Want your
own Fotopage?









 
Ouled Kenitra's Fotopage

By: Ouled Kenitra

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 24-May-2009 13:14 Email | Share | Bookmark
Hujung Minggu Di POGH

 
 
 
 
Kakak sempat menulis. Examnya tak habis lagi tu....
Kakak dalam water taxi
Jaja yang boring menunggu penumpang lain
 
 
 
kek mano-mano pun ado kudo!!
 
 
Bilik yang anda boleh gunakan bersama rakan2 untuk menonton bola
 
Laa kudo laei
Kek luar pun kudo....
 
Kali ni den tengok jo, lain kali baru den mandi
Bilo la pakcik nak buleh ado bot macam ni.
 




Cuti hujung minggu ini saya habiskan di Palace Of The Golden Horses (POGH). Bukanlah saya sengaja nak menghabiskan duit di situ atau kerana tibatiba jadi kaya kerana boleh duduk hotel mewah, tetapi saya mendudukinya secara percuma! Saya sebenarnya menjadi ahli kelab percutian POGH. Menjadi ahli kelab saya bukan sahaja boleh menggunakan kemudahan POGH tetapi juga boleh menginap di hotel-hotel yang menjadi partner POGH bukan sahaja di dalam negara bahkan juga di luar negara. Dalam setahun saya akan mendapat kemudahan penginapan percuma selama 7 hari dan satu hari daripadanya adalah menduduki bilik Presidential Suite. Bagi bilik lain, saya mendapat dua buah bilik setiap kali menginap. Jadi tak perlulah saya anak beranak bersesak dalam sebuah bilik. Selain penginapan, saya dan keluarga boleh juga menggunakan kemudahan lain pada bila-bila masa seperti pemeriksaan kesihatan di Health Sanctuary POGH, kolam renang serta gymnasium.

Anak-anak saya pun sebenarnya lebih suka nak ke kolam renang. Biasanya saya bawa ke KLCC yang penuh sesak. Kali ini dapatlah mereka main air dalam suasana yang agak tenang. Sempat juga kami naik water taxi dari hotel merentasi tasik ke MINES Shopping Fair. Sebenarnya bagi ahli, tingkat empat dikhaskan untuk mereka. Terdapat juga satu ruang santai yang besar dan cukup ekslusif yang boleh digunakan oleh ahli beserta saudara mara atau sahabat handai mereka. Ini bermakna jika ahli nak buat majlis keramaian yang ekslusif atau sekadar nak berkumpul dengan kawan-kawan sambil menonton bolasepak, ahli boleh menggunakannya pada bila-bila masa.

Tak rugi rasanya menjadi ahli kelab ini memandangkan kontrak yang ditawarkan adalah selama 38 tahun, bermakna (Insya Allah jika panjang umur) lepas pencen pun saya masih sempat merasa kemudahannya. Atau jikalau ahli tak mahu menggunakan kemudahan penginapan mereka dan mahu menghadiahkannya/menjual kepada kawan-kawan mereka yang memerlukan bilik, mereka boleh melakukannya.

Jikalau ada sahabat yang berminat, boleh forwardkan nama penuh beserta no handphone kepada saya untuk saya berikan kepada pengurusan kelab. Mereka nanti akan menghubungi anda dan mempelawa anda melihat terlebih dahulu kemudahan yang ada di hotel sebelum anda membuat keputusan. Berminat, apa lagi….






comel..comel gambar demo tu...bakpo sikit abe? letak banyak sket... Sun 24-May-2009 13:33
Posted by:princenebulosh
aku sokong perenggan 3, baris 3=hadiah.....=murah rezeki..he he... Sun 24-May-2009 13:58
Posted by:princenebulosh
Salam sahabatku
Cantik gambo2 ni semua
:: Berbalik kpd mengambil gambar bergerak (contohnya permainan bolasepak) kelajuan shutter tu memang perlu mencukupi untuk 'membekukan' pergerakan. Caranya set-kan kamera kpd Shutter Priority (Kita yg tetapkan kelajuan shutter, contohnya 1000 atau lebih), andainya tak mencapai kelajuan tersebut, naikkan ISO, maka dengan secara otomatik apperture akan disesuaikan oleh sistem kamera. Dengan itu tak perlu bimbang kerana gambar tak akan jadi gelap atau over-expose
Sun 24-May-2009 16:09
Posted by:meorjay meorjay65@yahoo.com  - [Link]
>> satu tempat yg cukup menarik dan eksklusif ni... Sun 24-May-2009 17:39
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
aduss mampu tgk gambar jelah... Mon 25-May-2009 00:59
Posted by:sue@mamaMaryam  - [Link]
Kawan, apa khabar? Sudah lama I tak contact you lah sebab busy dengan assignment kat college? I nak tau macam mana nak buat gambar yang you tunjuk kat atas...you kena tangkap gambar you berulang kali pada different angle ...lepas tu macam mana nak letak dalam satu gambar...boleh tunjuk ajar sedikit??? Banyak lagi baik.... Mon 25-May-2009 01:02
Posted by:Joyce choypeichin@yahoo.com
kelas u.. hotel nie... Mon 25-May-2009 01:46
Posted by:watie  - [Link]
best tu brsantai dgn family kt otel camni.. Mon 25-May-2009 03:00
Posted by:nurul  - [Link]
best la CUTI GINI.... sesekali pekena relex dgn mewah gini syokhabis Mon 25-May-2009 03:56
Posted by:kak hanAZ  - [Link]
best la CUTI GINI.... sesekali pekena relex dgn mewah gini syokhabis Mon 25-May-2009 03:56
Posted by:kak hanAZ  - [Link]
uhuu..
bestnye bercuti..
time2 exam cmni slalu wonder~ ble la nk cti..
heheh..
neway, ur pics mantop!!
Mon 25-May-2009 04:21
Posted by:mister clique  - [Link]
wahh.. ni org kayo2 yo yg buleh meraso dok hotel niii.. Mon 25-May-2009 05:20
Posted by:MaDiHaA  - [Link]
alangkah seronoknya dapat cuti2 merehatkan diri.... Mon 25-May-2009 05:31
Posted by:Mr aMin  - [Link]
waaaa...syoknya. ada ekk kelab mcm ni. menarek2.

suka 1st pic tu, mcm model plk aksinya..hehe.
Mon 25-May-2009 05:51
Posted by:cak absolution_4@yahoo.com  - [Link]
beruntung dpt tawaran mcm tu ... dpt merasa hotel2 besar ... deco dlm hotel teramat la cantik bro Mon 25-May-2009 06:41
Posted by:FarEast  - [Link]
Memang cantik tempat ni.. Tapi yuran keahliannya tu berapa agaknya.. Mon 25-May-2009 07:34
Posted by:fadzlie syahmie12@yahoo.com  - [Link]
bestnyaaa ....
pnh masuk 2x sini tp x menginap la, just dinner opis hubby & pickup tourist....
Mon 25-May-2009 08:14
Posted by:iezah azizam  - [Link]
masyaallah... tetiba rasa mcm dah besarnya anak2 dara awak ye... Mon 25-May-2009 08:50
Posted by:Lee Lin  - [Link]
seronok dpt bercuti sekeluarga....rehatkan badan..ceria bersama keluarga...
apatah lagi di hotel yg mewah gini......
Mon 25-May-2009 10:06
Posted by:Mamasya  - [Link]
salam ustaz.
insyaAllah.kalau ada rezeki utk sambung kat sini.Kalau tak da nak buat camna.Sebab sini pon die nak mustahsan (jayyid jiddan) paling kurang.Saya pon tak pasti lah dapat atau tak.
Tapi tu lah.Saya mintak la juga,Dapat atau tak tu lain cerita.Sebab ada gak yang dapat maqbul mintak lepass tuh dapat.tapi semua bergantung pada nasib lah.,
No pak latip dah tukar baru dah.no skang ni :+21262200513 .Ni nom terbaru dia.

Ahh.Ustaz Hassan skang ni dah pakai abu jamil.Sobab skang ni nuqat yg di bori kek pljr2 semuo eh Mizyan.mmg tak lulus lah.Dulu sobab dio mudah nak bori markah.tu namo abu yasir tuh. ..ni andaian ese jo.hehe..
ok lah..Allah yfdik.Allah ya3unukum.
Mon 25-May-2009 10:22
Posted by:iskandar aka arrembawi  - [Link]
Wah! Nice pix bro! Mon 25-May-2009 11:29
Posted by:Sila lihat fp Yusuf Arifianshah pixlensa@gmail.com  - [Link]
nice pic bro..teruskan karya..ianya kreatif dan menarik... Mon 25-May-2009 12:35
Posted by:imazam
mmm... mmg apa sj kita buat skarang ni utk anak2 dan keluarga..... Mon 25-May-2009 13:39
Posted by:biduan  - [Link]
saya tak mampu nak jadi member POGH nih..... mahal giler....tapi hotel dia cantik Mon 25-May-2009 14:54
Posted by:diana yussof  - [Link]
mak ai... rase mcm raje dah. heheh.. kalau jd ahli nnt kene byar aper2 ker?.. kang takut lak hotel mahal2 nie.. tak pasal2 jer... hehehe Mon 25-May-2009 18:53
Posted by:naqib najib n_9188@yahoo.com  - [Link]
Ok ler tu bro... dapat jugak bawa anak jalan-jalan Mon 25-May-2009 19:12
Posted by:PENJURIT penjurit@hotmail.com  - [Link]
biar mahal mane pn,ksh syg n kebahagian tak blh dijual beli..truskn sheikh!!yg pntg ank2 sronok..lg plak dpt 2bilik free..honeymoon lg la jwbnya..da tentu org umah happy..huhuhu.. Mon 25-May-2009 22:50
Posted by:acik muaz1124@yahoo.com.my  - [Link]
hahaha..ontah ustaz.tak ponah lak tanyo dio.sobab dio skang ni sibuk bonar.tambah2 lagi skng ni ustaz hassan alami ado sakit.tapi kagum ngan dio sobab sakit2 pon datang gak ngajar.nnt lah.kalau ado maso nak gak rapat ngan ustaz hassan alami.Sodap duk burak ngan dio ni.peramah. Tue 26-May-2009 00:47
Posted by:iskandar aka arrembawi  - [Link]
cantek2 model .. apsal x ajak weet joint! Tue 26-May-2009 01:59
Posted by:weet  - [Link]
Kemewahan harta hanya di dunia yang kekal hanya kemewahan anggota tubuh badan sihat yang di beri Allah untuk kita beribadah,maka itu kita harus menjaga kemewahan yang di anugerahkan yang maha esa.......

D hari kemudian kemewahan anggota kita lah yang membantu kita ke jalan yang terbaik pada lokasi2 yang terbaik di alam barzhah...insha'Allah........
Tue 26-May-2009 02:02
Posted by:Wak Kumis
Best juga sesekali menikmati kemewahan begini......Ashik dong......... Tue 26-May-2009 02:05
Posted by:Wak Kumis
Wah! ... buleh lepak situ bro .... best la! Tue 26-May-2009 02:46
Posted by:baning  - [Link]
Bro ouled.. dapatkan koleksi kain khas untuk sicomel dan isteri kesayangan... exclusive japanese cotton from fabric town of tokyo.. irresistable colour and design..Mari bergaya di hari raya http://japanesecotton.blogspot.com/ Tue 26-May-2009 06:22
Posted by:Fito  - [Link]
dah lama jugak rasanya tak caj bateri..
sesekali nak juga manja-manja kan diri....
hilang jugak lotih..
Tue 26-May-2009 08:16
Posted by:Kak Khaty
cantik lokasi untuk bergambar,
shots amat menarik sekali bila dipaparkan,
destinasi yang penuh mewah di sana.
pasti merasai banyak perbezaan berbanding
suasana dan keadaan biasa2 bro.
best shots.
Tue 26-May-2009 10:39
Posted by:ezaiedinRIN  - [Link]
Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya .. Tue 26-May-2009 21:15
Posted by:acik muaz1124@yahoo.com.my  - [Link]
entry ku kali ni..kerja2 mufaja'ah..
huhuhu..xda rotan,akar pun jadi..
PMC Egypt @ Hari keluarga Wilayah...
sila2lah melawat yer sheikh ..
Tue 26-May-2009 23:25
Posted by:acik muaz1124@yahoo.com.my  - [Link]
Re:Nikon D90 w/ basic kit plus a year warranty S$1,850.00 mahal tak?
Nikon D60 S$880.00,EOS Cannon S$3,500......

apa model DSLR berkenan...?Jangan Modeling yang lengang lengok dah lah he he he.....
Wed 27-May-2009 01:10
Posted by:Wak Kumis  - [Link]
menarik percutian itu.............
nak jadi ahli cam ne bro.......
Wed 27-May-2009 11:07
Posted by:azizancm azizancm@gmail.com  - [Link]
Menarik entry nie Wed 27-May-2009 13:45
Posted by:Azli Yusof noorazliyusof@yahoo.co.uk  - [Link]
mmg nampak mewah betul POGH ni....
kalo sya la, mmg x mampu rasanya nk menginap disini........
http://kimiein.fotopages.com/
Wed 27-May-2009 16:22
Posted by:baayah
la... ke blkg umh sy ke bercuti.... dah dokek dah tu..
sy dok dokek2 dgn POGH tu... sepelaung je...
Thu 28-May-2009 06:59
Posted by:sirap bini sarip  - [Link]
assalamualaikum..
wah..POGH ni tak buat link dengan hotel-hotel di Morocco ke??
hehe~~
Sun 31-May-2009 08:28
Posted by:shahirah
kalau advertisekan benda nie dapat komisen tak? Mon 1-Jun-2009 07:05
Posted by:naqib najib n_9188@yahoo.com  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.