kehendak & redha dariNya.. KepadaNya jugalah kita berdoa & berserah, jangan patah semangat, setiap yang berlaku adalah ujian ke atas kita makhluk di muka bumi... Teruskan perjuangan... Tue 7-Jul-2009 13:12
Posted by:KHAZIMI kcg7791@yahoo.com
Baru den tau.. jodi doktor pun ado stresss.. dulu tak tahu den... konon nak jadi doktor yo dulu haa.. tapi hampeh... akhirnya jadi doktor cinto... .. kojo den pun stress... kojo apo yang x do stress yo.. ?? den nak tuka korjayo... ;P.. tolong laa doc... I stresssss... Wed 8-Jul-2009 13:50
Posted by:Fey  - [Link]
Salam bro. Apa khabar org kuat maritim malaysia? lama betul tak menjejak fp nih. masuk2 dah ada kisah sedih penuh tauladan. Nak minta izi nak cilok cerita ni utk letak kt saya punya blog. boleh ? Wed 8-Jul-2009 15:09
Posted by:Adznee Ahmad  - [Link]
Salam pekabo? sabar ye...mungkin ada yg lbh baik menanti Dia lbh mengetahui.
Sib baik tk jd doktor, mmg dulu ada cite2 tp result sains subjek tk pwr, syukur dgn keje skrg.
Kwn sy senasib dgn doktor kt atas tu, spi bercerai & tk sempat dpt anak sbb t'lalu bz merawat org
All the best to the doctors out there...
Thu 9-Jul-2009 05:48
Posted by:intan isms72@yahoo.co.uk  - [Link]
Kita bila semakin ke penghujung perjalanan hidup akan menempuhi saat-saat berpisah dengan kawan-kawan lama dan berjauhan dari saudara mara. Anak-anak kita pun semakin sibuk dengan dunia mereka. Mujurllah kalau isteri masih bersama dan kita masih dapat berjemaah di masjid. Hobi kita pun dah makin kurang mendapat tumpuan...............memang rasa sunyi dunia ni. Sat 11-Jul-2009 07:34
Posted by:Awangje jel_pan57@yahoo.com  - [Link]
insyaAllah...moga saya pon akan kuat untuk menghadapi tugas as intern tahun depan...setuju sgt dengan kenyataan kerjaya doc ini tidak semudah org yg memandang. Tue 21-Jul-2009 23:58
Posted by:aimi
sedih baca cite atas ni.... semoga die terus kuat...

tu la...bile baca cite ni...sedar sy..ttg..allah takkan bg kite ujian yg bukan kemampuan kita...err... kire setiap ujian mesti de jalan keluar...allah maha adill....
Sun 26-Jul-2009 15:26
Posted by:pidah  - [Link]
saya minta maaf..tp ini pandangan dr lubuk hati saya..
pada saya ..Dr tidak se mengada nurse...atau MA...
permasalah sentiasa terjadi kerana nurse yg memaki hamun...meniggi suara dan tidak prihatin kpd pesakit..
tidak satu kerja pun di dalm dunia ini mudah...
spjg pengalaman saya di hospital KERAJAAN selama sebulan...DR..selalunye pandai menjalankan tgjwb mereka sebaiknya..walupun badan saya penuh dgn lebam dan luka..hasil pencarian urat..
sakit di badan...tidak sesakit hati apabila nurse buat ' do no' jer dgn pesakit..esp masa tu saya di ICU...
dan sy terdengar di kuping telinga ini, ayat "dah nak mati pun menyusahkan org"....ditujukan pada pesakit di sblh sya...
patutkah itu?
jadi...apa yg saya nak bgtau ...adalah...Dokter....jgnlah berasa tertekan dgn pesakit krn bg saya.. yg menekan pesakit adalah nurse...
tnpa dokter siapalah pesakit....
ikhlas....
Mon 27-Jul-2009 01:29
Posted by:zira  - [Link]
saya minta maaf..tp ini pandangan dr lubuk hati saya..
pada saya ..Dr tidak se mengada nurse...atau MA...
permasalah sentiasa terjadi kerana nurse yg memaki hamun...meniggi suara dan tidak prihatin kpd pesakit..
tidak satu kerja pun di dalm dunia ini mudah...
spjg pengalaman saya di hospital KERAJAAN selama sebulan...DR..selalunye pandai menjalankan tgjwb mereka sebaiknya..walupun badan saya penuh dgn lebam dan luka..hasil pencarian urat..
sakit di badan...tidak sesakit hati apabila nurse buat ' do no' jer dgn pesakit..esp masa tu saya di ICU...
dan sy terdengar di kuping telinga ini, ayat "dah nak mati pun menyusahkan org"....ditujukan pada pesakit di sblh sya...
patutkah itu?
jadi...apa yg saya nak bgtau ...adalah...Dokter....jgnlah berasa tertekan dgn pesakit krn bg saya.. yg menekan pesakit adalah nurse...
tnpa dokter siapalah pesakit....
ikhlas....
Mon 27-Jul-2009 01:29
Posted by:zira  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.