Want your
own Fotopage?









 
Ouled Kenitra's Fotopage

By: Ouled Kenitra

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 16-Jul-2008 00:15 Email | Share | | Bookmark
Siri Bilik pt II

 
 
 
View all 5 photos...





Apa macam debat malam tadi? Perkara paling rare berlaku dalam tv kita. Kalau selalu begini alangkah baiknya. Apabila semua maklumat dapat disalurkan di saluran awam, pastinya ia menjadi lebih rasmi sekaligus mengelakkan cerita ntah hapa hapa di internet. Saya tak mahu menyentuh siapa benar atau siapa salah. Cuma mahu berceloteh mengenai kehebatan kedua tokoh malam tadi berdebat. DSAI nampak berisi dengan fakta dan angka manakala pak menteri faktanya sedikit dan selalu diulang-ulang. Jawapannya banyak yang tidak menjawab soalan dan sekali sekala menyerang peribadi lawan. Apapun harapan rakyat seperti kita ini, kita hanya mahukan kehidupan yang boleh kita lalui dengan sebaiknya. Jika pihak kerajaan boleh membantu kita dalam bidang kuasanya, amatlah kita hargai dan alu-alukan. Saya percaya setiap perkara mesti mempunyai jalan penyelesaian. Kalau tidak tidak akan adalah pepatah Melayu yang berbunyi 'dimana ada kemahuan di situ ada jalan'......


Quote:
Siri bilik bersambung kembali dengan bahagian ke dua. Sebagai jurugambar sememangnya gambar kita sendiri amat jarang 'timbul'. Kalau nak kenalah ambil sendiri menggunakan tripod. Seperti yang anda maklum tripod saya tidak dapat digunakan pada masa itu. Maka saya susunkan sebuah meja dan sebuah kerusi kecil menggantikan tripod. Saya gunakan kemudahan lampu sedia ada di bilik dan inilah yang saya dapat dan paparkan untuk anda....



Aku begitu teruja dengan debat tu ......... kita dah macam ada kemajuan dalam kebebasan berpolitik ...... tapi harapnya janganlah kebebasan yang seperti ini nanti disalahgunakan. Tapi aku percaya, majoriti masyarakat kita terutama orang kita cukup bijak untuk menilai yang mana betul , yang mana tidak
By the way ........ shoot tu memang kreatif. Aku pun nak cuba nanti
Fri 18-Jul-2008 00:16
Posted by:baning  - [Link]
Debat untuk mencari kemenangan. Tapi tak ada juri pun
Daripada debat baik muzakarah. Capai kata sepakat
Ada orang kata DSAI belum mula pun dah menang. DSAI bukan MP atau Ketua mana2 parti politik. Hanya penasihat sahaja. Kenapa nak bedebat dengan orang yang tak pegang jawatan. Itu dah satu kemenangan
Fri 18-Jul-2008 05:00
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
Debat mmg menarik, lagi menarik kalau org no 1 atau no 2 kerajaan sanggup berdebat dengan DSAI...
Tu la pasal, biasanya jarang tgk gambar jurugambar.....
Fri 18-Jul-2008 06:17
Posted by:Mama Danish Faixaal  - [Link]
View all 41 comments Add comment


Monday, 14-Jul-2008 00:31 Email | Share | | Bookmark
Siri Bilik pt I

 


Lega rasanya menamatkan kursus Jumaat tempohari. Tinggal lagi satu siri/2 modul yang akan berlansung pada bulan depan dari 11-15 haribulan. Tak sabar rasanya nak menghabiskan kursus ini sebab penat kepala otak nak membaca reading material serta mendengar syarahan para professor Harvard ini. Sampai di rumah anak-anak menyambut dengan riang.Madihah minta didukung dan melekat dengan ayahnya buat beberapa ketika.

Maka benarlah kata orang bahawa anak-anak itu merupakan penyeri rumah tangga. Diri yang letih pulang dari kerja akan terubat disambut keriangan anak-anak. Anak-anak saya setiap pagi akan sebolehnya menghantar saya dipintu, memberi kucupan dan pelukan serta lambaian selamat. Si Jaja boleh merajuk atau rosak mood paginya jikalau tak melambai saya sebelum ke tempat kerja.

Jikalau anda belum berumahtangga, segeralah berbuat demikian untuk merasai detik-detik membahagiakan ini, kecualilah jikalau anda belum akil baligh atau masih di bangku sekolah lagi. Buat yang dah cukup syarat, berkemampuan, maka buatlah perancangan. Kalau kata tak ada pilihan hati lagi, susah-susah minta sahaja emak ayah carikan. Cara lama? Entahlah, tapi itu lebih elok daripada lama membujang tak tentu haluan. Lainlah jikalau anda hendak mengikut jejak beberapa orang ulama’ silam yang membujang sampai ke mati semata-mata kerana hendak mencari ilmu pengetahuan serta mengembangkan dakwah.

Apa tunggu lagi, telefonlah emak kat rumah……..

Quote:
Bilik hotel biasanya tak ada apa yang menarik untuk bahan fotografi. Lebih-lebih lagi apabila kita dah terlampau kerap menginapi bilik sedemikian (sebab masa mula-mula duduk hotel dulupun dah puas mengambil gambar di dalamnya). Namun bila saya tertinggal tapak tripod tempohari (dan saya pun malas nak keluar) rasa sia-sia pula jikalau kamera yang dibawa tidak digunakan. Otak perlu digerakkan, ganti tripod perlu didapatkan. Maka meja serta kerusi yang ada di bilik digunakan sebaiknya untuk menegakkan kamera. Dalam 3 entry berturut-turut saya akan paparkan apa yang saya lakukan dalam persekitaran bilik yang saya ubah menjadi ‘studio’ fotografi saya. Mungkin agak hampeh. Namun kelapo itu sebolum menjadi hampeh, buleh dipoghah isinyo untuk mendapekkan santan…..

bro, salute la kat bro.... ingatkan buat discussion ngan team group. bila tgk balik semuanya muka bro Tue 15-Jul-2008 23:56
Posted by:azurahakim @ ibu arina aisyah seymour77@yahoo.com  - [Link]
wah, kembar lima!
mmg betul. anak lah segalanya. letih² tgk muka anak² teros ilang suma letih-lesu
Wed 16-Jul-2008 14:29
Posted by:norsham ~ mommy sofie  - [Link]
Ilustrasi yg sangat menarik Thu 24-Jul-2008 17:03
Posted by:paparock  - [Link]
View all 42 comments Add comment


Thursday, 10-Jul-2008 11:36 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 6 photos...








aik? kt mana nih? xdak sesi penerangan ka tuan umah?? Thu 17-Jul-2008 03:12
Posted by:farah  - [Link]
mak aih... memalam mesti takut kalo ada mende-mende nih. Thu 17-Jul-2008 04:18
Posted by:a passer-by Fazira_est_belle ctfazfarisi@yahoo.com  - [Link]
pergghhh.... mcm dlm citer disney plak... Thu 17-Jul-2008 08:33
Posted by:madi  - [Link]
View all 25 comments Add comment


Sunday, 6-Jul-2008 13:42 Email | Share | | Bookmark
Daku Datang Lagi Ke Sini

 


Daku datang lagi ke Genting ini. Rasa bosan juga. Ini kali yang ke tiga tahun ini dalam masa tiga bulan berturut-turut. Kembali menyambung pengajian dengan pensyarah dari Harvard. Eloknya di Awana ni lebih elok berbanding First World yang biliknya kecil umpama sarang burung merpati. Macam biasa datang ke sini memang bawa senjata. Kaki tiga pun bawa sekali. Tapi baru nak pakai baru terperasan yang tapaknya tertinggal kat beg kamera di rumah. Aduss buat berat aje pikul jauh-jauh. Tu yang rasa hilang mood nak menembak tu......

Saya tak boleh mewarnakan tulisan dalam sesuatu entry. Ada apa-apa setting yang tak kena ke?


Semakin hari gelangang Outlet Kenitra semakin menganas....banyak pengupasan bermanfaat dikerahkan....Syabas Thu 10-Jul-2008 05:31
Posted by:Mal Amara  - [Link]
La..tertinggal plak yer bro...tak bleh nak menembak cuba la plak menyabit... Thu 10-Jul-2008 06:45
Posted by:wawa ssalwa@yahoo.com  - [Link]
kalau nak tukar kaler font, kena tulis manually [color=apa-apa yang suka] perkataan yang nak diwarna, tutup dgn [/color] tulis sendiri haa... highlight2 ni dah tak main dah, kenapa entah Thu 10-Jul-2008 10:33
Posted by:lee lin  - [Link]
View all 45 comments Add comment


Friday, 4-Jul-2008 00:12 Email | Share | | Bookmark
Renungan Di Penghulu Hari

 
 
 


Pagi-pagi Jumaat ini, sambil duduk duduk melihat fail di meja atau mengatur persiapan kerja di meja, cuba fikir-fikir tentang ayat-ayat Al-Quran yang kita hafal. Kecuali seorang hafiz, pastinya kebanyakan ayat atau surah yang ada di dalam kepala kita adalah apa yang kita baca dan hafal semasa kita kanak-kanak. Justeru seribu penghargaan wajar kita ucapkan kepada ibu bapa kita serta guru Al Quran kita kerana walaupun tak banyak ada juga surah-surah yang melekat di dalam kepala yang boleh kita baca sewaktu bersolat. Andaikata kedua pihak ini tidak mengasuh kita dengan Al Quran serta menghafal surah-surah pendek pastinya jika hari ini sukar untuk kita membaca surah di dalam solat. Ini kerana bila kita semakin meningkat usia semakin sukar atau kurang daya penghafalan kita. Kecualilah kita memang dikurniakan Allah dengan daya ingatan dan penghafalan yang kuat walaupun telah berusia, tentunya itu satu kelebihan pula.

Saya sendiri mengakui untuk diri saya membuat hafalan sekarang adalah sesuatu yang agak sukar. Malam ini dihafal, pagi esok dah tergagap-gagap membacanya. Bukannya tidak boleh tapi usaha yang benar-benar gigih diperlukan, dan kegighan itulah yang belum kunjung tiba lagi. Kadang-kadang hati terusik apabila asyik membaca surah yang sama sahaja. Nak membaca yang panjang tak terhafal pula. Kadang-kadang rasa berdosa apabila sebilangan besar surah yang pernah dihafal hilang dari ingatan apabila jarang diamalkan.

Mungkin maksud daripada sepotong syair Arab ini boleh kita renungi. Saya tidak ingat (lupa lagi) siapa penuturnya, namun beliau mengadu tentang masalah hafalannya. Maksud syair itu berbunyi-

" Aku mengadu kepada Waqi' tentang kesusahan hafalanku,
Maka dia menasihati aku agar meninggalkan ma'asi (maksiat)".....

WalLahu aalam...

Quote:
Gambar di atas merupakan satu alat penyiksaan yang digunakan pada zaman lampau. Di didalam objek yang berbentuk keranda tersebut penuh dengan besi-besi tajam. Pesalah akan dimasukkan ke dalamnya dan apabila pintu ditutup besi-besi tajam didalamnya akan menikan pesalah tersebut sehingga mati....

Ada orang mengatakan hukum hudud itu zalim, rasanya yang ini yang zalim.......



Hafalan ni bagus kalau umur kanak2 4-7 tahun.. tak banyak makanan yang merapu masuk... kalau dah dewasa ni.......................... Mon 7-Jul-2008 09:45
Posted by:<<man>>  - [Link]
ehmm..betul lah, dah tua ni, makin slow pulak nak menghafal.. setuju ugak sbb mcm2 mknn merapu yg masuk , buat otak jadi sebu...
entry sgt menarik, pengisian juga menarik..
Tue 8-Jul-2008 02:22
Posted by:cak  - [Link]
salam

saya share satu pendekatan hafalan...rakan saya hafal quran 9 bulan di usa... malu plak..hehe..

al-quran mayshaf uthmani ada 15 baris satu muka surat. bahagi 3...5 baris.... hafal 5 baris ..dan jgn ke hadapan jika masih belum hafal... insyaAllah..if jaga al-quran... hati kotor itu akan terkikis karat-karatnya sikit demi sedikit....insyaAllah... dan jgn tinggal baca walaupun sehari 5 ayat...

dan lagi best...setiap 5 ayat itu direnung, difikir, dan di amalkan pada kemampuan diri...fuuuhh!!!... moga lahir semula zaman kegemilangan Islam dalam setiap bidang....(akibat kesan taqwa dan kajian al-quran) =D
Wed 9-Jul-2008 10:18
Posted by:otosan agmnhob@gmail.com  - [Link]
View all 34 comments Add comment


Wednesday, 2-Jul-2008 00:06 Email | Share | | Bookmark
Kepala Kecut

 
 



Dalam kehidupan harian anda, pernahkah anda bertemu manusia yang merasakan hanya dirinya sahaja yang betul, pandangan yang lain salah, tidak betul dan boleh diperlekehkan? Kalau bercakap dialah yang tahu segala-galanya, dialah yang pakar dan dialah yang hebat. Dan kalau anda lihat pula tuan punya badan, adakah anda dapat melihat kehebatan yang ada padanya sepertimana hebatnya insan seperti ini berbicara?

ini ramai di negara kita sampai naik letih dibuatnya. Biasanya manusia tak reti bahasa ini payah nak dibawa berbincang atau bermesyuarat. Dalam perbincangan suka mencadangkan sesuatu tetapi apabila diminta untuk melaksanakan cadangan tersebut dialah yang mula-mula mengundurkan diri, "saya mencadangkan aje, biarlah orang lain yang buat!". Kadang-kadang suka cakap dibelakang, "Kalaulah aku jadi dia aku tak akan buat macam tu, aku akan buat begitu begitu....Orang seperti ". Yang sebenarnya orang seperti ini tahu atau buat-buat tak tahu bahawa dia sebenarnya tidaklah sehebat mana atau tak hebat lansung. Mulutnya hanya mampu berkata tapi untuk melaksanakannnya dia sendiri zero. Bagi saya jika manusia seperti ini hebat, mereka tidak akan berada pada kedudukan mereka ini sekarang. Jika mereka hebat mungkin ketika ini mereka merupakan seseorang yang dihargai pandangan serta pekerjaannya serta terbukti membawa perubahan besar kepada masyarakat atau negara. Tapi orang seperti ini nampak hidupnya sendiripun tidak teratur, masih pada takuk lama dan tidak peka kepada perubahan. Sememangnya sukar untuk memberi nasihat kepada manusia seperti ini, tapi apa nak buat mereka masih berada di sekeliling kita. Anggukkan sahajalah kepala bila mereka berbicara dengan harapan mereka akan segera beredar. Yang penting kita sendiri perlu tingkatkan usaha agar lebih bagus daripada manusia seperti ini.

Ada mata pandang
Ada telinga dengar
Ada mulut diam....

Quote:
Semasa mengedit gambar di atas, jam hampir pukul 11 malam. Kerana komputer riba yang lembab, sementara menunggu ia beroperasi semula saya baring di atas tikar. Sedar-sedar jam menghampiri ke angka 5 pagi. Adusss.....saya sudahkan kerja dan masuk tidur hanya untuk bangun semula sejam kemudian.....

biasalah manusia kan. cakap mmg pandai tp buatnya ampeh! Sat 5-Jul-2008 09:25
Posted by:norsham ~ mommy sofie  - [Link]
betul apa yang ouled kenitra perkatakan tu...ramai orang yang cam gini... Tue 8-Jul-2008 01:59
Posted by:boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com  - [Link]
wau...hebat
http://dinyraof.fotopages.com
Tue 15-Jul-2008 02:06
Posted by:suhaimi suhaimisabli@gmail.com
View all 25 comments Add comment


Friday, 27-Jun-2008 00:30 Email | Share | | Bookmark
Tanpa Ayah Sapolah Kito

 
 
 



"Kek ghumah rapat dongan sapo?"
"Dongan omak".
"Anak laki, biaso la yo tak. Ayah garang ko?"
"Garang la jugak"
"Ayah kito garang sobab nak kito jadi oghang....."

Perbualan di atas berlaku antara saya dengan seorang Ustaz bernama Ustaz Zulkifli semasa saya bersekolah di tingkatan empat atau lima dulu. Perbualan tersebut telah berlaku berbelas-belas tahun dahulu. Walaupun banyak perkara yang kami bualkan pada hari itu, dialog ini sahajalah yang masih berbekas dalam kepala saya sampai hari ini.

Sebagai anak sulung kadang-kadang saya merasakan tidak mendapat apa-apa keistimewaan berbanding adik-adik yang lain. Ayah mahu saya berusaha keras dalam pelajaran agar menjadi contoh kepada adik-adik. Semasa dalam tahun menghadapi peperiksaan penilaian darjah 5 perjalanan hidup saya diubah secara drastik. Tiada lagi tv pada waktu malam, waktu hanya untuk menelaah pelajaran. Hingga pernah satu ketika ketika saya tertidur di atas kerusi ketika membaca saya terus dimarahi. Hampir setiap malam juga saya dihantar ke rumah rakan ayah yang merupakan seorang guru untuk mendapatkan kelas tambahan. Pelajaran percuma ini kalau tak silap saya adalah hasrat rakan ayah saya itu sendiri. Sehingga hari ini jasa mereka masih saya ingat kerana itulah titik tolak saya lebih bersungguh untuk belajar. Saya di sekolah tidaklah pandai sangat. Pernah satu ketika saya mendapat tempat yang teruk dalam peperiksaan iaitu nombor 44. Ayah tak mahu menandatangani report card saya membuatkan saya terpaksa merayu kepada emak pula. Tapi saya tahu ayah bangga apabila saya menjadi orang pertama dalam kaum kerabat saya yang berjaya ke universiti serta yang pertama ke luar negara.

Walaupun hari bapa telah berlalu, tapi bagi saya, saya menyambutnya setiap hari. Entry ini saya dedikasikan buat insan yang telah mendidik dan membesarkan saya. Saya sayang ayah.

saya pon sayang ayah saya.. Wed 2-Jul-2008 00:08
Posted by:tini  - [Link]
sayang bapak aku... tapi ntah nape dalam family aku, kalo anak pompuan semua pun lebih rapat dengan bapak berbanding anak laki. bukan aku je, sepupu-sepupu aku pun sama. maybe sebab bapak-bapak dalam family aku lebih-lebihkan anak perempuan kot. nak apa senang dapat berbanding dengan anak laki yang leceh sket nak apape. Wed 2-Jul-2008 05:59
Posted by:a passer-by Fazira_est_belle ctfazfarisi@yahoo.com  - [Link]
ambo sokong.....sayang mak ayah sokmo2..... Wed 2-Jul-2008 06:26
Posted by:pokleyimages  - [Link]
View all 37 comments Add comment


Wednesday, 25-Jun-2008 00:31 Email | Share | | Bookmark
Sudah Jatuh Ditimpa Buku

 


Semasa zaman kanak-kanak saya ramai orang dewasa terutamanya para guru amat tidak senang dengan tabiat membaca majalah kartun/komik terutamanya Gila-Gila. Mereka berpendapat majalah seperti itu lansung tidak membawa faedah kepada pembacanya. Namun saya mempunyai pendapat yang berbeza. Ayah saya dahulu membeli majalah Gila-Gila setiap kali keluarannya. setiap kali ayah membawa pulang majalah tersebut ke rumah saya tidak sabar-sabar untuk membacanya. Biasanya saya membaca majalah tersebut sebanyak dua kali khatam. Secara tidak sedar majalah seperti itu menanamkan minat suka membaca dalam diri saya. Apabila pulang dari sekolah sebelum makan tengahari, saya akan mencari apa sahaja bahan bacaan yang saya belek sambil menjamah hidangan tengahari. Kadangkala helaian suratkhabar lama yang ada di atas meja makan juga akan saya baca sambil makan.

Saya bertuah kerana ketika itu ada rakan-rakan yang memperkenalkan saya dengan perpustakaan. saya mendaftarkan diri menjadi ahli di Perbadanan Perpustakaan Awam Seremban yang terletak hampir dengan Wisma Persekutuan. Kini bangunan perpustakaan tersebut telah tiada lagi berganti dengan sebuah kedai menjual kenderaan Perodua. Saya berjalan kaki dari rumah ke Bandar Seremban lebih kurang 6 ke 7 kilometer untuk ke perpustakaan. Perpustakaan biasanya penuh dengan pengunjung pada hari Sabtu. Tempat duduknya akan dipenuhi dengan para pelajar yang mentelaah pelajaran, sampai tempat di bahagian kanak-kanak pun habis mereka sapu. saya suka meminjam buku yang tebal-tebal kerana saya tidak puas membaca bahan bacaan yang nipis. Tentunya pada ketika itu buku-buku tulisan Enid Blyton dan Alfred Hitchcock lah yang paling mendapat sambutan kanak-kanak. Selepas ke perpustakaan saya dan kawan-kawan kadangkala menjamu hidangan di sebuah gerai mamak berhampiran. Sekeping roti canai dan segelas air kosong dikongsi beramai-ramai sampai lima orang. Pernah seorang kakitangan kerajaan yang ada minum di situ membelanja kami makan apabila kesian melihatkan kami beramai-ramai makan sekeping roti canai.

Sekarang minat membaca itu masih saya teruskan cuma masanya saja yang amat terhad. Tahun ini, setakat hari ini, saya hanya dapat menyudahkan 17 buah buku tidak termasuk majalah dan buku yang hanya saya baca chapter tertentu sahaja. Walaupun tidak banyak buku yang mampu dibaca saya masih terus membeli buku setiap kali pergi ke kedai buku. Dan masih ada banyak lagi buku yang dibeli tahun lepas masih belum dibaca dan saya tidak tahu bila saya boleh melakukannya.

kajian menunjukkan rakyat Malaysia hanya membaca sehelai muka sahaja setahun dan saya berusaha untuk menidakkan kajian tersebut.

hehee... koleksi gila2 jaman dolu2 mmg bnyk sgt... nk simpan wat semak... nk buang sayang... nostalgia beb... Thu 26-Jun-2008 18:55
Posted by:adett  - [Link]
mak saya dulu nasihat yang sampai skrg mmg saya ingat dlm hati..
::. kalau kita gaduh kawan lari, kita dah takde kawan, tapi kalau kawan dgn buku sampai bila-bila pun dia kawan kita .::
Mon 30-Jun-2008 17:25
Posted by:itolee leeto79@streamyx.com  - [Link]
: : samala....kat rumah dulu mmg pnuh majalah gila2....seronok mmbacanya..sekarng ni puun masih mentelaah
lagi komik2 namun dikembangkan dgn buku2 ilmiah yang lain...tidak rugi kita membaca..mncari buah fikiran
menemui ilmu yang baru.insya-Allah...
Tue 1-Jul-2008 06:05
Posted by:lei  - [Link]
View all 51 comments Add comment


Monday, 23-Jun-2008 00:29 Email | Share | | Bookmark
Menjengah Dunia Gelap

 
 
 

Model : Rizal Zaidi dan tali kambing
Lokasi : Muzium Ripley's Believe It Or Not

Beberapa minggu lalu di Malaysia Hari Ini saya menonton temubual dengan seorang pensyarah fotografi yang akan mengadakan satu pameran solo. Pameran yang akan diadakan memang menarik kerana beliau mempamerkan gambar-gambar yang diambil di penjara Pudu. Beliau mengambil masa lebih dari tiga bulan mengambil gambar di penjara tersebut bagi memastikan hasil yang bermutu tinggi. Ada gambar yang diambil memakan masa sehingga 6 jam lamanya (untuk sekeping) kerana beliau hanya mahu menggunakan cahaya semulajadi. Menggunakan kamera SLR yang saya lupa jenamanya, agak unik kerana viewfindernya terletak di atas, beliau memilih untuk mencetak gambarnya dalam medium hitam putih. Walaupun saya tidak melawat pameran tersebut, namun dari gambar yang disiarkan semasa temubual tersebut saya amat kagum dengan air tangan beliau. Medium hitam putih ternyata memperlihatkan lebih banyak emosi, perasaan seram, kesedihan dan kesuraman. Namun yang amat saya kagum adalah kesabaran beliau yang sanggup mengambil masa yang cukup lama demi memastikan hasil yang amat sempurna.
Dalam pada itu di sebuah akhbar berbahasa Inggeris minggu lalu timbul semula berita mengenai pembangunan yang akan dilakukan di penjara Pudu dimana bangunan bersejarah tersebut akan dirobohkan demi memberi laluan kepada pembangunan. Saya tidak tahu apakah langkah itu tepat atau tidak kerana ia akan menghilangkan terus satu kesan sejarah. Lantas saya teringat pada kitab Hikayat Abdullah apabila Munsyi Abdullah mencatatkan mengenai perobohan A Famosa oleh Inggeris apabila mereka mengambil alih kuasa negeri Melaka. Apabila Stamford Raffles tiba di Melaka beliau telah terlambat dan hanya sempat menghalang perobohan baki kota seperti apa yang dapat kita lihat pada hari ini di Melaka. Maka bayangkanlah jikalau pada hari ini Porta de Santiago ini masih lagi wujud di Melaka. Di Maghribi, jikalau anda berkesempatan melawatnya, anda masih boleh melihat kota-kota peninggalan kerajaan Islam lampau yang masih kukuh seperti yang terdapat di Rabat, Casablanca, Fest, Kenitra, Sale, Marrakech dan di beberapa kota lagi. Bahkan tasik tempat Tariq bin Ziad melatih tenteranya berenang sebelum menyeberang ke Gibraltar (Jabal Tariq) masih lagi ada dikelilingi pepohon zaitun yang berusia ratusan tahun lamanya.
Justeru apa yang saya harapkan agar UDA, pihak yang menguruskan kawasan itu sekarang, berfikir dengan wajar dan mengambil tindakan yang tidak merugikan khazanah Negara. Apa yang musnah tidak akan dapat dikembalikan semula, kerana apa yang dibina selepas itu hanyalah tidak lebih dari sebuah replika.



External hard disk saya korup.....habis semua gambar yang dah di edit, gambar-gambar rujukan, fail-fail muzik dan video hilang dan terpaksa dikorbankan......arghhhhhh!!!

salam bang... sihat ko? lamo dah den tak singgah sini...
soram lak dek nengok an gamba2 ni ha...
Fri 4-Jul-2008 08:35
Posted by:e c a h  - [Link]
sungguh padat dengan informasi lah page nie Fri 4-Jul-2008 11:49
Posted by:qasihlegion qasihlegion@yahoo.com  - [Link]
Satu yg aku tabik kat hang, creative dan creative dan creative...Tapi nak majuk gak kat hang pasal satu perkara. Awat hang tak dtg time kenduri kawin aku?...huhuhu Tue 8-Jul-2008 04:06
Posted by:azah azzah_idris@yahoo.com
View all 56 comments Add comment


Friday, 20-Jun-2008 02:40 Email | Share | | Bookmark
Lotih Kepalo Ese

 


Letih yang amat sangat rasanya sekarang ini. Bukan letih kerana bersukan atau bekerja, tetapi letih melihat pesta kenaikan harga barangan sekarang ini. Apabila memandu, mata saya kerap melihat meter minyak di dashboard. Apabila jarumnya mula bergerak ke bawah hati mula gusar kerana ia tanda akan ada RM yang akan melayang. Beras yang saya biasa makan iaitu herbal phoni Taj Mahal sudah beberapa bulan tidak nampak di pasaran. Agak menggusarkan bagi pengidap diabetes kerana beras jenama lain kandungan kanjinya amat tinggi berbanding beras tersebut. Pastinya anda telah mula mengambil langkah berjimat cermat di dalam perbelanjaan. Saya juga begitu. Namun kadang-kadang terfikir juga yang saya mengetatkan perbalanjaan hanya kerana mahu membeli petrol bagi menggerakkan kenderaan. Tak pasal-pasal barangan lain terpaksa dikurangkan pembeliannya.

Kebanyakan pembelian petrol ini pasti halanya adalah untuk kegunaan kita ke pejabat. Rasa macam jatuh miskin pula. Namun disebalik itu saya tahu ada yang lebih derita lagi terutamanya golongan yang berpendapatan rendah. Alangkan saya yang berpendapatann tetap ini terasa susahnya, golongan seperti ini berlebih lagilah. Saya tidak mahu menunding jari ke mana-mana pihak. Apa yang saya harapkan hanyalah satu langkah yang bijak dapat diambil agar keadaan menjadi 'tenang' seperti sediakala......amin.

gmbo kt atas nun, mmg bagus punye
tp hrga petrol, brg2 lain... tak bagus punyee
Sun 22-Jun-2008 18:15
Posted by:adett  - [Link]
Samo la brader ..... den pun poning gak. Raso lopeh ni kono naik beskal ko pojabek ..... cam kay Cino ni Tue 24-Jun-2008 00:23
Posted by:baning  - [Link]
cantik boto gmbr tu...sungguh menonangkan hati...sopi...aman.. Tue 8-Jul-2008 05:46
Posted by:sopitkotam syighaz@yahoo.com  - [Link]
View all 58 comments Add comment


[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.