Want your
own Fotopage?









 
Ouled Kenitra's Fotopage

By: Ouled Kenitra

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 12-Jun-2009 03:19 Email | Share | Bookmark
Satu Pandangan Di Hari Jumaat

 


Hari ini Umat Islam terutamanya yang lelaki akan berbondong-bondong menuju ke masjid bagi menunaikan fardhu Jumaat secara berjamaah. Ada juga yang berbondong-bondong pulang ke rumah mencari katil atau ke tempat-tempat persembunyian kerana tidak mahu hadir ke masjid. Tidak boleh nak disalahkan mereka ini kerana kebanyakan mereka ini masih belum mencapai tahap umur baligh. Ini kerana solat adalah wajib bagi yang telah mencapai umur baligh. Jadi kita bersangka baiklah kepada mereka ini mungkin mereka belum baligh, kerana itu tidak hadir ke masjid walaupun umur telah melebihi 40 tahun.

Bagi yang ke masjid pula ada pandangan yang ingin saya berikan sedikit berkenaan penjagaan aurat agar solat kita didirikan dengan sempurna sekali. Sering saya melihat beberapa jemaah lelaki yang mengenakan baju atau t'shirt yang agak singkat yang mana apabila mereka ruku' dan sujud, baju ini akan terangkat sehingga menampakkan bahagian belakang mereka yang termasuk kawasan aurat yang perlu ditutup. Ada juga sehingga tersembul keluar seluar dalam, mungkin mereka sengaja nak memberitahu jemaah lain apa jenama seluar dalam yang mereka pakai. Walau apapun kita perlu tahu bahawa ketika solat aurat wajib ditutup agar solat itu sah. Kegagalan mematuhi etika tersebut akan menyebabkan kita cuma dapat penat tonggeng terbalik aje. Jadi carilah baju yang sedikit labuh dan tariklah seluar itu naik ke atas sedikit. Ikatlah dengan tali pinggang kalau tak mahu ia terlondeh. Tangguhkanlah seketika niat nak bergaya itu agar solat dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Begitu juga dengan jemaah yang memakai kain sarung. Apabila anda sujud segerakanlah menutup dan rapatkan kaki anda. Sekiranya tidak dilakukan ia akan mendedahkan kawasan belakang pangkal peha yang masih termasuk kawasan aurat. Kalau rasa sukar elok memakai seluar sahaja. Dan jika pakai seluar pastikan seluar anda itu bersih dan berawas apabila ke tandas kerana dikhuatiri boleh terpercik najis.

Marilah kita bersama-sama (termasuk diri penulis) sendiri memperbaiki kualiti solat kita agar dapat diterima Allah....amiiiiiiin.



umo 40 thn ade yg blom baligh lagi? confuse.... ade lah kot ye... Fri 12-Jun-2009 04:14
Posted by:nurul  - [Link]
HMMM...PICCAS BRO NIE PAKAI FILTER +10 TUH JUGAK KER...CANTIKK... Fri 12-Jun-2009 04:37
Posted by:AZUERIENA NORASH amoii@yahoo.com  - [Link]
salam
catatan yg menarik ni
:: mengenai slideshow kat tag tu begini :

1. klik pada Settings
2. klik pula Profile
3. di ruangan Title letak kod = <div><embed src="http://widget-58.slide.com/widgets/slideticker.swf" type="application/x-shockwave-flash" quality="high" scale="noscale" salign="l" wmode="transparent" flashvars="cy=fr&il=1&channel=3314649325763696216&site=widget-58.slide.com" width="700" height="450" name="flashticker" align="middle"/>

:: Kod ini adalah kod untuk slideshow abg meor
:: Ubahsuailah berpandukan kod yg diperolehi dari www.slide.com

Ada juga tutorial mengenai slideshow di fotopages sahabat kita Siti Hajar Suratman http://madamct.fotopages.com/
Fri 12-Jun-2009 04:38
Posted by:meorjay  - [Link]
lama tak singgah ke sini...banyak ilmu dapat difahami...dan diketahui...
menjadikan sesiapa sahaja boleh insaf dan sedar..tapi buat-buat tak sedar...

nice pic.....bunga misai kucing....banyak kegunaannya nie...
Fri 12-Jun-2009 04:52
Posted by:imazam
saje wat2 tk paham...
btoi lah tu, unmummaiyiz gak tu....
Fri 12-Jun-2009 05:00
Posted by:nurul  - [Link]
bunga apa tu bro? Fri 12-Jun-2009 05:05
Posted by:madamct aka sitione  - [Link]
bro, misai kucing ke tu? kat mana nak dapat..nak buat ubat..glukos aku pun mcm nak tinggi dah.... Fri 12-Jun-2009 08:50
Posted by:princenebulosh
memang risau kalau kita lihat secara keseluruhan dengan detail nya org2 islam sembahyang............belum kira dimulai dgn ambil air sembahyang........aduh ..... Fri 12-Jun-2009 09:54
Posted by:Abah Along  - [Link]
hehe...sy dah dkt 20 tahun dok klang.... Fri 12-Jun-2009 16:18
Posted by:jebuk711 jebuk711@gmail.com  - [Link]
Dulu Pokok Misai Kuching ni banyak ditanam di R&R Bukit Dukong....
sekarang tak tau lah ada lagi ke tidak..
Fri 12-Jun-2009 18:56
Posted by:badangperkasa  - [Link]
Amin!!!!!! Sat 13-Jun-2009 00:20
Posted by:baning  - [Link]
banyak info. disampaikan bro.
perlu direnung oleh semua dalam kehidupan kita masa ini.
buat ibadah bersama.
gambar bunga yang menarik bro.
Sat 13-Jun-2009 11:52
Posted by:ezaiedinRIN  - [Link]
hmm semoga jd ingatan utk semua...
selalu org akan tegur aurat wanita...tp lupa aurat lelaki...yg selalu je kelihatan....
jgn kata pompuan je suke tunjuk suar dlm...lelaki pon ade..kan...
"mahal spendar gua beli ni bro...rugi r klu org x nmpk...jenama payung ni bro...." mungkin tu la yg ingin mrk sampai kan.......

Sat 13-Jun-2009 12:03
Posted by:pidah  - [Link]
hmmm...betul tu. mengganggu orang lain nak solat jugak. tak pasal2 kita dpt dosa pasal dok mengutuk dan mengata mereka dlm hati.. Sat 13-Jun-2009 15:18
Posted by:cak absolution_4@yahoo.com  - [Link]
Bunga misai kucing
Sat 13-Jun-2009 23:35
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
mmg sesuai boh nama misai kucing.. Sun 14-Jun-2009 07:05
Posted by:min472  - [Link]
amin.... Sun 14-Jun-2009 08:36
Posted by:Rais mohdrais81@hotmail.com  - [Link]
bagus jugak skali skali bg peringatan mcm ni... Sun 14-Jun-2009 15:59
Posted by:hijanahhafiizhsakura  - [Link]
>> terima kasih kerana saling ingat mengingati...
>> misai kucing ni sekarang dah ada minuman...

ps : masa ke indonesia dulu kedai tutup ler...
Sun 14-Jun-2009 16:26
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Sun 14-Jun-2009 17:05
Posted by:biduan  - [Link]
salam perkenalan... jemput singgah ke fp saya... Mon 15-Jun-2009 01:41
Posted by:arm - Simple Photography  - [Link]
alamak.. dah miss..
nway, btul kata bro tu. sebab tu saya prefer amik wuduk kat luar masjid compare kat bilik wuduk yg bersambung ngan tandas. takut terseret najis yg tak kelihatan ke ruang solat.
Mon 15-Jun-2009 02:48
Posted by:SchoePenToeTer  - [Link]
hehe ... owh! baru tau, yang parking dkt bawah pokok time sembahyang jumaat tu semua x akil baligh Mon 15-Jun-2009 07:14
Posted by:FarEast  - [Link]
Cantik bunga tu..putih bersih..semoga hati kita pun secantik dan seputih bunga tu... Mon 15-Jun-2009 08:40
Posted by:Ainasara ainasarajefri@yahoo.com  - [Link]
salam bro.
maaf, atas salah faham,
mungkin sebab fikiran saya turut merasainya kot,
tu yang jadi tersilap tafsir.
apapun banyakkan bersabar je lah bro.
Mon 15-Jun-2009 10:27
Posted by:ezaiedinRIN  - [Link]
InsyaAllah, sama2 la kita berdoa moga solat kita diterima Allah....
cantik sungguh bunga tu.......
begitu sharp sekali.......
Mon 15-Jun-2009 17:34
Posted by:baayah  - [Link]
salam............................peringatan yang baik untuk hari yang baik. Tue 16-Jun-2009 01:09
Posted by:hayatibadri hayati_badri@hotmail.com  - [Link]
sOrRy To LEavE THIS JunK...
PROMOTION!!
ThIS iS thE BEST wAy AnYwAY.......
Tue 16-Jun-2009 08:25
Posted by:fida betty_0312@yahoo.com  - [Link]
sama2lah kita membuat ibadat dan kebajikan untuk mencari keredhaan allah Tue 16-Jun-2009 09:53
Posted by:kak hanAZ  - [Link]
Bertambah pahala Jumaat,,,, Tue 16-Jun-2009 14:10
Posted by:Mohd Azhari Azizan  - [Link]
salam...
moga hari esok lebih baik dari hari ini....
Wed 17-Jun-2009 13:32
Posted by:mama kimi  - [Link]
miaw...miaw...miaw ye.... Thu 18-Jun-2009 00:55
Posted by:ezankn  - [Link]
cantiknye bunga itu

bunga misai kucing ke???
Thu 18-Jun-2009 03:43
Posted by:eden laaaa...>>>> rinnafazza@yahoo.com  - [Link]
sume umat islam pakat2 jaga solatnye.....amin Thu 18-Jun-2009 13:08
Posted by:pokleyimages  - [Link]
Ibadat sering dianggap adat, maksudnya kalau tak buat akan memalukan di mata masyarakat. Solat ialah janji kepada Allah, lima kali kena kerjakan dalam sehari. Ibarat berhutang dengan Allah----maksudnya "kena bayar"
Bukan senang nak lekatkan solat di hati manusia.
Kena berdakwah/memperingati/memesan/mencontohi------
Manusia dewasa ini tidak ada keyakinan terhadap solat------
As Solah tu Jamiat
Thu 18-Jun-2009 23:53
Posted by:wildcat  - [Link]
abihlah kucing dah takdo misai laei, dah dibuek bungo ... Fri 19-Jun-2009 02:14
Posted by:sopitkotam syighaz@yahoo.com  - [Link]
stiap kali menjenguk fp bro, saya berharap utk melihat foto2 kampungku nun jauh dimata yg semakin 'buruk' ditelan kerakusan pembangunan. ttp hanya foto2 indah mencuci minda. tx bro! Fri 19-Jun-2009 08:44
Posted by:mamairina
setuju apa yang bro tulis tu...... Fri 19-Jun-2009 11:31
Posted by:syuhaiza syuhaizadrase@gmail.com  - [Link]
gamba adalah sungguh hebatnyer i like!!!! [ subject contrast with bg! nice ] Fri 19-Jun-2009 23:24
Posted by:fiziskandarz  - [Link]
adat manusia yang x tau bersyukur nikmat tuhan.......
heheheh bunga misai kucing kan tu... suka tgk bunga dia cantikkk
Sat 20-Jun-2009 00:27
Posted by:iezah azizam  - [Link]
bunga misai kucing... mak ada tanam, buat ubat Tue 23-Jun-2009 06:08
Posted by:ad+apex@MeMoRaBiLia  - [Link]
cerita lain.........
gambar lain.........








asalkan good..........info........
Sat 11-Jul-2009 14:16
Posted by:sifon......ku............  - [Link]
apsal gambo2 kat fotopage kenitra ni cantik2 belaka??? nk edit guna apa?? org guna picasa gak utk edit2 tp tak lawa mcm kenitra punya gambo2 la....sila beri tnjuk ajar skittttttttt Wed 29-Jul-2009 08:33
Posted by:shelyseth  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.