Ouled Kenitra's Fotopage

By: Ouled Kenitra

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Saturday, 18-Dec-2010 10:59 Email | Share | | Bookmark
Rodeo @ MAHA 2010 pt.3 - Still Want To Drink Red Bull?

woii selo selo lah!
 
arghhhh sonak *%##* den!!!
View all 6 photos...




Antara persoalan yang mungkin timbul di fikiran sesetengah orang semasa menyaksikan rodeo adalah, adakah lembu atau kuda yang digunakan dalam pertunjukan itu benar-benar liar sehingga mahu menghumbankan penunggangnya. Hmm apa pula pandangan anda. Kalau haiwan itu benar-benar liar, maka bukan senang untuk mengendalikannya. Bukan sahaja semasa menungangnya bahkan hendak menghalaunya ke kandang sekalipun akan menimbulkan masalah.

Hamba yakin ramai yang beranggapan bahawa haiwan-haiwan tersebut sememangnya liar. Lantaran itu mereka melonjak kuat sewaktu ditunggang manusia. Mugkin benar ada haiwan liar yang digunakan dalam sesetengah pertunjukan rodeo, tetapi yang dipersembahkan para koboi kampong di Malaysia tempohari sebenarnya tidaklah begitu liar atau boleh hamba katakan jinak.



Perhatikan lilitan tali yang diilit pada badan haiwan tunggangan. Biasanya tali yang dikat mempunyai hubungkait dengan penunggang, yakni untuk faedah penunggang semasa memacu haiwan tersebut. Sama ada diikat pada pelana, sebagai tali kekang atau sebagai tali pemegang sahaja bagi yang tiada pelana. Cuba lihat dengan teliti pada gambar lembu di atas. Ada satu tali yang tidak digunakan oleh penunggang, bahkan ia berada pada kedudukan yang sukar dicapai penunggangnya. Anda dapat kenapasti tali itu? Perhatikan pada bahagian belakang lembu tersebut. Pada bahagian mana tali tersebut diikat. Dibahagian badan kita akan nampak tali biasa yang diperbuat daripada jut. Tetapi yang bersambung di bahagian bawah adalah satu lapisan kulit yang mengikat anu binatang tersebut. Lapisan kulit ini akan membuatkan binatang tersebut merasa tidak selesa dan mungkin kesakitan menyebabkannya melojak-lonjak kuat apabila ditunggang. (Dr. Zul, mohon betukan fakta ini jikalau tersalah). Usahkan binatang, manusia sendiri kalau diikat anunya dengan tali kulit apabila bergesel…….hmmm tak laratlah nak cerita!!





Wednesday, 15-Dec-2010 04:48 Email | Share | | Bookmark
Rodeo @ MAHA 2010 pt.2

Maso sekolah naikkan bendero, dah kojopun pogang bendero jugak!
Camano la kudo tak meraung kono bosi tajam camtu.
testing.....lagu Daud Kilau satooooo!
View all 9 photos...



Dari pandangan peribadi, hamba merasakan persembahan rodeo tahun 2008 lebih menarik berbanding tahun ini. Ketika itu persembahan nampak mantap dan haiwannya kelihatan gagah sekali. Setelah dirisik barulah diketahui akan sebab musababnya. Kuda yang digunakan dalam persembahan kali ini adalah kuda yang sama dengan yang digunakan pada tahun 2008. Kerajaan telah membeli kuda-kuda tersebut dan ia ditinggalkan di sini untuk dipelihara. Sepanjang jeda 2 tahun ini kuda tersebut tidak ditunggang menyebabkannya tiada latihan serta kekurangan stamina. Faktor pemakanan juga mungkin menyebabkan kuda yang ada kelihatan kurus dan kurang bermaya. Susah juga bila tiada orang yang berani nak menunggang kuda-kuda ni. Tapi itulah masalahnya, bila ia tidak ditunggang kuda tersebut jadi lemah kerana tiada latihan. Umpama seorang atlet balapan yang lama tidak berlatih, tentunya prestasi beliau akan merosot dan jika tiba-tiba dipaksa berlari semula pastinya akan semput.

Hamba cadangkan pada Dr. Zul, akan datang tak payahlah buat rodeo lagi. Tukar sahaja kepada persembahan matador. Sekurang-kurangnya ia masih lagi berkaitan haiwan. Dan hamba rasa perbelanjaan juga mungkin tidak semahal rodeo yang krewnya begitu ramai sekali. Kalau idea hamba ini diterima, merasa la kita tengok persembahan matador dua tahun lagi gamaknya!!


Saturday, 11-Dec-2010 12:15 Email | Share | | Bookmark
Rodeo @ MAHA 2010 pt.1

Elok den training dulu, tak jadi kang malu..
Koboi kampung manolah dio orang bawak datang ni.
Dulu eden teringin bona nak talipinggang bosa kepalo boghuk ni
View all 7 photos...



Melihat rodeo menjadi satu acara pada pameran MAHA 2010, hamba menjadi teruja untuk menontonnya. Tambahan pula hamba telah menyaksikan acara yang sama pada MAHA 2008 dan dapat mengambil gambar acara tersebut. Sahabat sekelian boleh mencari entry Rodeo MAHA 2008 di archieve, di mana ia juga dipaparkan secara bersiri. Bezanya kali ini hamba akan menembak dengan D90 sedangkan di acara dua tahun lalu hamba menggunakan E-500. Tentunya ada perbezaan hasil antara kedua senjata tersebut di dalam mengambil aksi yang bergerak. Walau apapun hamba sukakan kedua-duanya dan bak kata yang selalu didengari daripada para jurugambar - 'Ia bukanlah mengenai kamera, tetapi siapa di belakang kamera!!'.

Apabila berbicara mengenai rodeo, hamba tidak boleh lari daripada memberikan kredit kepada seorang sahabat lama di fp, juga antara tulang belakang yang membawakan persembahan rodeo di Malaysia. Beliau adalah Dr. Zulkifli Ishak yang kita kenali di fp sebagai Zul Baning (http://zulkifliishak.fotopages.com/). Semasa rodeo dua tahun lepas beliau memberikan maklumat jadual persembahan setiap hari kepada rakan fp yang berminat. Malah beliau memberikan peluang istimewa kepada rakan-rakan yang hadir apabila dibawa ke kawasan koboi membuat persiapan sebelum sesuatu persembahan. Kami juga mendapat kawasan menembak yang cukup strategik dan selesa tanpa sebarang halangan, berbanding penonton lain yang terhad di kawasan tempat duduk sahaja.



Tetapi tahun ini hamba kehilangan nombor telefon beliau, yang hilang bersama ghaibnya telefon hamba beberapa bulan yang lalu. namun Alhamdulillah, berlansungnya saja MAHA, beliau terus menghantarkan mesej jadual persembahan. Hamba berpeluang ke MAHA tahun ini sebanyak tiga kali. Kali pertama adalah pada hari Ahad dan hamba datang bersama keluarga. Belum lagi masuk ke kawasan MAEPS, beratus kereta telah sedia beratur sehinga mencipta tiga barisan untuk masuk ke kawasan tersebut. Maka bergeraklah kenderaan umpama sang lelabi mencari kawasan meletak kereta. Walaupun telah ada disediakan kawasan parking yang berbayar, namun ramai juga yang meletakkan kenderaan mereka di mana-mana kawasan kosong yang ada. Sama ada mereka ini takut ketiadaan parking di dalam, berat untuk mengeluarkan bayaran parking atau memang suka exercise berjalan jauh sedikit, saya tidak tahu. Kedatangan hari ini hanyalah untuk melawat pameran yang ada dan bukannya untuk menonton rodeo.

Lautan manusia membuatkan hamba rimas, ditambah pula dengan cuaca yang panas. Manusia beratur panjang untuk menaiki kenderaan yang disediakan. Banyak masa yang terbuang. Hamba dan keluarga hanya sempat melawat pameran ternakan serta pameran di dua daripada empat dewan. Lain-lain pameran seperti laman padi, nenas, pavilion negeri-negeri tidak sempat hamba lawati. Hamba dan keluarga dah terlalu rimas. Kasihan melihat anak-anak yang berasak-asak dalam lautan manusia. Jadi hamba ambil keputusan untuk pulang sahaja.

Esoknya hamba datang sekali lagi. Kali ini untuk menyaksikan rodeo yang akan berlansung pada jam 2.30 petang. Sememangnya hamba mengambil cuti pada hari ini dan esok. Dr. Zul tiada di tapak kerana menghadiri mesyuarat di ICU. Khabarnya persembahan pada petang itu akan turut dihadiri oleh Datuk Noh Omar. Cuaca tidak menyebelahi penontn pada petang itu. Dalam menantikan kehadiran VVIP yang entah bila akan tiba, hujan turun dengan lebatnya. Para pengunjung bergegas mencari tempat berlindung. Kawasan VVIP yang berbumbung dihalang dengan kerusi dari menghalang pengunjung masuk. Namun dalam keadaan hujan yang lebat, petugas tidak mengalihkan kerusi menandakan mereka tidak mahu orang ramai bersesak di situ. Walaupun ada seorang dua yang buat tidak tahu dan pergi berlindng di situ, hamba rasa kesal kerana sepatutnya petugas perlu ada hati perut sedikit dan beri peluang untuk orang ramai untuk berteduh. Soal tempat menjadi kotor memang tidak dapat dielak, tetapi peri kemanusiaan itu perlu ada juga. Jadi sebaik hujan reda, hamba terus pulang dengan perasaan hampa.

Esoknya hamba datang sekali lagi. Kali ini Alhamdulillah Dr. Zul ada dan berkemungkinan rodeo akan dijalankan pada jam 11.30. Dari segi cuaca, ia tidak berapa 'cantik' untuk jurugambar. Pada waktu tengahari sinaran mentari terlalu kuat dan menghasilkan highlight yang tinggi. Namun hamba tidak ada pilihan kerana jadual telah ditentukan. Dikhabarkan pagi itu juga ada VVIP yang akan menonton persembahan. Dan kerana kelewatan VVIP ini, persembahan yang pada asalnya patut berlansung pada 11.30 pagi terpaksa dianjak hampir jam 12.30 tengahari. Ini mendatangkan kemarahan kepada beberapa pengunjung. Bagaimana mereka tak marah, mereka ini duduk di tempat terbuka tidak berbumbung yang telah lama berada di bawah terik mentari. Dek kerana seorang dua VVIP, mereka terpaksa menanggung sengsara kepanasan. Hamba dimaklumkan bahawa sebenarnya persembahan rodeo ini telah ditetapkan jadual persembahannya seja awal lagi. Namun persembahan selalunya tidak dapat mengikut jadual yang telah ditetapkan gara-gara VVIP seperti inilah. Perkara ini juga sebenarnya berlaku semasa MAHA 2008. Sekurang-kurangnya pada tahun itu boleh tahan lagi kerana persembahan rodeo diadakan dua kali setiap hari berbanding sekali sahaja pada tahun ini. Jadi jikalau jadual asalnya telah dianjak, mereka yang datang berpandukan jadual asal terpaksalah berputih mata. Bak kata sahabat hamba itu, 'orang kita kadang-kadang berlebih-lebih dalam menghormati VVIP....' Entahlah, hamba tak berada di 'kasut' mereka, tapi suka hamba memberitahu bahawa hamba juga tak suka berpanas menunggu mereka pada hari itu.....


Tuesday, 7-Dec-2010 05:52 Email | Share | | Bookmark
Coming Soon...

Rodeo




Lama sungguh tidak mencoret atau menepek gambar di sini. Walaupun hampir setiap hari hamba membukanya, namun hamba bagaikan tiada hati untuk membuat sebarang kemaskini. Tiada apa alasan yang hamba boleh berikan melainkan kemalasan. Tambahan pula ramai teman-teman fp yang beransur-ansur meninggalkan laman mereka. Ia tidak lagi sama seperti apabila hamba menyertai laman ini pada tahun 2005 di mana para peminat fotografi ramai yang menggunakan fp untuk berkomunikasi serta belajar. Namun setelah munculnya banyak lagi blog/fotoblog percuma beserta forum-forum fotografi yang lain, fp semakin kehilangan jurugambar yang hebat dan ia kini digantikan oleh tukang masak kek dan jurujual barangan.

Kita tinggalkan yang itu. Sebagai pemanas semula, hamba akan tampilkan dalam beberapa siri gambar sekitar pertunjukan Rodeo sewaktu MAHA 2010 yang lalu. Walaupun persembahannya tidak sehebat dua tahun yang lalu, namun cukuplah untuk hamba berlatih mengambil gambar objek yang bergerak pantas.


Friday, 12-Nov-2010 10:11 Email | Share | | Bookmark
It's a Long Road

It's a long road
When you're on your own
And it hurts when
They tear your dreams apart
And every new town
Just seems to bring you down
Trying to find peace of mind
Can break your heart
It's a real war
Right outside your
front door I tell ya
Out where they'll kill ya
You could use a friend
Where the road is
That's the place for me
Where I'm me in my own space
Where I'm free that's the place
I wanna be
'Cause the road is long yeah
Each step is only the beginning
No breaks just heartaches
Oh man is anybody winning
It's a long road
And it's hard as hell
Tell me what do you do
To survive
When they draw first blood
That's just the start of it
Day and night you gotta fight
To keep alive
It's a long road ...





[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net