|
|
| Friday, 14-Nov-2008 01:55 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Satu Pencabulan
|
|

Saya merujuk kepada artikel ‘Penguatkuasaan Maritim Melalui Pewujudan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia’ tulisan Zulkifli bin Abu Bakar yang disiarkan dalam majalah VISI bilangan 92 keluaran Ogos 2008. Terdapat 3 keping gambar dalam artikel tersebut yang saya kenalpasti sebagai milik saya yang digunakan tanpa kebenaran. Gambar pertama adalah bot RHIB pada mukasurat 40 serta turut dipaparkan di muka hadapan. Yang ke dua dan ke tiga adalah di mukasurat 42, pengepungan bot nelayan oleh bot-bot RHIB dan gambar anggota lengkap bersenjata sedang beraksi. Semua gambar-gambar tersebut diambil semasa lawatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam dan rombongan ke Pelabuhan Klang pada 28 Jun 2007. Gambar-gambar tersebut juga pernah saya paparkan di dalam fotoblog ini.
Untuk makluman saya tidak pernah member keizinan kepada sesiapa untuk menggunakan gambar-gambar yang saya ambil untuk digunakan secara komersil atau dipaparkan dalam sebarang majalah. Salinan gambar-gambar semasa lawatan tersebut hanya pernah saya berikan salinannya kepada Kdr Robert dan Lt Nurul Hizan. Saya tidak pernah menghalang rakan-rakan untuk membuat salinan gambar-gambar tersebut atau menyalinnya daripada fotopages. Namun penggunaannya terhad untuk kegunaan peribadi. Walaupun beberapa gambar saya pernah digunakan untuk kegunaan jabatan seperti gambar pada booth pameran APMM di LIMA 2007 dan yang terbaru digunakan pada cenderamata pemberat kertas jabatan, namun semua itu dilakukan dengan merujuk kepada saya terlebih dahulu serta mendapat persetujuan lisan. Hanya gambar-gambar yang pernah saya ambil semasa Hari Kemerdekaan 2007 dan LIMA 2007 sahaja yang saya berikan hak ekslusif penggunaan kepada APMM memandangkan kerja pengambilan gambar di kedua-dua majlis tersebut dilakukan secara rasmi dan bertulis.
Saya tidak pasti sama ada penggunaan tersebut dilakukan oleh pihak majalah atau penulis itu sendiri. Namun yang pasti ia merupakan satu kesalahan dan tidak beretika. Jangan pandang rendah pada kerja jurugambar. Mengambil hasil kerja orang lain untuk kepentingan diri sendiri adalah satu kesalahan yang amat besar. Saya tak mahu penat saya berpanas, merangkak memanjat mencari angle terbaik menjadi sia-sia kerana perbuatan tidak bertanggungjawab orang lain.
| Quote: | Tulisan saya ini telah dibidas serta diancam untuk diambil tindakan undang-undang. Pengarah Pentadbiran di ibu pejabat menasihatkan saya menulis e mel meinta maaf kepada penulis. Saya lakukan kerana saya hormatkan beliau serta tidak mahu mengeruhkan keadaan. Namun saya yakin anda yang membacanya di atas nampak saya tidak menuduh sesiapa kerana di akhir perenggan saya nyatakan saya tidak tahu sesiapa yang melakukannya.
Saya cuma mahu hak saya dihormati. Kerja-kerja fotografi ini saya lakukan dengan menggunakan kamera saya sendiri, diulangi kamera sendiri yang saya beli setelah berbulan-bulan berjimat cermat, bukan dengan kamera jabatan seperti anggapan sesetengah orang. Pegawai perhubungan awam menyatakan saya tiada hak kerana itu aset APMM. Saya tidak faham kenapa beliau berpandangan begitu. Hak jurugambar adalah pada kreativiti penghasilan imej tersebut, bukannya objek yang dirakamkan. Kamera adalah aset saya dan bukannya jabatan.
Saya yakin ancaman tindakan undang-undang ini tidak akan timbul sekiranya pegawai atasan terbabit mesra dengan anggota, mahu berbual dan bertegur sapa serta saling mengenal. Yang saya tahu sepanjang berselisih saya tidak pernah dipandang apatah lagi melemparkan senyuman. Budaya kerja tentera di tempat lama masih di bawa walaupun telah menjadi awam. |
|
|
|
|
|
|
| Monday, 3-Nov-2008 01:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ouled : Tour Of Duty
|
|
Semalam saya ke latihan menembak yang diadakan di Kuala Kubu Bharu. Kali terakhir saya menggunakan senjata adalah dalam tahun 2001, sewaktu mengikuti modul tentera di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat, Ulu Tiram dan modul polis di Maktab Latihan Pegawai Polis, Cheras sebagai sebahagian daripada kandungan Diploma Pengurusan Awam yang perlu dijalani bagi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik.
Tahun lalu saya terlepas dari mengikuti latihan ini kerana bertugas di LIMA 2007. Maka pada tahun ini saya amat teruja untuk mengikuti latihan tersebut. Walaubagaimanapun saya hanya akan berada di lapang sasar sehingga tengahari sahaja memandangkan disebalah petangnya saya perlu bergegas menghadiri majlis penyampaian sijil TAKIS kakak dan Jaja. Walaupun saya boleh untuk tidak hadir, namun saya rasa anak-anak akan lebih gembira jika saya dapat luangkan masa untuk mereka terutanya di hari penting untuk mereka.
Mengenakan pakaian bertindak APMM saya merasa seolah sebahagian daripada mereka yang bertugas di perairan. Ini kali pertama saya memakainya secara lengkap. Sesampai sahaja di sana, taklimat sedang dijalankan oleh pegawai padang tembak. Pada hari ini anggota yang dilantik sebagai pegawai padang tembak adalah bertanggungjawab penuh terhadap keselamatan di padang sasar. Segala prosedur keselamatan perlu dipatuhi dan anggota dilarang bergurau atau bermain-main memandangkan latihan adalah menggunakan peluru hidup. Mereka berhak marah walaupun terhadap pegawai yang rankingnya lebih tinggi sekiranya terdapat sebarang pelanggran peraturan atau kelalaian.
Latihan penembakan pistol adalah menggunakan jenis Glock 19. saya agak gementar kerana pistol jenis ini tidak mempunyai kunci keselamatan berbanding senjata lain. Tersilap langkah ataupun cuai boleh menyebabkan picu tertarik tanpa sengaja. Semasa penembakan bebas ataupun yang mereka istilahkan pemanasan barrel, tembakan saya lansung tidak mengenai sasaran. Namun sewaktu penembakan untuk kiraan markah, saya memperolehi 90 markah sehingga mengejutkan beberapa anggota. Kata mereka bagaimana encik yang main dengan pen hari-hari boleh dapat markah sebegitu sehingga mengatasi kebanyakan mereka. Ketika melakukan tembakan sekali lagi selepas itu saya memperolehi 113 mata, lebih tinggi daripada tadi. Ketika menembak dengan M16, yang sasarannya adalah lebih 300 meter, saya memperolehi 47 mata. Agak memeranjatkan kerana anggota yang telah lama main dengan senjata pun ada yang mendapat 0 mata untuk penembakan dengan senjata ini.
Ketika ditanya adakah saya ada melakukan latihan senjata di luar, saya sambil bergurau menyatakan senjata saya adalah kamera e-500 yang sedang saya pikul ini. Namun mungkin juga kerana kebiasaan melihat melalui viewfinder adalah umpama menenang pajera senjata api. Cuma bezanya senjata apabila ditarik picunya kedudukan tangan akan lari akbibat momentum pelepasan peluru yang kuat. Jadi boss saya bagi tips untuk penembakan pertama lihat dahulu ke mana arah peluru itu pergi, selepas itu baru kita boleh atur semula kedudukan senjata. Disebabkan saya berada di situ separuh hari sahaja, saya terlepas peluang untuk menembak dengan MP5 dan GPMG yang thrillnya lebih seronok lagi berbanding M16.
Jam hampir ke angka dua semasa saya meninggalkan lapang sasar, sedangkan majlis bermula pada jam 2. Dipertengahan jalan saya berhenti di tol Rawang bagi menukar mandi, menukar pakaian dan bersolat. Memandangkan guru kakak meminta saya duduk di barisan hadapan, saya telahpun menyiapkan pakaian batik berwarna maroon yang diajhit sendiri oleh ibu saya. Tahun lepas saya pakai sempoi aje dengan jeans siam saya tu. Namun tahun ni saya nak pakai elok sikit memandangkan saya juga merupakan Penolong Ketua Jemaah Ibu Bapa tadika tersebut.
Lagi 5 minit sebelum sampai saya menerima sms dari isteri saya menyatakan bahawa kakak baru sahaja selesai membuat persembahan. Frust juga sebab tak dapat melihat persembahan kakak. Ini kerana bila di rumah anak-anak saya lansung tidak menunjukkan apa yang akan mereka persembahkan. Jadi hanya di hari tersebut sahajalah saya dapat melihat apa yang telah dilatih oleh guru untuk mereka persembahkan. Kakak tahun ini dapat nombor 2 agak baik berbanding pertengahan tahun dengan nombor 3. Namun tahun lepas dia dapat nombor 1, jadi saya rasa ini sedikit penurunan. Jaja pula tak berubah dengan nombor 10.
Selain dari hadiah untuk bebudak ni, untuk ibu bapa juga diadakan cabutan bertuah. Terdapat juga satu ketegori untuk ibu dan bapa anggun. Bila pengacara sebut sahaja hadiah bapa anggun untuk bapa yang memakai baju batik saya dah rasa saya la orangnya tu sebab selain saya cuma tetamu tetamu kehormat yang menyampaikan hadiah saya sahaja yang memakai batik. Tak sesia saya gosok baju batik tu, merasa jugak hadiah khas. Bila kakak dah mendapat hadiah kerana mendapat nombor 2, saya kesian juga dengan si Jaja kerana dia tida mendapat sebarang hadiah. Jadi apabila cabutan bertuah sampai kepada hadiah utama, firasat saya kuat mengatakan bahawa Jaja akan dapat hadiah tersebut. Bila pengacara bagi hint, keluarga ni cukup bertuah kerana sudahlah anaknya dapat hadiah, bapanya pula jadi bapa anggun, confirmlah hadiah itu milik kami. Bila nama Jaja diumumkan, saya minta isteri saya bawa Jaja naik ke atas untuk menerima sebuah kipas meja.
Kesimpulannya semalam, satu hari saya penuh berisi dengan aktiviti yang meriangkan yang mana saya rasa hidup saya jarang sangat dapat merasa hari-hari dapat hadiah sekali banyak ni.
Hari khamis ni saya menyertai pertandingan menembak di Kuantan. Harap-harap dapat bull’s eye pulak.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 30-Oct-2008 23:49 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Hari Raya APMM
|
|

Secara tiba-tiba muncul surat undangan menghadiri jamuan Hari Raya di HQ, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Kehadiran surat itu saya sambut dengan rasa sukacita lantas menelefon pegawai di sana dan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Akhirnya ingat juga mereka kepada cawangan mereka yang terhampir ini. Jamuan ini memang meriah dan ramai anggota yang hadir. Makanan memang tip top, tapi disebabkan ada insan yang mengambil lebih (kes tak ingat orang lain) menyebabkan ada beberapa orang yang tak dapat menikmati sepenuhnya apa yang dihidang. Perkara ini memang biasa berlaku di mana sahaja tempat yang ada menyediakan makanan seperti di kenduri perkahwinan. Bila semua nampak sedap maka semua yang ada nak diletakkan dipinggan tanpa mengambil kira had kepadatan perut sendiri. Akhirnya yang diambil tak habis dan ke tong sampah pergi akhirnya. Entahlah walaupun kita dapat makan hari-hari, budaya lebih kebulur dari orang di Ethopia ini masih ada sehingga kini.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 30-Oct-2008 00:17 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bila Diri Membuat-Buat Sibuk....
|
|
Kalau ikut Mr Zul Baning, ini bukan kebiasaan fp saya lambat dikemaskini (kira dah langgar piagam pelanggan atau ISO la lebih kurang….). Minggu lepas saya bertugas luar di Kuala Terengganu dan Tok Bali menjalankan kerja-kerja pelupusan vessel rampasan di sana. Minggu ini pula tidaklah berapa sibuk, tapi tiada mood pula nak mengemaskini fp. Selain itu buat persediaan untuk kerja sebagai panel penilai pertandingan pejabat daerah maritim terbaik bermula minggu depan sehingga 12 November. Ahad ni pula ada latihan menembak di Kuala Kubu Bharu. Itupun terpaksa balik ke Klang pada tengahari tersebut sebab ada acara penyampaian sijil kakak dan Jaja di Sekolah Agama Rakyat Pekan Meru. Dalam menyusun jadual minggu depan, pejabat wilayah di JB minta saya extend satu hari lagi di sana untuk menyertai pertandingan menembak APMM. Diletakkan dalam dua kategori VIP dan berkumpulan, saya dah mula risau sebab saya bukan orang yang biasa memegang senjata. Takut-takut menjadi punca kekalahan pasukan. Apatah lagi bila melihat ahli lain dalam kumpulan tersebut merupakan penembak tahap sniper. Nampaknya latihan menembak pada Ahad ini terpaksalah dijadikan medan latihan dan persiapan.
Gambar-gambar semasa kerja pelupusan minggu lalu belum sempat lagi saya paparkan (dan mungkin lambat lagi sebab lepas ni dua minggu kena keluar). Garu kepala juga bila mencongak perbelanjaan yang perlu dikeluarkan untuk outstation nanti. Duduk hotel lebih dari 6 hari dah berapa dah. Walaupun boleh dibuat tuntutan kemudian, namun ‘modal’ awal perlu disediakan sendiri. Sesak nafas juga sebab dah banyak pakai minggu lepas.
Dan buat penulis yang menggunakan samaran ‘kayutiga’ dalam komen di bawah saya nak beritahu bahawa Tuhan yang mencipta muka macam haram ini adalah Tuhan yang serupa yang menciptakan wajah anda yang cantik menawan. Justeru bila sesuatu ciptaan itu dihina, anda sebenarnya menghina Pencipta itu sendiri. Dan jikalau anda terasa nak muntah sangat, hanya satu perkataan sahaja dari saya; - amiiiiiiin.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 19-Oct-2008 23:40 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Mumtazah n Madihah
|
|
Hampeh betul si Rusdi mengatakan gambar saya kat tag tu hasil pakai botox. Ha ha ha hampeh....Logik juga si Rusdi tu kata sedemikian, sebab bila jumpa daku ni rambut tak panjang kat belakang pun, muka pun berisi. Sebenarnya tu gambar lama tu, masa daku muda rumaja dalam usia 19 atau 20 tahun. Gambar tu pun daku scan sebab zaman itu belum ada lagi gambar digital. Gambar yang diambil di Studio Labogharb, Morocco itu digunakan untuk buat kad pengenalan dan hantar kat sokkoba untuk ucapan Selamat Hari Raya dari perantauan. Bagi saya istimewanya gambar ini kerana ia menjadi detik awal perkenalan saya dan isteri saya......
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 16-Oct-2008 23:55 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hari Maritim Malaysia Bersama Media 2008
|
|

Antara tujuan diadakan Hari Bersama Media ini adalah untuk merapatkan lagi hubungan antara jabatan dengan mereka, sebagai tanda terima kasih atas kerjasama yang diberikan selama ini dan untuk mereka kenal dengan lebih dekat lagi dengan Maritim Malaysia. Bila saya lihat senarai jemputan, banyak nama-nama besar media yang dijemput yang terdiri daripada kalangan CEO, Ketua Pengarang dan Ketua Editor. Sayangnya mereka ini tidak hadir dan hanya menghantar wartawan dan jurugambar sahaja (yang sememangnya turut dijemput dalam senarai. Hampa jugalah saya bila mereka ini tiada.
Para jemputan dibawa belayar menaiki KM Langkawi sehingga ke perairan Pintu Gedung. KM Langkawi merupakan bekas kapal TLDM yang dahulunya dikenali sebagai KD Musytari sebelum dilucutkan pentauliahannya. Pastinya sebuah kapal tua yang telah agak uzur, namun khidmatnya masih ditagih untuk menjaga keselamatan perairan negara. Boleh dikatakan hampir semua media menghantar wakilnya ke majlis ini. Terasa kerdilnya memakai e-500 ditengah-tengah mereka yang menggunakan gajet yang ternyata lebih hebat. Kata saya kepada seseorang, tengok beg saja dah ngeri, belum tengok isi dalamnya lagi. Apapun saya lihat wartawan yang hadir amat ceria pada hari itu dan tiada yang mabuk laut. Antara faktor tidak mabuk pada hari itu mungkin kerana menaiki kapal yang besar selain kapal belum lagi memasuki laut lepas yang lambungan ombaknya lebih ganas. Kalau naik bot pasti lebih terasa hentakannya, umpama anda membawa kereta dengan laju meredah lopak yang dalam sepanjang perjalanan.
Hanya heli sahaja yang belum dapat saya naiki. Sempat juga berbisik kepada ketua Unit Udara, Kapten Rashid, “saya tunggu tuan offer je untuk ambik gambar kat atas……..” Beliau cuma senyum aje. Nak buat camno, unit dia pun ada 2 orang kameraman yang hebat juga……
| Quote: | APMM KINI DIKENALI MARITIM MALAYSIA
PELABUHAN KLANG : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia kini dikenali Maritim Malaysia, selaras usaha penjenamaan semula agensi berkenaan, selain menekankan kepentingan melaksanakan undang-undang berkaitan maritim di negara ini.
Ketua Pengarahnya, Laksamana Datuk Mohd Amdan bin Kurish, berkata nama Maritim Malaysia sudah lama diguna pakai pada peralatan, kenderaan dan pakaian seragam anggota agensi itu, namun tidak secara meluas.
Beliau berkata, penjenamaan semula itu perlu untuk memastikan nama Maritim Malaysia sinonim dengan agensi itu.
“Nama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia terlalu panjang. Kita tidak mahu mengelirukan orang ramai,” katanya pada sidang media selepas Majlis Hari APMM bersama media di atas kapal peronda KM Langkawi, di sini semalam.
Beliau berkata, walaupun nama Maritim Malaysia digunakan, agensi itu tidak menukar nama APMM, sebaliknya memberikan jenama kepada agensi itu.
Mohd Amdan berkata, selaras penjenamaan semula, Maritim Malaysia juga akan mencipta logo baru bersesuaian dengan agensi itu.
Beliau berkata, pada masa yang sama, Maritim Malaysia akan menerima pesawat udara jenis amfibia dari pengeluar Kanada bulan depan bagi memperkukuhkan kekuatan agensi melaksanakan tanggungjawabnya.
Katanya, pesawat amfibia kedua boleh membantu pasukan Bomba dan Penyelamat memadamkan kebakaran hutan, berikutan keupayaannya membawa air akan diterima pada tahun depan.
Kedua-dua pesawat itu dianggarkan bernilai RM240 juta.
Selain itu, Maritim Malaysia akan menangguhkan pembelian dua kapal peronda pesisir (OPV) sebaliknya membeli 20 bot pemintas berkelajuan 60 knots untuk pemantauan lebih berkesan di Selat Melaka dan di pesisiran pantai. |
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 15-Oct-2008 00:03 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Raptai Majlis Hari Bersama Media
|
|
Tak dapat saya nak mengemaskini laman ini sejak beberapa hari yang lalu kerana tempat saya menjadi hos Hari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Bersama Media. Hari Isnin diadakan raptai manakala semalam adalah hari lansungnya. Untuk raptai saya menembak dari bot Penggalang kerana mahu mengambil shot dekat helikopter Dauphin, manakala pada hari sebenar saya bersama dengan para wartawan mengambil gambar dari atas kapal KM Langkawi. Hari ini kita layan dulu sedikit gambar semasa raptai, akan datang akan saya upload pula gambar semasa hari sebenar.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 9-Oct-2008 00:02 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Rayo Kito
|
|
Rasanya rata-rata kita sudahpun mula kembali bertugas. Saya telah mula bertugas sejak semalam. Ingatkan nak upload gambar terbaru tetapi tertinggal pula pen drive di rumah. Tapi fp hari ni terasa lembab betul. Nak upload 6 gambar pun ambil masa dekat sejam.
Raya pertama tahun ini adalah di rumah mertua saya. Feel balik kampung lansung tak terasa kerana rumah beliau terletak hanya di depan rumah saya. Saya kurang rasa meriah bila beraya di sini. Nak cari ketupat, lemang, rending memang tak jumpa lansung. Rata-rata menjamu biskut raya dengan air berkarbonat. Saya tak nafikan bukan itu tujuannya ziarah di hari raya ni, tapi nak juga merasa kelainannya. Nak rasa rendang dengan lemang kenalah tunggu balik ke kampong saya di Negeri Sembilan. Cuma yang lebih sikit beraya di kampung mertua ni adalah cara mereka bermaafan. Bukan setakat bersalaman, tapi akan duduk merapat, menghulur salam dan seolah berbisik memohon maaf antara kedua pihak. Walaupun begitu adab di sini orang muda kena berziarah ke rumah saudara yang lebih tua dan yang tua tidak pula ke rumah yang muda. Namun generasi yang terkebelakang ini agak sedikit terbuka dan tidak kisah kalau yang tua sedikit mengunjungi yang muda. Kalau generasi sekarang ni masih ikut stail lama maknanya tak ada la abang ngan kakak ipar saya nak berkunjung ke rumah.
Hari Ahad ni saya akan mengadakan sedikit jamuan. Tuan/puan yang berkelapangan silalah ke teratak saya di 659 Jalan Bahagia Kg Bukit Kapar, Klang antara 3.00 – 6.30 petang.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 28-Sep-2008 23:48 |
Email | Share | | Bookmark |
|
....and the countdown begin....
|
 |
|
Adakah mereka seronok kerana nampak anak bulan...?
|
|
|
Trafik amat lancar pagi ini. Pemanduan amat selesa kerana tiada kesibukan seperti biasa. Sekolah telah mula bercuti dan begitu juga dengan para pekerja. Saya masih lagi bertugas seperti biasa hari ini dan esok. Best juga time begini sebab tak tension nak datang kerja. Duduk di pejabat pun sunyi kerana orang lain dah mula bercuti. Kerja pun tak boleh nak jalan mana. Boleh la layan buku 2-3 mukasurat.
Semalam keluarga saya mengadakan monjong. Monjong adalah perkataan Jawa yang bermaksud lebih kurang menghantar juadah (berkat) ke rumah-rumah jiran dan saudara. Walaupun saya bukan orang Jawa, tetapi memandangkan saya tinggal di kawasan mereka maka perlulah juga saya mengikut cara masyarakatdi sini. Monjong ini bukan setakat hantar makanan pada jiran di depan rumah sahaja tetapi dibuat secara besar-besaran. Mertua saya contohnya menghantar kepada lebih 60 buah rumah. Keluarga saya hanya membuat sebanyak 32 berkat sahaja. Maknanya kos melaksanakannya juga agak besar macam nak buat open house jugaklah lebih kurang. Biasanya dekat-dekat nak raya ni semakin banyaklah yang buat monjong menjadikan kadang-kadang meja makan penuh dengan juadah yang diberikan oleh orang kampung.
Buat yang nak balik kampung, berhatihatilah di jalan raya. Tak usahlah bawa macam pelesit gara-gara nak cepat sampai. Yang penting anda sampai dengan selamat. Rajin-rajinlah juga tengok side mirror, rear mirror juga kenderaan di kiri dan kanan. kalau ada yang memandu dengan cara meragukan itu, elakkanlah kereta kita dari mendekati mereka. Kalau ada orang yang nak memotong sangat, pelantaklah mereka. Keselamatan kita utamakan dahulu.
Dikesempatan ini saya menyusun 10 jari memohon kemaafan di atas kesalahan atau ketelanjuran bahasa yang mungkin berlaku semasa saya mengendalikan fp ini atau pantun-pantun yang saya kirimkan. Jemputlah ke rumah saya di Meru, Klang jikalau berkesempatan. Saya beraya di sana dulu tahun ini sebelum balik ke Negeri Sembilan pada raya kedua. Kalau lalu helolah saya di 012-9324342.
Wassalam
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 25-Sep-2008 23:46 |
Email | Share | | Bookmark |
|
The Lomang Project
|
 |
|
Kaum bapa menunjukkan skill memasing
|
|
 |
|
bla bla bla sate bla bla bla rendang
|
|
 |
|
Pertandingan kupeh bawang kaum ibu
|
| | View all 24 photos... |
|
Sejak dua tahun yang lalu saya telah berangan-angan hendak mengadakan aktiviti membakar lemang bersama anggota saya di sini. Namun hasrat itu tidak pernah saya bincang secara umum. Tahun ini keinginan itu datang lagi sambil hati tertanya-tanya adakah yang ingin turut serta nanti. Dalam saya berfikir-fikir itu, datang Bentara Muda Yusaini bertanya pendapat saya tentang cadangannya untuk mengadakan majlis berbuka puasa di sebuah restoran sea food. Saya menyebut tentang hasrat mahu mengadakan aktiviti membakar lemang tersebut dan kami akhirnya berpakat mahu mengadakannya pada hari yang sama, iaitu lemang dimasak pada pagi hari dan turut dibawa ke restoran yang dicadangkan untuk majlis berbuka puasa nanti.
Namun akhirnya BM Yusaini memaklumkan kepada saya kos satu kepala untuk berbuka di restoran adalah tinggi dan itu belum masuk kos untuk penyediaan lemang lagi. Beliau mencadangkan agar majlis berbuka puasa tetap diadakan tetapi kali ini melalui gotong royong dengan anggota.
Saya mengadakan satu mesyuarat ringkas dengan anggota di pejabat beserta dengan ketua-ketua bot. Saya menerangkan tentang hasrat saya itu yang mahu melihat jalinan kerjasama mereka dalam aktiviti disamping menimbulkan suasana gembira di kalangan anggota agar hilang sedikit stress kerja seharian.
Cadangan ini diterima dengan baik dan pembahagian kerja dilakukan dengan mudah sekali. Bahkan anggaran kos untuk satu kepala bagi sebatang lemang beserta juadah berbuka puasa hanyalah RM10.00 sahaja. Ini memandangkan Ketua Penguatkuasa telah bersetuju untuk sponsor beras pulut bagi membakar lemang. Batang lemang serta daun pisang juga tidak dibeli dan diambil dari rumah anggota sendiri. Suka saya nyatakan bahawa segala perbelanjaan bagi mengadakan majlis ini lansung tidak menggunakan wang kerajaan (lagipun kami memang tiada peruntukan untuk itu) tetapi seratus peratus sumbangan anggota yang gembira dengan pelaksanaan majlis ini.
Jadi pada hari rabu yang lalu, seawal pagi lagi semua orang telah sama-sama menyinsing lengan melakukan kerja masing-masing. Ada yang ke pasar, ada yang pergi mengambil daun pisang, ada yang membersihkan batang buluh serta memasukkan daun pisang, ada yang menyediakan tempat membakar, memotong daging, membasuh beras dan macam-macam lagi. Semua aktiviti ini dilakukan di perkarangan pejabat. Memandangkan hanya pejabat APMM sahaja yang beroperasi di kawasan ceruk dunia ini dan bangunan yang lain sekitar sini kosong tidak berpenghuni, maka aktiviti ini berjalan dengan lancar tanpa perlu menghadapi sebarang bantahan dari orang ramai.
Segala-galanya berjalan dengan lancer memandangkan mereka mempunyai kepakaran masing-masing. Segala juadah utama termasuk penyediaan lemang disediakan oleh kaum lelaki. Haa jangan tak tau budak-budak ni memang handal memasak dan aktiviti ini turut dipantau oleh dua orang anggota yang berpengalaman memasak di kapal. Antara menu hari itu selain lemang ialah rending ayam dan daging, nasi hujan panas, ayam masak merah, udang + cendawan masak lemak, kerabu, pulut kuning (menu yang dibuat kemudian apabila ada lebihan beras pulut), kuih muih seperti cucur udang, kue tiow goreng, buah-buahan dan banyak lagi. Ketua Penguatkuasa pula dapat buah anggur yang baru diambil dari pelabuhan. Maknanya anggur tu baru tiba dari luar negeri dan belum masuk kedai lagi. Memang sedap sangat la. Jadi dengan menu di atas tuan-tuan bayangkan la berbaloi ke tidak bayaran RM10.00 tu.
Ada anggota yang terlibat membakar lemang berkata, kita ni orang jual lemang RM8 sebatang pun puas komen, dah bakar sendiri baru tahu susahnya nak menyediakannya. Walaupun penyediaan lemang diperingkat awal tidaklah sesukar mana, tetapi ujian sebenarnya adalah sewaktu membakarnya. Ia perlu sentiasa dijaga, dibolak balikkan agar ia dapat masak sekata. Inilah waktu yang paling sukar kerana si penjaga akan terdedah kepada kepanasan api ditambah dengan rasa haus di tekak. Bahkan ada rakan yang terbakar bulu roma tangannya sewaktu melakukan aktiviti ini.
Anggota nampak gembira semasa majlis berbuka puasa. Saya yakin kegembiraan itu lahir kerana segala juadah yang disediakan adalah hasil penat lelah mereka sendiri. Lepas berbuka dan nak solat Maghrib, Ketua Penguatkuasa pun bisik, Encik Mizhar silalah naik……..adusss.
| Quote: | | Terima kasih buat semua anggota yang menjayakan program ini, penat lelah anda dapat kita kecapi bersama.....Lopeh rayo ni kito masak lagi sekali naaa... |
|
|
|
|
|