Want your
own Fotopage?









 
Ouled Kenitra's Fotopage

By: Ouled Kenitra

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 9-Jun-2009 15:07 Email | Share | Bookmark
Bukan Senapang Kayu Lagi

Keadaan di bawah benteng papan sasaran
Muncung M-16
Peluru M-16
 
Kelopak Glock 19
Glock 19
Peluru pistol
Taklimat keselamatan
Diiringi doa memohon keberkatan
bro Megat main pistol angin dulu
 
 
Ini senapang bukan untuk bawak pegi kedai
 
Apo la senapang kau ni Sin, lotih eden menengoknya
Korang layanlah senapang tu ye, daku layan nasik...nyam nyam
Meneropong kawasan pengisian peluru
Mengutip kelonsong setelah tamat penembakan
bro. Zuhri, otai senjata, sedang memasang GPMG
HK UMP 45


Ahad lepas sekali lagi diadakan latihan penembakan di lapang sasar polis di Kuala Kubu Bharu. Kehadiran nampak agak kurang berbanding kali yang pertama tahun lalu, mungkin kerana ia diadakan pada musim cuti sekolah. Ada juga rungutan dari segelintir pihak kerana aktiviti ini diadakan pada hari minggu, hari yang sepatutnya kakitangan bercuti. Bukanlah kehendak urusetia ia diadakan pada hari cuti, kalau boleh sememangnya hendak diadakan pada hari bekerja biasa. Namun kerana lapang sasar ini sememangnya menjadi kegemaran ramai maka ia telah penuh ditempah oleh pelbagai agensi. Mahu tidak mahu terpaksa juga diadakan pada hari cuti atau tiada latihan penembakan lansung. Sebaiknya dari mulut itu merungut sedemikian rupa, lebih elok diucapkan terima kasih kepada para anggota yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan program penembakan ini. Dari pencarian tempat, penentuan tarikh, kertas kerja,mesyuarat, logistik, keperluan senjata dan peluru serta pengangkutannya ke lapang sasar, semuanya telah diusahakan dengan sebaik mungkin oleh individu-individu ini. saya secara peribadi mengucapkan terima kasih serta salute kepada mereka ini. Tidak susah mengucapkan terima kasih, tidak ada bayaran dikenakan bahkan dapat pahala lagi. Hargailah apa yang telah sahabat kita lakukan untuk kita daripada mencerca kerana ia sedikitpun tidak menyumbang apa-apa.

Jikalau tahun lalu hanya tiga senjata sahaja yang digunakan iaitu Glock 19, M-16 dan GPMG, tahun ini ditambah satu lagi senjata baru iaitu HK UMP 45 buatan Jerman. Setiap senjata ada kelebihan yang tersendiri. Saya menggemari penembakan menggunakan pistol Glock 19 kerana agak mudah digunakan. Sekali sekala risau juga kerana Glock 19 tidak mempunyai safety key untuk menahan picu dari menembak. Safety key atau kunci selamat adalah tangan kita sendiri. Menembak dari jarak 10m dengan 10 butir peluru saya agak berpuas hati dengan 75 mata. Namun ia berkurangan ke 58 apabila di jarak 15m. Menggunakan senjata baru HK UMP 45 juga mengujakan kerana ia ringan dan mudah digunakan. Ini kerana sistemnya adalah seperti pistol walaupun ia berbentuk seperti senapang. Ia juga tidak berat dan selesa digunakan. Malangnya peserta hanya berpeluang memembak dengan 5 butir peluru sahaja menggunakan senjata ini kerana kekurangan peluru. Bagi M-16, saya telah mula mengenalinya semenjak tahun 2001 apabila mengikuti kursus modul tentera di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA), Ulu Tiram. Markah penembakan juga agak merosot berbanding tahun lalu. Agak teruja apabila berpeluang menggunkan GPMG kerana pada tahun lalu saya tidak berpeluang menggunakannya kerana terpaksa pulang lebih awal bagi menghadiri majlis penyampaian sijil TAKIS kakak Majidah (Entrynya pernah disiarkan dulu). Kepuasan itu hadir apabila dapat melepaskan peluru berterusan umpama bertih digoreng. Bunyinya memang kuat berbanding tiga senjata yang lain apatah lagi apabila kesemua empat GPMG yang dibawa menembak serentak.

Apapun tahniah buat yang hadir dengan hati yang ikhlas dan takziah buat yang sebaliknya. Terima kasih kerana tidak berkira, tidak berkira menyumbang tenaga, tidak berkira hari minggu atau tidak dan tidak berkira untuk off. Satu sahaja saya nak ingatkan, setiap butir peluru yang digunakan untuk latihan itu adalah wang rakyat. Rakyat mengharapkan dengan latihan itu kita akan menjadi lebih mantap mengawal perairan negara. Jangan jadikan rakyat ‘menyumpah’ kita nanti.





(Gambar-gambar close up menggunakan close up filter +10 yang direkemen oleh Prince Nebulosh @ princenebulosh.fotopages.com)

tuh mcm laras m16... kat mane amik nie? Tue 9-Jun-2009 21:10
Posted by:naqib najib n_9188@yahoo.com  - [Link]
tentu masa mula-mula pegang senjata api ni rasa gementar dan terujakan....
teringin nak pegang glock 19 tu....
Wed 10-Jun-2009 01:18
Posted by:Ainasara ainasarajefri@yahoo.com  - [Link]
best2!wat kt mktb polis kkb ye?tmpt acik jgak 2 dlu..sblm smpai ke mktb 2 ad skolh agama kt dgn rnr kkb.2 la skolah acik dlu.pnh jgak merasa guna pistol wkt dlm kadet dlu..mmg jmt..5btir peluru je.rasa xpuas je menembak even dpt johan menembak wkt kt lpg sasar uitm dlu.tp sygnya xda skeping pn gmbr wkt 2.. Wed 10-Jun-2009 01:46
Posted by:acik muaz1124@yahoo.com.my  - [Link]
ada kenalan jgak kt maktab polis 2..xingt dia pgkt pe..nama dia En Ramli.. Wed 10-Jun-2009 01:49
Posted by:acik muaz1124@yahoo.com.my  - [Link]
betul..setiap butir peluru tu wang rakyat. rakyat akan rasa bangga kalu peluru tu digunakan dgn cara yg betul..errrkk. Wed 10-Jun-2009 02:46
Posted by:cak absolution_4@yahoo.com  - [Link]
bersusun peluru...
re: masih boleh mkn kuih2 manis... tp jgn ler balun sampai kenyang.. makan sepotong dua cukuplahh
Wed 10-Jun-2009 03:07
Posted by:MaDiHaA  - [Link]
Sebutir peluru mampu memporak perandakan dunia... Wed 10-Jun-2009 03:44
Posted by:Tuah  - [Link]
perghhhh dasyat tu....
mau tembus ditembak.... peluru besar giler...
Wed 10-Jun-2009 03:53
Posted by:LITTLESTARS littlestars_studio@yahoo.com.my  - [Link]
seram lak tgk peluru2 tu...
moga dpt mengawal perairan negara kita..
Wed 10-Jun-2009 04:01
Posted by:nurul  - [Link]
bang..kau guna filter maklro ke? beshhhh gambar tu.... Wed 10-Jun-2009 04:56
Posted by:princenebulosh
Fuh...cantik gambar peluru tuh...bersusun2...
-love peace....hate war-
Wed 10-Jun-2009 05:17
Posted by:Mr aMin  - [Link]
best nye....selalu bercita2 nak try menembak.....
cntik r gmbr tu...klu gune filter pon leh cntik kan gmbr macro ekk

entry kali nih...
sepetang d jamuan teh....
Wed 10-Jun-2009 05:19
Posted by:sirap bini sarip  - [Link]
lama dh x tgk peluru secara live ni..dulu2 time abh still jd polis selalu nmpk abah simpan kt dlm gonok kt umah tu..hehe Wed 10-Jun-2009 06:25
Posted by:madamct aka sitione  - [Link]
penah diajar untuk gilap, pasang dan guna M16 time jadik komander UiTM dulu. Laa nih dah lupa... tapi dah pandai guna senapang baru. Potpetpotpetpotpetpotpet Wed 10-Jun-2009 07:24
Posted by:n1010
Ini baru betul2 menembak bukan guna kamera
Bukan senang nak dapat peluang ini. PI yg dah pencen ni pun belum pernah sentuh senapang walaupun senapang patah.
Re: ulasan ustaz saya ucapkan terima kasih. Kita hari2 berdoa supaya kita semua diberikan pertunjuk dalam solat. Minta pertunjuk untuk semua bukan untuk diri sendiri sahaja. Kepentingan umah mendahului kepentingan peribadi
Wed 10-Jun-2009 09:39
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
mcm tgk drama akademi polis jer..
bes.
Wed 10-Jun-2009 15:38
Posted by:min472  - [Link]
Tahun 80an dulu biasa guna M16, HK-33 dan SLR waktu latihan Kadet.. Seronok bila berada di lapang sasar.. Letupan yang pertama tu memang memecah semangat.. Kalau 'jalan lasak' tu lagi lah seronok.. Thu 11-Jun-2009 00:18
Posted by:badangperkasa  - [Link]
mmg patut bersyukur ni... bukan semua orang dapat peluang pegang senjata, apa lagi menebak guna peluru asli

hensem juga gambo close-up filter tu ye
Thu 11-Jun-2009 06:28
Posted by:ad+apex@MeMoRaBiLia  - [Link]
pakai BATIK hanya ke majlis rasmi kat hotel....
tu pun 2 tahun sekali kot.....

x pernah menembak guna senjata api....menembak guna speed light jer....
Thu 11-Jun-2009 11:00
Posted by:hensem  - [Link]
Sepanjang hayat abg meor belum pernah lagi menyentuh senjata apai, apalagi menembak
Sebaliknya anak abg meor (yana) menyertai kadet polis dan dapatlah dia menembak
Thu 11-Jun-2009 11:10
Posted by:meorjay meorjay65@yahoo.com  - [Link]
ops...senapang betul...hehehe...saya bab2 menembak ni cam ada takut skit laa... ngk senapang pun cam gerun je... Thu 11-Jun-2009 12:01
Posted by:mama kimi  - [Link]
hehe..tu lah ustaz.Umah mmg dokek boto ngan mosojid.Topi ado yo yg liat nak g masjid sampai kono bosit an dulu baru nak g masjid.hehe..
Ish..adat pelajar maghribi ni mmg tak leh nak tinggal kan dah.Sampai tak laku lah budak akhawat kek sini.hehe..
ese pon insyaAllah bakal mengikut jejak langkah nih.hehe.kalau ado rezeki lah ustaz.hehe..
okey ustaz.Syukran.Allah yfdik.Allah ya3unukom.
Thu 11-Jun-2009 12:41
Posted by:iskandar aka arrembawi  - [Link]
cantikkkkk.. tu peluru hidup ke? Thu 11-Jun-2009 12:52
Posted by:Conan_skywalkeR  - [Link]
Dulu sampai sekarang teringn nak menembak.. tp, cuma mampu pegang senapang cap CANON jaa.. huhu Thu 11-Jun-2009 16:09
Posted by:SchoePenToeTer  - [Link]
woo menembak yo..hebat..
sy n kwn2 stkt mem-bidik panah yo la..
latest n3; MEMANAH
Thu 11-Jun-2009 16:19
Posted by:srsfeqah  - [Link]
Teringat lagu M Nasir ..." tinggalkan satu peluru" Sat 13-Jun-2009 00:22
Posted by:baning  - [Link]
pasti seronok ke lapang sasar..
dentuman dan kekalutan dalam hati pasti dirasai..
paling utama, sebelum balik procedure pemeriksaan
senjata jangan ada yang tertinggal..
bahaya tu nanti...
Sat 13-Jun-2009 11:59
Posted by:ezaiedinRIN  - [Link]
bila nengok M16 nih teringat zaman sekolah2 dulu...habis bukit kat lapang sasar di TLDM Woodlands tuh kami tembak.... bukannya tembak target.... Sun 14-Jun-2009 15:46
Posted by:DiAnA YuSsOf eeyuss@yahoo.com  - [Link]
salam..ingt dgn ustaz najah salam?klo x silap dia masih di kuala kubu bharu..rumahnya di ampang pecah..xsinggah ke hri tu? Wed 17-Jun-2009 10:34
Posted by:acik muaz1124@yahoo.com.my  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.