Siapa lagi mahu mencari rezeki kalau bukan saya....
Kadang2 hati ini bertanya, tidakkah dia mempunyai keluarga
Saya terlepas menikmati roti benggali
hmmm balai boleh cerita....
Biarlah orang lain dgn kereta besarnya.....
.....beban yang terpaksa ku pikul sendiri
Seingat saya, tak pernah saya buat satu entry khas candid insan-insan di jalanan. Memandangkan sewaktu di Penang haritu poket tak berapa sihat untuk berbelanja, maka saya habiskan sedikit masa petang saya menembak beberapa insan yang melalui Penang Street. Sebolehnya saya nak mencari orang-orang tua yang melalui jalan tersebut, tetapi ada juga orang muda, polis serta yang mengalami masalah mental. Mengambil wajah seorang perempuan cina tua mengingatkan saya pernah dipukul dengan kain oleh seorang wanita tua Korea sewaktu di Seoul yang menyedari wajahnya sedang di potret. Mujurlah orang tua di Malaysia tak seperti orang tua di Korea yang tak sporting. Tak dinafikan mengambil gambar manusia tanpa izin (ala-ala paparazzi) dengan menggunakan lense setakat 70-150mm ini agak merisaukan kerana mereka tentunya sedar bahawa aksi mereka sedang dirakam. Apapun bukanlah tujuan saya untuk mengaibkan sesiapa dengan menyiarkan wajah mereka di sini. Kerana saya sendiri apabila menatapnya hanya terbayangkan bahawa sampai satu masa nanti diri saya juga akan menjadi seperti mereka, tua, tak berdaya dan mungkin menjadi bahan ketawa!!
Ramai pelancong asing boleh dilihat mengitari jalan di Pulau Pinang. Mungkin keunikan bangunan lama yang banyak tedapat di sini menarik minat mereka. Cuma saya melihat jalanan di sini masih kurang dari sudut kebersihan begitu juga dengan tempat makannya terutama warung di tepi jalan. Warung di tepi jalan bagi saya sebenarnya turut merupakan satu produk pelancongan yang baik, namun kebersihannya banyak yang terabai. Soalnya sampai bila.....?
Tudia.Bila PTD menulis memang begitu tajam sekali pemerhatian Tuan no....Saya pernah dicabar oleh seorang kawan untuk memotretkan wajah wajah "MELAYU DI PULAU PINANG" namun hingga kini masih belum berjaya
pada saya tua bukan utk ditertawakan........
tp tua tu lah yg mendewasakan kita tok kita berfikir.......
merenung dlm diri.......
pe yg akan kita hadapi di saat seperti mereka.......
Warga emas ni buat kita merenung diri macam mana esok bila tiba masa kita.
Bagaimana indahnya ciptaan Allah dijadikan manusia ini pelbagai rupa. Terpulang pada kita sama hendak "upgrade" diri menjadi insan atau "downgrade" jadi haiwan.
Duduk-duduk tengok ragam manusia ini boleh menginsafkan serta merenung kebesaranNya. Bak kata orang bijaksana, 'Pandang banyak pada yang satu, pandang satu pada yang banyak'.
entry yg makan dalam....
hmmmm wat masa ni...lom pernah wat street photog...
x berani....even gmbr kawin pon....malu2 itik lg....
dgn kit lens...mana dpt nk amik gmbr curi2...
klu yg 70-105 pn xleh...
ini kan pula 18-55.....