|
|
| Thursday, 21-May-2009 23:44 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Mubarah Kurratul Qadam
|
|
Lebih 60 shot saya ambil untuk perlawanan ini, namun tiada yang memuaskan hati saya. Sebagaimana gambar indoor, saya juga turut fail dalam mengambil gambar objek yang bergerak. Mungkin saya patut ambil gambar botol air mineral aje......
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 17-May-2009 22:12 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Badang Seluar Kecik
|
|

Tak tahu nak letal label apa untuk entry Kali ini, 18SX, 18SG atau U saja. Walau apapun adalah diharapkan agar gambar-gambar yang dipaparkan tidak mengganggu ketenangan mana-mana individupun. Jika itu terjadi, Ouled Kenitra sama sekali tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa yang berlaku. So, enter at your own risk!!
Saya kira saya masih fail lagi mengambil gambar-gambar indoor ni. Kebanyakan gambar tidak menggunakan flash. Gunakan flashpun gambar masih mendukacitakan jugak. Mungkin saya kena pasang sportlight kat kamera baru jadi kut.
Walaupun acara ini katanya bermula jam 11.00 pagi tapi saya sampai lepas jam 3, kiranya dekat nak penghujung dah. Walaupun saya minat dengan sukan bina badan ini (saya atlet bina perut), namun sama sekali saya tetap mengatakan bahawa pakaian yang digunakan adalah tak sesuai sama sekali, bahkan haram jadinya mendedahkan aurat. Kalau perati betul-betul seluar kecik yang dipakai adalah lebih kecik dari yang biasa. Dah la kecik, kat bahagian belakang tu ditarik pula lagi bagi mendedahkan lagi punggung. Apa tak pakai g-string aje kalau camtu kan. Saya suka sukan ini adalah kerana ia menyihatkan badan, mendisiplinkan diri dalam hal pemakanan dan menjadikan penampilan cukup segak. Tapi bab seluar kecik tu sama sekali tidak ku sokong.
Waktu kemas barang nak balik, lalu seorang photographer kat tepi saya nak ambil gambar seseorang. Pergh rupanya brader Mr. Universe ada kat belakang. Kita pun mintalah tolong beliau ambil gambar kita sekali ngan brader tu. Tapi tu la walaupun beliau nampak cam pro, ada termasuk pulahk gambar seorang mamat entrprem kat belakang cam tengah korek hidung. Tapi gambar itu telah saya retouch kembali dan padamkan terus gambar mamat tu. Lengan Sazali memang lebih besar dari saya tapi beliau kena tahu juga bahawa lilitan perut saya lebih besar dari beliau!! Kha kha kha……
Minta maaf, saya agak rimas dengan mereka yang meletakkan iklan secara berleluasa di fp kita pada masa ini. Sekurang-kurangnya kalau nak letak iklan sekalipun, baca dan nikmatilah gambar yang berpenat kita menyediakan dan tinggalkan komen beberapa kerat. Saya tak delete sebarang iklan anda sebagai tanda sokongan kepada perniagaan anda, tapi sendiri fahamlah, bagi salam, masuk rumah dan makanlah kuih tu. bukan masuk dan terus minta duit raya!!
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 13-May-2009 14:36 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kenapa Daku Masih Di Sini
|
|
Ramai sahabat yang meninggalkan fp beberapa bulan lalu sebagai tanda boikot ke atas israel. Beberapa sahabat turut meminta pendapat saya berkenaan hal tersebut dan saya menjawab terus ke laman mereka. Cuma kali ini saya tergerak untuk menulisnya di sini.
Ouled Kenitra masih menggunakan fp sebagai tapak fotoblognya, adakah Ouled Kenitra penyokong Yahudi.....nauuzubilLahi min zalik.
Saya cuba melihat ke mana hala perpindahan beberapa sahabat. Kebiasaannya ke blogspot, wordpress, flickr dan lain-lain. Saya yakin telahan fp adalah milik yahudi tentunya apabila melihat bendera najmatu dawuud itu menghiasi fp-fp mereka yang kononnya popular yang terdapat pada laman muka fp. Namun jangan kerana tapak yang lain tidak mengibarkan bendera itu kita yakin kita telah bebas. Flickr yang berada bawah yahoo misalnya, cuba kita lihat siapa di sebalik yahoo:-
Management Team:
Terry Semel
Chairman and Chief Executive Officer
Jerry Yang
Co-founder and Chief Yahoo!
David Filo
Co-founder and Chief Yahoo!
Susan Decker
Executive Vice President; Head of Advertiser and Publisher Group and Acting Chief Financial Officer
Farzad Nazem
Executive Vice President,
Engineering and Site Operations
Antara semua pendokong yahoo ini hanya nama yang akhir itu sahaja ada bunyi muslim sedikit, namun agama sebenar lelaki Iran ini tidak saya ketahui. Jadi pengguna flickr sendiripun sebenarnya belum benar-benar bebas.
Walaupun meninggalkan fp tetapi kita masih menggunakan OS Windows, perisian intel, komputer apple dan software Photoshop. Kita masih lagi menggunakan perkhidmatan yang ada unsur mereka.
Maka kerana itulah saya berpandangan bahawa kita patut menggunakan 'senjata' mereka ini untuk melawan mereka kembali. Menggunakan khidmat percuma mereka bukan bermakna kita menyokong mereka. Bahkan kita mahukan agar senjata yang mereka cipta ini akan memakan tuannya kembali. internet ini misalnya ciptaan mereka tetapi jika kita gunakan dengan sebaiknya untuk berdakwah, kita akan dapat menewaskan mereka secara tidak lansung. Dalam peperangan antara Mujahidin dengan russia dahulupun kita tahu bahawa Afghanistan memang tidak ada mengeluarkan senjata. Mereka melawan russia dengan kalashnikov @ AK47 buatan russia sendiri. Dan senjata ini memang memakan tuannya sendiri.
Negara kita juga membeli senjata dan peralatan peperangan dari amerika (dibaca yahudi). Tapi ini bukan bermakna Malaysia menyokong yahudi. HAMAS dan Hezbollah juga tidak mengeluarkan senjata sendiri, tetapi adakah mereka menyokong negara atau bangsa pembuat senjata itu. Jawapannya tentulah tidak.
Gunakanlah internet ini sebaiknya. Terbalikkan kekuatan mereka dan alihkannya ke arah kita. Sebarkan kebaikan Islam melalui patahan senjata mereka. Tonjolkan kehebatan dakwah yang amat berhikmah.
Pendapat saya mungkin berbeza dengan pendapat anda, namun saya bukanlah penyokong yahudi. Saya berlindung dengan Allah dari fitnah kejahatan atau tohmahan.Namun benci bukan bermakna tinggalkan kerja dakwah kepada mereka. Tunjukkan bahawa orang Islam menguasai fp dan menggunakannya untuk kebaikan. Ingat semula hadith riwayat Umar tentang perkara niat itu. Itulah yang saya pegang. Namun sebagai hamba Allah yang lemah saya mohon ampun sekiranya 'ijtihad' saya ini salah. Tiada apa yang saya inginkan selain keredhaan-Nya.
Sahabat yang meninggalkan fp jangan pula salah sangka dengan tulisan saya ini. Sedikitpun saya tidak mempertikaikan tindakan anda kerana saya percaya anda melakukannya dengan hati yang tulus dan kerana benci kepada kaum penindas itu. Apa yang saya tulis adalah untuk menjelaskan kenapa saya masih terus berada di sini.
Kita ada kuasa itu dan kita perlu gunakannya.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 10-May-2009 19:46 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tanpa Omak Sapolah Ese.....
|
|
Semaha mano keto se boli
Maha laei kasih sayang omak
Godang mano pun rumah se ado
Godang laei kasih sayang omak
Hebat mano pun tompek kojo ese
Hebat laei kasih sayang omak
Ceghodik mano pun ese
Segak mano pun ese
Bahagio mano pun ese
Banyak duit mano pun ese
Taqwa macam mano pun ese
Semuo itu tangan omaklah mengukirnyo
Tanpa Omak sapolah ese
Tanpa Omak tak adolah ese
Timo kasih Omak
Tak terbaleh se jaso omak
cam mano meleleh air mato se pun
Kasih Omak tak ado bandingnyo.
Tanpa Omak sapolah ese
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 7-May-2009 09:43 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bertemu Ustaz Fikri
|
 |
|
Ustaz Fikri
|
|
|
Hari ini saya mengambil cuti rehat. Ini kali pertama saya mengambil cuti di tahun 2009. Cuma di pertengahan Januari dahulu sahaja saya mendapat mc selama 5 minggu, tapi secara rasminya ini cutu rehat saya yang pertama tahun ini. Biasanya saya bercuti bukanlah kerana ada hal tertentu, tetapi memang saya ingin berehat di rumah sambil membaca buku-buku yang banyak lagi tertangguh bacaannya.
Sewaktu bersiap-siap hendak keluar, saya terperasan ada satu missed call dan satu mesej di dalam telefon. Seorang sahabat di Maghribi dahulu, Ustaz Fikri bertanyakan kalau-kalau ada kedai menjual buku terpakai di Pekan Kapar. Hmm ada di Kaparkah sahabat saya ini, begitu jauh datang dari Temerloh. Sememangnya beliau ada di kawasan Klang ini dan telahpun melewati Meru. Kalau awal sedikit beliau bertanya tentu boleh singgah ke rumah saya.
Nampaknya Allah gerakkan hati saya untuk bercuti kerana mahu saya bertemu dengan sahabat yang sudah lama tidak ditemui ini. Saya percaya ada hikmah besar di atas peristiwa ini. Sedang elok sahaja beliau datang berjalan di tempat saya dan saya pula bercuti.
Kami bertemu di Carrefour. Soalan pertama yang terpacul dari mulut saya apabila melihat beliau adalah “..ni janggut ke sarang tebuan”, sambil beliau mengukir senyuman. Rupanya di Pahang hari ini juga cuti bersempena hari Hol Sultan Pahang. Kesempatan itu beliau manfaatkan untuk turun ke sini bagi menyelesaikan beberapa kerja.
Ustaz Fikri menyambung pengajian di Maghribi semasa saya berada dalam tahun akhir di sana dan kami juga tinggal serumah. kami pernah bermusafir bersama mengitari bumi Andalus selama seminggu. Kini beliau mengajar di kampung halamannya di Temerloh, Pahang. Teman saya ini sebenarnya penulis buku-buku agama yang prolifik. Telah beberapa buku dihasilkannya dan ada dijual di pasaran. Banyak yang kami perbualkan dalam masa pertemuan yang singkat itu terutamanya mengenai bidang penulisan. Dalam diam sahabat saya ini kini telahpun memiliki sebuah kedai buku di pekan kediamannya. Saya memandang ini sebagai satu pencapaian besar rakan-rakan. Sempat juga saya mengutarakan satu dua cadangan untuk beliau menarik pelanggan ke kedainya. Perniagaan kedai buku di Malaysia sesungguhnya adalah satu perniagaan yang agak mencabar memandangkan budaya membaca masih belum menjadi budaya harian masyarakat kita. Namun mereka yang berjaya mengharunginya memang benar-benar hebat. Tambahan pula tidak ramai Bumiputera yang Berjaya dalam perniagaan ini. moga ada suatu hari nanti rangkaian kedai buku orang kita sepertimana M*H, RY**M, KIN******A atau PO****AR.
Untuk mengetahui tentang Ustaz Fikri dan tulisannya, anda boleh berkunjung ke:-
http://mohdfikri.com/blog/
http://kedaibuku-fikri.blogspot.com/
(Anda juga boleh memesan buku secara pos dari kedai buku beliau).
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 3-May-2009 15:53 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ouled Bercerita Tentang Imtihan pt. 2
|
|
Setelah saya menulis tentang imtihan pada minggu lepas, saya terjumpa satu laman blog yang turut menceritakan tentang suasana imtihan di Negara yang sama. Bezanya penulis tersebut menulis tentang suasana hari ini dan saya menulis perkara yang telah berlaku berbelas tahun dahulu. Nampaknya tiada perbezaan bila membicarakan bab meniru dalam peperiksaan ini. Ia masih dianggap perkara yang murni atas nama bantu membantu. Di samping itu komen oleh saudara ArRembawi dalam entry yang lalu turut menarik perhatian. Tiada lagi lambang pohon ballout pada logo universiti bahkan pohon ballout yang ada banyak yang telah ditebang bagi member laluan kepada pembinaan Kuliah Handasah (Fakulti Kejuruteraan). Idrab masih ada dan masih mengundang kemarahan pensyarah.
Lambang terkini universiti yang menggantikan pepohon ballout.

Membicarakan tentang idrab dan imtihan ini, saya tidak dapat melupakan satu peristiwa yang berlaku semasa berada di tahun pertama, imtihan pertama yang saya lalui. Tentunya debaran menghadapi imtihan kali pertama itu agak hebat memandangkan ia kali pertama pelajar akan diuji. Ini kerana pada masa itu hanya peperiksaan tahunan ini sahaja yang menjadi medan untuk menguji keupayaan pelajar. Tiada ujian bulanan lansung sebagai persediaan. Kerana itulah saya katakan ianya mencabar kerana saya tidak tahu tentang corak penilaian jawapan, skima pemarkahan atau apa-apa perkara yang berkaitan. Tiadanya ujian bulanan menyebabkan kita tidak tahu tentang cara seseorang pensyarah itu menilai pelajarnya atau kehendak beliau dalam sesuatu peperiksaan. Pensyarah pula tidak pernah memberikan sebarang tips manakala pelajar Arab pula lebih suka menghafal bulat-bulat sukatan pelajaran yang diberikan. Di tahun pertama, dalam keadaan penguasaan Bahasa Arab yang agak lemah, tidak saya nafikan bahawa saya juga terpaksa banyak menghafal sesuatu pelajaran berbanding memahaminya. Hanya setelah di tahun berikutnya barulah saya mampu sedikit menjawab berdasarkan pemahaman. Namun dalam menjawab soalan berkaitan agama ini memang banyak yang terpaksa dihafal seperti ayat Al Quran dan hadith yang tak boleh direka sendiri, begitu juga dengan syair-syair dan kata-kata individu yang penting.
Hari yang kedua imtihan, pelajar diuji dengan matapelajaran feqah dan satu lagi matapelajaran lain. Melihat soalan feqah saya agak kaget seketika. Soalan yang diutarakan adalah mengenai zakat yang lansung tidak sempat diajar oleh pensyarah. Tapi apa pilihan yang saya ada selain daripada menjawabnya. Mulalah otak saya cuba mengingati semula pelajaran zakat yang perbah dipelajari di sekolah menengah dahulu dan melakarkan jawapan di atas kertas. Dengan lafaz Bismillah saya mula menulis.
Baru sahaja beberapa baris saya mencoetkan jawapan, kedengaran suara riuh rendah di luar bilik peperiksaan. Kedengarannya seperti ada idrab. Pelik, takkan dihari imtihan sebeginipun masih ada yang nak melakukan idrab. Tidak mahu menjawab soalan imtihankah mereka?
Sedang otak saya berserabut dan tangan masih menulis, pintu bilik peperiksaan tiba-tiba terbuka. Beberapa orang pelajar masuk dan merampas kertas jawapan serta mengoyakkannya. Mereka minta agar pelajar tidak menduduki imtihan pada hari ini sebagai bantahan kerana soalan yang dikemukakan tidak termasuk dalam syllabus. Pelajar yang merampas kertas jawapan saya amat saya kenali dan agak rapat dalam pergaulan seharian. Tetapi teman yang bernama Usman itu pada hari ini amat berbeza dengan Usman yang saya kenali. Wajahnya nampak bengis dan garang. Dia merampas semua kertas jawapan. Kami, teman-teman senegara hanya mampu memandang sesama sendiri. Kalau boleh kami mahu meneruskan imtihan, menjawab segala soalan walaupun perkara itu tidak kami pelajari di bilik kuliah. Namun kami juga tak berdaya dalam situasi yang tegang ini.
Sementara itu pelajar terus berarak mengelilingi kawasan universiti sambil menyanyikan lagu-lagu patriotik dengan penuh bersemangat. Perarakan itu akhirnya berhenti di satu lapangan di hadapan pejabat universiti. Mereka terus menyanyi sambil menepuk tangan atau fail yang ada di tangan. Saya dan kawan-kawan Malaysia tidak menyertai pelajar-pelajar ini dan hanya melihat dari jauh. Kami terus menunggu kerana mahu melihat kesudahan perkara ini. Sambil itu hati terus berdoa agar imtihan dapat terus berlansung kerana tidak mahu menjejaskan peluang. Sambil itu terbayang tentang JPA sebagai penaja yang m,emberikan pinjaman pengajian. Teringat dengan klausa perjanjian yang mengatakan pelajar terpaksa membayar keseluruhan pinjaman sekiranya gagal menamatkan pengajian dalam waktu yang ditetapkan.
Sambil duduk di satu sudut, saya menyatakan perasaan kesal saya terhadap seorang rakan arab ke atas apa yang terjadi. Beliau tetap mempertahankan tindakan idrab ini. Bagi beliau adalah tidak patut pelajar diminta menjawab sesuatu yang tidak diajar di dalam kelas. Beliau turut bertanya kenapa pelajar Malaysia tidak terlibat sama berarak. Saya menjelaskan bahawa saya mempunyai perjanjian dengan kerajaan untuk tidak terlibat dalam aktiviti sebegini. Tugas saya hanyalah untuk menuntut ilmu sebanyaknya dan digunakan untuk negara saya kelak. Saya turut membayangkan jikalau kesemua pelajar digagalkan pada hari itu dan akibatnya kepada pelajar Malaysia nanti. Saya percaya kata-kata saya pada hari itu tidak ubah umpama masuk telingan akanak dan keluar telinga kiri sahaja.
Apa yang saya bimbangkan akhirnya menjadi kenyataan. Satu kenyataan dari pejabat dekan dikeluarkan dan ditampal pada papan kenyataan. Semua pelajar tahun satu Jabatan Pengajian Islam gagal dalam peperiksaan hari itu. Berita itu amat mengecewakan serta menambahkan lagi kedukaan. Undang-undang universiti menetapkan sesiapa yang gagal dua hari daripada tiga hari peperiksaan daurah ula adalah dikira gagal keseluruhan peperiksaan dan tidak boleh mengulang di daurah thaniah. Ini bermakna saya dan rakan-rakan perlu lulus dalam baki lagi dua hari peperiksaan. Saya pulang dengan perasaan yang kusut…
Hari yang ketiga sekaligus hari terakhir peperiksaan bertulis sepatutnya adalah hari untuk menjawab soalan matapelajaran bahasa Arab (nahu, sarf dan balaghah). Saya mengharapkan hari itu saya akan dapat menjawab dengan baik bagi memastikan saya lulus matapelajaran tersebut setelah digagalkan secara ‘paksa’ semalam. Namun langit tidak selalunya cerah. Sekali lagi mereka yang keras kepala ini mengadakan idrab dan memboikot kertas pada hari tersebut. Saya cuma nampak kegelapan…..
Igauan buruk saya akhirnya menjadi kenyataan. Satu lagi kenyataan dari dekan dikeluarkan. Pelajar hari ini gagal dalam peperiksaan mereka. Saya tak dapat nak membayangkan betapa harunya hari saya ketika itu. Sahabat Arab yang saya berhujah semalam akhirnya mengakui kebenaran kata-kata saya dan Nampak menyesal atas apa yang terjadi. Dalam saat yang terdesak itu beberapa orang wakil pelajar pergi menemui pihak yang berkenaan. Akhirnya pelajar dibenar untuk mengulang periksa matapelajaran hari ketiga itu pada minggu hadapan namun peperiksaan pada hari kedua tetap dikira gagal. Alhamdulillah masih ada lagi sinar dihujung jalan. Walau apapun harganya saya kena lulus juga kerana sebarang kegagalan akan menyebabkan saya gagal terus sekaligus terpaksa mengulang tahun, sesuatu yang amat mengerikan diri saya.
Beberapa minggu selepas itu selepas keputusan dikeluarkan, saya dan rakan-rakan Malaysia bersyukur kerana lulus kedua-dua hari. Ini membolehkan kami mengulang imtihan hari kedua pada daurah thaniah. Mengulang hanya satu hari untuk daurah thaniah membolehkan saya menumpukan perhatian kepada matapelajaran pada hari tersebut iaitu feqah, tauhid dan tarikh tasyri’ Islami. Cuma dalam tiga matapelajaran tersebut hanya dua sahaja yang akan diuji dan pelajar tidak tahu yang mana satu sehinggalah tiba hari ujian nanti.
Alhamdulillah saya lulus daurah thaniah yang membolehkan saya melangkah pula ke peperiksaan lisan. Cuma ada lima matapelajaran lisan iaitu adab arabi, sejarah Islam, geografi dunia Islam, harakat islahiah dan bahasa asing. Semua itu dapat saya jalani dengan baik berkat bantuan rakan-rakan yang masuk bersama semasa ujian.
Walaupun saya lulus dalam tahun satu, markah yang saya perolehi adalah yang paling rendah mengikut ranking rakyat Malaysia. Namun saya bertekad di masa akan datang saya akan cuba sebaik mungkin agar terus lulus sewaktu daurah ula lagi. Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan Allah. Dalam tahun kedua, tiga dan terakhir saya terus lulus sewaktu daurah ula dan tidak perlu mengulang ke daurah thaniah. Lebih manis di tahun kedua dan ketiga saya berada pada kedudukan tertinggi ranking rakyat Malaysia. Hanya di tahun yang keempat saya berada di tempat kedua ranking tersebut, namun ramai menganggap saya masih baik kerana rakan yang ‘memotong’ saya itu terpaksa mengulang di daurah thaniah terlebih dahulu. Dan memang biasanya yang mengulang daurah thaniah akan mendapat markah tinggi sedikit kerana mereka boleh memberikan tumpuan sepenuhnya pada matapelajaran yang mereka gagal itu.
Pengalaman idrab dihari peperiksaan ini sebenarnya pernah juga dialami oleh senior saya. Namun mereka tidak menghiraukan para pelajar Arab ini dan terus mengambil peperiksaan. Namun bala yang menimpa mereka selepas itu adalah apabila mereka di sorak dengan perkataan khain yang bermaksud pengkhianat. Mereka merasakan pelajar Malaysia mengkhianati pelajar Arab seolah pelajar Malaysia ingin lulus sendiri dalam peperiksaan. Nak buat macam mana. Bukan mudah nak menerangkan kepada pelajar Arab ini akan tanggungjawab yang kita pikul, kos yang perlu kita tanggung sekiranya kita gagal dan bahana yang bakal menimpa penjamin sekiranya kita gagal. Kita telah berjanji dengan penjamin akan belajar bersungguh-sungguh serta tidak mahu menyusahkan mereka di kemudian hari. Sekiranya ada hal yang berlaku dan membawa bahana kepada penjamin, silap-silap boleh merosakkan silaturrahim. Tambahan pula kebanyakan penjamin adalah kaum keluarga kita sendiri.
Hari ini saya diberitahu sistem Peranchis telahpun dimansuhkan berganti dengan sistem semester. Ujian bulanan juga ada sebelum peperiksaan membolehkan pelajar menilai kemampuan mereka. Tahun pengajian juga telah dipendekkan selama tiga tahun berbanding saya dahulu selama empat tahun. Sebenarnya belajar di maghribi ini untung juga kerana selepas SPM mereka terus memasuki tahun satu pengajian tidak seperti rakan di Malaysia yang perlu mengikuti matrikulasi terlebih dahulu (kecuali UTM jikalau saya tak silap). Ini bermakna mereka akan menamatkan pelajaran lebih awal seterusnya terjun ke alam pekerjaan atau menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 29-Apr-2009 23:50 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ouled Bercerita Tentang Imtihan
|
|
Di tahun pertama pengajian, saat menghadapi peperiksaan atau imtihan amatlah mendebarkan. Buat pertama kalinya juga saya akan menjawab sepenuhnya menggunakan Bahasa Arab dalam kesemua subjek, sesuatu yang baru kerana di sekolah menengah hanya subjek Bahasa Arab sahaja yang memerlukan calonnya menjawab dalam bahasa tersebut.
Sistem peperiksaan universiti, seperti juga sistem pengajiannya adalah mengikut sistem Peranchis. Peperiksaan dibahagikan kepada dua iaitu peperiksaan bertulis dan peperiksaan lisan. Peperiksaan lisan hanya boleh dilalui sekiranya calon telah lulus dalam ujian bertulis. Ini bermakna calon yang gagal dalam ujian bertulis telahpun dikira gagal dalam tahun pengajian tersebut dan perlu mengulang semula.
Peperiksaan bertulis berlansung selama tiga hari dan ditetapkan matapelajaran yang akan diuji pada hari tersebut. Walaubagaimanapun sekiranya hari tersebut mengikut jadual akan ada ujian untuk tiga matapelajaran (madah), hanya dua sahaja matapelajaran yang akan keluar. Ini memberikan cabaran kepada pelajar kerana tidak siapa tahu madah apa yang akan keluar nanti. Jadi mahu tidak mahu keseluruhan muqarrar (syllabus) perlu ditelaah. Saya sendiri tidak berani untuk spot madah yang akan keluar kerana jika tersilap langkah akan memakan diri sendiri. Setiap hari peperiksaan menawarkan sebanyak 20 markah menjadikan keseluruhannya 60 markah. Walaupun jumlah markah itu amat kecil, untuk memperolehi markah 40/60 pun amat sukar. Kerana itulah Maghribi terkenal dengan kepayahan untuk lulus dalam sesuatu peperiksaan.
Sebenarnya kemasukan ke universiti pada masa itu tidaklah sesukar mana. Seolah boleh dikatakan jikalau lulus SPM sahaja sudah cukup untuk memasuki universiti. Kerana itu di tahun pertama pengajian jumlah pelajar untuk sesuatu jurusan itu biasanyab melangkaui 1000 orang dan kelas biasanya dilakukan di mudarraj (auditorium) yang besar. Jadi mereka ini ditapis melalui peperiksaan tahunan. Kerana itulah apabila sampai ke tahun akhir, pelajaran yang dulu berlansung dalam mudarraj boleh dilakukan dalam sebuah kelas kecil sahaja.
Peperiksaan biasanya bermula pada bulan Mei dan pengajian biasanya telah berakhir pada hujung Mac. Berakhirnya pengajian pada bulan Mac itu pada kebiasaannya bukanlah kehendak pensyarah itu sendiri, tetapi adalah desakan kuat daripada pelajar Arab agar pengajian ditamatkan awal untuk memberikan mereka masa membuat ulangkaji. Pelajar mempunyai kuasa yang kuat di sini. Jika tidak sukakan sesuatu mereka akan mengadakan tunjuk perasaan (idrab). Bukanlah sesuatu yang pelik apabila pelajar kerap mengadakan idrab, berarak sambil menyanyi di sekeliling bangunan universiti. Mereka akan berucap dengan penuh bersemangat atas nama O.T.E.M. .ﺍ.ﻮ.ﻂ.ﻢ Ittihad Watani Littalabah Almaghribiyyah (Kesatuan Kebangsaan Pelajar Maghribi) yang kebiasaannya dilakukan di satu kawasan lapang berhadapan cafeteria universiti. Kali pertama melihat suasana sebegini memang pelik juga rasanya, namun apabila sering sangat berlaku ia sudah menjadi umpama satu hiburan. Agak melucukan apabila ustaz yang sedang mengajar tiba-tiba masuk seorang pelajar meminta agar kelas dihentikan bagi membolehkan pelajar menyertai idrab. Apapun di masa saya itu, tiada pelajar Malaysia yang pernah terlibat dengan idrab. Kami mahu berkecuali dalam segala hal tambahan pula JPA tentunya tidak membenarkan pelajarnya berkelakuan dengan sedemikian rupa. Agak merugikan kerana saya tiada kenangan yang dirakamkan memandangkan ketika itu minat dalam fotografi tidaklah sehangat sekarang.
Waktu mengulangkaji biasanya seiring dengan musim bunga, apabila musim sejuk mula beransur pergi, menjadikan hawa persekitaran lebih nyaman dan sesuai untuk berjalan keluar. Di taman-taman awam akan kelihatan pelajar membuat ulangkaji sama ada duduk di atas bangku yang disediakan atau sambil berbaring di atas rumput. Ada juga yang duduk membaca di bawah pepohonan ballout yang banyak di persekitaran universiti (bahkan pokok ballout menjadi lambang rasmi universiti). Ada juga yang menjadikan maqha (kedai kopi) sebagai tempat mentelaah. Minum secawan kopi dan duduk dari pagi hingga ke petang. Yang membuat kerja pejabat ada yang membawa mesin taip dengan meja penuh dengan pelbagai kertas. Tuan kedai pun tak kisah, kedai sebegitu memang untuk manusia melepak.
Tarikh peperiksaan biasanya akan dipaparkan di papan kenyataan. Ini memaksa pelajar untuk berkunjung juga ke universiti melihat papan tersebut walaupun tiada kelas yang berlansung. Kadang-kadang balik hampa juga apabila tarikh peperiksaan masih belum dipaparkan.
Peperiksaan bertulis berlansung sebanyak dua kali dikenali dengan daurah ula (pusingan awal) dan daurah thaniah (pusingan kedua). Daurah thaniah bolehlah dikatakan peperiksaan yang memberikan peluang terakhir kepada mana-mana calon yang gagal dalam peperiksaan dalam daurah ula untuk mengulang duduki peperiksaan. Peperiksaan ulangan pula hanya perlu pada hari yang mereka gagal sahaja dan bukan keseluruhan peperiksaan. Setelah kedua peperiksaan ini berlansung dan pengiraan markah dilakukan, seperti yang dituliskan sebelum ini hanya mereka yang berjaya dalam peperiksaan bertulis sahaja boleh ke peperiksaan lisan.
Ada juga sesetengah pelajar yang sengaja mahu menduduki peperiksaan daurah thaniah ini. Sesetengah pelajar contohnya akan menumpukan perhatian untuk madah pada hari pertama dan hari kedua sahaja. Jadi jika mengulang untuk daurah thaniah nanti mereka hanya perlu menumpukan usaha untuk madah pada hari ketiga sahaja. Saya tidak berani untuk melakukan strategi sebegini kerana saya tahu akan kemampuan diri saya yang tidak seberapa. Biarlah saya membuat persediaan untuk ketiga-tiga hari, lagipun ada juga yang gagal walaupun memberi sepenuh tumpuan kepada peperiksaan pada hari-hari tertentu sahaja. Walau apapun mereka yang terus lulus dalam daurah ula sebenarnya lebih bermakna kejayaan mereka kerana berjaya lulus dalam sekali percubaan sahaja.
Pada tahun pertama saya agak terkejut apabila melihat budaya meniru di kalangan pelajar Arab ini. Lebih terperanjat lagi apabila melihat mereka yang kita nampak baik, bersopan dan rakan baik kita pula sama meniru. Ada yang menghalalkan cara sebegini atas nama bantu membantu. Syukurlah kerana dikalangan pelajar Malaysia sendiri perkara ini tidak berlaku. (Saya pernah menyatakan kepada rakan-rakan Arab bahawa perkara meniru dalam peperiksaan ini bukanlah budaya orang kita. Namun apabila saya balik dan berpeluang membuat diploma, saya terpaksa menarik kembali kata-kata saya itu apabila melihat rakan-rakan ada yang meniru, lebih kurang Arab tadi juga). Tapi satu perkara yang rasanya tidaka ada di tempat kita semasa peperiksaan sedang berlansung ialah adanya seorang petugas yang membawa sebotol air dan cawan untuk diberikan kepada mereka yang dahaga semasa peperiksaan. Petugas ini akan masuk ke dalam kelas dan pelajar yang ingin minum akan mengangkat tangan. Namun saya yakin air dalam botol itu tidakm lebih dari air paip yang terus ditadah dari puncanya tanpa dimasak terlebih dahulu. Ini kerana orang di sini percaya air mereka bersih dan selamat diminum. Tambahan pula iklan syarikat air mereka sendiri yang mewar warkan bahawa air mereka soleh lissyurb (selamat untuk diminum). Saya percaya makna soleh lissyurb itu lebih kepada bahawa air itu tidak tercemar dan boleh digunakan untuk diminum tetapi tidak bermakna ia tidak perlu dimasak terlebih dahulu untuk mematikan kuman. Cuma kadang-kadang saya minum juga air paip ini apabila tiada simpanan air dalam bekas minuman.
Peperiksaan lisan pula walaupun kurang memberikan tekanan tetap memerlukan persediaan yang kuat untuk menghadapinya. Untuk bertutur dalam bahasa Arab menjawab secara terus soalan yang diajukan agak sukar bagi kita yang bukan penutur bahasa tersebut. Namun saya yakin ada sedikit kelonggaran diberikan untuk kami yang bukan berbangsa Arab ini. Lantaran itu kami lebih suka masuk sesama Malaysia apabila ke bilik ujian. Kadang-kadang ada juga Arab yang turut menyelinap ingin masuk bersama kami kerana yakin soalan yang akan diajukan adalah lebih mudah.
Jika daurah ula dilansungkan dalam Mei dan daurah thaniah dalam bulan Jun, peperiksaan lisan pula dalam bulan Julai. Ini bermakna tempoh 3 bulan perlu dilalui dengan penuh kesengsaraan dan kesabaran. Peperiksaan lisan biasanya mengandungi lima madah termasuk satu bahasa asing pilihan. Dan kami tentunya memilih bahasa Inggeris sebagai bahasa yang telah dipelajari semenjak sekolah rendah lagi. Tiada antara kami yang mengambil subjek bahasa Peranchis memandangkan pengajaran bahasa itu bukannya bermula daripada zero tetapi seolah kami telah mempunyain asasnya. Jika ia bermula dari awal tidak mustahil saya akan memasuki kelas tersebut. Namun pengajian bahasa ini, disebabkan ia peperiksaan lisan, tidak dipandang berat oleh pelajat Arab. Bahkan ada diantara mereka sendiri yang memaksa pensyarah memendekkan muqarrar agar tidak banyak perkara yang diajar sekaligus tidak banyak perkara yang boleh ditanya sewaktu ujian nanti. Ini kerana pelajar Arab akan menentang sekiranya soalan yang keluar itu bukan dari apa yang telah diajar. Kerana itulah pernah dalam satu tahun pengajian, pelajaran bahasa Inggeris hanya berlansung sebanyak tiga kelas sahaja, sesuatu perkara yang bila difikirkan lansung tidak mencerminkan pengajian di universiti. Pengajaran bahasa Inggerispun bukannya rumit. Biasanya pensyarak akan mengedarkan teks bacaan dan daripada teks tersebut akan dikemukakan soalan. Jadi bayangkanlah sepanjang satu tahun pengajian jikalau hanya 3 teks sahaja yang dipelajari. (Itu sebab saya tidak pandai berbahasa Inggeris hingga sekarang – satu alasan yang bijak mungkin?). Dan untuk peperiksaan ini juga memang pelajar Arab cukup berminat untuk masuk bersama kami, sebabnya, anda sendiri maklum.
Kadang-kadang saya rasa sistem yang ada cukup bercelaru. Tiada nama disediakan untuk giliran memasuki ujian lisan ini. Seolah siapa cepat atau siapa bersedia dia boleh masuk dahulu. Kadang-kadang dua matapelajaran bertemu serentak pada hari yang sama membuatkan kita perlu terkejar ke sana ke sini. Jadi pandai-pandai pelajarlah untuk mengatur giliran mula. Kadang-kadang muak juga menunggu giliran apabila calon terlalu ramai. Kerana itu juga saya jarang pergi awal apabila tiba hari peperiksaan lisan. Kadang-kadang jam 10.00 pagi baru bergerak dari rumah.
Walaupun sepanjang empat tahun pengajian terasa siksa menempuh peperiksaan ini, tetapi saya percaya ia sebahagian daripada proses untuk membentuk kita sebagai insan serta pegawai yang berkebolehan dalam pekerjaan. Kerana bila difikir-fikir kembali kenapa perlu ada ujian, kenapa perlu ada peperiksaan kita akan nampak apa kepentingannya setelah melihat apa yang berlaku kepada kita hari ini – hasil daripada pengajian yang diberikan.
Bersambung……
|
|
|
|
|
|
| Monday, 27-Apr-2009 23:36 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sukan TAKIS Wariqissalam
|
|
Sejak beberapa minggu ini diri semakin malas untuk mengemaskini fp. Entah apa penyakit yang menimpa saya sendiri tidak tahu. Jika dahulu kebiasaannya saya mengemaskini tiga kali dalam seminggu, tetapi kini seminggu sekalipun berat rasanya. Idea untuk menulis juga turut sirna, like shadows lurk in the rain….
Cuma semangat mengambil gambar sahaja yang belum ketara sangat pudarnya.
Jadi semalam kamera kembali di hayun mengambil gambar penyertaan Jaja dalam sukan tahunan TAKISnya. Selain terlibat dalam acara senamrobik dan perbarisan, dia juga turut serta dalam acara sukan. Konsep tahun ini lebih untuk memberikan kegembiraan kepada kanak-kanak. Jadi semua kanak-kanak yang turut serta akan mendapat hadiah tanpa mengira di tempat berapa mereka berada. Jadi ke hulu ke hilirlah si bapa dan kadangkala tertonggek tonggek mencari angle yang pada perasaannya ngam habis. Namun pabila pulang dan dilhat semula hasil rakaman, nyata saya tidak puas hati dengan buah tangan kali ini walau satu pun.
Nak kena mandi bunga agaknya!!
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 19-Apr-2009 23:50 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sekitar Pameran Buku Antarabangsa
|
|
Akhirnya derita hendak menghabiskan bacaan novel Dewi Cinta sampai juga ke penghujungnya. Selepas itu rentak pembacaan saya laju kembali menghabiskan beberapa lagi buku bacaan. Semalam saya membaca buku Hikmah Hati tulisan Ustaz Maszlee Malik, seorang pensyarah di UIA. Ini merupakan karya kreatif pertama beliau. Sebelum ini beliau lebih tertumpu kepada karya ilmiah terutama yang melibatkan perjuangan rakyat Palestin serta pendedahan tentang orang Yahudi. Walaupun belum tamat pembacaan, saya memberikan two thumbs up kepada karya tersebut yang saya anggap cukup berisi dan bukan sekadar buku cerita kosong.
Ustaz Maszlee sebenarnya merupakan kenalan saya semenjak tahun 1993. Kami mula kenal sewaktu berkursus bahasa Arab di KUSZA selama 6 bulan. Sepatutnya beliau melanjutkan pengajian ijazahnya ke Maghribi, namun disebabkan karenah birokrasi Arab ini beliau dan belasan lagi rakan senasib terpaksa ditukarkan ke Jordan. Selepas masing-masing ke destinasi pengajiannya, saya lansung terputus hubungan sehinggalah bertemu kembali beberapa tahun lalu di Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Pertemuan itu juga berlaku secara pantas kerana masing-masing ada tujuannya yang tersendiri.
Maka petang semalam saya berkunjung lagi ke Pesta Buku Antarabangsa. Saya tak dapat pergi pada sebelah pagi memandangkan isteri saya menyertai kursus pengurusan jenazah di masjid. Sebagai seorang yang memang tidak mahir jalan di Kuala Lumpur sesat juga saya sekejap mencari destinasi tujuan. Sampai di tempat tujuan pula kereta penuh sesak di tepi jalan menyebabkan sedikit masa diperlukan lagi untuk memarkir kereta. Akhirnya saya meletakkan kereta di satu sudut yang sememangnya jika dilihat polis, tidak akan segan silu untuk melekatkan saman di wiper kereta.
Seperti biasa pameran seperti ini penuh sesak dengan manusia. Walaupun saya memang tidak suka suasana sebegini dan cepat merasa rimas, saya tiada pilihan kerana orang lain juga mempunyai tujuan yang sama seperti saya – ingin melihat bahan bacaan terbaru dengan harga yang istimewa. Gerai pertama singgahan adalah Kumpulan Karangkraf yang dari dulu memasang gerainya di tingkat bawah. Memang saya dah set untuk ke sini memandangkan penulis favorite saya, Ramlee Awang Mursyid telah mengeluarkan novel terbaru bertajuk MIKHAIL. Akhirnya saya keluar dari gerai itu dengan empat novel. Di gerai Galeri Ilmu pula sewaktu sedang menjengah-jengah buku, pengacara memaklumkan akan kehadiran Ustaz Hasrizal Abdul Jamil pada jam lima petang nanti. Nah seorang lagi sahabat saya, sama seperti Ustaz Maszlee tadi yang telah menghasilkan beberapa buah buku. Memandangkan masa lebih awal, maka saya dan keluarga pergi ke tempat pameran yang lain terlebih dahulu.
Sukar juga berjalan di kawasan yang sesak sambil membawa anak-anak. Tambah lagi apabila anak-anak mendapat belon yang diberikan petugas gerai, maka membawa mereka menjadi bertambah sukar lagi apabila perlu mencelah disekeliling. Awalnya saya tidak bercadang untuk membeli buku lagi setelah lima buku diperolehi di tingkat bawah. Namun saya tak mampu menahan keinginan apabila mencapai beberapa buah lagi termasuk dua buah tangan Habiburrahman El Shirazy iaitu Ketika Cinta Berbuah Surga dan Pudarnya Pesona Cleopatra. Sememangnya saya tidak terlalu berkira dengan buku yang telah menarik minat saya. Tambahan pula resit yang disimpan boleh dijadikan rebat kepada cukai pendapatan. Daripada bayar ‘kosong’ aje, elok juga saya beli buku-buku bacaan.
Kembali semula ke gerai Galeri Ilmu, bayang Ustaz Hasrizal masih belum kelihatan. Pengacara memaklumkan pula beliau akan tiba pada jam enam, yang pastinya saya tidak dapat menunggu sehingga waktu tersebut. Namun lain yang ditunggu, lain pula yang muncul. Ustaz Maszlee kelihatan muncul di gerai tersebut. Dari arah belakang saya menghampirinya yang sedang berbual dengan anggota Rabbani lantas mengusap bahu kanannya. Alhamdulillah beliau masih ingat nama saya dan tidak teragak-agak menyebutnya. Beliau sedang bercuti daripada pengajian doktor falsafahnya di Durham University, United Kingdom. Pertemuan itu juga berlaku sekejap sahaja seperti pertemuan beberapa tahun lalu. Namun kami berjanji untuk terus berhubungan secara maya. Mungkin saya patut menjemput beliau ke fotopages ini. Saya meninggalkan Pesta Buku dengan 11 tajuk buku, satu tempoh panjang perlu untuk menghabiskannya.
Ramai rakan-rakan saya yang telah menjadi individu yang hebat, menghasilkan penulisan yang cukup bermutu. Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, pensyarah UIA yang menghasilkan beberapa buku serta sering tulisannya menghiasi akhbar juga merupakan rakan sekelas saya dulu. Mereka telah menghasilkan sesuatu untuk umat, bila pula tiba giliran saya….
…..entahlah, hanya Allah yang tahu.
p/s Kali ini saya membawakan gambar-gambar yang amat mudah editingnya. Anda mungkin tidak tahu menggunakan ps seperti saya namun mahu melakukan sentuhan yang istimewa pada gambar-gambar anda. Maka anda boleh pergi ke Photofunia.com, satu laman editing atas talian. Cuma pilih gambar dan biarkan komputer bekerja untk anda. Apa lagi silalah cuba!!
|
|
|
|
|
|
| Friday, 17-Apr-2009 07:54 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bola & Haflah
|
|
Raut wajah yang ikhlas bermain bola....
Gambar hiasan : Perlawanan bolasepak persahabatan antara bebudak saya menentang Indian Coast Guard tahun lepas. Jangan tanya mengapa tahun lepas punya gambar baru nak letak hari ni. Pakcik punyo fp pakcik punyo suko la.
Tiga orang anggota saya amat gembira beberapa hari ini. Ini kerana permohonan mereka untuk bertukar telah diluluskan oleh pihak berkenaan yang membolehkan mereka bertugas di tempat pilihan mereka. Secara peribadi saya agak merasa sedih di atas pertukaran mereka. Ini memandangkan kesemua mereka merupakan anggota yang berkebolehan di dalam menjalankan tugas. Tambahan pula mereka merupakan antara anggota terawal yang bertugas bersama-sama saya, sama-sama membina kekuatan pejabat sekarang daripada sifar. Namun, tiada apa yang kekal di atas dunia ini, satu hakikat yang pahit untuk ditelan. Saya mendoakan agar penghijrahan mereka nanti akan memberikan lebih banyak pengalaman serta lebih baik daripada di tempat sekarang.
Secara bergurau saya bertanya pada mereka bila lagi nak buat kenduri? Zaman saya di Maghribi sekiranya rakan-rakan mendapat sesuatu nikmat seperti berjaya dalam peperiksaan atau dapat menamatkan pengajian setelah sekian lama bermastautin, yang berkenaan akan mengadakan haflah atau majlis khas makan-makan yang biasanya dimasak sendiri. Kadangkala kami berpakat untuk membeli bersama keperluan masakan untuk menjimatkan belanja. Kalau time saya, saya suka memasak ayam panggang yang terlebih dahulu diperap dengan rempah setakat mana yang ada di dapur. Entah sedap entahkan tidak, namun yang pasti setiap kali dihidangkan ia tidak bersisa. Cuma membuat kuahnya saja saya minta pertolongan orang lain seperti Ust. Kamaruzzaman yang khabarnya kini sedang membuat Master di UKM.
Kadang-kadang haflah cukup ringkas, cukup sekadar membeli beberapa botol air berkarbonat, roti parisien (kumirah) yang disapu zubdah (majerin) dan ditabur gula. Kalau ada abuya Latif berkunjung dari Marrakech, pasti beliau jadi mangsa untuk memasak kus kus atau tajin ayam yang sememangnya menyelerakan.
Dah lama saya tak buat haflah, tunggu kena tukar nanti kut……
|
|
|
|
|