 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
Ouled Kenitra's Fotopage
  By: Ouled Kenitra
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Saturday, 20-Jun-2009 05:05 |
Email | Share | Bookmark |
|
Menghilang Sebentar Ke Pulau Pinang
|
|
|
 |
|
Tengku Naufal melopong mendengar hujah peserta
|
|
 |
|
Apolah yang budak ni cerita kat aku ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
 |
|
Kumpulan eden
|
|
|
10 Jun yang lalu saya ambil cuti rehat nak bersama anak-anak, begitu juga dengan isteri saya. Bukan nak berjalan jauhpun, cuma nak luangkan masa dengan mereka. Saya bawa mereka menonton wayang. Sungguh ramai orang sehingga terpaksa berbaris panjang. Anak-anak berhajat untuk menonton Jangan Pandang Belakang Congkak. Melihat monitor di panggung tempat duduk bagi filem berkenaan masih ada. Pergerakan barisan menuju ke kaunter tiket amat perlahan. Saya jamin kalau di pejabat kerajaan berlaku begini sudah tentu ramai yang memaki hamun dan melabelkan jabatan tersebut tidak cekap. Tapi saya tak pernah lagi mendengar orang merungut di akhbar kerana terpaksa beratur panjang untuk membeli tiket wayang. Adakah kerana panggung wayang ini bukan agensi kerajaan?
Hampir 50 minit beratur saya semakin menghampiri kaunter tiket. Hanya dua buah kaunter yang dibuka, satu jumlah yang tidak munasabah berbanding dengan pengunjung yang ada. Tambah memburukkan dan menyumbang kepada kelambapan ini adalah segelintir manusia yang meminta bantuan mereka yang telah sampai ke hadapan untuk menolong membelikan tiket. Amat benar bahawa tolong menolong merupakan amalan yang mulia. Tapi menolong jenis ini samalah juga dengan memotong barisan serta menafikan hak mereka yang telah lama beratur. Bila ku renung-renung wajah wajah yang melakukan perkara ini mereka Cuma buat muka seposen aje. Akibatnya tempat duduk panggung cerita yang ingin ditonton penuh sehinggalah kepada show yang berikutnya. Akhirnya terpaksa cari cerita lain dan mujurlah ada sebuah lagi filem yang sesuai untuk kanak-kanak iaitu Monster vs Alien.
Saya tak ada pilihan walaupun ianya merupakan sebuah filem kartun. Lagipun dah berpenat berbaris takkan nak pulang begitu sahaja. Cukuplah bebudak hampa kerana tak dapat menonton filem pilihan mereka, jangan pula mereka hampa kerana terpaksa pulang begitu sahaja. Duduk di barisan tiga dari hadapan amat menyiksakan bagi seorang penonton dewasa. Skrin dirasakan terlalu besar bahkan terpaksa pula mendongak sedikit. Sedang menonton saya mendapat pula telefon dari pejabat mengatakan saya perlu menghadiri satu kursus anjuran JPA. Tidak mahu berbual panjang saya menyatakan akan mengambilnya sendiri di pejabat nanti.
Maka setelah selesai menonton, makan serta solat saya memandu pula ke pejabat (satu yang saya kesalkan kerana mengganggu waktu lapang saya bersama keluarga kerana terpaksa mengeheret mereka sama ke pejabat). Saya dijemput untuk menghadiri PTD Training Roadmap, kursus Strategic Thinking di Hotel Cititel, Pulau Pinang dari 16-19 Jun. Mengikut surat, saya perlu memberikan maklumbalas sebelum 8 haribulan sedangkan hari itu sudahpun 10. Surat tersebut lambat sampai ke tangan saya kerana saya melihat alamat yang ditulis adalah jabatan lain. Cuma mujurlah ia masih sampai ke tangan saya walaupun lambat. Saya menghubungi pihak INTAN bertanyakan kebarangkalian saya boleh mengikuti kursus tersebut walaupun lambat memberikan maklumbalas. Agak hampa kerana urusetia memaklumkan bahawa tempat telah dipenuhi dan saya nampaknya tidak dapat mengikuti kursus tersebut. Memang terasa kehampaan yang amat sangat memandangkan PTD Training Roadmap ini merupakan satu kursus ‘jemputan’ dan bukannya kursus yang dipohon. Ia hanya ditawarkan kepada segolongan pegawai sahaja. Lagipun kali terakhir saya mengikuti kursus Roadmap ini adalah diantara tahun 2003 dan 2004, satu tempoh yang amat lama.
Sambil memandu ke destinasi seterusnya otak saya terus ligat berfikir. Akhirnya saya memutuskan untuk menelefon sendiri pihak JPA. Pegawai yang melyan saya turut memberikan jawapan yang serupa namun berjanji untuk membantu. Jawapan itu sekurang-kurangnya memberikan sedikit kelegaan.
Esoknya saya dihubungi pegawai tersebut yang memaklumkan bahawa nama saya telah dimasukkan sebagai peserta kursus tersebut. Syukur, hajat saya dimakbulkan Allah.
Pergi ke Pulau Pinang dalam keadaan poket kekeringan sebenarnya amat menyiksakan. Tambah pula bayaran hotel sepanjang kursus ini terpaksa mendahulukan wang sendiri tidak seperti kebiasaannya ditanggung penuh oleh penganjur. Jadi apabila berjalan di waktu lapang saya benar-benar window shopping sambil menelan air liur kerana tak berdaya nak membeli barangan yang dilihat. Cuma sedikit jeruk buah-buahan dan baju anak-anak sehelai seorang sahaja yang dapat saya jadikan buah tangan. Saya benar-benar kering…….
Kursus Strategic Thinking ini dijalankan oleh seorang anak muda bernama Tengku Naufal bin Tengku Mansor, seorang konsultan yang boleh saya katakan antara anak Melayu yang bijak pandai serta tinggi ilmunya. Saya telah banyak menghadiri kursus tetapi untuk mencari trainer yang berkebolehan seperti beliau amatlah sukar. Kefasihan berbasa Inggerisnya amat mengagumkan, namun tidaklah sampai beliau perlu menggunakan jargon yang hebat-hebat untuk menyampaikan ilmunya. Penerangannya amat mudah dan cara beliau bermuamalah dengan peserta cepat membangkitkan persefahaman dan kemesraan.
Di samping itu saya amat memandang tinggi dengan rakan peserta yang lain. Mereka juga cekap berbahasa sambil mengutarakan hujah serta pendapat yang berisi. Namun tidak bermakna kelas ini amat bosan bahkan sering sahaja diiringi derai ketawa. Maknanya elemen keriangan itu ada semasa perjalanan kelas. Begitu juga dengan kumpulan saya (saya dilantik oleh Tengku untuk mengetuai kumpulan kecil itu. Saya perlu menerimanya kerana penolakan umpama saya takut menghadapi cabaran sementelah lagi ketua kumpulan lain menerima tanggungjawab itu tanpa bantahan). Kumpulan saya juga best kerana otak masing-masing ligat berfikir serta kadang-kadang memberikan pendapat yang diluar jangkauan.
Benarlah kata Tengku, berfikir ini sesuatu yang memenatkan. Saya tidur awal setiap malam kerana badan terasa letih walaupun kelas hanya dijalankan pada sebelah siang sahaja dari 8.30 hingga 6 petang. Apapun saya seronok berjumpa kembali rakan-rakan yang kebiasannya hanya ditemui di waktu kursus seperti ini.
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
|
|
|
|