Want your
own Fotopage?









 
Ouled Kenitra's Fotopage

By: Ouled Kenitra

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]
Friday, 13-Jun-2008 00:47 Email | Share | | Bookmark

 


Sepatutnya hari ini saya masih lagi berada di INTAN bagi menyudahkan baki kursus sehari lagi. Namun saya ambil keputusan untuk ke pejabat setelah memikirkan minggu hadapan saya akan 'hilang' lagi untuk ke Genting. Saya perlu menyelesaikan kerja-kerja pejabat yang tertunggak sebelum ia menjadi lebih banyak. Lagipun kursus yang saya lalui kini sedang memasuki modul finance yang saya rasa amat berat untuk saya ikuti. Berat kerana semua Prof dari Harvard itu mengajar sama seperti mereka mengajar anak didik mereka yang bijak di Harvard. Tambahan pula saya tidak ada asas tersebut yang turut memburukkan keadaan. Namun ini bukan bermakna prof itu tidak pandai mengajar. Cuma saya yang susah nak ikut diburukkan lagi dengan penguasaan English saya yang lemah. Sebenarnya cara prof di Harvard mengajar memang cukup menarik. Mereka menggunakan kes-kes yang kebanyakannya dari peristiwa sebenar untuk dibincangkan. Penulisan kes tersebut juga menarik kerana dibuat dengan begitu teliti serta mencabar minda untuk mengeluarkan idea yang bernas. 3 modul yang sebelum ini saya agak enjoy, cuma yang finance ini saja rasa berat sikit. Apapun masih ada 4 modul lagi yang akan berlansung bulan 7 dan 8 ini yang saya harap akan dapat dilalui dengan baik.

Sat 21-Jun-2008 08:48
Posted by:laaya laayasaraby@yahoo.com  - [Link]
bestnye bangunan ni, antik, tiles dia mmg kewl

--------------------------------------------------------------------------------------------------------
interested in victoria secret stuff?visit us at http://misssmells.fotopages.com/
thx, hv a nice day
Sat 21-Jun-2008 11:51
Posted by:mr smells  - [Link]
saya suka gambar ini.. sungguh best!! Tue 24-Jun-2008 01:10
Posted by: Rossya
View all 42 comments Add comment


Tuesday, 10-Jun-2008 02:18 Email | Share | | Bookmark
......daripada terus bersawang..

 


Maaf kiranya saya belum berkesempatan untuk membalas lawatan para sahabat. Saya masih di INTAN berkursus. Walaupun ada kemudahan internet tetapi masa saya amat terbatas. Insya Allah kalau ada masa saya akan berkunjung ke laman anda.

Esok saya ada satu interview penting. Doakan saya dapat bercakap lancar dengan idea yang bernas...

good luck for the interview and selamat berkursus Thu 12-Jun-2008 04:30
Posted by:fiziskandarz  - [Link]
lama rasanya aku tak masuk sini.... memang hebat....rugi rasanya....tp skrg aku dh kembali aktif... harap dpt melayari fotopages aku yer...bro...dan jgn lupa komen...hehehehehe Thu 12-Jun-2008 04:37
Posted by:Pdoss..  - [Link]
hye adik..adik ni nak ape ek? Thu 12-Jun-2008 05:50
Posted by:tya  - [Link]
View all 14 comments Add comment


Friday, 30-May-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
Ba Ya Cha Alif

 
 
 
View all 5 photos...





Pertamanya saya mohon maaf sekiranya entry sebelum ini banyak mengganggu ketenangan minda saudara dan saudari. Walaupun ada perasaan kurang senang, ada mesej yang ingin saya sampaikan. Selain peringatan agar berhati-hati di jalan raya, kita diingatkan bahawa kematian itu tidak kita ketahui bila ia akan berlaku serta di mana. Inilah perkara yang saya sendiri takut kerana tidak seperti perkara lain yang boleh kita jangka bila, kematian itu tidak sama sekali. Maka saya berpesan kepada diri saya sendiri dan tuan-tuan sekelian, marilah kita sama-sama menambah bekalan untuk dibawa ke Hari Kemudian nanti.

Amacam dengan cuti sekolah. Tuan puan yang ada anak bersekolah tentunya menggunakan masa ini dengan sebaiknyua untuk berjalan-jalan bersama mereka. Saya pun ada niat nak ambil cuti untuk bersama anak-anak. Namun belum sempat saya mengisi borang cuti, boss di Wilayah dah arahkan saya menghadiri mesyuarat di Kota Bharu minggu depan. Nampaknya bulan depan sekali lagi saya akan lama meninggalkan pejabat kerana selepas itu saya akan bertapa di INTAN selama seminggu bagi siri kedua kursus Anvanced Management Development Programme siri dua (siri pertamanya di Genting haritu) diikuti dengan satu lagi kursus di First World pada minggu berikutnya. Adakah fp ini akan bersawang semula dalam 3 minggu akan datang? Entahlah. Cuma yang pastinya ke KB dan Genting nanti saya malas nak bawa kamera. Saya gantung kamera buat seketika kerana angin malas telah mula bertiup....

Gambar beca di bawah saya ambil ketika menunggu rakan-rakan di tepi bangunan APMM Pulau Pinang. Waktu masih pagi mungkin kerana itu tuan punya beca masih belum beroperasi. Saya edit dengan 3 cara berlainan. Walaupun diedit, saya berpendapat jurugambar yang baik itu dapat menghasilkan gambar yang baik tanpa sebarang editing. Jadi disebabkan gambar yang saya ambil itu tak memuaskan hati, maka saya adjustlah sedikit. Maka tuan-tuan yang tak pandai editing itu tak perlu risau kerana adalah lebih baik usaha diberikan lebih untuk mempelajari teknik menangkap gambar.

Belum update lagi? ..... ni dah kira behind schedule untuk FP kategori kau.
Saja nak tambah ....... beca ni la medium pengangkutan yang paling sesuai di zaman minyak naik ni. Kan elok kalau diperkenalkan di Putrajaya.
Mon 9-Jun-2008 05:24
Posted by:baning  - [Link]
saya phm msg entry sbl ni.. wpun ngeri, wpun tkejut.. but sumhow we need to convey the msg kan.. Tue 10-Jun-2008 00:48
Posted by:ira  - [Link]
nice scene/edit Thu 12-Jun-2008 15:36
Posted by:mfouzi fotopages fouzi_c4hir@yahoo.com
View all 74 comments Add comment


Wednesday, 28-May-2008 00:05 Email | Share | | Bookmark
18SG

 
 
 
View all 4 photos...


Kemalangan ini saya lihat sewaktu dalam perjalanan dari Langkawi ke Pulau Pinang beberapa minggu lalu. Sewaktu saya lalu rasanya kemalangan itu masih lagi baru berlaku kerana trafik masih lagi lancar (biasa la kan, di Malaysia akan berlaku kesesakan trafik apabila berlaku kemalangan disebabkan kenderaan diperlahankan untuk melihat). Saya pada mulanya menjangkakan ia cuma satu kemalangan biasa. Namun setelah dihampiri saya amat terperanjat melihat dua tubuh yang sudah kaku tidak bernyawa. Pelbagai barangan bertaburan di sekitar kenderaan yang terbalik itu. Hati saya amat sayu apabila melihat ada bantal budak, mainan dan termos (pastinya untuk buat susu) yang mana sudah tentu ada kanak-kanak turut berada dalam kenderaan tersebut. Beberapa mangsa sudah dibawa ke hospital apabila saya tiba cuma tinggal seorang yang masih terbaring di tepi jalan dan dua mangsa yang terbunuh tadi. Saya sebenarnya mengambil dari jarak yang jauh dan tidak berani mendekat. Ini kerana saya merasa ngeri yang teramat selain tidak mahu mengganggu kawasan kemalangan. Tidak ada masa untuk mencari angle menarik ketika mengambil gambar sebegini kerana ketika ini bukannya seni fotografi yang penting, tetapi adalah rekod peristiwa selain tidak mahu mengundang salah tanggap oleh orang ramai.

Apapun, pandu cermat jiwa selamat.


wah so berhati2 d jalan raya! Tue 10-Jun-2008 09:12
Posted by:catwomen catwomen_buttercup@yahoo.com  - [Link]
setiap yang hidup pasti akan menempuhi kematian..berdoalah agar kita dijauhkan dari kematian2 yang dasyat seperti ini.. Mon 23-Jun-2008 04:47
Posted by:.:HanifAzman:.  - [Link]
aku rasa aku tertgk eksiden ni...dekat sg petani..tatau eksiden dg sapa tp ada bas bawak budak PLKN kat tepi Mon 23-Jun-2008 08:15
Posted by:unnamed
View all 52 comments Add comment


Sunday, 25-May-2008 23:57 Email | Share | | Bookmark
Wajah Laut Dan Perahu Tua

 
 
 
View all 7 photos...




Cuba lihat kartun Lat yang disiarkan di NST hari ini. Amat sinis namun itulah hakikat pedih yang terpaksa diterima oleh seluruh rakyat Malaysia semenjak Jumaat lalu. Saya masih sedih dan saya yakin kebanyakan anda pun begitu juga. Satu lagi hakmilik negara berpindah tangan kepada orang lain. Cuba baca pandangan bernas Prof. Ramlah Adam dalam Utusan Meloya Jumaat lalu. Satu pandangan ikhlas yang patut diberi perhatian oleh kita semua. Kegagalan memahami sejarah menyebabkan kita mengambil mudah apa yang sepatutnya ada di tangan kita. Ini merujuk kepada surat tahun 1953 oleh Pemangku SUK Johor yang menulis bahawa Johor tidak menuntut ketuanan ke atas Pulau Batu Puteh. Surat tersebut begitu ringkas, nampak dibuat tanpa penulisnya melihat sejarah sebenar dan akibat yang akan berlaku disebabkan surat yang ditulisnya itu. Akibatnya anak cucu pada hari ini yang mendapat balanya. Semua itu adalah satu pengajaran pedih buat kita. Sebelum mengambil keputusan maka renungkanlah dan buatlah pertimbangan yang wajar dan waras. Ini kerana implikasi terhadap sesuau keputusan tidak semestinya berlaku pada masa itu juga tetapi mungkin akan berlaku kepada generasi selepas itu. Apa yang dimiliki, apabila terlepas kepada orang lain maka hampir mustahil untuk dimiliki semula. Belasungkawa buat Malaysia......

beza giler dr pic ori biler dh edit

FP Updated - "Pre-Wedding"
Tue 27-May-2008 17:45
Posted by:++ FarEast ++  - [Link]
mcm iklan time merdeka few years back.. message pn sama gak.. i guess kite xle act bluntly without thinking of the consequences kan.. hopefully batu putih will make us realized that we shouldnt take things for granted
re: spanish.. mmg title dlm spanish all this while
Wed 28-May-2008 13:46
Posted by:ira  - [Link]
nice pic dan fp...adik suka tgk...jgn lupa add lin adik tau Wed 28-May-2008 15:21
Posted by:ahamd syafiq akram syafiq.amir@gmail.com  - [Link]
View all 38 comments Add comment


Thursday, 22-May-2008 10:57 Email | Share | | Bookmark
Lepak Gandum

Lepak Gandum


Pertamanya jangan nilai diriku sebagai penyokong MU hanya kerana daku memakai jersinya. Ada banyak lagi jersi bola team lain yang ada di dalam almari pakaian. Sebetulnya jersi-jersi itu saya beli hanya kerana tertarik dengan designnya dan tak lebih dari itu. Saya tak lansung ikut perkembangan dunia bolasepak atau kenal mana-mana pemainnya. Ganjil....tak adalah, kalau jersi Papua New Guinea cantik dan menarik perhatian mata pun saya akan beli juga.

Jangan keliru dengan tajuk lepak gandum itu. Bukanlah saya melepak sambil membuat gandum, jauh sekali mengulinya. Ia satu istilah yang direka kawan saya, Ustaz Najah Salam, lebih 10 tahun dulu yang membuatkan saya sering teringatkannya. Ia seolah lepak atau rileks yang teramat sangat. Gambar ini bukanlah lepak dalam erti kata yang sebenarnya. Ia adalah kemahuan jurugambar yang mahu gambarnya diambil lantaran gambarnya amat jarang diabadikan. Tanpa tripod, maka diletakkanlah kamera itu di atas meja lalu syok sendirilah dia berposing. Kalau tak syok sendiri, siapalah yang dapat mensyokkan kita......

Saya sedang menjalankan kerja-kerja temuduga di Seremban sekarang ini. Outstation ke Langkawi minggu depan nampaknya tak jadi. Terpaksalah batalkan tiket yang telah ditempah awal. Kadang-kadang naik bosan bila interview orang. Lebih-lebih lagi bila kita yang banyak bercakap berbanding makhluk yang ditemuduga. 10 kita bercakap, 1 yang dia balas. Habih camno pakcik nak nilai. Antara satu soalan mudah yang biasa saya tanya bila sampai bab pengetahuan am ialah, wajah siapakah yang terpapar pada duit kertas Malaysia. Ramai yang tidak mampu menjawab soalan mudah tersebut. Ada yang kata ia wajah PM pertama Tunku Abdul Rahman. Ada juga yang kata ia wajah gabenor Bank Negara. Hebat betullah gabenor kita kalau macam tu sebab tak pernah dengar lagi ada negara yang cetak wajah gabenor bank pada duit kertasnya. Kalau dijawab Yang di-Pertuan Agong pun ada yang jawab Agong yang ke-tiga. Kalau betul Agong yang pertama, tak tahu pula namanya. Tapi saya geram dengan rakyat Negeri Sembilan yang tak dapat jawab soalan ini kerana wajah itu juga merupakan wajah Yam Tuan mereka. Paling popular jawapan wajah itu adalah Tunku Abdul Rahman. Mungkin juga keliru kerana baginda juga bernama Tuanku Abdul Rahman. Hanya kalimah Tunku dan Tuanku yang membezakan.

Jadi teman sekelian, belek kembali wajah yang anda simpan di dalam dompet itu, di samping gambar lain yang ada di dompet anda. Anda patut kenal sebab anda bawa wajahnya bersama setiap hari. Kalau anda boleh kenal dengan wajah presiden amerika di matawangnya, maka amat wajarlah anda kenal pula dengan Agong kita sendiri.....



cayalah bro! Sun 25-May-2008 14:29
Posted by:syuksharkawi  - [Link]
lepak gandum??? dalam makna nih... Wed 28-May-2008 00:24
Posted by:tini  - [Link]
haha.. HALO dikidie...
cool seyh..
lets check it out mine..
hehe..
Sat 31-May-2008 12:01
Posted by:dinie...??? chek it out diniemasjuki@candidsyndrome.com  - [Link]
View all 37 comments Add comment


Tuesday, 20-May-2008 03:04 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 6 photos...


Lama tak jenguk fp sendiri. Setelah seminggu di Genting dulu, tak sempat masuk opis, sambung pula buat kerja-kerja pelupusan barang kapal di Langkawi, Pulau Pinang, Lumut dan Teluk Intan. Bila masuk opis Jumaat lepas tak juga dapat online sebab masalah ngan streamyx. Hari ini pun sama juga. Jadi saya pun hubungi TM minta depa selesaikan masalah ni. Sebelum ini bila saya hubungi diorang setakat selesaikan masalah melalui telefon aje. Tapi hari ini tup tup terpacul dua orang technician mereka untuk buat pemeriksaan. Rupanya salah satu cable rosak. Patut la pun. Mujurlah depa ni datang dan ganti. Kalau tak sampai raya tahun depan pun saya tak boleh online lagi. Gambar hari ini sebenarnya nak dimasukkan dalam entry sebelum ini, tapi tu la baru dapat upload 6 gambar lepas tu lansung tak boleh upload lagi. banyak juga gambar baru yang diambil minggu lepas. Rabu dan Khamis ni nak outstation lagi ke Seremban. Minggu depan nak ke Langkawi semula......kalau tak sempat update tu pepaham la ye....he he.

Gambar-gambar ni sebenarnya merupakan konvo kakak masa umur 5 tahun. Tahun ni masih lagi kat TAKIS, belum masuk sekolah rendah lagi. Tahun lepas kakak dapat no.1 dan dapat cenderamata serta hadiah. Jaja jeles sebab dia tak ada hadiah. So saya cakap kat Jaja (masa tu belum masuk sekolah lagi) tahun depan Jaja masuk sekolah belajar rajin-rajin macam kakak, kalau dapat nombor 1 nanti cikgu bagi hadiah. Dia diam aje (lepas tu terpaksa la ke kedai cari 'hadiah' untuk Jaja untuk elakkan 'cembeng' yang berterusan). Sekarang kakak & Jaja tengah sibuk dengan peperiksaan. Esok baru habis. Doa saya agar kecemerlangan kakak berterusan dan dapat dijejaki Jaja.

lov the editing

kalau sudi dtgla fp saya, pelancaran e-karya...
Thu 22-May-2008 08:54
Posted by:maylique  - [Link]
wah very nice..... btw Kita dah kembali ke Malaysia... dah lama tak update FP. Dok luar byk masa...ohh visitlah my FP Thu 22-May-2008 09:14
Posted by:Sabrina FP  - [Link]
...kenangan di hari konvo... asas untuk melangkah ke pentas konvo
yang lebih tinggi di masa depan...
Thu 22-May-2008 11:29
Posted by:ezaiedinRIN  - [Link]
View all 40 comments Add comment


Thursday, 8-May-2008 20:01 Email | Share | | Bookmark
Siri Gambar Tak Sempar Siar pt.6 - Konvo Kakak 2007 II

 
 
 
View all 6 photos...

salam...wah soo cute girl..congrates on your konvo day!hehe..
kena tag!visit me
Mon 19-May-2008 15:10
Posted by:ito itoyusof@gmail.com  - [Link]
dah konvo yer...nanti besar boleh konvo macam aunty yer...(2 kali konvo lagi tau... )nanti besar jd anak yg berbakti kepada ayah ibu dan masyarakat yer.... Wed 21-May-2008 01:14
Posted by:cinta cintasatu_78@yahoo.com  - [Link]
tahniah.......... Wed 21-May-2008 06:22
Posted by:ijulabi  - [Link]
View all 47 comments Add comment


Wednesday, 7-May-2008 10:27 Email | Share | | Bookmark
Siri Gambar Tak Sempar Siar pt.5 - Konvo Kakak 2007

 
 
 
View all 11 photos...


Sambung lagi siri gambar yang lama sangat terperap. Ada banyak lagi sebenarnya. Kekadang rasa malas nak upload. Tapi kalau simpan saja pun tak boleh jadi juga. Sementara saya maleh nak ambik gambar baru ni, kita layan dululah koleksi lama...

Comelnya jelingan tu Wed 14-May-2008 03:51
Posted by:Mama Danish Faixaal
yea...dah konvo , kalau nak tengok picture aunty konvo pun boleh juga...layan la fp aunty nanti yer.... , salam perkenalan dari saya di love lane... Sun 18-May-2008 01:35
Posted by:cinta cintasatu_78@yahoo.com  - [Link]
chomey nyer b'tudung.... jue suker tag pic yg baru tu...cantik... Wed 21-May-2008 16:53
Posted by:jue  - [Link]
View all 45 comments Add comment


Monday, 5-May-2008 23:31 Email | Share | | Bookmark
Kakak & Jaja @ Batu Buruk

 
 
 
View all 9 photos...


Sejak Ahad lalu saya telah berkampung di Hotel Awana Genting Highland kerana mengikuti Kursus Advanced Management Development Program anjuran bersama INTAN dan Harvard Club of Malaysia. Asalnya nama saya lansung tiada untuk mengikuti kursus ini memandangkan calon-calonnya dipilih khas oleh JPA. Namun seorang sahabat yang tidak dapat hadir telah minta bantuan saya dan mencadangkannya kepada JPA. Kiranya rezeki sayalah untuk hadir ke kursus yang biasanya dirangka buat mereka yang bertaraf JUSA sahaja.

Pensyarah memang hebat-hebat dari Harvard, MIT, Yale dan pelbagai lagi U yang masyhur di US. Yang tak hebatnya saya sahaja yang semulajadi lemah Bahasa Inggeris. Tapi saya niatkan kehadiran ini untuk memperbaiki bahasa Inggeris saya. Saya akan berkursus sehingga Jumaat ini. Patutnya check out hari Sabtu tapi saya ingat nak balik hari Jumaat juga sebab saya dah boring dok kat Awana ni. Lagipun minggu depan nak outstation lagi. Mujurlah internet free kat hotel ni, boleh saya update sikit.

dah mcm komik aaaa....good montage.... Thu 8-May-2008 15:48
Posted by:norhazlan  - [Link]
perrggghhhhh....sejak kursus mat salleh ni abe dah fasih bahasa inggeris ke? Er..Good morning sir? Would u like to have a cup of coffee or just a empty cup? he he...biso sungguh demo ni.... Mon 12-May-2008 03:02
Posted by:Prince
salam bro......
wah ni ah macam kartun ala 3 dara pingitan
shuntek sekali adunannya erk
Thu 22-May-2008 22:38
Posted by:dOd  - [Link]
View all 33 comments Add comment


[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.