Want your
own Fotopage?









 
Ouled Kenitra's Fotopage

By: Ouled Kenitra

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]
Friday, 2-May-2008 00:36 Email | Share | | Bookmark
Terima Kasih Falindah Padlee

 
New Box Office Movie


Entry ini saya tujukan khas buat Falindah Padlee (http://falindah.fotopages.com/). Ketika beliau menyiarkan entry mengenai lawatan beliau ke sebuah pusat kraftangan di Australia, saya menulis di kotak komen mengenai keinginan saya untuk memiliki sebuah boomerang. Walaubagaimanapun saya tidaklah mengharapkan maklum balas segera daripada beliau. Biarlah beliau menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan hanya membawanya setelah beliau tamat pelajaran. Namun semuanya berjalan begitu pantas dan saya telahpun menerimanya kira-kira tiga minggu lalu yang dikirim ke alamat rumah ayah saya di Seremban. Saya mengucapkan ribuan terima kasih dan sebagai penghargaan, saya tujukan entry ini buat beliau dengan Kakak dan Jaja sebagai model memperagakan boomerang tersebut.



Quote:
Di kesempatan ini saya ingin menjawab komen saudara Izin Saat di entry mencari Salahuddin secara terbuka kerana saya merasakan saya patut berkongsi dengan anda.....

Assalamualaikum,
Pertamanya terima kasih di atas komen yang ditinggalkan.
Sebenarnya saya tidak keliru lansung dalam hal ini dan apa yang saya catatkan telah saya timbang-timbang dan fikir-fikirkan.
Benar kata saudara, agenda membasmi kemiskinan merupakan satu perkara yang penting begitu juga pendidikan. Dalam hal ini tugas-tugas tersebut telahpun diagih agihkan kepada kementerian dan jabatan yang terbabit bersama peruntukan masing-masing. jadi masing masing bekerja untuk mencapai matlamat dan objektif yang diamanahkan. apabila agensi yang diamanahkan untuk membuat TTI lebih berjaya dan menonjol daripada mereka yang diamanahkan untuk membasmi kemiskinan dan meningkatkan pendidikan maka janganlah disalahkan TTI itu dan janganlah dikatakan membasmi kemiskinan dan meningkatkan mutu pendidikan itu dilupakan. lainlah kalau buat TTI dan membasmi kemiskinan itu dibuat oleh seorang, maka orang itu melebihkan pembinaan material berbanding membasmi kemiskinan, maka di sini saya amat bersetuju bahawa projek tersebut telah mengabaikan sesuatu yang lebih penting.
Agenda meningkatkan mutu pendidikan serta membasmi kemiskinan merupakan satu perkara yang berterusan dan telah lama dimulakan. zaman Tun Razak dah ada buku hijau, felda dan bermacam lagi. Kalau kita mengatakan hanya kroni sahaja yang mendapat nikmat tersebut, maka bagi saya bukanlah program itu yang bersalah tetapi mereka yang melaksanakan itulah yang bersalah.
Selain dari kementerian dan jabatan, pusat-pusat zakat di seluruh Malaysia ini juga turut membantu fakir miskin. pusat-pusat zakat adalah agensi di bawah Majlis Agama Islam negeri-negeri. Ia bukan agensi persekutuan kerana bidang pentadbiran agama Islam adalah di bawah kuasa negeri. Ini bermakna negeri, termasuk juga di negeri bawah pembangkang boleh merancang sendiri agenda pembasmian kemiskinan mereka. wang zakat hanya digunakan untuk asnaf yang tujuh dan tentunya tak akan membabitkan perkara yang lain seperti pembinaan TTI. wang ini tidak berkongsi dengan perkara atau agensi lain dan diuruskan sepenuhnya oleh pusat zakat. maka kenapakah kemiskinan terus berlaku dan tidakkah boleh kita membasminya?
Saya pernah bertugas di Baitulmal sebuah negeri selama 9 bulan sebelum bertukar perkhidmatan. Kami cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah kemiskinan ini serta memberi bantuan pendidikan kepada yang layak. sebolehnya kami cuba memberi mereka pancing berbanding ikan agar mereka boleh berusaha sendiri selepas itu dan terus berjaya. Namun hanya sedikit sahaja bilangan mereka yang benar-benar menggunakan pancing ini, keluar terus dari senarai miskin, dan mampu pula mengeluarkan zakat. Namun yang banyak adalah yang rasa seronok dan selesa untuk terus menerima bantuan. Kepada yang tua dan uzur serta cacat dan benar-benar tidak mampu, itu memang satu pengecualian. Tetapi ada yang cuma miskin harta tapi kaya tenaga, masih tidak mampu memanfaatkan pancing yang diberi.
Kalau kita rajin mengikuti perkembangan dunia zakat, kita dapat melihat Pusat Zakat Selangor merupakan antara pusat yang paling berjaya sekali. Program yang di adakan cukup hebat untuk membantu fakir miskin. Hebatnya mereka hingga mampu menyediakan perkampungan untuk fakir miskin, disediakan pula projek yang boleh mereka laksanakan seperti kedai jahit, menjahit pakaian sekolah dan pakaian itu pula diberikan kepada anak miskin yang lain selain turut dijual. itu belum lagi masuk bab bantuan perniagaan dan lain-lain.
Apa yang saya nak tekankan, kita sebenarnya banyak tak tahu apa yang berlaku dalam perkara membasmi kemiskinan ini. Benar orang yang miskin masih ramai dan yang keciciran sekolah juga begitu. Kerajaan persekutuan, negeri, NGO dan badan-badan korporat ada agenda mereka untuk membasmi kemiskinan. tapi bagaimana pula dengan kita. Bila kita mengatakan ada kemiskinan, apa yang kita lakukan. Bila TV3 tayangkan 'Bersamamu', kita orang biasa ini, berapa keratkah yang hantar sms untuk menderma berbanding sms mengabihkan bogheh untuk afundi. Jiran-jiran kita mungkin ada yang mengeluh susah tapi adakah kita peduli. atau paling dekat sekali, mak ayah dan adik beradik kita, mungkin mereka susah, keputusan duit, adakah kita tahu. Teringat saya semasa di baitulmal dulu ada anak yang minta bantuan zakat untuk ayahnya sedangkan dia mampu. Sedih saya ketika itu. Ibu bapa adalah tanggungjawab anak-anak, tapi apabila minta baitulmal membantu, maka apa pula kerja anak-anak. Kecualilah jika anak juga turut miskin, maka memang patutlah memohon bantuan.
Kesimpulannya, saya bersetuju dengan saudara bahawa yang dulu patut didulukan. Tidak ada salahnya komen saudara itu sebab ia benar belaka. Namun jangan dianggap tiada yang dilakukan untuk membantu orang miskin ini. Walaupun sudah lebih 10 tahun saya meninggalkan Baitulmal, saya tetap anggap saya masih sebahagian darinya dan saya tahu susah payah mereka membantu orang lain yang orang awam tidak tahu. Pemikiran seperti itu akan melukakan hati kami yang pernah terlibat secara lansung membantu mereka yang susah. Ingatlah, agensi dan jabatan yang berkenaan terus bekerja macam biasa. Ini adalah perkara yang berterusan. kalau ada orang yang bina tempat macam TTI, biarkanlah mereka. Itu peruntukan mereka sendiri dan tak kacau duit orang lain. Ingat semula, setiap orang dah ada tanggungjawab masing-masing. Kalau dia berjaya buat TTI jangan kaitkan kejayaan dia dengan kurangnya usaha pembasmian kemiskinan.
Terima kasih atas komen saudara. jangan risau selagi nafas masih ada saya dan rakan-rakan akan cuba meningkatkan mutu hidup rakyat malaysia.....

cantiknye boomerang tu.... Mon 5-May-2008 08:25
Posted by:wanzee  - [Link]
Assalamualaikum bro,
Wah bestnya dapat boomerang tu. Tapi yang paling best tengok you buat editing kat atas tu. Macam buat poster ikhlan movie pula, very nice. Teringin nak berguru tentang bab2 editing nie.
Mon 5-May-2008 11:30
Posted by:Alexs Azlan azlan_umpai@yahoo.com  - [Link]
lawa boomerang tu... dah pernah dilontarkan tak Mon 12-May-2008 02:11
Posted by:AyiePictorial  - [Link]
View all 38 comments Add comment


Monday, 28-Apr-2008 00:38 Email | Share | | Bookmark
Mencari Salahuddin

 


Sebelum sampai ke Taman Tamadun Islam (TTI) ini lagi saya sudah memasang angan-angan untuk mengambil gambar قبة الصخرة atau Dome Of Rock seperti yang terdapat di Baitil Maqdis. Memasuki kawasan berpagar TTI, saya terlihat kubah tersebut di tepi pagar masuk. Ini tambah menguatkan lagi keinginan saya untuk memotretnya. Namun saya merasa satu kehampaan yang amat sangat apabila kawasan tersebut di rentangkan tali dan tiada siapa yang dibenarkan melawatnya. Untuk mengambil gambar dari tempat saya berdiri ketika itu pula tidak mungkin kerana kubah tersebut terhalang oleh satu monumen lain. Cubaan memohon kebenaran daripada pengawal keselamatan yang bertugas menemui kehampaan apabila jawapan yang diberikan adalah negatif. Keluar daripada TTI saya memberhentikan kereta di tepi pagar berhampiran kubah tersebut kerana sebolehnya saya ingin juga mengambil gambarnya - biar puas kehendak hati. Angle dari luar tidak berapa menarik kerana kubah tersebut terhalang oleh satu tembok yang tinggi. Maka terjengket-jengketlah saya meninggikan diri, sambil beralih dari satu tempat ke satu tempat untuk mendapatkan sudut yang terbaik. Maka ini sahajalah yang dapat saya hasilkan dan saya convertkan menjadi sebuah poster wayang. Tarikh 14 Mei pada poster merupakan satu tarikh yang perlu diingati kerana hari itulah secara rasminya Palestin jatuh ke tangan yahudi laknat.

Walaupun pada entry sebelum ini ada sahabat yang menganggap pembinaan TTI sebagai sesuatu yang kurang mendatangkan manfaat, saya berpandangan sebaliknya. Kita ketepikan dari sudut ekonomi yang pastinya membawa pulangan kepada kerajaan negeri yang akhirnya dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk membina atau membaikpulih prasarana. Bagi orang yang tak mampu mengembara ke seluruh dunia untuk melihat monumen ini seperti saya, melihat semua replika ini dapat memberikan satu kepuasan yang tidak ternilai. Apatah lagi replika monumen ini dibina mengikut skala dan nisbah bangunan asal. Para pelajar bidang arkitek dan pembinaan akan dapat manfaat yang besar mempelajari senibina masyarakat Islam serata dunia. Pengkaji sejarah Islam akan mendapat manfaat besar dan lebih menghayati sumbangan Islam pada tamadun dunia. Peminat fotografi seperti kita pastinya lebih teruja untuk menghasilkan satu karya seni yang baik berlatarbelakangkan monumen-monumen ini. Saya yakin tidak lama lagi akan ada jurugambar yang membawa pengantin mengambil gambar di sini. Saya juga yakin bukan orang Islam sahaja yang menjadi target person, tetapi turut merangkumi yang bukan Islam. Biar mereka lihat bahawa Islam bukan hanya berada di dunia Arab dan Alam Melayu sahaja. Orang cina boleh lihat masjid yang berada di negeri China. Mereka boleh belajar dari papan keterangan akan sejarahnya dan mereka perlu tahu bahawa orang China lebih awal Islamnya dari orang di Alam Melayu. Lebih manis apabila Islam di China di bawa oleh para Sahabat!! Dan satu fakta indah pembinaan TTI yang saya baca di Berita Minggu tidak lama dulu, seorang Inggeris yang menjadi arkitek dan perancang pembinaan TTI akhirnya mendapat hidayat dan memeluk Islam. Allahu Akbar!! Tidak berguna pada kita, mungkin berguna kepada orang lain.

salahuddin al-ayubi..
tak pernah tinggal solat sejak baligh
tak pernah tinggal solat tahajjud
sentiasa menjaga hubungannya dengan Allah..

maka tenteranya menang ...

dimanakah orang seperti beliau kini????
Fri 2-May-2008 06:41
Posted by:otosan agmnhob@gmail.com  - [Link]
Boomerang tu macam cakap-cakap kitalah....................kalau tak tepat akan ada orang yang membetulkan idea kita........
Ada masa balingan kita tepat. Ada masanya juga balingan tu miss.............tapi kalu kita pandai 'menyambut' nya kita boleh menfaatkan nya untuk kali seterusnya
Fri 2-May-2008 15:10
Posted by:Awangje  - [Link]
Akum, gambar2 adik semua cantik2. Meh le tengok gambar saya plak. sambil tu boleh layari;
http://kursus-fertigasi.blogspot.com atau www.kursusfertigasi.com
Fri 9-May-2008 05:17
Posted by:akak
View all 53 comments Add comment


Friday, 25-Apr-2008 00:22 Email | Share | | Bookmark
Renungan Di Penghulu Hari

 
 

Dalaman Masjid Kristal

Penghulu segala hari datang lagi. Umat Islam yang lelaki akan berduyun-duyun ke masjid menunaikan solat Jumaat secara berjamaah. Ada peniaga yang mengambil kesempatan berniaga di sekitar kawasan masjid menjadikan kawasan itu umpama pasar malam.

Ada masjid yang kapasitinya tidak dapat menampung jumlah jemaah yang ramai. Ini memaksa sebahagian jemaah terpaksa solat agak luar sedikit termasuk di kaki lima. Ada yang membawa sejadah sendiri. Bila tiba waktu solat, maka jemaah akan mula merapat. Barisan yang kosong akan dipenuhkan. Jemaah yang dibelakang akan mengisi saf kosong dihadapan. Dikala ini anda akan melihat tuan-tuan yang membawa sejadah sendiri ini tidak akan berganjak dari tempat mereka mengisi saf kerana khuatir sejadah yang ditinggalkan akan hilang atau memikirkan 'aku yang bawa sejadah orang lain pula yang sedap-sedap pakai'. Atau ada juga yang ke depan dengan membawa bersama sejadah mereka tadi. Saya teringat akan zaman remaja saya di Maghribi. Jarang saya dapat bersolat di dalam masjid kerana jemaah yang terlampau ramai. Biasanya di luar masjid itulah saya dan rakan-rakan membentang sejadah. Kalau musim sejuk, terpaksalah bersabar sedikit menahan udara yang dingin. Nak bentang sejadah pun berhati-hati takut terbentang atas tahi himar kering. Di sini apabila saf mula merapat, jemaah akan segera mengisi tempat yang kosong. Jikalau orang depan itu sejadahnya besar maka yang dibelakang akan ke depan untuk berbaris sama meninggalkan saja sejadahnya dibelakang tanpa risau dicuri. Sejadahnya itu pula akan digunakan oleh orang lain terutama mereka yang tidak membawa sejadah. Orang kita rasanya kenalah ubah pemikiran ini. Kalau hilangpun sejadah anda, anda tak akan rugi bahkan pahalalah yang menanti.

Apabila selesai solat dan bacaan doa, jemaah akan berpusu-pusu keluar untuk meneruskan kehidupan harian mereka. Kalau anda perhatikan, dikala jemaah sibuk keluar ini akan adalah insan yang bangun untuk menunaikan solat sunat. Maka solatlah mereka dengan orang sibuk lalu lalang di hadapan. Alangkah baiknya jikalau mereka ini tunggu sebentar sehingga tiada lagi orang yang sibuk melintas keluar, atau cari tempat yang mengadap dinding atau tiang untuk melakukannya. Usahlah dalam kita mengejar pahala, kita lupakan mereka yang melintas di hadapan ketika kita solat. Kita pun tahu melintas di hadapan orang yang bersolat ini berdosa, namun kalau kita pula yang nak bersolat di kala orang sedang lalu bagaimana pula halnya? Wallahu aa'lam, anda mampu mengubahnya.

cantik nyee permandangan masjid kristal tu. nak kena gi lawat nie. Tue 29-Apr-2008 09:33
Posted by:anis asabirin@yahoo.com
ye betoi..anda mampun mengubahnye Tue 29-Apr-2008 23:57
Posted by:maya amir  - [Link]
kita harus mengubahnya.... Sun 4-May-2008 12:48
Posted by:paparock  - [Link]
View all 45 comments Add comment


Wednesday, 23-Apr-2008 00:01 Email | Share | | Bookmark
Kakak & Jaja @ Taman Tamadun Islam

 
 
 
View all 7 photos...


Saya memohon maaf kerana belum berkesempatan membalas lawatan sahabat sekalian. Selain kesibukan kerja harian, saya sedang bertungkus lumus menyiapkan kertas tugasan PTK yang perlu dihantar sebelum Isnin depan. Saya plan nak cuba siapkan semua penulisan hari ini seterusnya membuat cetakan dan penjilidan pada esok hari.

Taman Tamadun Islam ini apabila saya lihat laporannya dalam suratkhabar dulu seolah-olah ia telah siap semuanya. Namun apabila tiba di sini, banyak lagi yang masih dalam peringkat pengemaskinian. Patutlah pengunjung ketika ini diberi masuk percuma. Tak banyak yang boleh dilihat dari dekat kerana kebanyakan monumen di letakkan tali penghalang yang menyebabkan pengunjung tidak dapat melihat dari jarak dekat. Jadi kepuasan diri tidak dapat dipenuhi dan saya pun rasa macam tak berminat nak mengambil gambar.





bagi chance la kat bebudak, sekali sekala nak melaram kasut tumit tinggi. Jom layan kereta mainan lak Thu 24-Apr-2008 11:30
Posted by:ibucomel  - [Link]
projek gah, sekadar utk mendpt nama, tapi tak dimanfaatkan dgn sebaik2nya.. apo nak jadi, fikir2kanlah.. tau tak pe.............
p/s... kat blakang ur kids tu, org rumah u ke?
Thu 24-Apr-2008 14:23
Posted by:Big Mamma Bukhari aka ati itawaizurfosuy3479@yahoo.com  - [Link]
sy rasa mcm membazir aje projek monumen ni.. berapa byk duit rakyat dihabiskan.. tp bila buka kelak.. rakyat nak masuk dikenakan bayaran pula
duit tu kalau guna utk projek PPRT entah berapa ribu buah rumah yg boleh didirikan
Fri 25-Apr-2008 06:57
Posted by:MaDiHa  - [Link]
View all 30 comments Add comment


Friday, 18-Apr-2008 00:04 Email | Share | | Bookmark
Kakak & Jaja @ Masjid Kristal

 
 
 
View all 14 photos...




Dari Kelantan saya memandu ke kuala Terengganu menyusuri jalan pantai. Melintasi kawasan KUSZA (Kini Universiti darul Iman) mengingatkan kembali kenangan belajar bahasa Arab di situ selama 3 bulan sebelum ke luar negara. Itulah kali pertama saya mempelajari bahasa tersebut daripada penutur aslinya yang datang dari Mesir. Masjid yang tersergam indah di hadapan pusat pengajian tersebut dibuka dengan rasmi sewaktu saya berada di sana dengan khutbah dan solat Jumaat pertamanya dilakukan oleh Imam Masjidil Haram.

Tidak berapa sukar untuk mencarai lokasi masjid kristal kerana papan tandanya berada di persimpangan jalan utama. Saya tiba lebih kurang 3 petang menyebabkan saya memutuskan untuk terus bersolat sahaja di situ. Masjidnya memang indah, cuma tempat wuduknya agak terkeluar sedikit dan tidak berhubung dengan masjid. Saya terpaksa meminjam selipar yang ada di kaki lima masjid.

Kawasan masjid ini sebenarnya tidak mempunyai kariah. Lantaran itu solat ini hanya dimakmurkan oleh pengunjung dan mereka yang bertugas di sini sahaja. Kerajaan negeri harus memikirkan cara sebaiknya untuk memakmurkan masjid ini setiap masa gara ianya tidak hanya menjadi masjid hiasan buat kunjungan pelawat sahaja.[color]





uiiii...bila lah nk p Terengganu lg...last year dh p...huhuhu Thu 24-Apr-2008 01:48
Posted by:farah  - [Link]
cantik masjid ni tapi sayang kalau tak di makmurkan.....masjid ni kan tempat ibadah......
belum berkesempatan lagi ke sana.........
Thu 24-Apr-2008 12:37
Posted by:zara bee_zara@yahoo.com.sg  - [Link]
lawa sungguh gambar2.. Sun 27-Apr-2008 15:48
Posted by:kasturi  - [Link]
View all 64 comments Add comment


Wednesday, 16-Apr-2008 00:01 Email | Share | | Bookmark
Kakak & Jaja @ PCB

 
 
 
View all 4 photos...


Bila masuk ke pejabat hari Isni yang lalu saya dimaklumkan bahawa saya perlu menghadiri satu mesyuarat di Johor Bharu keesokannya pada jam 2.30 petang. Pada awalnya saya berfikir untuk tidak pergi dan nampaknya. Jadi saya plan untuk musafir pagi esok sahaja. Satu panggilan lain dari JB pula memmahu meminta boss saya yang telah sedia ada di JB untuk hadir. Namun tiba-tiba satu sms darinya meminta saya hadir kerana dia mahu pulang untuk menghadiri satu mesyuarat lain di Putrajaya. Tak ada pilihan aklumkan bahawa mesyuarat dipercepatkan ke jam 11. Arkkkkk kena bertolak lagi awal nampaknya. Saya memang berat nak pergi kerana badan masih belum benar-benar sihat. Saya dapat sampai pada jam 11.15 semalam dan merasa geram apabila mesyuarat hanya dimulakan selepas jam 12. Mata saya merah, tekak berasa gatal untuk batuk dan badan amat lesu. tak banyak saya bercakap dalam mesyuarat kerana saya mahu ia cepat habis. Saya bercadang untuk tidur di JB semalam, namun pilot saya pula tak bawa pakaian dan bersedia untuk memandu pulang pada hari yang sama. Akhirnya saya pulang dan tiba ke rumah malam tadi dengan rasa yang amat letih dan lesu. Dan pagi ini saya hadir juga ke pejabat bagi menyambung kerja. Badan masih belum sihat.....


Quote:
Saya seronok membaca komen yang anda semua tinggalkan dalam entry My Black Stallion. Pelbagai cerita menarik anda kongsikan bersama yang saya rasa boleh memberi inspirasi kepada yang lain. Terima kasih kerana berkongsi cerita. Yang pasti kita masing-masing kenal erti kesusahan.

suka nya ngk muka dua beradik ni....so manizzzzzzzz... Thu 17-Apr-2008 13:54
Posted by:mama kimi  - [Link]
Akum bro, Apa khabar?
Bro, minta maaf yah, buat link ngan fp you tanpa izin hehe...
Apapun jom layan my new entry

http://azlanumpai.fotopages.com
Thu 17-Apr-2008 15:11
Posted by:Alexs Azlan azlan_umpai@yahoo.com  - [Link]
usha fp ku ada 9 entry baru...usha2 kan...heee Fri 18-Apr-2008 08:09
Posted by:oat  - [Link]
View all 32 comments Add comment


Monday, 14-Apr-2008 00:16 Email | Share | | Bookmark
PTK oh PTK

 
 
 
View all 24 photos...


Agak lama tidak berada di atas talian. Seperti yang kebanyakan sahabat maklum, ketiadaan ini bukanlah disengajakan. Saya memerah otak dan tenaga menjalani Kursus (dibaca peperiksaan) Penilaian Tahap Kecekapan 4 (PTK4) dari 2-11 April yang lalu. Berbanding PTK3, PTK4 ditambah sedikit kesukarannya kerana peserta perlu lebih bersifat analitikal di dalam membuat pembentangan atau menjawab soalan.

3 hari yang pertama peserta dimomokkan dengan ceramah yang lebih menjurus kepada komponen umum. Diikuti beberapa hari untuk bercakap dan diakhiri dengan peperiksaan pada hari terakhir. Part bercakap ini dibahagikan kepada 4 perkara, pengucapan awam Bahasa Melayu, English public speaking, individual presentation & group presentation. Topik hanya diperolehi pada hari kedua kursus. Maka berhempas pulaslah saya pada hari cuti Sabtu untuk membuat persediaan bercakap atau berceramah ini.

Terus terang saya amat lemah di dalam bahasa penjajah ini. Sikap tidak mengambil berat di dalam mata pelajaran ini semasa bersekolah menengah dahulu akhirnya mendatangkan kesusahan kepada saya di alam pekerjaan ini. Justeru saya berpesan kepada adik-adik yang masih di alam persekolahan agar mengambil berat semua matapelajaran yang diajar guru. Ketika belajar mungkin terlintas di fikiran kita tidak akan menggunakannya semasa bekerja nanti. Namun percayalah apa yang kita pelajari pasti ada gunanya nanti.

Sebenarnya sebelum datang ke kursus ini saya telahpun bersedia dengan tajuk Malaysia; Global Halal Hub sebagai tajuk public speaking. Namun tajuk tersebut agak sama dengan tajuk group presentation membuatkan saya berasa serba salah dan mengambil keputusan untuk mengubah tajuk di saat-saat akhir. Kalaulah saya mahir dalam bahasa penjajah ini tentunya saya tidak akan menghadapi sebarang masalah. Akhirnya saya bersedia dengan tajuk, ‘Sejarah Animasi Di Malaysia Dan Sumbangannya Kepada Ekonomi Negara’ untuk pengucapan awam, ‘The Safety In Malaysia Maritime Zone; The Establishment of Malaysian Maritime Enforcement Agency’ untuk public speaking, ‘terrorism’ untuk individual presentation dan ‘First Class Working Culture/Human Capital’ untuk group presentation. Soalan untuk group presentation diundi mengikut kumpulan. Manakala soalan untuk individual presentation pula akan menjadi tajuk penulisan kertas yang perlu disiapkan dalam masa dua minggu setelah tamat peperiksaan. Ini bermakna walaupun telah tamat peperiksaan, saya masih ada tugas yang perlu dilangsaikan.

Peperiksaan tetap sesuatu yang mencabar. Ada 5 soalan yang diberikan yang perlu dijawab dalam masa 3 jam. Penceramah awal-awal lagi dah beri amaran agar jawapan mesti melebihi 4 mukasurat atau bersedia untuk mendapat markah yang kurang atau gagal. Jawapan pula mestilah bersifat analitikal atau mengandungi analisis. Rata-rata peserta macam nak tercabut tangan menulis. Maklumlah sejak lepas universiti dan sejak bekerja dengan komputer, masing-masing dah jarang menulis guna pen. Untuk soalan pertama saya dah bazirkan masa selama 45 minit. Sepatutnya saya perlu gunakan ½ jam sahaja untuk mengelak ketidakcukupan masa menjawab soalan yang lain nanti. Tengah menjawab terasa nak buang air pula…aduh, benar-benar menguji kesabaran. Walaupun berjaya menjawab 5 soalan, terus terang saya tidak berpuas hati dengan beberapa jawapan saya. Masa amat suntuk dan tidak mencukupi untuk menganalisa. Tulisan pula lebih hodoh dari tulisan doktor. Apapun ia telah berakhir dan sekarang masanya untuk bertawakkal.

Terasa lapang sedikit bila peperiksaan habis dan akan lapang betul apabila kertas tugasan siap nanti. Lepas solat Jumaat, saya ke PWTC melihat pameran buku. Saya memang pantang dengan buku. Kalau dah minat dengan sesuatu tajuk, saya sanggup beli walaupun mahal. Dan malam itu badan saya mula rasa tak sedap, tekakpun perit, sehinggalah ketika saya menyediakan bahan untuk entry ini. Syukurlah saya tak sihat setelah berakhirnya peperiksaan….




Panels....

Tahniah, sekurang2nya dah tamatla azab peperiksaan dan pembentangan tu. Tgk smua smart2 ajer ngan kot & tali leher, mcm gaya YB plak Thu 17-Apr-2008 06:39
Posted by:Mama Danish Faixaal  - [Link]
moga2 success yea.. Thu 17-Apr-2008 13:26
Posted by:edza  - [Link]
Itu gambar En Mat Jali, En Fadzil Lat... satu group rupanya... Fri 18-Apr-2008 04:28
Posted by:wana
View all 44 comments Add comment


Tuesday, 1-Apr-2008 00:24 Email | Share | | Bookmark
My Black Stallion

 

Lokasi : Kota Lama Duyung, Pulau Duyung, Terengganu.

Sewaktu saya kecil saya pernah bertanya kepada ayah, kenapa beliau tidak membeli sebuah kereta. Kata beliau, “ayah buleh boli, tapi kau tak payah sekolah la….”, dan kata-kata itu masih saya ingat sehingga ke hari ini.

Keluarga kami bukanlah dari kalangan orang senang. Tidak merasa berkereta seperti orang lain. Bas merupakan kenderaan rasmi untuk berjalan atau pulang ke kampung menjenguk atuk dan uwan. Deritanya menaiki bas lebih terasa apabila berebut untuk pulang berhari raya. Bas dulu bukannya ada pendingin hawa. Kekadang berdiri sepanjang perjalalanan, tiada yang memberi tempat duduk walaupun saya ketika itu hanyalah seorang kanak-kanak.

Sebulan sekali, kami sekeluarga akan ke bandar untuk berjalan dan membeli barang-barang. Sebagai kanak-kanak tentulah hati ini girang kerana dapat berjalan dan memakai pakaian yang elok sikit. Kalau menjamu selera pun bukanlah di KFC atau McD seperti kita sekarang. Biasanya ke Restoran Fatimah atau Ally’s Café menjamah roti canai. Namun itu cukup terasa nikmatnya.

Sewaktu berkursus di KUSZA sebagai persediaan sebelum ke luar negara, ayah dan emak saya sama-sama ikut memikul beg menaiki bas ke Terengganu. Tentu mudah kalau ada kenderaan sendiri kan, boleh rancang perjalanan mengikut waktu yang selesa, serta tak perlu bertukar kenderaan. Waktu ayah dan emak pulang pula, memandangkan tiada bas yang kosong terus ke Seremban, mereka gighkan diri menaiki bas berhenti-henti dari Terengganu ke Kuantan, Kuantan ke Kuala Lumpur, ke Seremban dan bas pulang ke rumah.

Tentu mudah ada kereta sendiri kan.

Namun itulah ayah yang mahukan saya mengutamakan pelajaran. Saya tak tahu kalau ayah ada meminjam kerana nak menyekolahkan saya. Kalau ada saya pasti akan menangis mengingatinya.

Tamat belajar, sewaktu masih lagi bergelut mencari pekerjaan, ayah membeli sebuah kereta. Katanya, “Pegawai kena pakai kereta,” padahal masa depan ketika itu masih kabur lagi. Kereta itu, sebuah Mazda hatchback tahun 1982 berwarna kuning, milik seorang pemimpin kesatuan sekerja (masih lagi memimpin sehinga ke hari ini) yang dijual melalui anaknya. Suatu hari ketika membasuh kereta itu, saya melihat ada kesan basah di bawah tikar getah. Saya tarik karpet yang mengalas lantai kereta. Nah, terbentang cantik beberapa helai kertas suratkhabar yang mungkin bertujuan menyerap kebasahan akibat bocor. Tertipu nampaknya. Dan setiap kali wajah pemimpin itu tersiar di tv atau di akhbar, hati saya pasti berkata inilah penipu yang menjual kereta bocor kepada ku.

Namun itulah kereta pertama keluarga kami yang begitu banyak jasanya. Saya pakai ketika mula bekerja di kilang, menjadi kerani sementara di Jabatan Perangkaan, dapat pegawai kontrak di MAINS sehingga beralih memasuki perkhidmatan Tadbir & Diplomatik. Kereta tersebut mendapat kemalangan teruk sebanyak dua kali di mana yang terakhir cukup mengerikan saya apabila berlaku kemalangan berderet dan kereta saya tak ubah umpama daging burger yang terkepit antara dua buah kereta.

Setelah merasakan pendapatan saya agak stabil, saya ambil sebuah kereta proton yang baru. Rasa serik membeli kereta terpakai yang mudah terdedah kepada penipuan. Seperti kereta pertama, kereta ini bukan sahaja saya pakai buat bertugas tapi juga menghantar adik-adik pergi dan balik universiti di Johor. Walaupun saya sudah tinggal di Klang dan keluarga ayah di Seremban, saya masih menjadi harapan untuk menghantar adik-adik ke tempat pengajian mereka. Setiap menghantar adik-adik, saya akan teringat kembali susah payah ayah dan emak menghantar saya ke Terengganu seperti yang ditulis di atas.

“Bos, tak mau tukar tayar ke boss?” Tanya staf saya apabila melihat tayar kereta saya hanya menggunakan rim standard. Saya bukannya tak mahu kereta saya cantik lawa seperti kereta orang lain. Bohonglah kalau saya tidak berperasaan begitu. Tetapi untuk berbelanja dalam satu jumlah hanya untuk mencantikkan kereta, saya terasa serba salah kerana ada perkara yang lebih perlu lagi diberikan perhatian. Apatah lagi bila sudah mempunyai keluarga sendiri, tentunya ada keperluan lain yang perlu diutamakan. Lagipun tayar tersebut tidak rosak, rim tidak bengkok, bunga masih tebal, mengapa mesti ditukar. Biarlah keretaku tak lawa berbanding kereta orang lain, yang penting daku tak minta duit orang untuk membelinya……


Quote:
Esok saya akan mula mengikuti Kursus (dibaca peperiksaan) Tahap Kecekapan 4 di INTAN Bukit Kiara sehingga 11 April. Mohon doa rakan-rakan untuk dilapangkan hati serta berhasil mengeluarkan idea yang bernas sewaktu public speaking dan pembentangan serta menjawab soalan yang diberikan. Allahumma amiiin..

mmm...... sama ler..... ayah, saya panggil bat..... tidak berani bawak kereta. sedara nak bagi kereta free ajer dia tak nak. sekarang pun bawak moto utk ke masjid ajer..... Mula kerja saya bawak motor jer. nasib baik ader motor burok. plan nak naik basikal jer! Pah tu beli kereta terpakai! kereta idaman masa umur 8/9 tahun..... toyota KE20 tahun 73..... orang lain bengang, saya happy bawak keter tu! Lepas accident, pakai kancil, org bengang gak, sebab depa kata, tak nampak macam lecturerler bawak kancil. Dah tukar Gen 2 baru org keliling (sedara mara ler tu!) kata ngam.

Angan bak bawak Merc S650 tu ader tapi berpijak di bumi nyata dan hakikatnya.... lembu pon boleh jadi tunggangan...... Syukur dengan rezeki pemberianNya! Semoga di tambah - tambah pemberian Nya! ameen!


Mabruk! semoga mendapat manafaat berterusan!ameen!
Tue 15-Apr-2008 13:23
Posted by:UmmAbdrahmaan  - [Link]
den xtau lak ekau duk KLANG, lamodh x maghi fotopejes nih heheheheh Thu 17-Apr-2008 05:30
Posted by:Bapak Myra ousmane5483@yahoo.com  - [Link]
sama arrr bro..
kitorang kekecik dulu pun ayah bw mkn kat Rest. Fatimah or Ally's Cafe gak..
naik bas or teksi gi bandar ramai2..huuu..huuu..
Wed 30-Apr-2008 14:42
Posted by:IzzasaifuL@putrajaya  - [Link]
View all 113 comments Add comment


Friday, 28-Mar-2008 01:49 Email | Share | | Bookmark
Madihah

 


Semalam penat sangat rasanya. Belum jam 9 saya dah lena di atas sofa. Pukul 3 pagi baru terbangu nak solat Isya'. Pagi tadi pun walau dah dikejut jam 5.45 am, saya bangun, duduk dalam keadaan mamai dan baring semula sebentar sebelum bangun terus jam 6 pagi. Semalam saya ikut KM Kukup belayar membawa pegawai daripada JPA dan Treasury melihat demonstrasi di tengah laut. Mujurlah laut tenang dan tidak bergelora, kalau tidak mahu muntah belahak. Mabuk laut ini bukan sahaja boleh berlaku kepada yang tidak biasa dengan laut, bahkan yang hari-hari belayar pun boleh tewas juga jika laut bergelora sehingga ke tahap 4. Cadangnya nak edit dan susun gambar-gambar yang diambil malam tadi, tapi badan betul-betul tak larat. Gambar Madihah pun dah lama tak keluar, kita bagi laluan dululah....

comey... comey... Tue 1-Apr-2008 08:54
Posted by:shahafi  - [Link]
kena kurung ye madihah....huhuhu.... Wed 9-Apr-2008 00:41
Posted by:farah  - [Link]
wah penuh expressions!!!!! Thu 17-Apr-2008 08:38
Posted by:amat  - [Link]
View all 40 comments Add comment


Wednesday, 26-Mar-2008 01:49 Email | Share | | Bookmark
Persaraan KP APMM - Fleet Review

 
 
 
View all 22 photos...


Setiap panglima tentera laut yang bersara akan diberikan penghormatan fleet review apabila mereka bersara. Penghormatan tersebut turut diberikan kepada KP APMM memandangkan semasa beliau berkhidmat dengan tentera laut beliau tidak diberikan penghormatan sedemikian apabila beralih perkhidmatan ke APMM.



Saya pernah menulis tentang fleet review yang diadakan di LIMA dalam entry siri LIMA 2007 yang lalu dan tuan-tuan boleh melihatnya kembali. Dalam acara fleet review persaraan ini, yang diraikan dibawa menaiki KM Langkawi untuk menerima penghormatan tersebut. Kira-kira 8 buah kapal membuat lintasan hormat sambil melaungkan kalimat Maritim Perkasa, bersama 2 buah bot Penggalang, 2 RHIB dan dua helikopter.

Sebaik tamat acara dan kapal kembali merapat ke jeti, satu barisan panjang dibentuk untuk KP bersalaman sehingga sampai ke kereta.

Satu majlis makan malam turut diadakan pada malam tersebut, namun saya kali ini nak jadi tetamu sahaja, tak mahu berkejar mengambil gambar. Sebelum berucap beliau memaklumkan bahawa ucapannya itu pendek sahaja. Namun apabila telah lebih sejam, saya tidak merasakan ia satu ucapan yang pendek. Mata telah mula mengantuk dan badan dah mula rasa penat. Sebaik ucapan beliau tamat, saya angkat kaki meninggalkan PICC. Kita tinggal jauh, bawa kereta sendiri pula, lain la beliau yang ada pemandu itu….

……namun yang pasti ada yang bersyukur di atas persaraan ini. Dengar cerita ada yang nak sedekah pisang di masjid…..walLahu ‘aalam.








cara seorang pegawai tinggi bersalaman dengan orang biasa.....bersalam tapi mata dan muka ke arah lain...... tiada keihklasan..... itu lah melayu yang berpangkat besar..... Wed 2-Apr-2008 09:29
Posted by:unnamed
**fp saya dah update....layan citer seram la pulak.... ** Fri 4-Apr-2008 08:36
Posted by:yatie  - [Link]
We support all kids in the Arab world http://www.listenArabic.com Team Wed 16-Apr-2008 12:16
Posted by:We support you  - [Link]
View all 49 comments Add comment


[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.