Want your
own Fotopage?









 
Ouled Kenitra's Fotopage

By: Ouled Kenitra

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 28-Sep-2009 01:10 Email | Share | | Bookmark
Selamat Kembali

 
 



Yang belajar balik ke sekolah,
Yang bekerja balik ke pejabat,
Yang berhuma balik ke ladang,
Yang jenis mengabihkan bogheh, tak balik pun tak apa….

Alhamdulillah, 1 Syawal telah kita rai, dan bangsa Malaysia ini terus meraikannya sehingga ke penghujung bulan. Saya boleh dikatakan bercuti agak panjang berbanding tahun yang lalu – seminggu penuh, bermula Sabtu sebelum raya sehinggalah ke Ahad berikutnya. Walaupun Salleh Haron mencoretkan boss boleh bercuti ikut suka hati dia saja, tapi perkiraan itu salah sebenarnya wahai saudara Salleh. Sepanjang lebih 10 tahun saya berkhidmat, tak pernah saya lihat boss-boss saya bercuti ikut sesuka hati sahaja. Bahkan saya lihat mereka inilah yang paling susah untuk bercuti bahkan ada yang datang bertugas di hari-hari cuti. Bagi perkhidmatan saya sekarang di jabatan yang menjaga keselamatan negara, giliran untuk bercuti telahpun dibuat beberapa minggu sebelum raya. Ini untuk memastikan pejabat tidak kosong walaupun orang bercuti raya dan lautan lepas masih ada yang mengitarinya. Terlebih dahulu mereka yang secara sukarela untuk bertugas di hari raya akan dikenalpasti, dan selepas itu barulah diatur anggota yang lain. Bagi yang telah bertugas semasa raya tahun lalu, akan diberi keutamaan untuk mendapat pelepasan atau hanya bertugas selepas beberapa hari berlalunya raya. Bagi yang bertugas di hari raya di beri peluang untuk bercuti awal sebelum raya dan kembali semula bertugas pada lebaran. Dengan ini walaupun mereka tidak berpeluang beraya bersama keluarga di hari lebaran, pejabat memberikan mereka pelepasan untuk menghabiskan hujung Ramadhan bersama keluarga. Inilah kaedah yang digunapakai semenjak beberapa tahun dahulu dan dipersetujui ramai. Kalau tak bersetujupun, mahu tak mahu kena ikuti juga memandangkan menjaga keselamatan negara merupakan perkara yang perlu didahulukan melebihi kepentingan peribadi. Bagi saya pula walaupun bukannya bertugas di laut, saya akan menyesuaikan dengan cuti yang diambil boss. Agak beruntung pada tahun ini pejabat mempunyai seorang pegawai berbangsa Tionghwa yang boleh ‘cover’ pejabat sepanjang saya dan boss bercuti raya. Jadi dapatlah saya bercuti agak panjang berbanding tahun-tahun yang lalu. Lagipun saudara Salleh, walaupun boss kita bercuti tetapi apa-apa yang terjadi nanti boss juga yang kena bertanggungjawab, bukan boleh main lepas sahaja. Kesimpulannya apa keputusan yang boss buat, ada tanggungjawab dan penjelasan yang perlu disediakan. Apa yang berlaku, maka ke atas batu jemala boss jualah yang menanggungnya.

Saya pulang ke Seremban pada petang Sabtu, sehari sebelum raya. Perjalanan dari Klang pada mulanya agak lancer namun mula terbatuk-batuk setelah beberapa ratus meter melepasi persimpangan Nilai Utara. Tiga lorong sehala dipenuhi kenderaan yang bergerak dengan amat perlahan, termasuk lorong kecemasan yang bertukar menjadi lorong ke empat. Sebuah van yang telah saya potong berpuluh kilometer sebelum itu dengan selamba pula memotong saya melalui lorong kecemasan. Tidak ada sebarang kenderaan yang berlaku sehingga menyebabkan perjalanan menjadi perlahan. Saya menyimpulkan dua kemungkinan iaitu mereka yang bengap yang memandu di lorong kecemasan ini yang membuatkan trafik terganggu apabila cuba memasuki jalan utama atau pemandu yang tidak memandu mengikut kelajuan yang munasabah. Maksud saya kelajuan yang tidak munasabah ini adalah seperti mereka yang memandu hanya 40 km/j di lorong laju atau lorong paling kanan. Akhirnya perjalanan yang sepatutnya mengambil masa beberapa puluh minit itu menjadi lebih daripada sejam. Syukur kerana selamat juga tiba ke destinasi.

Malam hari raya, taman perumahan kediaman ayah saya itu mengadakan takbir dari rumah ke rumah. Saya tidak turut serta, cuma menantikan kehadiran tetamu ke rumah sahaja. Memanglah saya rugi, tapi badan penat sedikit tambahan pula esok saya akan jadi driver membawa keluarga bersama ayahanda dan bonda pulang ke kampong di Kuala Pilah dan Jelebu.

Kuala Pilah (KP) aka Pilahdelphia bukanlah Kuala Lumpur. Namun kesesakan jalannya menyamai bandaraya tersebut. Untuk sampai ke KP dari arah Seremban perlu melalui Bukit Putus yang jalannya sempit dan berkelok-kelok. Bila dah jem di situ memang akan jem satu badan. Bila dah letih jem, saya ajak ayah singgah rumah Ustaz Jailany yang rumahnya kedepan sikit sahaja dari Ulu Bendul aka Uben. Ustaz J merupakan staff saya sewaktu bertugas di Negeri Sembilan pada 1999/2000 dahulu. Keluar sahaja dari kereta saya melihat wajahnya yang kurang ceria. Melihat lagi saya ternampak kakinya yang berbalut. Otak saya terus menafsirkan kakinya mendapat kecederaan teruk akibat kencing manis yang dihidapinya. Melangkah masuk itulah yang saya tanya dahulu. “Ese eksiden haritu….” Menyebabkan saya tergamam seketika. Dia kemudian memeluk saya sambil suaranya sebak memberitahu seorang anak kembarnya yang memandu kereta pada kejadian tersebut telah terkorban. Dapat saya rasakan kesedihan ustaz, tambahan pula kejadian itu amat baru berlaku iaitu pada petang 11 Ramadhan. Ustaz sendiri sebenarnya tidak sedar tentang kemalangan tersebut kerana beliau terlelap ketika kejadian berlaku. Beliau hanya sedar apabila orang ramai yang menolong menyedarkannya.

Patutlah gerak hati mahukan saya singgah dahulu ke situ, satu perkara yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini. Kerana biasanya paling awal saya pernah beraya ke rumah beliaupun adalah pada raya ke tiga. Jadi saya anggap selain beraya saya juga menziarahi orang yang sakit selain menghiburkan hati seorang insan yang sedang berdukalara.

Meneruskan perjalanan, kenderaan masih lagi sangkut di satu dua tempat. Lalu kami berhenti solat Zuhur di sebuah masjid lama di Kg. Parit. Melalu sebuah papantanda lama yang terselit di tepi dinding tempat saya bersolat diketahui nama masjid ini adalah masjid Ranjau Hantu. Namun kalau tak silap nama ini tidak lagi digunakan. Mintak orang Pilah/Kg. Parit bagi maklumat sikit.

Jadi petang itu berayalah kami di sekitar Kg. Seri Jemapoh (Ingat filem dari Jemapoh ke Manchestee oleh Hishamuddin Rais) kampong sebelah ayah saya. Atok dan uwan memang dah tak ada tapi mak sedara masih ada menunggu rumah tersebut. Tak lama di sana petang itu bertolak pula ke Jelebu, kampong sebelah ibu juga tempat saya lahir di Kg. Petaseh. Sambil itu singgah juga ke Felda Pasoh 2 juga rumah bapa saudara saya sekaligus bermalam di sana (kes driver dah terlelap bila berhari raya). Esoknya baru ke umah atok di Kg. Petaseh.

Secara peribadi saya lebih seronok beraya di NS (he he tahun ni giliran saya) sebab hidangannya lebih meriah berbanding kalau raya di Klang. Lemang dengan rendang memang tak larilah. Kalau tiba time makan silap-silap tuan rumah keluar nasi pulak. Tapi kalau raya kat Klang (ni tak masuk kampong orang lain kat Klang tu ye) takat makan kuih raya biasa je. Ketupat/nasi himpit bukannya tak ada tapi untuk keluarga terdekat atau orang tertentu je. Tu pasal saya kekadang fedap mengadap biskut, jeruk, jajan dengan air gas bila berjalan kat sini. Jangan marah ye. Walaupun saya komplen bab makan, saya perlu beritahu dan akui bahawa raya bukanlah untuk makan tapi lebih untuk kita merapatkan lagi ukhuwah melalui aktiviti ziarah dan bermaafan.

Agak panjang tulisan saya. Maaflah kalau anda terasa bosan membacanya (saya pun tahu bukan semua orang membaca tulisan yang membosankan ini). Banyak lagi yang berlegar di fikiran, tapi cukuplah setakat ini, andapun nak menjamu gambar raya di laman lain juga. Maaf Zahir & Batin kepada anda semua. Maaf juga kepada yang kad rayanya tak sempat saya gantung.

Mungkin kita patut fikir tentang puasa nam pula lepas ni……


salam aidilfitri.. welcome back bro.. Wed 30-Sep-2009 02:49
Posted by:nurAD's  - [Link]
salam aidilfitri..
pelbagai dugaan dihadapi dan dilalui oleh bro. di syawal ini,
syukur segalanya telah berjalan lancar dan selamat kembali bertugas..
Wed 30-Sep-2009 11:01
Posted by:ezaiedinRIN  - [Link]
wahh...cantiknya baju raya satu family tempah batik desgin sama...jeles la plak ....raya adalah masa untuk bersama keluarga...seronok kalau ada family besar kan, masa ni nak tido pun main belasah jek kat mana2..janji ada tempat tido
selamat kembali bertugas
Fri 2-Oct-2009 04:43
Posted by:kalin  - [Link]
View all 31 comments Add comment


Tuesday, 15-Sep-2009 23:55 Email | Share | | Bookmark
Ubat Hati

 
 
 
View all 10 photos...


Maksud Sabda Rasulullah “Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas muslimin dan muslimat” dan sabda Baginda lagi “Menuntut ilmu itu adalah dari dalam buaiyan sehiggalah ke liang lahad”. Menyedari akan hakikat pentingnya ilmu ini, pejabat saya telah mengadakan dua sesi pengajian ilmu pada bulan Ramadhan iaitu pada 2 dan 9 September dengan tenaga penceramahnya dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Ceramah pada 2 September telah disampaikan oleh Ustaz Adib Mahyus bin Hj. Asmungi dengan tajuk ‘Amalan Menjana Jati Diri Dengan Kesucian Jiwa Serta Rohani’ manakala pada 9 September pula oleh Ustaz Suhaimi bin Ahmad Wakid dengan tajuk ’ Manfaat Keberkatan Hidup’. Kedua-dua sesi ceramah ini berjaya mengumpulkan antara 30-40 anggota maritim.

Idea untuk mengadakan ceramah agama di bulan Ramadhan ini datang dari boss sendiri yang mahukan anak buahnya dibekalkan dengan ilmu agama selain ilmu dunia. Boss saya sebenarnya merasa amat bertanggungjawab ke atas anak buahnya dan tidak mahu mereka ini kosong dada tanpa ilmu agama. Terutama melalui ceramah yang kedua, boss mahu agar duit yang dibawa pulang oleh anggota benar-benar berkat, bukan melalui jalan yang tidak sihat atau kalau sihat sekalipun tidak bermakna jikalau tanggungjawab kepada Allah terabai pula. Rata-rata anggota yang ditemui amat berpuas hati dengan kedua-dua siri ceramah ini kerana mereka mendapat pelbagai pengetahuan yang baru ditambah pula dengan kebolehan kedua-dua penceramah untuk menarik perhatian audien bagi mengikuti majlis tersebut dari permulaan sehingga ke penamatnya.

Memandangkan sambutan kepada kedua-dua majlis ini, boss bercadang untuk mengadakan lagi majlis sedemikian pada masa hadapan demi memberikan ilmu pengetahuan kepada para anggotanya.



Yang tak amik kad raya lagi nih buleh amik, takkan jumpa mana-mana punya kad raya pesen camni....



errrr...tak start kerja lagi ker boss?
tapi kalau boss nie...suka suka di alah nak start kerja bila kan kan kan...

banyak ker keluar duit raya?
aku nie bujang lagi...terun aplak tu...
boleh di consider kan untuk dapat duit raya...keh keh
Fri 25-Sep-2009 10:22
Posted by:salleharon@starbucks salleh@starbucks.com.my  - [Link]
::: Selamat Hari Raya Aidilfitri bro kenitra & keluarga.. maaf zahir batin.. Fri 25-Sep-2009 11:47
Posted by:::: ReActivate :::  - [Link]
Selamat Hari Raya,,,,Maaf Zahir Batin,,,,
Mohd Azhari, Rafizah, Muammar & Raudhah
Sun 27-Sep-2009 00:39
Posted by:Mohd Azhari Azizan  - [Link]
View all 30 comments Add comment


Monday, 14-Sep-2009 00:18 Email | Share | | Bookmark
Buko Poso Di Opis

 
 
Sesi main api
View all 22 photos...




Alhamdulillah, kita telah beberapa hari berada dalam fasa ke tiga Ramadhan. Tak berapa hari sahaja lagi Eidul Fitri akan menjelma. Kemungkinan besar fikiran segelintir kita tidak lagi berada di tempat kerja tetapi telah melangkaui ke kampong halaman yang tercinta. Apapun cuba kontrol sikit, jangan disebabkan kita terlalai dalam kerja sehingga menyusahkan kerja orang lain pula.

Hari Khamis yang lepas pejabat saya telah mengadakan majlis berbuka puasa buat kesekian kalinya. Masih mengekalkan tradisi tahun lepas, menyediakan jamuan secara bergotong royong, jamuan pada tahun ini adalah lebih besar memandangkan penyertaan yang lebih ramai. Acara membakar lemang adalah merupakan keseronokan penyediaan majlis ini memandangkan ia disediakan sendiri oleh anggota dari mula hinggalah ke akhir. Jikalau tahun lepas kami hanya membakar lebih kurang 70 batang sahaja, tahun ini jumlah yang disediakan adalah melebihi 220 batang.

Sejak pagi lagi kerja-kerja telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Ada yang menyediakan tapak membakar lemang, memotong daun pisang, membasuh beras dan memasukkan ke dalam buluh, memotong daging dan sayuran, memasak rendang dan berbagai lagi. Pendek kata hidangan pada berbuka petang itu hanya buah-buahan dan kurma sahaja yang tidak kami tanam, yang lainnya adalah hasil air tangan para anggota.

Selain dari gotong royong, belanja untuk majlis ini juga datangnya daripada sumbangan para anggota yang ingin turut serta. Setiap seorang membayar sejumlah RM10, satu jumlah yang saya rasakan amat berpatutan. Boss besar juga menyumbang sejumlah besar bagi memastikan bajet mencukupi. Dengan jumlah itu selain daripada membeli bahan masakan, dapatlah juga kami mengadakan tiga khemah beserta meja kerusi serta PA system untuk kegunaan solat. Berbaloi sunguh RM10 apabila angota dapatmakan lemang, rendang ayam dan daging, nasi hujan panas, ayam masak merah, ayam goreng, dalca, acar Bombay, pengat pisang dan beberapa kuih muih Melayu seperti karipap, popia goreng dan buah Melaka. Selain itu ada juga buah tembikai, anggur dan epal buat pencuci mulut. Sebelum pulang semua anggota dan tetamu juga dibekalkan dengan lemang dan rendang untuk dikongsi pula bersama keluarga. Jadi berbaloi tak RM10 itu?

Saya amat berbesar hati apabila Ketua Penguatkuasa Wilayah sanggup datang dari Johor Bahru untuk majlis ini. Dan saya lebih happy apabila beliau turut gembira dengan majlis ini apatah lagi melihat kerjasama erat para anggota. Boss beritahu saya sebenarnya beliau lebih suka meliahat suasana kerjasama erat para anggota kerana itu adalah antara resepi kejayaan sesuatu perkara. Dan memang inilah antara tujuan saya semenjak tahun lepas mengadakan acara membakar lemang ini, mahu anggota bekerjasama dan mengeratkan perhubungan di samping melupakan buat seketika stress waktu kerja. Lagipun saya tahu mereka lebih seronok mejelang waktu berbuka memandangkan apa yang terhidang adalah hasil air tangan mereka. Tambah mengujakan apabila majlis ini turut disertai oleh mereka yang bukan beragama Islam. Mereka bukan sahaja menyumbang wang ringgit tetapi turut menyinsing lengan bersama anggota yang lain. Waktu berbuka mereka juga turut sama hadir memeriahkan.

Selain berbuka majlis turut mengadakan solat Maghrib, Isya’ dan Tarawikh berjamaah sebelum diakhiri dengan jamuan moreh. Terus terang sepanjang melalui Ramadhan di beberapa buah jabatan berlainan, majlis di pejabat saya di Pelabuhan Klang inilah yang akan paling saya kenang sekali memandangkan akan bersemangatnya para anggota, kerjasama serta keberkatan yang lahir daripadanya sehingga terasa akan manis nikmatnya. Di tempat lain kalau adapun majlis serupa, masakannya biasanya air tangan katering, kalau ada yang masak sendiri pun mungkin setakat mee atau bihun goring dengan kuih sebijik dua. Namun untuk berjumpa dengan yang menyediakan lemang sehingga beratus batang, mungkin satu dalam seribu. Harapan saya, walaupun saya telah bertukar ke jabatan lain nanti biarlah tradisi yang baik ini akan berkekalan dan berterusan sampai bila-bila.


Quote:
Terima kasih atas kad-kad raya sahabat, dan terimalah kad raya saya pula yang tak seberapa ini…he he





Quote:
Kad Raya kawan-kawan




Pakcik PI


Amin & Faizah


Bro Meor


siti One


Baayah


Watie


Intan Suraya


Princess Lia


Kurie


Fauzana


Mama & Papa Sakura


Shaza

fuh mesti mencabar kan nak bakar lemang nii..dah la beratus batang lak tu...nasib baik gotong royong..kalo sorang2 mau pengsan haha Tue 15-Sep-2009 11:56
Posted by:hijanahhafiizhsakura  - [Link]
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin.
Sat 19-Sep-2009 12:05
Posted by:Azura Chan  - [Link]
Seronoknya bakar lomang bro.... Selamat Hari Raya Aidilfitri. Bunga api, takut.... Wed 30-Sep-2009 13:17
Posted by:Azli Yusof noorazliyusof@yahoo.co.uk  - [Link]
View all 34 comments Add comment


Monday, 7-Sep-2009 01:33 Email | Share | | Bookmark
Kapa Solam

 
 
 
View all 8 photos...


Kapal Selam Malaysia yang pertama telah merapat di Pusat Hidrografi Nasional, lokasi yang begitu hamper dengan kawasan pejabat saya. Disebabkan adanya kunjugan DYMM SPB YDP Agong dan Sultan Selangor, maka jalan masuk ke kawasan Bandar Armada Putra yang asalnya banyak yang berlubang telah di tampal dan di baiki sehingga rupanya seperti bercorak batik. Syukurlah juga, kereta sayapun dah letih melalui jalan yang teruk ini, sekurang-kurangnya ada juga limpahan nikmat hasil daripada kunjungan VVIP ini.

Walaupun dekat ini tidak bermakna saya berpeluang untuk hadir. Maka saya juga sama dengan orang kebanyakan yang lain yang setakat boleh dengar sahaja daripada media. Jadi ketibaan kapal selam itu berlalu begitu sahaja dan saya meneruskan kehidupan seperti biasa.

Pada malam itu saya telah menghubungi Pengarah Operasi saya kerana sebelum itu saya telah mendapat panggilan memaklukan adanya kematian seorang pegawai di Pusat Latihan di Kuantan. Semasa berbual saya terdengar suara ceria gelak ketawa di belakang beliau yang menimbulkan rasa ingin tahu saya. Rupanya beliau pada malam itu berada di lokasi kapal selam tersebut. “Hei you mau tengok ka, marilah,” kata beliau macam tempat tu boleh masuk sesuka hati sahaja.

“You kenalah bawa saya masuk esok, mana saya boleh nak pergi sendiri”. Maka pagi itu selepas sahur saya mula mengecas bateri kamera. Kamera pula telah sedia ada di atas rak kasut dan masih belum di simpan di dalam bekasnya semenjak kali terakhir di pakai beberapa hari sebelum itu. Sebelum pergi kerja semua bateri yang sedang di cas saya cabut dari plug dan masukkan ke dalam beg. Namun sebaik sahaja kaki melangkah keluar kereta di hadapan pejabat, saya menyedari sesuatu yang tidak kena – kamera saya tertinggal di rumah!!

Aduhh, memang nak menepuk dahi rasanya. Hendak pulang ke rumah mengambilnya, saya terpaksa buang masa dua jam untuk perjalanan pergi balik. Lagipun kapal selam akan bergerak keluar khabarnya pada pagi itu. Akhirnya saya minta pinjam kamera pns anggota saya, Cuma kali ini masalahnya adalah bateri pula. Saya tahu bateri yang saya cas pagi itu masih belum penuh lagi namun saya tiada pilihan.

Kapal selam KD Tunku Abdul Rahman ini tidaklah sebesar mana. Memasuki ke bahagian dalamnya dapat saya melihat betapa kecilnya bahagian dalaman. Tempat berehat, makan dan tandas tidaklah boleh dikatakan selesa, namun itulah cabaran buat krew kapal selam ini. Saya di bawa melawat sambil diberkan taklimat ringkas oleh seorang pegawai. Sempat juga saya meninjau kawasan ‘pemanduan’, torpedo (torpedo masih belum ada ditukar buat sementara sebagi tempat rehat pelawat yang turut serta dalam pelayaran serta bahagian enjin. Andai kata saya menyertai mana-mana pelayaran mereka saya tak boleh nak bayangkan betapa bosannya berada dalam satu ruang yang sempit di bawah dasar laut. Kalau nak kapal, walaupun kecil, dapat juga keluar ke dek melihat alam sekeliling, tapi kalau di kapal selam ini minta maaflah. Justeru saya merasakan hanya mereka yang benar-benar mempunyai ketahanan yang tinggi sahaja mampu untuk terus bersama berkhidmat dengan asset kerajaan yang terbaru ini.

Tak banyak gambar yang dapat saya ambil kerana bateri kehabisan setelah beberapa shot. Hanya gambar di bahagian luar sahaja yang saya dapat paparkan manakala bahagian dalaman tidak dapat saya paparkan atas sebab-sebab keselamatan. Kualiti gambar memang agak menyedihkan yang menyebabkan saya masih rasa terkilan sehingga kini kerana meninggalkan kamera di rumah.
Saya berada bersama Pengarah Operasi saya sewaktu beliau berbual dengan Pegawai Memerintah KD Tunku Abdul Rahman. Banyak yang beliau luahkan, tidalah seindah perkara yang muluk-muluk seperti yang dipaparkan di akhbar. Namun tak perlulah saya perturunkan di sini. Cuma saya kasihan, setelah empat tahun tidak beraya bersama keluarga, walaupun telah sampai semula ke tanah air pada bulan yang mulia ini, mereka nampaknya masih belum berpeluang untuk beraya bersama keluarga. Kenapa? Jangan tanya saya….




Quote:
Selangor cuti Nuzul Al-Quran hari ni, membuatkan lenaku di pembaringan lebih sikit dari biasa he he...

Bilo pulak maritim dapek kapal solam sendiri,......... Thu 17-Sep-2009 05:37
Posted by:Awangje  - [Link]
Waaaa.... ari tu i ada tengok berita pasal kapal selam ni... Macho giler la kapal selam ni.. brapa orang boleh masuk dalam tu? Tue 29-Sep-2009 02:27
Posted by:Elle
dpt merasa naik ke??
best nyer........
Thu 8-Oct-2009 15:48
Posted by:maLAsszZZ  - [Link]
View all 48 comments Add comment


Thursday, 3-Sep-2009 23:44 Email | Share | | Bookmark
Eid Milad Saeed Majidah




Tahun ini hari ulang tahun kakak jatuh pada bulan yang mulia ini. Genap tujuh tahun, umur yang Nabi suruh diajar anak-anak bersolat. Alhamdulillah puasanya berjalan dengan lancar, baru sehari aje terbabas. Sekurang-kurangnya dalam usianya tujuh tahun ini beliau lebih bagus daripada saya sewaktu dalam usia yang sama kerana berjaya menyempurnakan ibadah puasa dengan jayanya. Pagi tadi semasa kejutkan beliau bangun untuk ke sekolah, kami nyanyikan lagu selamat sambil beliau terpisat-pisat. Lepas tu beliau bangun salam tangan dan cium pipi dan peluk saya, amalan yang kami buat setiap hari sebelum pergi kerja.

Saya tiada perancangan lagi sebenarnya untuk hari istimewa beliau ini. Hanya terfikir nak beli kek dalam perjalanan pulang nanti. Nak beli hadiah kena fikir panjang jugak sebab di rumah tu kalau beli satu hadiah kena beli untuk dua lagi. Kalau tak nanti ada yang tarik muncung panjang atau berderai air mata. Ringkasnya, siapa saja anak-anak yang menyambut hari lahir, yang lain akan dapat hadiah jugak.

Kakak ni masa kecilnya kira adalah jugak isinya, sekarang ni makin kurus kering. Makan pun sikit aje. Kekadang nak cari seluar cukup susah sebab yang sama saiz pinggangnya biasanya kaki seluar agak senteng. Nak cari yang sama tinggi, pinggang pula terlebih besar, abih camno. Kalau ayahnya nak main tempah seluar kat kedai jahit aje, letih jugak kepala memikirkannya.

Syukurlah kakak ni agak rajin belajar dan cerdik orangnya. Kekadang dia mengajarkan adiknya Jaja dan Madihah. Malam haritupun dia ajar Jaja menulis kad raya untuk diberikan kepada guru. Baca Jawi dan mengaji Al-Quran cukup lancar dan dah ada hafal beberapa surah pendek. Boleh juga kami harapkan dia untuk menengok adik-adik, maklumlah saya pun belum ada rezeki anak lelaki lagi.

Begitu pantasnya masa berlalu, dah besar anak ayah sorang ni.


Happy belated birthday ya anakanda Majidah
Semoga anakanda berjaya dalam apa jua yg diceburi bila dah dewasa nanti
Jangan lupa segala pengurbanan ibu dan ayah sampai bila-bila ye
Sun 6-Sep-2009 11:11
Posted by:meorjay meorjay65@yahoo.com  - [Link]
assalamualaikum wbh.
Tak apa tuan, nanti menantu tuan lelaki...........
Sun 6-Sep-2009 12:39
Posted by:awangje  - [Link]
semoga apa yang dipohoni dan didoakan,
akan termakbul bro.,
mungkin belum sampai rezeki untuk cahayamata lelaki.
..selamat hari lahir buat adik Majidah juga,
mesti selalu ingat pada pesanan daripada ibu dan bapa ya.
Sun 6-Sep-2009 15:01
Posted by:ezaiedinRIN  - [Link]
View all 13 comments Add comment


Tuesday, 1-Sep-2009 01:30 Email | Share | | Bookmark
Masjid SAAS

 
 
 
View all 5 photos...


Saya yakin cuti hari kemerdekaan yang baru berlalu semalam diambil manfaatnya oleh kebanyakan sahabat terutamanya untuk pulang ke kampong halaman bagi berbuka bersama ayah dan bonda. Saya pulang ke Seremban dari petang Sabtu hingga ke petang Ahad. Alhamdulillah dapat tiga hari berbuka bersama ayahanda dan bonda merupakan satu nikmat yang tidak terkata. Kalau difikirkan sepanjang usia saya ini tidak banyak tahun yang saya berpeluang berbuka atau berpuasa bersama ayahanda dan bonda. Sehingga usia 12 tahun waktu itu memang dihabiskan bersama keluarga. Namun sebaik memasuki 13 tahun saya memasuki sekolah berasrama penuh yang tidak memungkinkan saya meluangkan Ramadhan sepenuhnya bersama mereka. Tamat tingkatan lima saya hanya berpeluang seketika sebelum terbang pula ke luar negara selama beberapa tahun lagi. Pulang ke tanah air, juga berpeluang beberapa tahun sahaja sebelum bernikah dan berpindah ke Klang. Saya yakin beberapa teman yang mengunjungi fp ini juga mempunyai pengalaman yang hampir sama dengan saya.

Entry kali ini saya tampilkan gambar Masjid Sultan Salahuddin yang diambil pada waktu senja dan selepas solat Maghrib. Sudah agak lama saya tidak mengunjungi masjid agung ini, kiranya puluhan tahun jugalah, kali terakhir sewaktu saya sekolah rendah. Selepas kunjungan terakhir itu saya tidak pernah menjejakkan kaki lagi di sini. Cuma kalau berkereta itu adalah lalu di tepi kawasannya.

Masjid ini seingat saya apabila telah siap dibina menjadi mercutanda Negara yang masyhur. Gambarnya sering digunakan sebagai hiasan untuk pelbagai perkara sebagaimana masyarakat suka menggunakan gambar menara berkembar sekarang sebagai mercutanda Negara yang paling terkini. Satu perkara yang menyebabkan orang ramai pada masa itu teruja untuk mengunjungi masjid ini adalah, selain saiznya yang besar serta keindahannya yang memukau, adalah kerana paip tempat mengambil wudhu’nya berfungsi secara otomatik. Pilinya mempunyai sensor dan akan hanya mengeluarkan air apabila dapat mengesan pergerakan di bawahnya. Tapi kunjungan saya itu menunjukkan pili otomatik itu sudah tiada lagi. Ia berfungsi secara manual sahaja sama seperti paip di Masjid Kampung Seri Jemapoh Kuala Pilah atau Masjid Seri Purnama Kampung Petaseh, Jelebu. Saya tidak tahu apa sebab pertukaran ini. Mungkin juga penggunaan paip otomatik ini susah dari segi penyelenggarannya, jika sensor rosak akan menyebabkan air senantiasa sahaja mengalir atau WalLahu aalam.

Nak juga menghalakan lensa di dalam masjid ini, tapi papan tanda larangan mengambil gambar di bahagian dalam membatalkan niat saya. Mengambil gambar waktu malam memerlukan tripod, jadi nak mengambil secara sorok-sorok pun tak guna sebab dah tentu hasil gambar hancur kalau tak guna tripod, melainkan tangan saya sama taraf seperti robot yang kalis gegaran. Tapi yang penting bukanlah perkara mengambil gambar itu namun adalah menunaikan kewajipan berjamaah di dalam rumah-Nya yang agung. Kalau leka klik sana klik sini tapi tak bersolat tak guna juga. Macam nasyid yang selalu kita dok siulkan tu - …….walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanyaaaaa………




>> inilah masjid yang paling close to my heart...
>> bukan apa, sebab dekat rumah parents...
>> dulu tiap tiap hari mesti lalu bila pergi dan balik kerja...

ps : bukan ke outstation...cuma tak de masa sebelah malam nak duduk dan upload latest entry...
Thu 3-Sep-2009 17:09
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
cantik gambar masjid ni bro.
indah dan bercahaya tersergam di gambar.
Sun 6-Sep-2009 14:53
Posted by:ezaiedinRIN  - [Link]
SALAM RAMADHAN Sun 6-Sep-2009 17:17
Posted by:Jamal_kl  - [Link]
View all 32 comments Add comment


Saturday, 29-Aug-2009 15:00 Email | Share | | Bookmark
Ouled Kenitra & Co. pt.2

 
 
 
View all 12 photos...



Semalam, tinggal beberapa puluh minit sahaja lagi sebelum waktu balik, telefon di atas meja kerani saya berbunyi minta diangkat. Kerani saya menjawab panggilan tersebut dan wajahnya tampak serius. “Encik Mizhar, telefon. Encik @#$%, macam marah aje.”

Bergegas saya pergi menjawab. Itu panggilan dari pengarah wilayah saya di JB. Tanpa salam atau bertanya khabar suara garaunya terus bertanya, “kau ada terima tak format pelupusan yang kita kirim dulu”.

“Tak ada tuan”, jawab saya dengan yakin sambil member isyarat kepada kerani untuk confirmkan sama ada kami ada menerima surat itu atau tidak. Beliau memberikan isyarat tidak pernah menerima surat seperti itu. Jawapan itu tambah meledakkan lagi kemarahan beliau. Hati saya berkata, pelik betul takkan kalau aku tak terima surat pun aku kena marah jugak. Dan begitulah seterusnya perbualan itu sehingga tamat dengan beliau memberikan arahan untuk tindakan saya selanjutnya. Sempat saya bersuara, “Janganlah marah tuan….” Sambil kedengaran telefon diletakkan. Hmm tak sempat beliau nak mendengar nasihat saya.

Biasanya kalau kena marah dengan Encik @#$% ini hati saya jengkel juga. Tapi semalam entah kenapa saya rasa rileks sahaja, mungkin kerana berkat bulan Ramadhan. Sempat juga saya call teman di sana bertanya kenapa mood boss begitu marah hari itu. Mereka pun tidak tahu sebab musababnya tapi menjelaskan boss memang begitu sejak pagi lagi. Saya tak mahu menumpukan kepada kemarahan beliau sewaktu bercakap tadi takut saya jugak akan berasa marah. Nanti rosak mood saya nak berbuka petang nanti. Jadi saya bayangkanlah bagaimana muka beliau ketika marah, agak-agak lawa tak muka orang marah ni.

Seharusnya madrasah Ramadhan ini mengajar kita untuk lebih tekun dengan kesabaran. Gagal mengawalnya seolah kita telah gagal dalam peperiksaan madrasah itu. Sebagai orang atasan jika merasa diri itu dihormati, sebenarnya orang bukannya hormat kerana karisma kita tapi mereka takut dan cuba mengelakkan perangai buruk itu. Jadi orang akan ‘respek’ individu seperti ini setakat dia berada dalam perkhidmatan sahajalah. Dah pencen nanti jangan haraplah orang akan ‘tunduk’ lagi pada kita. Dan masa itu barulah terasa akan sunyinya dunia.

Nabi kata tiada beza antara orang Arab dan bukan Arab melainkan dengan taqwa. Saya dan tuan-tuan juga tiada bezanya, apatah lagi Obama, Ratu England, Presiden Libya, Ketua Kampung Petaseh, Pengawas sekolah cina, walau apapun kedudukan dunianya hanya taqwalah yang membezakan kita. Jadi hormatilah sesama manusia kerana kita sesungguhnya adalah sama.





Salam Merdeka ke-52 ... mcm mana agaknya nk menangani Boss yang asyik bad mood .. jgn bt silap agaknya ... Tue 1-Sep-2009 01:23
Posted by:NonVespa non_vespa@hotmail.com  - [Link]
Dugaan bulan posa la tu.. Thu 3-Sep-2009 04:59
Posted by:mama 2DF  - [Link]
dugaan yang datang,
menguji segala kesabaran..
Sun 6-Sep-2009 14:47
Posted by:ezaiedinRIN  - [Link]
View all 12 comments Add comment


Tuesday, 25-Aug-2009 23:45 Email | Share | | Bookmark
Al-Fatihah Buat Tuan Sheikh Anuar Rusydi


Tuan Sheikh Anuar, tiga dari kanan, di sebelah saya sewaktu menunggu ketibaan Tan Sri Ketua Setiausaha Negara di Pejabat Tanah Kuala Lumpur pada tahun 2005.

Semasa berada dalam kereta ke tempat kerja pagi tadi isyarat sms di telefon bimbit tiba-tiba berbunyi. Saya tidak dapat melayannya kerana memberikan tumpuan kepada pemanduan hinggalah berhenti di satu lampu isyarat. Melihat nama sahabat yang tertera hati tertanya-tanya apa pula mimpi menghantar sms di pagi hari. Nak mengucapkan selamat berpuasa agaknya. Mesej ringkas tersebut memberikan kejutan kepada saya apabila dimaklumkan sahabat saya yang bernama Sheikh Anuar Rusydi telah meninggal dunia pagi tadi kira-kira jam 1.35 di Hospital UKM. Dua hari sebelum itupun saya telah dimaklumkan bahawa beliau telah koma di hospital tersebut. Memang dah berniat untuk menziarahi beliau tetapi apabila dimaklumkan oleh seorang sahabat yang sempat menziarahi bahawa pelawat tidak dibenarkan masuk kerana takut terjadi jangkitan, maka saya menangguhkan dulu hasrat tersebut. Namun beliau kini telah pergi. Sebak dan menitik air mata saya apabila memaklumkan kepada sahabat yang lain. Saya payah nak menangis, tetapi pagi tadi ia tidak dapat ditahan daripada mengalir.

Saya tak tahu punca sebenar sakit beliau. Cuma dimaklumkan bahawa beliau telah rebah dan apabila di bawa ke hospital didapati bahawa buah pinggang serta hatinya telah rosak sedikit. Agak mengejutkan juga kerana selama ini syaa melihat beliau sihat bahkan beliau tidak menghisap rokok pun. Namun inilah ketentuan Allah, beliau telah dipanggil untuk mengadap-Nya.

Sahabat ini saya kenali sewaktu bertugas di Pejabat Tanah Kuala Lumpur antara 2003 dan 2005. Beliau mudah masuk dengan sesiapa sahaja dan kami kerap bergurau dengan beliau. Saya juga banyak mendapat tunjuk ajar beliau dalam pekerjaan dan beliau sesungguhnya tidak lokek memberikan bantuan.

Semoga Allah memberikan kerahmatan kepada beliau dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang saleh. Amin.

Al Fatihah
semoga rohnya dicucuri rahmat.... .
Beliau meninggal dibulan yang mulia.... mudah2an Allah tempatkannya dikalangan org2 yang di kasihi olehNya.. amin
Fri 28-Aug-2009 13:45
Posted by:Iezah Azizam  - [Link]
Al-Fatihah utk arwah dan takziah buat ahli kelurga dah kenalan yg mengenali beliau. Sesungguhnya ajalan akan datang. Pasti. Tapi bila masanya, Wallahua'lam. Bersediakah kita ? Sat 29-Aug-2009 04:26
Posted by:Adznee Ahmad adznee@yahoo.co.uk  - [Link]
Ese pun mmg amat hairan dgn boss2 yg perlu marah2 atas sebab2 kecil atau kadang2 tu, langsung tak bersebab. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Sun 30-Aug-2009 21:56
Posted by:Yati  - [Link]
View all 18 comments Add comment


Sunday, 23-Aug-2009 13:49 Email | Share | | Bookmark
Ouled Kenitra & Co. pt.1

Mintak aaa kamera tu...
Jap ye, adik nak setting sikit..
Ok ayah senyum, adik amik gambar ayah ni...





Selamat menunaikan ibadah puasa saya ucapkan buat para sahabat dan pengunjung pada hari ini. Alhamdulillah hari pertama puasa telah berlalu dengan begitu baik sekali. Secara kebetulan ia jatuh pada hari Sabtu di mana kakitangan kerajaan seperti saya bercuti pada hari tersebut. Di tambah pula dengan hujan lebat di sebelah pagi dan keadaan yang mendung di sebelah petang menjadikan hari pertama Ramadhan saya agak sejuk dan nyaman. Kakak berjaya menamatkan puasanya dengan jaya walaupun lembik amat menjelang sejam dua terakhir sebelum berbuka. Jaja pula walaupun tak makan ‘terbuka’ dengan susu. Namun dia berazam untuk terus berpuasa penuh di hari yang seterusnya. Alhamdulillah di hari yang ke dua kakak dan Jaja berjaya menyempurnakan ibadah puasa mereka. Kali ini Jaja pula yang nampak lembik sangat sehingga meminta minum setengah jam lagi sebelum berbuka. Dengan semangat yang kami berikan akhirnya dia berjuang juga sehingga ke waktu Maghrib. Berbuka hari pertama pula kami sekeluarga kami lakukan di luar rumah. Luar rumah bukanlah di kedai makan melainkan di pangkin bawah garaj kereta sahaja. Namun ia tetap meriah walaupun diganggu beberapa ekor nyamuk.

Ok, apapun gambar buka puasa memang tak ada. Saja tak ambil, malas nak ganggu mood berbuka.

Ketika kakak bersama saya leka mengambil gambar di UTM tempohari, Madihah tiba-tiba ‘buat hal’ merengek hendakkan kamera yang digunakan Majidah. Majidah memanglah tak nak bagi kamera tersebut sebab tahu memang Madihah tak tahu nak gunakan. Tapi akhirnya kakak mengalah jua setelah dipujuk ummi. Rasanya Madihah nampak mengambil gambar itu satu keseronokan agaknya apabila melihat saya dan kakaknya ghairah mengambil gambar. Dan jikalau anda lihat entry Ouled @ Konvo UTM di bawah, pada gambar besar bersama keluarga, dapat dilihat Madihah masih memegang kamera tersebut. Detik-detik itu sempat saya rakamkan untuk tatapan sahabat sekelian.



Memandangkan ramai sahabat yang suka berbuka di luar seperti di hotel di bulan yang mulia ini, suka saya perturunkan kenyataan KP JAKIM yang disiarkan di Utusan Online pada 23 Ogos 2009 untuk iktibar teman-teman sekelian.

Quote:
Hanya 27 ada sijil halal

Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 22 Ogos – Dalam keghairahan umat Islam berbuka puasa di hotel pada bulan Ramadan ini ramai yang tidak sedar bahawa hanya 1.4 peratus daripada kira-kira 2,000 hotel di seluruh negara diiktiraf sebagai halal.

Malah seperti satu budaya, apabila tiba bulan Ramadan hotel-hotel tersebut akan berlumba-lumba menawarkan pakej berbuka puasa walaupun tidak mempunyai sijil halal untuk dapur utama mereka.
Berdasarkan statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Persatuan Hotel Malaysia, sehingga Mei lalu, hanya 27 hotel di seluruh negara yang dapur utama mereka diiktiraf halal.
Angka itu pastinya menimbulkan kemusykilan kerana pada bulan Ramadan ini hotel-hotel yang tidak mendapat pengiktirafan halal turut menganjurkan majlis berbuka puasa untuk umat Islam.
Tindakan mereka itu tentunya mengelirukan umat Islam terutama jika makanan yang disediakan tidak halal atau tidak menepati keperluan syariat Islam.

Sehubungan itu, Jakim menasihatkan umat Islam lebih berwaspada mengenai soal halal di sesebuah hotel bagi memastikan mereka tidak makan makanan yang diharamkan oleh agama.
Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, amat penting bagi umat Islam untuk memantau dan memastikan mereka hanya menjamu selera di hotel yang mempunyai persijilan halal sah bagi dapur utama mereka.

“Ketika Ramadan, seperti satu budaya, kebanyakan umat Islam gemar berbuka di hotel. Jadi diharap hotel yang dipilih itu menghidangkan makanan halal 100 peratus.
“Begitu juga dengan pihak yang menganjurkan majlis berbuka puasa di hotel-hotel, kami berharap penganjur lebih peka untuk memastikan tempat itu ada sijil halal Jakim atau jabatan agama Islam di negeri lain,” katanya.

Ini kerana, kata beliau, Ramadan dan soal berbuka puasa adalah ibadah bagi umat Islam.
“Janganlah nanti seharian berpuasa tetapi ia menjadi sia-sia hanya kerana hidangan yang dimakan tidak halal.

“Dalam hal ini, umat Islam mesti memainkan peranan supaya mereka hanya makan hidangan yang halal dan berkat,” tambahnya.

Sementara itu, Pengarah Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, PPIM kecewa dengan sikap sebilangan umat Islam yang kurang peka dengan soal halal apabila menjamu selera di hotel.

“Sejak dulu lagi, PPIM menyedari ada umat Islam membelakangkan soal halal atau haram hidangan yang dimakan di hotel dengan tidak memastikan terlebih dahulu sama ada ia memiliki sijil halal sah atau sebaliknya,” katanya.

Noor Nirwandy menambah, apabila memilih untuk berbuka di hotel, umat Islam bukan sahaja perlu memikirkan soal halal makanan tetapi juga kesempurnaan tandas dan kelengkapan bilik solat.
Menurutnya, ada hotel termasuk yang bertaraf lima bintang tidak dilengkapi bilik solat dan tandas tanpa paip yang seolah-olah menunjukkan pengurusannya tidak mementingkan keperluan umat Islam.



selamat meyempurnakan ibadah puasa.
anak2 ayah bakal iku jejak ayah minat fotografi.
dh berthn tk buka kt hotel sbb harga dh melampau
Wed 26-Aug-2009 05:14
Posted by:intan isms72@yahoo.co.uk  - [Link]
selamat meyempurnakan ibadah puasa.
anak2 bakal iku jejak ayah minat fotografi.
dh berthn tk buka kt hotel sbb harga dh melampau
Wed 26-Aug-2009 05:14
Posted by:intan isms72@yahoo.co.uk  - [Link]
dalam gambar last,
mulai nampak akan bakatnya,
dari segi cara memegang kamera itu,
selamat mencuba lagi dik. pada masa akan datang..
Fri 28-Aug-2009 06:09
Posted by:ezaiedinRIN  - [Link]
View all 25 comments Add comment


Wednesday, 19-Aug-2009 03:51 Email | Share | | Bookmark
Ouled @ Konvokesyen UTM

 
 
 
View all 10 photos...



Saya berada di Johor Bahru Isnin lalu menghadiri majlis konvokesyen ke 43 UTM. Bukan saya yang nak ambil apa-apa ijazah atau nak menyampaikannya, tapi meraikan adik ipar saya yang menerimanya pada hari tersebut. Maka sekali lagilah saya menjadi ketua rombongan membawa semua ahli keluarga termasuk ayah dan ibu mertua ke majlis tersebut. Beberapa tahun dulu saya pernah menghadiri majlis yang sama di sini buat adik saya sendiri, jadi tidaklah terasa kekok dengan persekitaran UTM. Cuma kali ini kena parking jauh sikit berbanding kedatang kali pertama dulu boleh parking sebelah masjid yang dekat dengan bangunan berlansungnya majlis.

Satu kesedihan tentang konvo ini adalah saya sendiri tak pernah merasai nikmatnya konvo itu. Ini kerana universiti saya dahulu lansung tidak mempunyai majlis sebegini. Saya dan rakan-rakan mengambil ijazah kami dari kerani universiti sahaja, hanya sehelai kertas, tanpa ada sampul, frame atau skroll untuk melindunginya.



Di waktu itu peluang pekerjaan di Maghribi amat sukar didapati lebih-lebih lagi yang belajar Pengajian Islam. Lantaran itu ada rakan Arab yang setelah mengambil ijazahnya, melipat empat kertas sijil tersebut dan memasukkannya ke dalam poket. Terpegun sebentar saya melihatnya. Mungkin beliau merasakan tiada nilainya sijil tersebut kerana ia tidak lansung menjamin sebarang pekerjaan. Kita sendiripun, sedangkan sijil kursus yang berlansung 2-3 hari itupun disimpan dengan cermat apatah lagi ijazah pertama yang mengambil masa bertahun untuk menyusahkannya.

Memang tak dinafikan pekerjaan menjadi sesuatyu yang amat sukar pada masa itu. Seorang sahabat yang pulang lambat kerana menyambung pengajian peringkat Master pernah menceritakan bahawa seorang rakan yang selalu bersama-sama kami berjalan kaki ke kuliah dulu dilihat menjual rokok di kaki lima. Jangan anda sangka bila saya katakan dia menjual rokok maka dia mempunyai gerai atau kedainya sendiri. Tidak, bahkan penjual rokok di kaki lima hanya memadai dengan sebungkus rokok di tangan dan menjualnya kepada orang ramai mengikut batang. Berapakah sangat untungnya dan lansung tidak tersangka di fikiran graduan Pengajian Islam akan berakhir begitu nasibnya.

Kerana itulah saya amat bersyukur menjadi rakyat Malaysia yang walaupun mempunyai banyak juga masalah dalaman, namun kita masih mampu untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik berbanding rakyat Maghribi. Orang Indon yang datang sehelai sepinggang ke negara kita pun boleh pulang dengan kaya raya, Cuma kita sahaja yang ’gagal’ untuk mengintai dan mencari peluang.



peeeerrgrggghhhh..hebat abe gambar dok kat ranting pokok tuuuu..... Tue 25-Aug-2009 10:52
Posted by:princenebulosh
uihh..dtg jb tak kabor ek salam rramadhan al-mubarak!! Wed 26-Aug-2009 15:06
Posted by:maya amir  - [Link]
Fuiyoooo...!
Jurukamera posing habis maut....
Fri 28-Aug-2009 09:29
Posted by:mun@ayah tgnail@tm.net.my  - [Link]
View all 38 comments Add comment


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.