Haritu saya bawakan anda aksi bolasepak. Kali ini saya bawakan pula aksi bola jaring. Sebenarnya kedua-dua permainan ini melibatkan anggota saya. Setiap hari Rabu merupakan hari untuk bersukan. Setakat ini program sukan berjalan dengan lancar dan terisi. Kedua-dua perlawanan sukan, bolasepak dan bola jaring, yang dipaparkan merupakan perlawanan persahabatan yang diadakan dengan pihak luar terutamanya penduduk di sekitar kawasan pejabat kami. Selain dari mengeluarkan peluh dapat juga mengeratkan perhubungan dengan penduduk setempat. Saya percaya cergasnya kegiatan sukan ini kerana adanya anggota saya yang berkebolehan mengelolakan acara sebegini dan dipadukan lagi kerjasama baik anggota-anggota yang lain. Besarlah harapan saya agar semangat sebegini akan berterusan sampai bila-bila sehingga ke generasi Maritim Malaysia yang akan datang
Pasukan DM4 bersama pasukan Flat Seri Bahtera
Sempena dengan terdapatnya beberapa kerat manusia yang tak sedar diri dengan kekejaman komunis, saya persembahkan 'Jejari Mentega' ini untuk hiburan bermaklumat anda.....
aktiviti sukan yang menyihatkan kesihatan..perlu diteruskan..untuk diri sendiri...mengelak pelbagai penyakit jika aktiviti seumpama ini tidak diteruskan...
Fri 29-May-2009 01:03 Posted by:imazam
DAH LAMA X BERSUKAN... MASA SEKOLAH DULU JER MAIN BOLA JARING
SKARANG DAH X LARAT NAK LOMPAT DAAAAAAAAAAAA
bola jaring best!! pernah gak wakili sekolah masa sekolah rendah.. sekolah menengah wakil rumah ajeerr.. tp semedang dok pegang jawatan GD aje... nak jadi center orang tak bg sebab badan besorrr
Terkenang zaman ku berlawan netball dengan bekas olahragawati negara Zaiton Othman. Masa tu dia wakil UPM, saya wakil UM ketika bertemu di final peringkat kebangsaan inter-university. Kami kalah.. naib johan jerr..
woooo bola jaring..masa sekolah rendah pernah la bercita² nk masuk bola jaring... bersemangat waja masuk team sekolah.. tp dek ketinggian.. dan asyik d letakkan di bangku pemain simpanan kpd pemain simpanan je... ku lupakan hasrat murni ku itu... sobb sobbb....
badan sihat bila bersukan...tapi ada yang tak sihat jugak sebab main ikut emosi...sampai pukol orang..
nice klip video...ada yang start nak jadi komunis sekarang ni...bahayo...
Sat 30-May-2009 03:02 Posted by:mshafie shafie_81@yahoo.com
tingat zaman slim dulu...mmg aktif berbola jaring...sekarang dah BAM BAM duduk tepi gelanggang aje...wakakakakaka
Sat 30-May-2009 06:37 Posted by:Mira mirajohar@yahoo.com - [Link]
banyak aksi dalam shot ni bro.
cuma kelebihan dalam permainan bola jaring,
tak banyak lariannya, kalau bola, jenuh nak shoot jugak.
nice shots bro.
mengenai kata2 pesanan diruangan akhir, saya amat bersetuju dengan pendapat itu.
Sat 30-May-2009 10:07 Posted by:ezaiedinRIN - [Link]
Sukan bolajaring antara yg paling diminati masa zaman sekolah dulu........
Awang suka bola keranjang. Setakat keluar peluh je............permainanan ini bagus, terutama untuk lelaki. Tapi isteri awang suka bola jaring...............ok kan tu!
Sat 30-May-2009 16:16 Posted by:Awangje jel_pan57@yahoo.com - [Link]
dulu2 time sekolah, mmg selalu join main bola jaring ni...
la ni, bdn dh makin bolat...dh x larat dh.......... http://kimiein.fotopages.com/
hahahaha....selalunya masa hari guru aje abah berpeluang main netball ni.....hahahahah itu pun cikgu pompuan letak macam2 syarat.....antaranya tak leh pelok deme ......hahahahah
Sun 31-May-2009 12:28 Posted by:abah along - [Link]
Beriadah memang mengeluarkan peluh...
Persoalannya bila nak mula beriadah..
Jom Kari Kepala Ikan.. Keluar peluh juga..
Sun 31-May-2009 12:30 Posted by:badangperkasa - [Link]
Bro..yang dok kat depan sebelah kiri tu dgn yang pakai spek tu apa nama? ada kontek no? he he..cun-cun rupenye budak APMM ni..
Sun 31-May-2009 12:58 Posted by:princenebulosh
>> betul tu bro...
>> semakin kanak kanak membesar, semakin terasa umur kita meningkat...
Sun 31-May-2009 17:59 Posted by:<< jeff >> - [Link]
Lama tak singgah kat FP ni...
Bola jaring salah satu riadah yang diminati masa remaja dulu..tapi sekarang minat tengok aje kalau nak main rasanya semput dibueknya. maklumlah badan dah beso..
seronok dapat main netball nie........dah lama betul rasa tak main netball,agak2 ingat lagi ke rules ,xtvt untuk sihat tubuh badan n eratkan silatulrahim.......