 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
Ouled Kenitra's Fotopage
 By: Ouled Kenitra
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Monday, 8-Jun-2009 00:28 |
Email | Share | Bookmark |
|
Padan-Padanlah Bercuti Tu
|
|
Suasana pejabat agak lengang. Ramai yang mengambil cuti untuk bersama keluarga sempena cuti sekolah. Semasa anak saya masih kecil dan belum bersekolah saya tidak bercuti di musim cuti sekolah kerana memberi peluang kepada rakan dan staff yang berkeluarga untuk mengambil cuti. Selepas tamat cuti sekolah barulah saya mengambil cuti. Kini anak saya telah bersekolah dan saya hanya punya peluang untuk bersama anak-anak di musim cuti sekolah ini juga. Namun saya belum berpeluang lagi untuk cuti kerana boss dan staff telah bercuti dahulu. Yang dukacitanya apabila staff yang telah bercuti tidak kembali ke pejabat pada hari yang sepatutnya mereka hadir, tiba-tiba sahaja ada aral yang melintang, menghalang mereka untuk bekerja. Betullah, masalah bukan kita yang minta, apabila ia berlaku memang tidak dapat nak dielak. Tapi kita boleh merancang aktiviti kita. Perancangan yang rapi membolehkan kita tidak mengganggu perancangan orang lain. Andainya berlaku juga masalah walaupun telah dirancang dengan rapi maka ia dimaafkan kerana musibah yang melanda adalah diluar kemampuan kita menguruskannya. Jadi bila ada masalah yang tidak membolehkan hadir ke pejabat serta perlu pula menyambung cuti, maka laporkanlah segera kepada sang ketua, bukannya pada sebarangan staff ataupun tidak memberitahu sesiapa lansung. Sudahlah tidak dimaklumkan kepada sesiapa, esoknya datang dan dengan selamba mengisi borang cuti atas ketidakhadiran tersebut.
Semasa ditemuduga untuk minta kerja kita melafazkan sanggup berbuat apa sahaja. Sudah dapat nikmat dalam genggaman, macam-macam alasan untuk mengelakkan sesuatu. Terimalah hakikat sebagai orang yang makan gaji, kita bergaji kerana ada kerja yang diberikan kepada kita. Kita bergaji kerana kita perlu ikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak yang memberikan gaji kepada kita. Kalau tidak mahu, jawapannya amat mudah, tidak perlu lagi berada dalam organisasi itu, binalah organisasi sendiri yang mana dananya, undang-undangnya, peraturannya dan segala yang berkaitan adalah milik sendiri.
Kadang-kadang kita lupa bersyukur...............
................dan adik-adik yang belum mendapat kerja lagi di luar sana tentunya geram dengan insan yang lupa dengan nikmat yang mereka ada ini.
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
|
|
|
|