|
|
| Wednesday, 18-Feb-2009 23:40 |
Email | Share | | Bookmark |
|
....dan terima kasih lagi...
|
|
Gambar hiasan : Madihah dalam HDR
Dua hari lepas atau tepatnya hari Selasa, 17 Februari 2009, saya kembali menjalani pemeriksaan di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah , Klang. Nampaknya tiub yang dipasang masih belum boleh dibuka. Ini kerana luka di dalam masih belum kering dan mengeluarkan sedikit darah walaupun pembedahan sudah sebulan berlalu. Sudahlah tiub belum boleh dibuka, doktor memutuskan hendak mengetatkannya pula.
Saya tidak tahu bagaimana sebenarnya doctor mengetatkan tiub tersebut kerana saya tidak boleh melihatnya. Namun apa yang pasti tiub itu ditarik terlebih dahulu sebelum dibuat simpulan. Semasa doktor mula menarik tiub itu dari kawasan luka saya cuma merasa sedikit pedih. Kepedihan yang sedikit itu beransur menjadi semakin kuat dan akhirnya mendatangkan kesakitan yang amat sangat sehingga mulut ini secara otomatik mengaduh kesakitan. (Malu juga rasanya jika dibandingkan dengan kanak-kanak Palestin yang kecederaan mereka biasanya lebih teruk lagi di samping kemudahan perubatan yang terbatas).
Selepas pengetatan tiub, kepedihan dan kesakitan itu masih belum hilang. Saya tidak boleh berjalan seperti biasa akibat kesakitan itu. Ia seolah seperti keadaan selepas saya di bedah sebulan yang lalu di mana langkahan amat perlahan kecil-kecil sahaja. Untuk berjalan sejauh 150 meter menuju ke kereta barangkali hampir 20 minit baru tiba ke tempat tujuan.
Seorang jururawat bernama Puan Rakli banyak membantu saya sewaktu berurusan di klinik pembedahan. Sebenarnya beliau merupakan isteri kepada arwah boss saya sewaktu di JPM dahulu, Encik Mohd Arshad bin Said. Saya mengenalinya kerana pernah tiga kali saya ke rumah beliau, sekali sewaktu hari raya, sekali di hari kematian suaminya dan sekali sewaktu majlis perkahwinan anak perempuannya. Beliau mungkin telah lupa dengan saya namun saya menegurnya dan memperkenalkan diri di hari pertama saya berurusan di klinik tersebut. Alhamdulillah sikap saya menegur itu memberikan hikmah yang besar apabila beberapa urusan dipermudahkan dan beliau banyak membantu menyiapkan urusan dokumentasi dan dressing. Selain itu banyak tips diberikan untuk mempercepatkan penyembuhan.
Kali ini mc hanya diberikan selama dua hari sahaja dan hari ini saya telahpun mula bekerja. Saya terpaksa memberanikan diri memandu walaupun kesakitan dipunggung masih bersisa. Rindu juga untuk kembali bertugas di pejabat. Terlalu lama berehat di rumah tanpa boleh aktif melakukan aktiviti yang berat banyak menimbulkan kebosanan. Hanya sekali sahaja saya memegang kamera iaitu sewaktu hari sukan sekolah Majidah. Hari itu saya cuba menggagahkan diri mengambil gambar aktiviti Majidah memandangkan isteri saya bekerja. Ketidakhadiran saya dan isteri di hari tersebut dikhuatiri menjejaskan mood Majidah memandangkan hari itu adalah untuk kanak-kanak sepertinya bersukaria. Walaupun sedikit gambar yang saya dapat ambil namun saya berpuas hati dapat merakamkan satu sejarah, sukan pertama yang Majidah sertai di tahun pertama persekolahan rendahnya. Ya, ia merupakan satu sejarah, walaupun sekadar sejarah buat Majidah atau sejarah kecil keluarga saya sendiri. Insya Allah gambar-gambarnya akan saya paparkan nanti.
*********************************************
Hari Ahad yang lalu juga (dua hari sebelum pemeriksaan di hospital) saya membawa keluaga untuk menonton filem animasi Geng di pawagam. Kali ini buat pertama kalinya kami cuba membawa Madihah bersama. Sebelum ini Madihah tidak pernah di bawa ke panggung memandangkan belia masih kecil dan kami khuatir dia akan meragam di panggung sehingga mendatangkan ketidakselesaan kepada penonton yang lain. Saya mulanya pergi ke panggung yang terletak di Jusco Bukit Raja dan terperanjat apabila semua tayangan Geng hari itu sehingga ke malam telah penuh dibeli, satu keadaan yang tidak pernah saya ketemui sepanjang saya menonton wayang. Panggung yang penuh itu walaupun menghampakan saya namun hati kecil saya berasa amat bangga kerana satu filem animasi tempatan berjaya menarik perhatian penonton tempatan. Dapat saya lihat ibu bapa datang bersama anak-anak mereka yang ada diantaranya memakai baju bergambar Upin & Ipin.
Isteri saya mencadangkan agar dicuba panggung ditempat lain pula. Mempersetujui idea tersebut, saya bawa pula keluar ke sebuah panggung di dalam kompleks Shaw Centrepoint. Alhamdulillah masih ada tempat yang kosong. Ternyata semasa tayangan berlansung, panggung itu juga penuh dengan ibu bapa dan anak masing-masing. Saya percaya Geng mendapat kekuatannya daripada karekter Upin& Ipin yang telahpun dikenali di kaca televisyen. Sedangkan dalam filem animasi ini saya melihat Upin & Ipin bukanlah satu watak utama, bahkan watak Rajoo saya lihat lebih menyerlah lagi. Ini juga bersesuaian dengan satu temuramah yang melibatkan pengarahnya di mana kata beliau watak Upin & Ipin asalnya bukanlah satu watak utama. Namun apabila siri TV Upin & Ipin mendapat sambutan hangat di televisyen, beberapa perubahan telah dilakukan untuk menonjolkan sedikit watak kedua kembar itu.
Saya memang teruja dengan animasi. Bahkan sewaktu menjalani peperiksaan PTK III dan PTK IV dulu, saya menjadikan animasi sebagai tema pengucapan awam saya. Dan pengucapan awam saya semasa PTK IV turut memasukkan elemen animasi Geng sebagai satu projek anak tempatan yang banyak mendapat bantuan agensi kerajaan dan turut mendapat perhatian luar negara kerana ada yang telah berminat untuk menayangkannya di negara mereka walaupun ketika itu animasi tersebut masih belum siap sepenuhnya. Ternyata animasi ini menampilkan mutu penghasilan dan audio yang tinggi. Terima kasih kepada pengeluar Usop Sontorian kerana siri tersebut telah memberikan semangat kepada orang lain untuk memajukan industri animasi tanahair. Daripada siri yang sering dikritik kerana pergerakan animasinya yang tidak realistik, ia memberikan semangat kepada orang lain untuk menghasilkan Yokies, Keluang Man, Putih, Budak Lapok, Kacang sehinggalah kepada satu hasil yang amat tinggi yang kedapatan pada produk di bawah Les Copaque Production.
Alhamdulillah Madihah tidak meragam sepanjang penayangan filem tersebut. Walaupun sekali sekala dia menjerit kegembiraan terutama apabila watak Upin & Ipin muncul di layar perak, namun itu tidak mengganggu tumpuan ramai, apatah lagi kanak-kanak lain yang hadir turut riuh menonton filem yang banyak unsur humornya itu.
Apa yang penting sebagai ibu bapa, saya dapat memberikan keriangan kepada anak-anak saya hari itu….
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 12-Feb-2009 07:40 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Terima Kasih
|
|
Terima kasih di atas doa rakan-rakan, begitu juga sahabat yang memberitahu kepada rakan yang lain. Doa anda amat bernilai pada diri yang sakit. Insya Allah saya akan kembali aktif tidak lama lagi. Maaf kerana tidak dapat melawat fp anda buat sementara.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 4-Feb-2009 02:36 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kehilangan Tanpa Dirancang
|
|
Beberapa bulan yang lalu saya mengesan satu ketulan keras di bahagian punggung sebelah kiri. Ketulan kecil yang keras itu tidak saya pedulikan dan menganggapnya hanya sementara dan akan hilang nanti. Namun ia mula membesar dan kadang-kadang membengkak dan membawa rasa sakit. Saya menyangka ia mungkin bisul yang baru hendak menjadi. Saya membuat pemeriksaan di sebuah klinik harian dan doktor merasakan apa yang berlaku itu bukanlah satu bisul. Beliau menasihatkan saya agar membuat pemeriksaan dengan pakar bedah di hospital. Saya sebetulnya merasa sedikit gerun mendengar nasihat tersebut apatah lagi yang dinasihatkan untuk berjumpa bukanlah seorang doktor biasa tetapi adalah pakar bedah.
Nasihat tersebut tidak saya laksanakan….
Maka selama beberapa bulan berikutnya saya menjalani kehidupan seharian seperti biasa tanpa merasa bengkak yang ada merupakan sesuatu yang bahaya dan cukup yakin ia akan sembuh dengan sendiri. Bengkak itu pula tidak sepanjang masa berlaku. Kadang-kadang ia surut seperti tiada apa-apa. Namun apabila ia terjadi kesakitannya amat terasa serta menyukarkan saya untuk duduk.
Sehinggalah awal Januari 2009 yang lalu apabila bengkak itu semakin kerap berlaku diiringi dengan rasa sakit yang tidak menyenangkan. Sampai satu peringkat kerana tidak tahan dengan kesakitan yang ada, dengan menggunakan sejenis jarum yang biasanya digunakan oleh pesakit diabetes untuk mengeluarkan darah, saya mencucuk bahagian yang bengkak untuk mengeluarkan darah atau nanah yang ada. Apa yang ada hanyalah darah dan saya berasa agak lega selepas berbuat demikian. Selama beberapa hari apabila berlaku kesakitan saya akan mencucuk bahagian yang bengkak itu.
Satu ketika selepas selesai bermesyuarat, saya merasa sejuk umpama ada air di bahagian belakang seluar. Namun saya masih belum mengesyaki apa-apa bahkan pergi pula keluar makan selepas itu. Namun apabila merasakan semakin banyak cairan sehingga menembusi seluar, saya memeriksa dan terperanjat apabila mendapati satu cairan umpama nanah yang busuk membasahi seluar. Rupanya bahagian yang saya cucuk itu seperti telah pecah.
Saya menunggu beberapa hari sebelum mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta. Agak malang kerana medical card kepunyaan saya tidak boleh digunakan kerana ia baru hanya sebulan diluluskan. Justeru syarikat insuran menolak dengan alas an penyakit telah berlaku sebelum kad diluluskan. Saya terpaksa keluar dari hospital setelah lebih setengah hari terbaring di atas katil sambil tangan dimasukkan air. Untuk membayar sendiri, hospital menuntut lebih empat ribu ringgit yang ternyata merupakan amaun di luar kemampuan saya. Untuk terbaring membuang masa selama setengan hari itupun saya terpaksa membayar sebanyak RM280.00 atas khidmat yang diberikan. Alangkah besarnya modal menanggung penyakit.
Esoknya saya pergi ke pejabat seperti biasa sebelum pergi ke klinik disebelah petang untuk mencuci luka yang masih belum berhenti. Saya pergi ke klinik yang pernah menasihatkan saya untuk mendapat pemeriksaan pakar dulu. Mendengar penerangan saya beliau masih kuat mengatakan apa yang berlaku itu bukan bisul. Beliau bahkan khuatir apa yang berlaku tiu aalah satu penyakit yang dinamakan fistula. Ketika membuat cucian beliau mengesahkan bahawa bengkak itu bukannya bisul. Ini kerana luka yang ada amat dalam dan telah membentuk satu terowong panjang yang dikhuatiri menembusi saluran najis. Terdapat dua lubang di permukaan yang bertemu di satu tempat dan seterusnya memanjang lagi ke dalam. Doktor memaklumkan bahawa lubang itu agak dalam dan saya mahu tidak mahu perlu mendapatkan rawatan pakar.
Saya meminta satu surat dikeluarkan untuk saya bawa bertemu pakar. Beliau sebenarnya khuatir andai suratnya itu ‘tidak laku’ memandangkan beliau bukan doktor kerajaan. Beliau menasihatkan saya untuk mendapatkan surat tersebut dari klinik kesihatan kerajaan yang berhampiran. Namun saya minta juga jasa baik beliau untuk mengeluarkan satu surat.
Sebenarnya klinik pembedahan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah hanya menerima pesakit yang mendapat recommendation dari klinik kerajaan. Namun Alhamdulillah urusan saya dipermudahkan apabila surat yang dikeluarkan oleh doktor tersebut diterima pihak hospital. Saya diperiksa oleh empat orang doctor dari yang bertaraf Hospital Officer, kemudian Medical Officer sehinggalah kepada yang bertaraf pakar. Tidak perlulah saya menceritakan dengan panjang lebar tentang pemeriksaan tersebut. Namun apa yang pasti saya cukup azab dengan pemeriksaan tersebut.
Saya dimasukkan ke wad pada hari itu juga atau lebih tepatnya 13 Januari 2009. Saya diberitahu bahawa pembedahan mungkin akan dilakukan pada petang itu juga. Memandangkan saya masih belum makan lagi selepas sarapan pagi maka saya terus berpuasa sambil menunggu untuk dibawa ke bilik pembedahan. Namun akhirnya saya dimaklumkan bahawa pembedahan dibatalkan dan ditunda ke hari esok. Malam itu buat pertama kalinya saya tidur di atas katil hospital.
Esoknya saya bersedia untuk dibedah. Saya telahpun mula berhenti makan dari petang semalam. Namun seperti semalam saya hampa apabila pembedahan sekali lagi ditangguhkan ke esok hari. Yang saya terkilan perkara ini hanya diberitahu setelah hari petang dan setelah pihak hospital menghidangkan makan tengahari. Terleps saya untuk menikmati nasi kawah hospital dan isteri saya terpaksa membeli makanan di kantin hospital.
Esoknya, hari Khamis 15 Januari 2009 saya di bawa ke dewan pembedahan lebih kurang 9.30 pagi. Namun saya terpaksa menunggu sehingga jam 11.10 sebelum dibawa ke katil pembedahan kerana pakar bius pergi entah ke mana. Saya diberikan bius separuh badan yang dimasukkan melalui tulang belakang. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Perlahan lahan-lahan kaki saya mula merasa kebas dan menjadi berat. Agaknya kata orang kaki terpaku ke bumi tidak boleh bergerak kerana ternampak hantu itu beginilah agaknya. Tidak saya tahu apa yang para doktor kerjakan di bahagian belakang saya kerana saya akhirnya terlelap ketika pembedahan berlansung. Saya tersedar apabila mereka telah selesai dan cuba mengalihkan saya ke katil lain untuk di tolak semula ke dalam wad. Sebelum keluar dari tempat pembedahan saya di bawa ke satu ruang lain untuk pemeriksaan lain seperti tekanan darah juga degupan jantung.
Sebenarnya pada hari saya dibedah pagi itu isteri saya tiada bersama kerana beliau tidak diluluskan cutinya. Kesal juga saya dengan pengurusan pihak swasta ini yang tidak menjaga kebajikan pekerja. Alhamdulillah tidak lama setelah saya dikeluarkan dari dewan pembedahan dan masuk semula ke wad, isteri saya muncul mendapat pelepasan selama setengah hari. Saya terbaring di atas katil sehingga ke petang kerana kaki masih tidak boleh digerakkan. Walaupun terbaring Alhamdulillah saya masih tetap cuba menjalankan tanggungjawab kepada Allah walaupun hanyak bertayammum menepuk tangan ke dinding hospital. Bahkan sebelum pembedahan pun saya melakukannya di tepi kaki lima hospital memandangkan tiada surau disediakan di dalam wad. Sempat saya bertanya kepada doktor apa yang berlaku di dewan pembedahan. Beliau memaklumkan bahawa satu tiub telah di masukkan ke dalam lubang luka sehinga melalui lubang najis dan seterusnya diikat!
Azab sebenar saya hanya tiba pada waktu tengah malam ketika bius telahpun hilang seratus peratus. Saya merasai kesakitan yang amat sangat. Ke manapun saya berkalih untuk tidur kesakitan tetap terasa. Saya menjerit, meraung dan merintih. Saya meminta diberikan suntikan penahan sakit atau ubat tidur bagi menghilangkan kesakitan. Namun saya tidak mendapatnya kerana saya telah diberikan satu suntikan pada petangnya dan suntikan seterusnya hanya boleh diberikan selepas lapan jam. Jururawat bimbang jika saya over dozed nanti. Hanya pada jam 3.30 pagi barulah saya mendapat satu suntikan. Maka dapatlah saya tidur seketika walaupun sekali sekala terjaga. Isteri saya berkongsi penderitaan saya pada malam itu. Beliau tidak tidur dan saya lihat beliau kadangkala menangis melihat saya menahan kesakitan.
Saya dibenarkan keluar pada esoknya dan diberikan cuti sakit selama dua minggu sebelum pemeriksaan seterusnya. Amat siksa untuk berjalan apatah lagi untuk duduk. Hidup saya selepas itu lebih banyak berbaring di atas tilam. Untuk duduk betul memang tidak mampu. Saya hanya boleh duduk menyenget sahaja. Untuk membuang angin saja sudah merasa siksanya apatah lagi untuk membuang air besar. Saya terpaksa mengambil pil pelawas beberapa hari bagi memudahkan proses pembuangan.
Walaupun mendapat cuti sakit yang lama, itu tidak bermakna saya boleh bersenang lenang melakukan pelbagai perkara seperti membaca buku, bermain komputer, apatah lagi melakukan hobi yang amat saya gemari ini – fotografi. Saya benar-benar tidak mampu untuk bergerak dengan banyak kerana itu semua mendatangkan kesakitan. Bahkan waktu tidur saya kerap terganggu beberapa kali kerana kesakitan. Berkalilah ke manapun, saya masih merasa sakit dan begitulah keadaannya sehingga saya tiba-tiba terlena semula.
Hampir memasuki minggu yang ke tiga, saya mula boleh bergerak banyak sedikit dan kesakitan mula berkurangan. Dan beberapa hari selepas itu saya mula boleh duduk seperti biasa. Semalam saya ke hospital semula bagi pemeriksaan. Agak hampa kerana tiub yang dipasang masih belum boleh dibuka kerana luka dalaman masih belum kering dan masih mengalirkan sedikit darah. Saya mendapat cuti sakit dua minggu lagi. Ini bermakna tidak akan berada di pejabat selama lima minggu. Satu yang mula membosankan saya. Namun saya telah menghubungi pejabat dan memaklumkan sekiranya berlaku kecemasan atau berlaku keadaan tiada pegawai berada di pejabat, saya sedia dipanggil memandangkan saya telah boleh berjalan.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara mara dan rakan taulan yang datang melawat terutama semasa saya lemah terbaring. Sebenarnya lawatan tersebut mempercepatkan proses penyembuhan kerana saya mendapat sedikit semangat daripada lawatan tersebut. Sering juga saya diingatkan oleh ibu dan isteri saya tentang rakyat Palestin yang lebih menderita kerana kesakitan mereka lebih hebat disamping rawatan yang kurang sempurna. Syukur saya panjatkan kepada Allah. Bersyukur juga saya kerana pada hari ini telah banyak produk kesihatan yang dijual yang boleh membantu mempercepatkan penyembuhan. Syukur juga kerana isteri saya tidak jemu-jemu menjaga serta mencuci luka saya setiap hari.
Entry ini saya lakukan dengan mengunjungi kafe cyber yang berdekatan rumah. Saya minta maaf kerana lama tidak menziarahi laman-laman sahabat. Buat seketika saya tidak dapat aktif dengan fp. Saya akan terus berehat di rumah saya di Kampung Bukit Kapar, Meru, Klang sehinggalah doktor membenarkan saya bekerja semula. Sahabat yang ingin menghubungi boleh sms saya di talian 012-9324342.
Doakan saya cepat sembuh!
|
|
|
|
|
|
| Monday, 12-Jan-2009 00:10 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bukit Puteri, Kuala Terengganu
|
|
Sudah lama saya teringin nak naik ke bukit ini namun ada saja aral yang melintang. Seingat saya semenjal tahun 1993 lagi iaitu sewaktu saya berkursus 3 bulan di Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA). Peluang itu tiba sewaktu saya outstation beberapa bulan dulu. Memandangkan ada sedikit ruang masa, maka saya gunakan untuk memanjat bukit ini. Jalan naik ke bukit ini kini menggunakan laluan baru. Kita perlu memasuki bangunan yang menjual pelbagai barangan sebelum menaiki tangga bergerak ke atas. Pandai juga kerajaan Terengganu buat begini kerana secara tak lansung pengunjung akan berjalan-jalan di dalam bangunan ini untuk membeli belah.
Pemandangan dari atas bukit ini amat menakjubkan. Nampak muara Sungai Terengganu dan kawasan Seberang Takir. Bukit ini asalnya merupakan kubu yang mengawal perairan Kuala Terengganu. Di atasnya masih ada sebuah genta (loceng besar) yang kini digunakan untuk memberitahu waktu berbuka puasa. Dulu genta ini berfungsi sebagai pemberi amaran sekiranya terjadi apa-apa atau panggilan untuk mengumpulkan rakyat. Terdapat juga makam lama, beberapa buah meriam dan yang terkenal adalah meriam beranak, rumah api dan sebuah tempat seperti singgahsana.
Suasananya agak tenang, kalau nak study sesuai benarlah tempatnya. Untuk naik dikenakan bayaran, kalau tak silap saya dalam RM1.00 atau RM1.50 sahaja. Untuk mengetahui sejarah Bukit Puteri dengan lebih lanjut saya perturunkan kepada anda artikel di bawah ini.
Build in 1830 as a fortrees, this hill offers a paranomic view of the state capital. The historical monuments and artefacts found here include the Genta (a large bell), Meriam Beranak (a family of cannons), an old lighthouse, and an ancient cemetery. The fortrees, overlooking the mouth of Terengganu River, was once used in the defence of Kuala Terenganu.
Bukit Puteri is situated at the mouth of Terengganu River. It covers an area of about 658 hectares and the height is about 200 meters from the sea level. Bukit Puteri was built to defend the Rulers of Terengganu from attacks by the enemies. Bukit Puteri is easily accessible as there are steps leading to the top. Bukit Puteri was said to have originated as a place of residence for Puteri Bunian. However, the princess left Bukit Puteri when the local residents borrowed her cutlery and did not return them to her. According to legend, this hill was opened by a chieftain from Johor named Tuk Raja Menteri who came to Terengganu to install Sultan Zainal Abidin I as the first Sultan of Terengganu.
During the year 1830, there was a struggle for power among the two royalty of Terengganu that is, Tengku Mansur, the Sultan of Terengganu who was conferred the title of Sultan Mansur Shah II and Tengku Umar, the Yang Di pertuan Besar. Tengku Umar had built a fort at the top of Bukit Puteri for defence. This fort was built of bricks and cemented with honey, lime and egg white. However Bukit Puteri was captured by Sultan Mansur Shah II and Tengku Umar was forced to flee to Besut. Bukit Puteri then came under the control of Sultan Muhammad I who ascended to the throne when Sultan Mansur Shah II passed away. However, Sultan Mahmmud was not able to defend Bukit Puteri when it was attacked by Tengku Umar army. Finally, Tengku Umar recaptured Bukit Puteri again.
A few historical artifacts still exists on Bukit Puteri till this present day. Among them are a big bell, cannon, a flag pole, light house, graves and a defence wall. However, long time ago there were many cannons at Bukit Puteri. The cannons were believed to have originated from Spain, Portugal and the Malay States and were given names such as Seri Jamlor, Seri Buih, Seri Johor and Laila Majnun. The bell that still exists today was built during the reign of Sultan Zainal Abidin III in the year 1908. The bell was made from yellow copper, the circumference and height of the bell were 228 centimeters and the weight was 175 kilograms. The bell was sounded when there were rampage, fire or enemies attacking the state. It was believed that the bell was guarded by a boy from the royal family. The boy job was to sound the bell if any emergency or natural disasters occurred.
A cave known as Gua Puteri can also be found here. It was used as a place to keep the gun powder, stone and iron bullets. The flag pole that is on top of Bukit Puteri was used to raise the royal flag when there were any royal ceremonies held. The weight of the flag pole was around 18 meters high. The lighthouse on the peak of Bukit Puteri functioned as a guide for fishermen and sailors that siles into Kuala Sungai Terengganu. During the reign of Tengku Umar, he built a palace called the Green Palace at the foot of Bukit Puteri but was burned down in 1882. He built a new palace near the site of the Green Palace and was named Istana Maziah which still exit until today
Sumber : http://www.tourism.terengganu.gov.my/historical/KT/bukit_puteri.html
|
|
|
|
|
|
| Friday, 9-Jan-2009 00:24 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ouled Bercerita Tentang Hanut
|
|
| Quote: | Sebelum kita membaca cerita mengenai hanut, saya ingin merakamkan perasaan hati yang robek pilu, tangisan yang mengalirkan darah serta kesedihan yang amat mencengkam terhadap apa yang terjadi kepada semua saudara saya di Palestin. Saya amat malu dengan diri saya yang tidak mampu membantu saudara semua di sana. Amatlah kerdilnya diri saya ini yang hanya mampu melihat di kaca televisyen dan di dada-dada akhbar akan kekejaman yang menimpa saudara sekalian serta kematian yang saban hari menghambat. Walaupun amat lemah diri saya ini, saya tetap panjatkan doa saya untuk saudara-saudara di sana dan saya akan menyumpah laknat kaum yang hina itu setiap kali berita terbaru kekejaman mereka saya dengari. Wahai saudaraku di sana, semasa saya di Maghribi di tahun 90'an kerap saya mendengar tentang kehebatan atfal al-hijarah. Atfal al hijarah yang dulu kini telahpun dewasa, dan saya mendoakan kebangkitan baru atfal al-hijarah generasi kini.
Ya atfal al hijarah
Qumu min jadid
innakum daiman fi qulubina
la nansakum
nahnu la nansakum!! |
Ramai orang Maghribi mendakwa bahawa sektor perniagaan banyak dikuasai oleh orang Berber. Tidak saya ketahui sama ada dakwaan ini benar ataupun tidak memandangkan saya tidak pernah ditunjukan kepada sebarang fakta bertulis. Namun yang pasti suku Berber di Maghribi merupakan golongan yang kuat berusaha untuk mencari rezeki. Dari perkataan Berber (dibaca Barbar) inilah terciptanya kalimah Inggeris barbarian. Tetapi istilah ini dalam bahasa Inggeris lebih merujuk kepada kelompok orang gasar, ganas dan tidak bertamadun. Saya tidak tahu kenapa di dalam bahasa Ingeris perkataan itu membawa maksud sedemikian sedangkan orang-orang Berber merupakan golongan yang hebat. Dalam sejarah Islam, Tariq bin Ziad yang membawa tentera Islam menyeberang ke Andalusia merupakan daripada keturunan Berber.
Di kawasan perumahan, kedai-kedai seperti kedai runcit dan kedai menjual sayuran tidaklah begitu besar. Bahkan ada kedai yang dibuka dalam kawasan garaj kereta rumah. Garaj kereta rumah di Maghribi lebih kurang serupa dengan yang di Negara barat di mana ia adalah sebuah bangunan bertutup dan berdinding. Mengunjungi kedai runcit atau yang dipanggil hanut oleh penduduk tempatan adalah merupakan satu cabaran besar sewaktu saya mula-mula mengenali Bahasa Arab. Ini kerana kebanyakan kedai runcit mereka tidak membenarkan pelanggan masuk ke dalam dan memilih sendiri barangan mereka. Penghadang merangkap kaunter merentangi kawasan hadapan hanut dan pelanggan akan berurusan dengan tuan kedai di situ. Pelanggan akan menyatakan apa barangan yang dihajati dan pekedai akan masuk mencarinya di belakang. Inilah cabaran besar buat saya yang baru mula merangkak nak belajar. Saya perlu tahu barang yang hendak dibeli dalam bahasa Arab atau pekedai akan terpinga-pinga tak faham nanti. Kalau ditempat kita tak tahu makna perkataan pun tidak mengapa memandangkan kita boleh mencapainya sendiri tapi di sini perbendaharaan kata perlu mantap. Tapi itu cerita tahun 90’an dahulu. Saya tidak tahu jikalau suasana itu telah berubah kini.
Di kawasan kejiranan saya di Mamar Jamal Eddine Afghani, saya suka mengunjungi sebuah hanut kepunyaan seorang pekedai bernama Muhammad. Biasanya saya dengan selambanya akan masuk menyusup di bawah kaunter kedainya dan masuk ke dalam. Saya biasanya akan memilih sendiri barangan yang saya kehendaki sebelum membayarnya. Kepercayaan beliau kepada saya sebenarnya adalah kerana nama baik pelajar Malaysia di Maghribi. Pelajar Malaysia terkenal kerana kebaikannya dan rakyat Maghribi percaya bahawa orang Islam di Malaysia berpegang teguh kepada ajaran Islam. Malu sebenarnya saya dengan sangkaan baik mereka itu kerana kita sendiri tahu mengenai orang kita. Biasanya jika ke hanut Muhammad (Saya menanggilnya Sidi Muhammad atau Si Muhammad, sepertimana orang Maghribi memanggil lelaki yang bernama Muhammad yang bermaksud encik atau tuan) saya akan meminta dibelahkan roti panjang Peranchis (orang Maghribi memanggilnya kumirah) dan diletakkan dengan kepingan kasher (seperti daging kisar yang telah diperapkan dengan pelbagai rempah dan garam dan dipadatkan). Kadang-kadang roti itu disalut dengan zubdah (mentega) dan ditaburkan gula. Sambil duduk di bawah kaunter saya akan menikmati makanan itu bersama sebotol coke sambil berbual bersama Si Muhammad. Kadang-kadang juga saya akan menikmati beberapa makanan ringan di situ seperti roibi atau snek Merendina. Pelbagai isu yang kami bualkan dan saya mendapat manfaat yang besar kerana ini antara cara saya berlatih bertutur dalam bahasa Arab. Saya tak nafikan bukan semua yang diperkatakan oleh Muhammad itu saya fahami, namun disitulah terletak cabarannya.
Di maghribi ada satu kedai yang dikenali dengan nama mahlabah. Perkataan mahlabah diambil dari halib yang bermaksud susu. Mahlabah seolah sebuah kedai yang menjual hasil tenusu. Namun bukan sahaja hasil tenusu, ia turut juga menjual beberapa kuih manis serta jus buah-buahan. Menikmati jus buah-buahan di sini kepuasannya tidak terkata. Ini kerana ia adalah jus asli seratus peratus. Limau akan diperah di depan kita sehingga memenuhi gelas. Begitu juga dengan epal, sebiji atau dua biji akan dikisar dengan susu lembu. Tak seperti di Malaysia jus anda hanya mendapat secebis sahaja buah, yang lainnya adalah air dan diberi kemanisan dengan menambahkan gula. Namun percayakah anda, jus yang sebegitu rupa hanya berharga DM2.50 atau DM3.00 yang bersamaan lebih kurang RM1.00 sahaja!! Mahlabah juga biasanya kecil namun ada juga disediakan bangku untuk duduk. Saya biasanya suka menikmati roibi yang ditambah siru ahmar sambil menjamah croissant. Paling nikmat menikmati jus lapuka (avocado) yang harganya agak mahal berbanding jus lain.
Kadang-kadang saya dan teman-teman melepak juga di café mereka atau maqha dalam bahasa tempatan. Maqha mereka adalah umpama maqha yang terdapat di eropah. Pelayannya biasanya segak memakai kemeja, vest dan memakai bow. Apa yang ada di mahlabah biasanya ada juga di maqha. Namun di maqha kopi yang dihidangkan biasanya diambil dari biji kopi yang kemudiannya dikisar. Saya biasanya menikmati nus nus (separuh gelas dipenuhi kopi pekat dan separuh lagi dipenuhi susu) atau qahwah kahlah (kopi hitam pekat) apabila perut saya sakit. Petua ini saya dapati daripada rakan saya yang pernah sakit perut dan mengambil qahwah kahlah untuk meredakannya. Pelanggan juga boleh menikmati shai na’na’ (teh pudina) yang rasanya segar umpama selesai menggosok gigi. Maqha merupakan antara tempat lepak yang digemari oleh orang Maghribi terutamanya kerusi meja yang diletakkan di kaki lima jalan. Kalau musim peperiksaan kadang-kadang penuh kerusi meja dengan pelanggan yang minum sambil menikmati minuman. Ada juga yang buat kerja pejabat di maqha. Anda boleh duduk di maqha sehari suntuk walaupun hanya meminum secawan kopi kerana tiada siapa yang akan marah. Cuba buat begitu di kedai mamak kita, mahu kena halau!!
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 6-Jan-2009 23:52 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Masa Bermain Sudah Tamat
|
|
Sesi persekolahan tahun 2009 telahpun bermula beberapa hari yang lalu. Kakak Majidah telah beralih dari prasekolah ke Tahun 1 dan Jaja meneruskan pembelajaran prasekolahnya di TAKIS yang sama. Kali ini beliau perlu berseorangan memandangkan kakak tidak lagi bersama. Waktu pagi kakak Majidah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Kapar manakala di sebelah petang di Sekolah Rendah Agama Bukit Kapar Barat.
Rasa kesian juga melihat kakak yang perlu hadir ke dua buah sekolah pagi dan petang. Memandangkan saya dulu bersekolah di Negeri Sembilan, maka saya tiada pengalaman menghadiri dua buah sekolah sehari. Saya cuma belajar di sekolah rendah kebangsaan tanpa sekolah agama. Alangkan belajar di sebuah sekolah sahajapun sudah mengundang keletihan anggota tubuh, apatah lagi dua buah sekolah. Walaupun saya boleh saja menghantar kakak untuk belajar di sekolah kebangsaan sahaja, namun terasa akan ruginya jika anak saya tidak mendapat didikan agama yang sewajarnya sedangkan anak orang lain berlumba-lumba ke sekolah agama. Doa dan harapan saya agar kakak terus bersemangat dalam pencarian ilmu dan tidak kenal akan penat lelah untuk mencapainya.
Alhamdulillah saya tidak merasa risau untuk meninggalkan kakak terus belajar di sekolah barunya. Ini kerana saya yakin dua tahun pengalamannya di peringkat prasekolah akan membuatkan beliau yakin untuk ditinggalkan belajar tanpa kami ibu bapa meneman atau memerhati di luar kelas. Ini peluang beliau mendapat rakan yang lebih ramai serta melalui dunia pendidikan yang lebih luas.
Teringat saya satu komen seorang pengunjung dif p saya ini beberapa tahun yang lalu. Tulisnya lebih kurang begini – cepat betul anak-anak membesar, sekejap aje dah masuk sekolah, lepas tu universiti, lepas tu kawin…. Saya nampak kini masa anak-anak dengan saya akan mulai berkurangan. Mereka akan mula banyak menghabiskan masa di sekolah. Saya rasa satu kehilangan bila berada di rumah tanpa anak-anak di sisi. Bila mereka dapat bersekolah di sekolah berasrama atau berada di peringkat universiti nanti, masa itu akan semakin berkurangan. Seterusnya sehingga mereka memasuki zaman pekerjaan dan alam rumahtangga……Zaman menuju kearah kesunyian baru bermula dan saya tak tahu sama ada saya mampu menghadapinya.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 1-Jan-2009 23:48 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sopan Gayo Pejuang
|
|
Saya menghadiri satu mesyuarat di Johor Bahru hari Rabu yang lalu. Di pertengahan mesyuarat, pengerusi yang juga Ketua Wilayah memaklumkan bahawa ketika beliau menghadiri satu acara jabatan di Cameron Highland baru-baru ini ada suara yang mengatakan bahawa pejabat saya tidak memberikan kerjasama sewaktu kedatangan dua orang pegawai untuk mencari ruang pejabat. Mujurnya beliau tidak cepat melatah apabila mula mendengar tuduhan itu. Saya tidak tahu apa maksud mereka dengan kalimah ‘tidak bekerjasama’. Apabila dua orang pegawai berkenaan datang ke pejabat saya untuk mencari ruang pejabat dulu, saya dan seorang komander telah membawa mereka ke satu kawasan yang saya cadangkan untuk mereka menempatinya. Mereka keberatan untuk menerima cadangan saya itu dan mahukan ruang lain. Namun ruang yang mereka mahukan itu agak keberatan untuk kami serahkan atas sebab-sebab yang turut dijelaskan kepada mereka. Saya juga turut membawa mereka ke melihat ke sekitar bangunan kosong di sekeliling pejabat saya. Bahkan sebenarnya sebelum itupun mereka telah mengambil satu ruang di tingkat yang paling bawah sekali untuk dijadikan stor mereka. Penggunaan itupun diluar pengetahuan saya kerana mereka menempatkan barangan mereka sewaktu saya melakukan kerja luar. Lantas apakah ‘tidak bekerjasama’ yang mereka maksudkan? Apakah kerana pada hari itu saya tak belanja mereka minum maka itu dikira sebagai tidak bekerjasama. Yang penting saya telahpun mencadangkan satu ruang, anda sahaja yang tidak mahukannya. Saya yang tidak bekerjasama atau anda yang memilih. Cuma satu perkataan daripada Ketua Wilayah:- mereka kata you tidak bekerjasama kerana mereka tidak mendapat apa yang mereka inginkan, cuba kalau mereka dapat…..
Saya sebenarnya tak suka untuk menulis perkara itu di sini. Namun saya terpaksa kerana saya tidak mempunyai forum atau diberikan sebarang ruang untuk mempertahankan diri. Apatah lagi sejak beberapa minggu yang lalu beberapa fitnah telah dihalakan ke batang hidung ini. Antaranya tuduhan menggunakan kamera jabatan dan tuduhan menghasut serta tidak menggalakkan anggota jabatan untuk menghuni kuarters. Semasa saya keluar outstation dua minggu dulu pula datang dua orang makhluk Allah kononnya meninjau pemasangan sistem ICT di pejabat. Satu kalimat yang disampaikan kepada seorang pegawai bahawa saya ‘bersalah’ kerana memasang streamyx untuk kegunaan sendiri. Wahai sang pengecut, kenapa tidak menyatakannya di hadapan muka saya. Benarkah saya yang memasangnya, tahukah anda asal-usul adanya sambungan streamyx itu. Jangan nak main tuduh sahaja. Jika saya bersalah, apakah anda tidak bersalah lansung kerana membiarkan pejabat saya tanpa sambungan internet selama tiga tahun. Ini umpama kuman di seberang lautan kelihatan tapi gajah didepan mata lansung tak nampak. Entah siapa makhluk Allah yang datang itu. Tapi saya yakin yang datang itu lansung tak kenal rapat dengan saya. Pelik, sudahlah kita tak kenal, tak rapat, boleh pula dia cuba memburukkan saya. Kata boss saya, encik Mizhar, nampak sangat orang kini sengaja nak cari kesalahan encik, mereka nak cari kambing hitam.
Saya tidak lansung berpeluang untuk menjawab segala tuduhan ini. Tiada pihak yang memanggil untuk bertanya serta mengesahkan khabar atau fitnah ini. Adakah ini semua gara-gara ada pihak tertentu ingin mengelakkan punggung sendiri terbakar maka seekor kambing hitam perlu dicari untuk disembelih. Entahlah saya tak mahu menuduh sesiapa. Sepanjang masa ini saya hanya bersabar sahaja sambil memohon limpah kurnia Allah. Telah ada beberapa jabatan saya menabur bakti sebelum ini namun tidak pernah saya bertemu dengan budaya fitnah yang amat besar ini. Lebih pelik kerana saya berkhidmat di tempat yang kebanyakan tenaganya beruniform yang memang dikenali dengan budaya disiplin yang tinggi. Hati kecil saya bertanya kepada mereka, apakah tidak pernah sebarang guru agama mengajar tentang dosa serta besarnya bahana akibat fitnah itu. Anda sedang membuka ruang untuk mendatangkan kebinasaan kepada diri saya. Ketika anda berseronok bersama keluarga, saya mungkin sedang bekerja keras menepis itu dan ini serta memperbaiki kebinasaan yang sedang anda ciptakan untuk saya. Cuma satu saja ingatan saya, kebahagiaan anda itu hanya di atas dunia fana ini sahaja dan belum tentu lagi di sana. Anda berseronok mengata itu dan ini tentang diri saya dan membuat pelbagai spekulasi. Saya tak tahu pula jikalau perlakuan anda ini akan menampakkan anda seperti pemimpin yang berwibawa dan berkaliber…..berkaliber entah, berkakilebar mungkin.
Saya memang bukan manusia yang serba sempurna. Saya juga buat silap. Orang kalau buat silap ditegur dan dibaiki tapi anda tidak ada budaya itu sebaliknya yang buat silap akan dipancung atau dijatuhkan hukuman gantung. Tak apalah agaknya anda bahagia dengan cara begitu…….anda amat bahagia, bahagia dengan menidakkan kebahagiaan orang lain.
Agama saya sama dengan agama anda, mengapa tidak kita selesaikan mengikut KitabulLah?
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 30-Dec-2008 00:26 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ouled Bercerita Lagi
|
|
Sebagai anak kelahiran Negeri Sembilan, saya berdukacita di atas kemangkatan Baginda Yang Di-Pertuan Besar pada hari Sabtu yang lalu. Membaca biodata dirinya di akhbar, ternyata Almarhum seorang lelaki yang hebat. Almarhum seorang yang berpendidikan tinggi (lebih-lebih lagi pada zaman beliau pendidikan sebegitu sememangnya dikira sangat hebat) serta seorang pegawai kerajaan dan diplomat yang terhormat. Mengingatkan baginda, saya tiba-tiba tersedar telah hampir 10 tahun saya meninggalkan tanah beradat itu untuk berkhidmat di negeri lain. Hanya lebih kurang dua tahun sahaja sempat saya menabur bakti di tanah kelahiran, sebelum beralih perkhidmatan yang menyebabkan saya terpaksa berpindah tempat kerja. Mungkin agak sukar untuk saya kembali lebih-lebih lagi saya telah bermastautin dan membina rumah di Klang. Namun jauh di sudut hati saya berharap untuk kembali menabur bakti walaupun untuk beberapa tahun sahaja. Bukanlah kerana ada rasa sifat kenegerian itu, namun sememangnya semua orang mempunyai hasrat untuk memajukan tanah kelahiran sendiri, lebih-lebih lagi apabila melihat kebanyakan kerusi jawatan diisi oleh orang luar. Bukan juga hendak menidakkan kebolehan orang luar tetapi ada juga rasa kecewa kerana hendak berkhidmat di tempat mereka kadang-kadang lebih payah lagi apabila negeri tertentu lebih mengutamakan anak negeri sendiri. Sudahlah di beberapa negeri memang tidak ada ruang buat orang luar, di negeri kita sendiripun mereka nak masuk juga.
Dirgahayu buat Yam Tuan baru Negeri Sembilan Tunku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir yang menjadi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11.
………………………………………………………………………………………………………
Ouled Bercerita Tentang Awal Muharram
Alhamdulillah kita telahpun melangkah ke tahun 1430 hijrah. Kalau dulu kita panggilnya Awal Muharram, kemudian di tukar pula kepada Maal Hijrah. Maal Hijrah ini kalau kita terjemahkan membawa maksud bersama hijrah. Kalau ada yang menterjemahkannya kepada berhijrah bersama perkataan Arabnya harus berbunyi Nahjuru Ma’an atau Alhijratu Ma’an. Wallahu aalam, kena tanya Ustaz ArRembawi betul atau tidaknya terjemahan saya.
Setiap kali tibanya hari ini negara kita menyambutnya dengan mengadakan perhimpunan khas. Tahun ini diadakan di Putrajaya International Convention Centre, sebuah bangunan yang amat indah dan unik binaannya. Teringat saya semasa mula bekerja menjadi seorang pegawai kecil dahulu. Antara tugas saya apabila semakin tiba hari seperti ini saya perlu mencari insan-insan yang ‘sudi’ untuk hadir ke majlis perhimpunan termasuk menyediakan pengangkutan. Memang sukar untuk mencari ‘mangsa’ memandangkan yang pergi terpaksa mengorbankan hari cuti………………dan part yang paling best adalah yang mencari itu sendiri tak pernah pergi menghadirinya………(ha ha ha!!)
Orang Maghribi di tahun baru Islam ini akan mengucapkan selamat sesama mereka. Kalimat sanah saeedah membawa erti selamat tahun baru menjadi mainan bibir di hari itu, satu perkara yang tak pernah saya lihat di Malaysia. Kanak-kanak memang gembira kerana kadangkala para ibu bapa akan membelikan mereka mainan baru. Memang saya agak hairan apabila pertama kali melihatnya dahulu, kedai-kedai tiba-tiba banyak menjual mainan kanak-kanak.
Seperkara lagi, hari ini menjadi pesta bermain air kepada para remaja dan kanak-kanak ala-ala pesta Songkran di Thailand. Namun tidaklah sepanjang hari mereka mencurah air. Aktiviti ini akan terhenti menjelang waktu Zuhur. Jangan peliklah kalau berjalan di kaki lima jalan raya tiba-tiba air mencurah atas kepala dari tingkap apartment. Sebenarnya tiada orang boleh marah bila terjadi sebegini. Dan inilah kesilapan saya pada satu hari daripada hari tersebut. Ketika itu saya bersama seorang sahabat menaiki motor untuk pergi membeli beras yang telah kehabisan di rumah. Baru sahaja keluar dari simpang rumah, melalui sekumpulan remaja, tiba-tiba air dipancut kepada saya oleh seorang mereka. Saya minta sahabat yang membawa motor untuk berpusing balik dan saya turun bersemuka dengan remaja itu. Saya rampas botol airnya dan saya campakkan jauh-jauh. Saya tenungnya seketika dan kemudian berlalu pergi. Sebetulnya saya menyesali perbuatan tersebut kemudiannya kerana apa yang mereka lakukan adalah sebahagian daripada adat dan budaya mereka. (Saya meminta maaf daripada kumpulan remaja tersebut pada petangnya. Mereka anak-anak jiran yang lebih muda dari saya dan selalu bertemu di jalanan. Tak baiklah kalau saya tak menjernihkan kembali suasana).
Tadi saya nyatakan bahawa saya menaiki motor untuk membeli beras. Tolong jangan bayangkan motor seperti yang ada di atas jalanraya negara kita kerana ia tidak seperti itu. Saya memanggilnya motor kayuh kerana ia mempunyai pengayuh seperti basikal walaupun ia sebuah kenderaan bermotor. Pengayuh itu adalah untuk menghidupkan enjin serta apabila mendaki bukit apabila enjin motor tidak mampu untuk menggerakkannya. Fizikalnya hampir menyerupai motosikal, namun nampak juga rupa basikal. Ia merupakan kenderaan roda dua bermotor yang paling popular dan banyak berlegar di atas jalan raya. Agak sukar untuk melihat motor ‘kapchai’. Yang adapun motosikal berkuasa tinggi ala scrambler yang biasanya ditunggang oleh orang luar atau orang berada sahaja.
(gambar ihsan dari http://www.flickr.com/photos/brokendrumphotography/1660351286/)
Berkenaan beras yang dibeli, sekali lagi jangan bayangkan beras yang anda lahap sehari-hari. Ia adalah keluaran asli Kenitra dan bentuknya bulat. Harganya mahal mencekik poket pelajar miskin seperti saya. Tidak saya tahu kenapa harganya mahal, sama ada kerana pengeluarannya tidak banyak atau kerana ia bukan makanan ruji penduduk tempatan. Biasanya kami beli di tempat pengedaran yang harganya murah sedikit berbanding kedai runcit biasa. Beras ini di pek di dalam karung kertas dengan berat 25 kilogram. Harganya ketika itu dalam 350 Dirham atau lebih kurang RM150.00!! Dan beras sebanyak ini biasanya hanya bertahan dalam dua minggu sahaja disebabkan kami memang kuat makan dan rumah sentiasa menjadi tumpuan sahabat lain. (Tambah letih bila ada yang dah tamat pengajian, sanggup bawa kucing dua tiga ekor dari Rabat dan tinggalkan di rumah kami di Kenitra. Satu beban yang tak diminta untuk menanggung makan minum binatang pula. Bukan apa di rumah tu tak ada yang berminat dengan kucing, jadi tak terbela kucing-kucing tu.)
|
|
|
|
|
|
| Friday, 26-Dec-2008 00:26 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bila Lagi Nak Bersama Keluarga.....
|
|
Saya mengambil cuti rehat dari Isnin sehingga Rabu yang lalu memandangkan baki cuti tahunan yang masih banyak lagi walaupun tahun masihi 2008 sudah hamper ke penghujungnya. Hari Isnin saya habiskan dengan beberapa urusan yang sukar dilakukan pada hari-hari bekerja seperti servis kereta dan urusan perbankan. Hari Selasa dan Rabu saya bawa keluarga termasuk ayah dan emak serta adik perempuan saya ke Melaka untuk bercuti. Kami tidur di rumah adik saya di Jasin. Dah lama saya nak bercuti dengan keluarga termasuk membawa bersama ayah dan emak, namun baru kali ini sahaja peluang itu ada. Ini kerana perancangan yang dilakukan sebelum ini seringkali terpaksa dibatalkan apabila ada pertembungan dengan urusan pejabat atau boss yang terlebih dahulu telah memohon cuti. Alhamdulillah kali ini semuanya berjalan lancar.
Walaubagaimanapun tiada gambar percutian yang saya paparkan pada kali ini.
Tak banyak tempat yang kami lawati sepanjang dua hari tersebut. Antara yang sempat adalah Zoo Melaka, kawasan bersejarah di sekitar A Famosa, Makam Hang Kasturi, Masjid Kampung Hulu, Eye On Malaysia, Menara Tamingsari dan Bandar Tangkak (dah keluar dari Melaka tapi dekat dengan rumah adik saya di Jasin). Di samping itu pusing-pusing juga kawasan lain di Melaka tanpa turun dari kereta. Lecehlah parking menggunakan sistem kupon di Melaka ni. Kalau yang dah biasa tak mengapa tapi bagi orang luar yang tak biasa mungkin ada sedikit masalah. Saya pernah dikompaun beberapa tahun yang lalu sewaktu ke Melaka kerana tidak mempamerkan kupon parking. Nak buat macam mana waktu tu nak cari kupon parking kat mana pun kita tak tahu.
Anak-anak saya cukup seronok di bawa berjalan terutama yang kecik sekali tu. Lincah ke sana sini, berlari, tak mahu didukung, sampai susu pun boleh lupa dalam sehari berjalan tu. Zoo yang luas tu pun tak penat lansung dia berjalan. Yang kakak-kakaknya pun seronok juga sebab dapat main dengan sepupunya.
Semalam juga merupakan hari ulang tahun Jaja yang ke lima. Senang nak ingat sebab tiap kali hari lahirnya jatuh cuti umum. Saya beli kek aje, tiada hadiah sebab hadiah dah beli minggu lepas. Tapi tu la anak-anak saya ni tak kira birthday siapapun kalau belia hadiah tak boleh beli untuk sorang, kena beli untuk semua sekali. Apo nak buek, taik kambing bulek-bulek!!

| Quote: | Menjawab beberapa komen daripada entry Badiah di bawah, saya sebenarnya mohon maaf kerana tiada gambar yang boleh dipaparkan kerana semua tu cerita 'dolu-dolu', zaman tiada lagi kamera digital. Kalau adapun gambar, saya kena cari scanner pula untuk dimasukkan gambarnya.
Walau apapun saya akan menulis lagi beberapa cerita yang Insya Allah akan menarik minat anada memandangkan perkara tersebut ada yang tidak berlaku atau tiada suasananya di Malaysia. Dan jikalau sambutannya menggalakkan, mungkin satu siri yang panjang akan diadakan... |
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 17-Dec-2008 00:06 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ouled Bercerita Tentang Badiah
|
|
Perkataan badiah jika dirujuk kepada kamus bolehmembawa maksud kawasan pedalaman. Pada orang Maghribi jika disebut badiah ia seolah merujuk kepada kawasan kampung atau luar bandar. Beza antara bandar dengan badiah ini ialah biasanya tiada kemudahan asas yang baik di badiah seperti kemudahan air dan elektrik, jalan yang tidak berturap dan sebagainya walaupun jarak sesuatu badiah dengan bandar itu hanya beberapa kilometer sahaja. Itu suasana di sekitar akhir 90’an, saya tidak tahu bagaimana suasana badiah di Maghribi pada hari ini, namun saya merasakan ia tidak banyak berubah.
Pada tahun 1997, saya dibawa ke sebuah perkampungan di Sidi Slimane. Saya tak berapa ingat kenderaan yang saya naiki dari bandar Sidi Slimane ke kawasan badiah, mungkin dengan teksi kalau tidak silap. Namun dari jalan raya untuk masuk ke kampung, saya menaiki kereta lembu untuk ke rumah sahabat saya yang bernama Hassan. Hassan merupakan seorang mahasiswa Dirasat Islamiyyah di Universitaire Ibn Tofail, tempat yang sama saya menuntut ilmu. Di sepanjang perjalanan itu Hassan akan menegur orang kampungnya dengan ramah sekali. Sememangnya di Maghribi jikalau bertanya khabar itu kadangkala mengambil sedikit masa, kerana bukan khabar diri kita sahaja yang di tanya, bahkan khabar anggota keluarga, rakan-rakan saudara mara dan lain-lain. Bahkan kadangkala walaupun sebelah pagi sudah bersalam dan bertanya khabar, sebelah petang jika bertemu lagi perbuatan serupa boleh berulang. Jikalau bercakap di telefon pun, masa yang agak lama diambil untuk bertanya khabar. Lafaz kalimah seperti labas, kidir, hanin, bikhair, mizyan sudah menjadi basahan lidah. Bab ini saya berani katakan kita orang Malaysia kalah sedikit. Saya katakan kepada Hassan, beliau boleh menjadi wakil rakyat kerana PRnya yang baik dengan orang ramai. Bahkan Hassan juga aktif dalam pergerakan pelajar juga pergerakan Islah wa Tajdid.
Rumah-rumah di badiah biasanya dibuat daripada tanah liat, bukan tanah liat yang dah jadi batu bata tu, tapi memang tanah liat asli, senang cakap rumah dari tanahlah. Lantai rumahpun bukanlah mozek yang cantik, kebiasaannya tanah juga. Ruang tamunya sama sahaja seperti kebanyakan rumah lain termasuk di bandar di mana kerusinya adalah seperti katil dan tilam yang memanjang di dinding. Ini tidak menghairankan kerana biasanya bilik seperti ini juga menjadi ruang tidur. Sumber air adalah daripada telaga. Saya ke jambannya yang turut dibuat daripada tanah (yang semestinya tidak seperti tandas rumah kita) dan saya akhirnya terpaksa membatalkan niat saya dan menahan sampai pulang semula apabila melihat ulat (atau mungkin cacing) meliuk lentuk di atas lantainya. Elektrik memang tidak ada. Pada waktu malam, rumah hanya diterangi cahaya pelita dan lilin seolah kampung Melayu tahun 50’an. Yang istimewa saya berpeluang minum susu yang diperah dari lembu peliharaan keluarga Hassan. Bukan sahaja susu, bahkan keju dan laban (susu masam @ yogurt tanpa perisa) juga dibuat sendiri. Kalau roti tu memang tak payah ceritalah memang dibuat sendiri. (Kebanyakan keluarga di Maghribi memang membuat sendiri roti untuk makanan keluarga. Kemudiannya mereka akan membawanya ke kedai untuk dibakar denga ketuhar besar yang dibuat dari tanah). Sayur-sayuran juga diambil dari kebun mereka. Sempat juga saya di bawa melihat kawasan sekitar juga melihat binatang peliharaan mereka yang begitu besar dan gemuk.
(Saya membuat catatan ini kerana memori saya tentang pengalaman ini semakin luput dari ingatan. Sekurang-kurangnya catatan ini akan membolehkan saya mengingati suasana pada zaman itu serta membuat perbandingan sekiranya saya berpeluang sekali lagi ke badiah).
Namun pengalaman yang lebih menarik adalah apabila berpeluang ke Asni di Marrakech. Untuk ke Asni perlu menaiki teksi besar (Taksi kabir). Teksi ini biasanya dari jenis Mercedez lama memuatkan 6 orang penumpang (Agak lucu apabila mengingati tempat penumpang di hadapan yang hanya untuk seorang itu diduduki oleh dua orang. Sudahlah saiz Arab ini agak besar, jadi bayangkanlah…!!). Satu perkara lucu yang saya ingat tentang teksi ini adalah pemegang untuk menurunkan tingkap kereta (tingkap manual) di setiap pintu biasanya dicabut terus. Yang ada hanya di pintu pemandu. Dan jikalau penumpang mahu menurunkan tingkap, mereka perlu memintanya daripada pemandu. Saya rasa mungkin pemandu tidak suka penumpang menurunkan tingkap kenderaan mereka. Teringat saya semasa menaiki teksi di Saudi, saya pernah dimarahi pemandu kerana menurunkan pelindung matahari (sun shade) apabila terasa silau!!
Asni sebenarnya terletak di kawasan pergunungan yang merupakan sebahagian daripada Banjaran Atlas. Perjalanannya berliku mendaki puncak dengan jalan yang kecil. Walaubagaimanapun teksi dipandu dengan begitu laju sehingga menyeramkan saya apabila melihat ke bawah gaung. Saya berpeluang ke Asni dua kali sahaja. Istimewanya Asni kerana kawasan ini kerana saya dapat ke kebun epal kepunyaan seorang Arab. Beberapa pohon lain seperti limau dan misy misy (aprikot) turut ditanam. Epal yang ditanam kebanyakannya adalah daripada jenis yang berwarna kuning. Siapa tak seronok bila dapat petik sendiri epal dari pokok dan terus dibawa ke mulut.
Dalam dua kali itu, sekali saya dibawa Abdul Latif Nao Nao ke sebuah restoran syaabi yang turut dibuat daripada tanah. Dari tingkapnya dapat dilihat keindahan sebuah lembah yang mengalir di sisinya sebatang anak sungai dengan beberapa ekor keldai kelihatan. Warna kemerahan tanah (warna yang juga menjadi identiti Marrakech) menambahkan keindahan. Saya juga tak ingat apa yang saya makan, namun saya rasa saya minum syai na’na’ (teh daun pudina) pada hari itu. Kebetulan hari itu di kawasan luar restoran berlansung satu pasar seperti pasar sehari di tempat kita. Pelbagai barangan yang antaranya ganjil pada pandangan mata saya dijual. Mungkin kerana ketika itu disebabkan saya masih seorang pelajar makan saya tidak nampak akan nilai barang-barang itu yang kebanyakannya sukar untuk di dapati di sini. Antaranya ialah fosil-fosil haiwan kecil purbakala yang banyak dijual. Jangan terperanjat jikalau anda boleh menjumpai fosil dijual di beberapa tempat (souq) seperti di Rabat dan Casablanca.
|
|
|
|
|