 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
Ouled Kenitra's Fotopage
 By: Ouled Kenitra
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Wednesday, 27-May-2009 01:33 |
Email | Share | Bookmark |
|
Kebulur
|
|
Semasa saya kanak-kanak, apabila saya buat hal, mood tak elok, ayah saya selalu kata tu perut tengah kebulur la tu. Dan sememangnya lepas menjamah sesuatu, fikiran akan menjadi normal dan tenang kembali. Semasa zaman U pula bila runsing saya akan pergi kedai Muhammad cari Merendina (sejenis coklat) atau apa-apa coklat yang ada, minum munada (air gas) atau melahap kumirah yang diletak daging kosher. Akibatnya berat badan meningkat dengan begitu drastik. Anak-anak pun jika dilihat, mereka akan buat hal apabila ada dua perkara iaitu apabila mereka lapar atau bila mereka mengantuk. Bila dapat dipenuhi salah satu perkara tadi maka selesailah masalah. Cuma bila dah berumur ni nak melantak selalu apabila ada masalah akan mendatangkan banyak pula mudaratnya kemudian hari nanti, obesity serta penyakit-penyakit yang timbul akibat terlebih makan. Tu sebab nabi pesan kita ni kalau nak makan apabila rasa betul-betul lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makan semasa lapar tu biasalah, tapi nak berhenti sebelum kenyang tu yang payah sangat. Saya pernah cuba semasa mula-mula dapat diabetes dulu, memang sukar nak berenti sebelum kenyang, dan terasa tak puas makan. Namun Nabi itu apabila bersabda bukanlah mengikut kata hatinya tetapi adalah melalui petunjuk Allah jua.
Sama-samalah kita cuba ye, tak dapat sikit, sipi-sipi pun jadilah. Yang penting semangat nak bertaa’mul dengan sunnah itu ada.
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
|
|
|
|