Want your
own Fotopage?









 
Ouled Kenitra's Fotopage

By: Ouled Kenitra

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]
Friday, 22-Aug-2008 01:52 Email | Share | | Bookmark
Koboi Kampung Petaseh, Jelobu

 
 
 
View all 6 photos...



Hari ni eden tak ado mood nak edit dan lotak gambar banyak-banyak. Nak ko fp sahabat pun tak sompek hari ni. Kepalo eden ado sikit poning laei. Jadi den lotak sikit gambar apo yang den nak paparkan minggu dopan. Minggu dopan buleh tengok lombu menyungkam makan tanah dongan koboi-koboinyo sekali.

MAHA dah abiss...
tapi malam ni ada petunjukan bunga api kat putrajaya
Sun 24-Aug-2008 04:13
Posted by:suargh  - [Link]
>> memang koboi habis ni...
Sun 24-Aug-2008 18:41
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
tattoooooooooooooooooo! tgk sakit, buat dah tentu lg sakit! Sat 30-Aug-2008 12:15
Posted by:norsham ~ mommy sofie  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Monday, 18-Aug-2008 23:54 Email | Share | | Bookmark
Urusan Seri Paduka Baginda

 
 
 
View all 4 photos...


Alhamdulillah bertemu lagi kita. Saya demam semenjak petang Khamis minggu lepas. Hujung minggu saya dihabiskan dengan melepek macam orang tak ada tulang. Tak larat betul saya nak bergerak. Kenduri kat rumah jiran pun saya Cuma sempat singgah sekejap, tak larat nak merewang. Saya minta maaf bebanyak dengan tuan rumah sebab saya benar-benar tak larat. Semalam saya ke pejabat. Walaupun badan ada rasa segar sedikit tapi kepala tu rasa macam di awing-awangan aje. Malas pula nak cuti sebab minggu lepas dah seminggu berkursus di INTAN. Haa lupa nak habaq yang minggu lepas saya berkursus di INTAN. Tu sebab tak ada sebarang update minggu lepas. Maka tamatlah kursus saya bersama pensyarah-pensyarah Harvard. Patutnya kursus tu dibuat di Awana, tetapi disebabkan ada komen pihak tertentu (dengarnya masuk Parlimen), maka diadakanlah di tempat awam. Namun hari ke tiga kursus itu kerajaan kembali mengeluarkan pekeliling membenarkan semula kursus-kursus kerajaan diadakan di hotel. Saya sememangnya merasakan aktiviti kerajaan yang diadakan di hotel itu bukanlah satu pembaziran kerana ia adalah satu cara menyokong industri perhotelan negara. Keuntungan hotel tersebut akan kembali semula kepada kerajaan dalam bentuk cukai. Pengusaha hotel memang terasa akan peritnya apabila kerajaan tidak lagi menggunakan premis mereka untuk acara rasmi. Saya pernah berbicara dengan seorang pengusaha hotel di Klang dan beliau mengakui pendapatan terbesar hotelnya datang dari agensi kerajaan.

Oh ya mengenai gambar light trail dalam entry di bawah itu sebenarnya saya ambil dari bilik hotel saya di Kuantan tempohari. Secara kebetulan bilik saya mengadap jalan simpang empat tersebut. Tripod yang dibawa saya tinggalkan di dalam kereta. Nak pergi ambil malas. Jadi saya sangkutkan kamera di atas tingkap dengan disokong oleh tapak (adapter) tripod. Tali kamera disangkutkan di atas bahu (ngeri woo kalau terjatuh menda ni) sambil tangan memegang kemas kamera tanpa bergerak selama 60 saat. Beberapa kali juga saya mencuba sehingga saya puas hati.



Lebih seminggu lalu saya berkunjung ke rumah Ustaz Iskandar kita (arrembawi.fotopages.com) yang pulang bercuti. Saya pergi pun sudah agak lewat dan sampai ketika jam menghampiri 7 malam. Saya lewat kerana disebalah paginya saya dan keluarga beserta ayah dan emak meronda kampung di Jelebu dan Kuala Pilah mengambil buah-buahan (sampai hari ini kesan bau durian masih belum hilang dari kereta saya). Orangnya hensem, tinggi dan slim slim shady….Saya ke sana kerana saya telah memesan sehelai jeket kulit Maghribi dari beliau sebelum pulang. Walaupun besar sedikit tapi kira ok lah sebab jeket kulit kambing Maghribi ni lembut dan cantik buatannya. Saya ingat nak beli selai lagilah.

Encik Zul Baning kita pun dah beberapa kali mesej saya tentang jadual pertunjukan rodeo. Cadangnya nak pergi minggu ni. Tapi tu lah, bila kesihatan badan ni pun rasanya masih lemah lagi ni. Harapannya Allah beri semula nikmat kesihatan itu, dan saya berpeluang untuk merakam gambar rodeo tersebut.



SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN DAN BULAN RAMADHAN Fri 29-Aug-2008 09:13
Posted by:Jamal_KL jack_photographer@yahoo.com  - [Link]
mmm.... cantik shot durian atas jalan tu.... sharp!

Happy Ramadhan!
Sat 30-Aug-2008 00:55
Posted by:ummabdrahmaan  - [Link]
dughian... dughian... pasai apa aku x mkn dughian...? Sat 30-Aug-2008 12:16
Posted by:norsham ~ mommy sofie  - [Link]
View all 28 comments Add comment


Friday, 8-Aug-2008 00:32 Email | Share | | Bookmark
Tatkala Ke'hampeh'an Melanda Membadai Ketenangan Kandang Kambing

 
 
 


Saya selamat sampai ke rumah semalam. Kerja pada hari Rabu bermula seawal 8 pagi di jeti APMM Kuala Terengganu, membawa ke limbungan Geliga di Kemaman dan seterusnya ke Kuantan dalam hari yang sama. Pengerusi pelupusan dan Pengarah Pentadbiran dari HQ, Puan M meneruskan perjalanan pulang ke Putrajaya, manakala saya memutuskan untuk bermalam sahaja di Kuantan kerana keletihan.

Esoknya di pejabat saya ada acara penting iaitu lawatan Datuk Hassan Malek, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Memang rugi jugalah kerana tak ada di pejabat masa tu. Tapi saya lebih memikirkan kebajikan pemandu yang membawa saya. Saya boleh minta dia terus memandu untuk pulang ke rumah pada hari Rabu itu dan sebagai anggota bawahan pastinya dia tidak akan berkata tidak. Jadi saya perlu meletakkan diri saya berada dalam kedudukan beliau untuk membuat keputusan. Saya tahu beliau penat dan jikalau kami terus pulang pastinya selepas itu kami akan musafir di dalam kegelapan malam memandangkan sewaktu tugasan habis waktu sudahpun menginjak hampir ke 6 petang. Saya tak mahu mengambil risiko berjalan malam dalam keadaan letih yang boleh berlaku sebarang kemungkinan.

Selain dari lawatan Timbalan Menteri, Puan M hadir ke pejabat saya dengan Dato' TKP Pengurusan untuk satu hal lain. Bila dia mendapati saya tiada, beliau menelefon saya sebaik lawatan beliau selesai dan bertanya di mana saya berada. Saya berterus terang yang saya bermalam di Kuantan kerana keletihan. Beliau mempertikaikan kerana beliau boleh pulang. Saya tak mahu menjawab kerana saya menghormatinya. Namun sahabat sekelian, sekiranya saya berada di tempat pemandu yang membawa kenderaan Puan M, saya pastinya tidak akan membantah lansung kerana dia boss kita. Letih macam manapun tugas akan diharung juga. Kalau beliau tanya sama ada larat atau tidak pun kita akan kata larat juga walaupun hakikatnya tidak. Kerana apa - kerana kita tak mahu bergaduh dengan boss, memandangkan kita akan bekerja banyak hari lagi dengan beliau. Tapi kita sendiri yang dipandu orang ke mana-mana, kenalah juga fikir kebajikan yang lain.

Saya juga tidak merasakan tindakan saya itu salah kerana semua kakitangan gomen maklum bahawa jika kerja luar, sehari sebelum adalah masa perjalanan, hari sebenar bekerja, dan sehari selepas bekerja adalah masa perjalanan. Ini bermakna sebanyak 3 hari adalah dikira masa bertugas di luar. Walaubagaimanapun jarang orang yang mengambil sehingga tiga hari. Biasanya orang akan menyudahkan segalanya dalam dua hari dan ada juga dalam sehari. Jadi saya tidaklah larat nak berjalan lagi dari Kuantan untuk pulang ke Klang, setelah sehari suntuk bermusafir sambil bertugas dari Kuala Terengganu ke Kuantan. Andai kata saya salah maka tukarkan sahajalah pekerja yang hina ini ke jabatan lain.

Saya sebenarnya melakukan kerja-kerja pelupusan. Memandangkan saya juga membawa kamera ke mana sahaja, Puan M turut minta saya mengambil gambar barang-barang yang dilupuskan. Saya melakukan dengan senang hati walaupun itu sepatutnya bukan kerja saya. Semuanya kerana kita minat dengan fotografi. Tapi itulah bila kita melakukan tugas di tempat orang sambil ke hulu ke hilir mengusung kamera, orang akan sangka kita anggota paling rendah. Dah itu yang menjadi pemikiran banyak orang gomen bahawa yang ambil gambar semasa bekerja tu pekerja tahap hampeh sahaja. Boleh nampak la bila panel yang lain sampai, krew atau anggota yang menunggu akan pergi bersalam dengan mereka, sampai kat mamat yang bawa kamera ni buat tak tau aje dia. Itulah hinanya bawa kamera sebagai anggota gomen ni, padahal saya salah seorang panel bukannya saja datang memantau.

Politik hampeh pejabat tak akan habis. Tapi sahabat sekelian, kita sebagai peminat bidang ini marilah kita angkat martabat peminat fotografi ini apabila ada peluang agar ia tidak terus dipandang hampeh.

Saya sedih.


apa nk buat.. kene gk la saba... tp mmg dh budaya org malaysia...asal zahirnya nampak hebat, di puja2.... kdg2 yg nmpak hebat ni, cuma 'nampak' saja... Mon 18-Aug-2008 04:52
Posted by:adett  - [Link]
Bos, terima kasih atas lawatan ke FP saya. Sila datang lagi. Ada gambor n isu hangat di http://abejai.fotopages.com
Mon 18-Aug-2008 05:15
Posted by:Zainuddin abg_jai@yahoo.com.my
sapa kata orang bawak kamera hampeh...memang betul tak reti nak hargai kreativiti orang...teruk sungguh politik orang kerajaan ye...aku baru tau...shot ni cantik giler bro...berbaloi ngan usaha yang dilakukan...sib baik tak jatuh hehe..dah ler letih kan..pepehal banyak bersabar ye Tue 26-Aug-2008 06:29
Posted by:kalin  - [Link]
View all 70 comments Add comment


Monday, 4-Aug-2008 05:10 Email | Share | | Bookmark
This Is Her Day

 
 
 
View all 18 photos...


Sehari suntuk saya cuba memuatkan gambar untuk entry hari ini. Dah pukul 4 petang barulah dapat masukkan semuanya. Entah komputer saya yang lembab ataupun fp ini sendiri yang bermasalah, WalLahu aalam.

Semalam kakak Majidah dan Jaja mewakili TAKIS mereka dalam satu pertandingan. Kakak masuk pertandingan reading competition manakala Jaja masuk mewarna. Saya pula menerima surat last minute dari TAKIS meminta untuk terlibat sebagai urusetia jemputan dan kebersihan.

Sewaktu diminta oleh teacher Mariam untuk kakak memasuki pertandingan membaca bahasa Inggeris itu dia enggan dan berasa agak takut. Mungkin kerana beliau tidak berapa yakin memandangkan tidak biasa membaca teks bahasa Inggeris. Kalau yang bahasa Melayu itu kami sendiri memang yakin kakak boleh membacanya dengan baik memandangkan umminya selalu memantau pembelajaran kakak di rumah. Sampai keluarlah air matanya kerana tidak mahu menurut. Namun saya dan umminya cuba juga untuk memberikan peransang sambil ummi berjanji untuk melatih kakak sampai boleh. Saya katakan pada kakak, mana ada benda yang senang dalam dunia ni. Kakak tu kalau ayah tak ajar cara makan nasi pun takkan kakak tahu macam mana nak makan (Ayat yang sama pernah ayah saya gunakan terhadap saya semasa kecil dulu!!).

Kakak mendapat teks The Crocodile and The Buffalo. Setiap hari isteri saya melatih kakak membaca. Saya ada juga melatih tetapi kakak tak berapa suka sebab saya garang sangat. Daripada merangkak-rangkak akhirnya kakak dapat membaca dengan baik sekali lepas dua minggu siap dengan intonasi tinggi rendah. Sehari sebelum pertandingan kami ajar pula kakak cara untuk memperkenalkan diri serta membaca seolah dia sedang berada di hari sebenar pertandingan. Kakak saya nampak cukup yakin dan saya sendiri yakin kakak akan pulang bersama salah satu hadiah utama. Jaja pula kami belikan crayon seperti yang diminta.



Pertandingan yang diadakan semalam itu berlansung di surau Darul Aman, Kg Bukit Kapar. Dihari pertandingan nama kakak tersenarai sebagai peserta nombor dua. Pada mulanya acara sepetutnya bermula dengan pertandingan hafazan. Namun disebabkan urusetia masih mahu menunggu peserta TAKIS dari cawangan lain, maka pertandingan dimulakan dengan membaca bahasa Inggeris. Sementara itu Jaja telahpun memulakan kerja mewarnanya di bilik sebelah dewan solat. Peserta pertama yang sepatutnya memulakan acara tidak dapat membaca, mungkin kerana takut dan gugup. Airmatanya juga mengalir keluar. Akhirnya beliau diberikan masa untuk berehat manakala kakak mengambil alih sebagai peserta pertama. Guru tadika memberi satu teks asal yang berwarna untuk digunakan kakak menggantikan teks fotostat yang digunakannya seharian untuk berlatih. Namun saya sempat menghalang dan mahukan kakak tetap membaca dari teks fotostat itu. Ini kerana bagi saya beliau telah biasa menatap teks fotostat itu semenjak dua minggu yang lalu. Sebarang pertukaran mungkin boleh mengganggu moodnya walaupun teksnya tetap sama. Akhirnya kakak membaca dengan teks latihannya. Pesan ummi agar kakak membaca dengan kuat dan jelas diikuti dengan baik. Saya amat puas hati dan merasakan bahawa kakak telah telah meletakkan satu benchmark kukuh yang perlu dilangkahi oleh peserta lain.



Sambil itu saya bergerak ke sana ke mari mengambil gambar. Sekejap ke tempat Jaja dan sekejap ke dewan solat. Pertandingan akhirnya tamat dan hadirin berehat sementara menunggu kedatangan ADUN Meru YB Dr. Haji Abdul Rani. Saya telah diminta oleh Teacher Mariam untuk menyambut kedatangan YB, yang mana saya rasa itu bukan satu tugas berat pada saya. Syukur juga kerana kerja-kerja saya selama ini banyak melibatkan VIP membuatkan saya tidak merasa sebarang masalah atau kekok untuk menjalankan tugas berkenaan.



Acara diteruskan dengan persembahan nasyid oleh kanak-kanak tadika yang mana kakak turut terlibat dalam acara tersebut. Hmm tak tahu pula saya kakak akan bernasyid pada hari itu sebab dia sendiri tak pernah beritahu dan saya pun tidak pernah nampak beliau menyanyi di rumah. Dalam ucapannya YB memuji persembahan kanak-kanak tadi dan menekankan tentang bakat anak-anak yang perlu dikembangkan ke arah kebaikan. YB juga menekankan peri pentingnya pendidikan kepada anak-anak serta akhlak yang mulia menurut acuan Islam.

Saat yang dinanti-nanti akhirnya tiba juga. Saya amat yakin bahawa kakak akan menang hari itu dan ternyata dugaan saya tepat. Kakak menerima hadiah daripada YB dan saya pula mengambil gambarnya bersama peserta yang lain. YB tidak dapat menghabiskan acara penyampaian hadiah tersebut dan terpaksa berangkan menunaikan komitmen yang lain pula. Saya bersalaman dengan YB dan keluar sekejap mengahantar beliau hingga ke tangga. Tiba-tiba kedengaran nama saya diumumkan untuk menyampaikan hadiah kepada para peserta yang lain. Aiseh, terpaksalah saya letakkan kamera di tepi dan meneruskan acara. Ralatnya, waktu saya menyampaikan hadiah itu gambar saya tidak dirakam, maka tiadalah bukti untuk saya tunjukkan (yang menyebabkan anda boleh kata alaa Ouled kelentonglah.....).



Jaja tidak berjaya dalam peraduan mewarna dan hanya menerima hadiah saguhati sahaja. Oklah daripada dia pulang dengan tangan kosong. nanti dia putih mata pula bila tengok kakak pulang dengan hadiah utama (Isteri saya memberitahu Jaja kata, Jaja sedihlah sebab tak dapat nombor dua.....)

Pada hari itu sebenarnya Madihah demam. Dah dua tiga hari sebenarnya. Kejap elok dan kemudia panas semula. Selepas pertandingan saya bawa semuanya ke klinik sebab ummi, kakak dan Jaja juga batuk. Mujurlah kakak tak batuk semasa bercerita. Selepas itu saya bertolak pula ke Shah Alam kerana hari semalam merupakan hari terakhir pameran buku di Kompleks PKNS. Sambil layan buku, kami turut layan perut di sana.

Selepas selesai semuanya, saya bawa pula keluarga menghala ke kilang BATA di Kapar untuk membeli kasut. Saya sebenarnya setiap kali lalu di Lebuhraya Shapadu akan menjenguk ke bawah jejantas untuk melihat bilakah kilang ini akan memasang khemah di luar kilangnya. Ini kerana bila ada khemah saya tahu akan ada jualan murah. Kasut di kilang ini memang murah. Lebih murah lagi kalau beli kasut yang direject. Reject pun bukannya sebab koyak atau cacat yang teruk. Kadang-kadang tu cuma gam terlebih sapu aje yang menyebabkan kasut itu di reject oleh QC. Saya belikan kasut sekolah anak-anak termasuk kasut untuk saya pakai sendiri untuk berjogging. Sampai dua pasang saya hadiahkan untuk diri saya. Dua pasang itupun tak sampai RM50. Tahun lepas di sini juga saya membeli kasut yang harga asalnya RM100 dengan harga RM25 sahaja. Cacatnya hanyalah kerana besi lubang talinya tercabut, manakala bahagian yang lain sihat walafiat adanya. Sesiapa yang nak kasut murah tu pergilah ke kilang ini. Tak ada hinanya pakai kasut reject ni. Dengan kasut begini anda pun tak akan merasa bersalah menggunakannya untuk aktiviti lasak seperti bersukan atau memanjat gunung.

Aktiviti saya amat padat semalam, dan saya rasa nak tido aje bila sampai ke rumah kroooh kroooh...



Quote:
Saya akan ke Terengganu esok (5 Ogos) untuk kerja. Maaf kalau hanya meninggalkan pantun sahaja di fp anda tanpa komen lain kerana saya mengejar masa. Sekarang pun dah pukul lima, time balik pejabat. Sesiapa yang ada di Ganu tu bolehlah call saya 012-9324342, saya ingat malam esok saya nak amik gambar......


Quote:
Baru haritu buat entry xhd jahanam. Dua hari lepas dia jahanam lagi. Walaupun boleh recover balik data dengan Recovery software, tapi tu la letih. Nak recover pun tak tutup komputer jugaklah dari petang sampai ke tengahari esoknya. Tak ada ke saintis nak tanam cip kat tangan, nanti boleh cucuk usb kat situ!!

TAHNIAH Thu 7-Aug-2008 12:14
Posted by:SyaidulAzam syaidul@yahoo.com.my  - [Link]
tima kasihhh...slamat kenalan...heheh
http://nbin47.fotopages.com/
Fri 8-Aug-2008 16:28
Posted by:nurul pem_361@yahoo.com  - [Link]
gambar tag tuh . .excellent ...... Thu 14-Aug-2008 14:00
Posted by:korok  - [Link]
View all 51 comments Add comment


Friday, 1-Aug-2008 01:47 Email | Share | | Bookmark
Seorang Jurugambar Di Pinggir Pentas Sebuah Konsert

ADUN Meru
 
 
View all 13 photos...


Pada Ahad lepas ada satu majlis malam kebudayaan yang diadakan di kampung tempat saya tinggal. Saya sebenarnya malas nak pergi walaupun tempat persembahan itu tidak sampaipun 2 kilometer dari rumah. Saya sedikit penat disebabkan baru sahaja pulang dari rumah orang tua di seremban pada petangnya. Tapi dalam pada penat dan rasa tak mahu pergi itupun tangan saya capai juga beg kamera, mengecas bateri kamera serta flash.

9.30 malam baru saya keluar dari rumah. Kalau orang gila persembahan rasanya sebelum maghrib lagi dah ada kat padang awam tu. Risau juga dengan masalah kesesakan atau tak ada parking walaupun ia cuma diadakan di kawasan kampung. Dari kawasan rumah saya sudah kedengaran gema suara dari pembesar suara. Dah start nampaknya. Saya hidupkan kereta, bagi panas sikit dan barulah bertolak ke padang.

Saya parking jauh sedikit supaya senang keluar bila nak balik nanti. Di atas padang telah ramai umat manusia duduk menikmati persembahan. Di atas pentas, seorang lelaki bersongkok, berkemeja putih dan melilitkan kain serba n di bahunya sedang membaca sajak. Dari satu sajak ke satu sajak sehingga saya mengira apakah pentas itu miliknya malam itu. Sajaknya kadang-kadang berbau politik, yang saya kira bukan di situ platformnya.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh ADUN Meru iaitu YB Dr Abd. Rani. Selain lelaki tadi, persembahan malam itu turut menampilkan seorang kanak-kanak lelaki yang juga membaca sajak serta persembahan nasyid oleh kumpulan In-Team dan Rabbani. Nampaknya saya telah terlepas persembahan Kentrong, persembahan bunyi-bunyian komuniti Jawa.

Saya ke hulu ke hilir mencari sudut yang sesuai. Kurang-kurangnya malam itu saya dapat berlatih mengambil gambar malam. Kadang-kadang saya berada di tepi pentas, dicelah orang ramai sehinggalah berdekatan benar dengan kedudukan tetamu VIP malam itu. Sedang saya leka mengambil gambar persembahan Rabbani, seorang lelaki bersongkok dan berpakaian batik berwarna merah mencuit belakang saya seraya berkata, “dari suratkhabar mana?”

“Tak ada mana, sendiri punya, janganlah takut!!”, balas saya kepada lelaki tersebut dan beliaupun beredar. Saya percaya soalan tersebut hanya dilontarkan kepada saya sahaja dan tidak kepada beberapa individu lain yang turut mengambil gambar memandangkan hanya saya yang menggunakan DSLR pada malam tersebut plus telephoto dan saya berani bergerak mencari angle serta selamba sahaja. Saya tak pasti jika beliau tidak suka kepada kehadiran wartawan dalam majlis persembahan itu. Tetapi bagi saya jika wartawan hadir sekalipun apakah salahnya. Sekurang-kurangnya ia satu publisiti kepada Pakatan Rakyat. Atau mereka takut wartawan akan memutarbelitkan cerita? Nasihat saya tak usahlah takut kalau kita tidak melakukan apa-apa kesalahan. Jikalau ada orang yang cuba membuat cerita bohong, kita tak rugi apa-apa. Yang berbohong dapat dosa yang difitnah itu tentunya mendapat pahala jika bersabar di atas ujian yang menimpa.

Namun yang pastinya segelintir masyarakat masih memandang individu yang menggunakan SLR ini sebagai orang suratkhabar atau media. Sewaktu mengambil gambar peristiwa banjir di Kelantan tahun lepas, seorang pekedai turut bertanya adakah saya ini dari TV3 atau RTM. Paling kurangpun jikalau anda balik kampung atau bersama rakan-rakan mereka akan kata haa tu wartawan tamil nesan dah sampai dah.

Cuma kadang-kadang pandangan masyarakat terhadap pengguna SLR ni ada juga bagusnya. Bila kita mengambil gambar di majlis tertentu kadang-kadang kita tidak berasa kekok untuk berada pada kedudukan paling hampir dengan subjek yang ingin diambil. Akses yang mudah diberikan untuk pergi ke mana-mana tanpa halangan. Semuanya kerana ada yang menyangka kita adalah official photographer walaupun hakikatnya tidak.

Kadang-kadang hati ini tersenyum sendiri memikirkan semua ini…….

setuju dengan dorang... "wartawan FP" Tue 5-Aug-2008 04:55
Posted by:a passer-by Fazira_est_belle ctfazfarisi@yahoo.com  - [Link]
tersenyum bila saya baca kisah sedara.... esp bila bab ada org dtg btanya dr suratkhabar mana... saya pun selalu jugak ler ditanya soalan seumpama itu... apa tidaknya, dtg dgn 'kamera canggih' (persepsi depa kita nih reporter)... masa saya dok praktis shoot gamab2 keta modifikasi kat RC Bazaar 2008 di Tmn Tasik Titiwangsa, ramai ler empunya keta yg tanya... "abg nih dari majalah keta mana?"... maybe depa nak bodek kasi up gamba keta depa dlm majalah keta yg blambak kt pasaran kot... saya hanya mampu senyum & terus buat keja... ada gak yg ngikut jer sy... maybe x puas hati sbb sy x jwb...

last2 dia blah bila sy jawab, "saya suka2 jer amik gamba"...
Thu 7-Aug-2008 12:42
Posted by:Madi shasmadi@gmail.com  - [Link]
ooooo...kau ikut ceramah PKR yeaa... he he.... Fri 8-Aug-2008 02:06
Posted by:Budak KPT
View all 44 comments Add comment


Wednesday, 30-Jul-2008 00:57 Email | Share | | Bookmark
Balada Tersungkurnya Sebuah External Hard Disk Rebah Parah

 



Malam Ahad yang lalu sekali lagi tragedi itu berlaku. Buat kali keduanya dalam masa hampir dua bulan external hard disk saya korup lagi. Letih kepala otak saya memikirkannya. Kalau kali yang pertama dulu saya terus sahaja formatkan hard disk tersebut setelah percubaan memulihkannya sendiri gagal, kali ini saya cuba pula bawanya ke kedai komputer. Namun saya hampa kerana cina kedai itu sendiripun tidak mampu untuk menyelamatkan data yang ada. Dia hanya menyatakan bahawa externak hard disk tersebut terpaksa di format semula.

Saya keluar dari kedai dengan perasaan kecewa namun masih dengan azam untuk menyelamatkan data di dalamnya. Tak dapat semua, sedikit pun cukuplah. Saya masuk ke dalam sebuah kedai menjual software dan mencari recovery software yang sesuai. Agak sukar untuk saya membuat pilihan kerana saya sendiri tidak tahu software mana satu yang reliable memandangkan saya sendiri tidak familiar dengan software yang ada di pasaran. Akhirnya saya memilih satu software (yang pastinya cap Captain Jack Sparrow).

Menggunakan software tersebut saya cuba memulihkan hard disk tanpa perlu memformatkannya tetapi masih gagal. Kemudian saya terpaksa formatkan hard disk dan cuba memulihkannya sekali lagi menggunakan software lanun tersebut. Alhamdulillah cubaan saya berjaya. Hampir separuh dari fail yang ada dapat dikembalikan. Walaupun begitu ada juga fail yang berjaya diperolehi kembali tidak dapat dibuka, yang mana terpaksa juga saya buang. Walaubagaimanapun syukur kerana daripada lebih 50 GB jumlah fail yang ada, lebih kurang 20GB dapat saya perolehi kembali termasuklah gambar di atas. Biarlah dapat sedikit daripada tak dapat lansung.

saya bukannya tak mahu buat backup, tapi faham ajelah banyak cd nak pakai kalau failnya besar sangat. Lagipun kebanyakan fail itu cadangnya nak pakai sementara sahaja. Cuma gambar-gambar dah siap diedit sahaja yang saya amat ralat dengan kehilangannya. Ini kerana saya dah banyak buang masa untuk edit sesuatu gambar, akhirnya hilang begitu sahaja. Nak buat editing lagi eden dan naik maleh pulak rasonyo.

lah,terlepas cerita ini rupanye....
~~>>a'ah,memang tensen tahap kritikal bila berlaku benda mcm ni...
Fri 1-Aug-2008 14:34
Posted by:mamacunazorro77  - [Link]
aisey... sedih dan sadis saya baca. so far saya x penah alamai lg situasi yg mcm ni. tp mmg sakit hati gilos kan? Fri 1-Aug-2008 15:09
Posted by:norsham ~ mommy sofie  - [Link]
suk atengok shot nih..
cantik
Sun 3-Aug-2008 13:36
Posted by:~F&Z~  - [Link]
View all 25 comments Add comment


Friday, 25-Jul-2008 00:27 Email | Share | | Bookmark
Bercakap Dengan Jeans (Bukan Bini Pak Lah Daa..)

 


Tatkala banyak rakan-rakan mula meninggalkan pemakaian seluar denim (mungkin atas faktor usia), saya masih lagi menggayakannya apabila keluar berjalan. Pilihan saya, pastinya seluar made in siam, tak kira apa brand pun atau denim RM20 hengget yang macam kat Giant tu. Tak pernah nak beli denim yang mahal-mahal sebab seluar macam ni dah pasti di guna untuk aktiviti lasak. Kalau yang mahal tak sampai hati pula rasanya nak pergi lanyak sampai lunyai. Biasanya saya akan pakainya sehingga berlubang lutut atau bahagian punggungnya (tapi yang dah berlubang pun pakai juga lagi). Kalau dah tak nak pakai sangat, barulah kainnya saya ubahsuai menjadi bekas pensel (bukan saya - emak yang jahit). Walaupun saya jenis ambik yang murah sahaja, namun ketahanannya tak dapat disangkal. Walaupun kerap dipakai, sehingga 10 tahun seluar saya masih elok lagi.

Buat yang suka pada barangan ori, jangan pula pengguna seperti saya ini kalian kutuk. Bukan saya tak suka kepada barang yang berkualiti tinggi. Dalam suasana ekonomi yang suram ini saya perlu membuat pilihan yang bijak - membeli sehelai yang ori dengan harga RM100 atau membeli seluar cikai dengan harga RM25 dan bakinya digunakan untuk membeli barangan dapur yang boleh tahan sehingga dua minggu. Yang pasti seluar itu hanya kita sahaja yang pakai (melainkan anda suka berkongsi pakaian dengan kawan dan tak kisah dengan kurap di badan mereka) manakala makanan itu kita nikmati sekeluarga.



Ringgit dan sen, siapa bijak membelanjakannya dialah yang mendapat manfaatnya....

kita satu gengla bang...memang tak pernah di ajar beli barang mahal2ni..
masa kawen tulah 1st time beli kasut jenama mahal...syukur masih baik sampai sekarang..
Tue 29-Jul-2008 15:40
Posted by:mshafie shafie_81@yahoo.com  - [Link]
tu yg bergantung tu,yg dah basuh ke belum? Wed 30-Jul-2008 00:31
Posted by:sabiah  - [Link]
saya juga suke memakai jeans.. skang tgh berkira2 nak carik job yg tak payah pakaismart2, pakai jeans jek sempoi...hehehe Fri 1-Aug-2008 01:45
Posted by:maya amir  - [Link]
View all 59 comments Add comment


Wednesday, 23-Jul-2008 02:24 Email | Share | | Bookmark
Kau Umpama Badak Yang Mekar Di Hatiku

 


Bos yang saya geram sangat dalam entry di bawah bukanlah immediate boss saya di pejabat saya bertugas ini tetapi boss di pejabat wilayah saya di selatan. Apa nak buat, nak bergaduh nanti satu kerja pun tak jadi. Maka jadilah fp ini tempat melepaskan geram. Banyak sebenarnya cerita dengan boss ni kalau dikira semenjak bermula perkhidmatan. Ada boss yang baik, bermotivasi, suka mendengar dan berbincang tentang pendapat baru dan memberi semangat kepada kita dan begitulah juga sebaliknya. Kalau saya tulis agaknya boleh dapat satu kitab. Sayangnya nak dapat boss yang mempunyai sifat-sifat positif ini amat sukar untuk didapati. Sehingga kini saya masih menganggap perkhidmatan saya di Jabatan Perdana Menteri dari 2000-2003 dulu merupakan satu waktu yang amat memberansangkan. Saya mendapat boss, top management dan staff yang betul-betul kelas. Selepas daripada itu bukannya tak best, cuma tak dapat melepasi benchmark yang telah diletakkan oleh mereka di JPM itu. Dan sehingga hari ini saya masih mengingati boss-boss saya di JPM itu sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Denagn boss sebeginilah saya tak kisah kalau diberi kerja yang menimbun kerana saya seronok melakukannya berbanding sekarang kalau suruh kerja waimma yang paling ringan sekalipun rasa bosan yang amat sangat.

Doa saya panjatkan kepada Yang Maha Esa, hantarlah hamba ke tempat baru yang hamba boleh belajar banyak dengan boss dan staff yang tip top......

Quote:
Seorang wanita merungut apabila kuih cucur udang yang dimakannya tidak mengandungi udang lansung. Saya kata "Rilek la kak, kuih cucur badak pun tak ada badak kat dalamnya..." kui kui kui

Allahumma amin...



patut la nk masuk kan bos dalam kotak & hantar g kenya

tpkan, kalau cucur badak ade badak kt dalam tu... dh jadi cerita luar biase
Sat 26-Jul-2008 02:54
Posted by:adett  - [Link]
x pasai² glamour badak ni
stengah boss mmg mcm tu. x tau dan x mau berfikir. patut nya semua boss² kena tau. kalau x ada org bawahan, mmg hancus lah suma boss². tp kenapa boss dpt benefits lg lumayan dari org bawahan sedangkan yg teruk kerja berhempas-pulas org² bawahan? dh lh gaji besar, benefits pulak kemain hebat. rasa² adil x?
Sat 26-Jul-2008 07:49
Posted by:norsham ~ mommy sofie  - [Link]
hehehehe...
betul tu.. cucur badak pun ada udang.. (sepatutnya)
kos idup dah meningkat...
Mon 28-Jul-2008 06:55
Posted by:hadiena  - [Link]
View all 47 comments Add comment


Monday, 21-Jul-2008 00:25 Email | Share | | Bookmark

 


....................blurrrrr......apa nak tulis hari ni???????

Ntah.....blurrrrr....tak ada modal........

Kerja....kerja.........blurrrrrrrr

Quote:
Kadang-kadang boss yang dah lama kerja ni pun bengap juga. Pagi-pagi dah telefon nak marah-marah. Kalau pagi-pagi kau dah marah orang bermakna kau dah rosakkan mood orang satu hari. Ingatlah sikit, gred hakiki kita sama sahaja cuma dikau lebih 'sikit' sebab memangku jawatan. kalau yang jantan cam aku ni marah aje yang dikau tau. Tapi kalau betina lawa sikit, kau punya cair lebih dahsyat daripada aiskrim. Kau keluar ajelah pergi kerja tempat lain.....


Bro tenung pe kat door frame tu?? Wed 23-Jul-2008 01:26
Posted by:wawa ssalwa@yahoo.com  - [Link]
jawatan dan pangkat hanya duniawi semata. bukan jawatan hakiki utk akhirat sana kelak. Thu 24-Jul-2008 00:14
Posted by:aidura sofiee  - [Link]
mmm... dengar cerita akan ada reshuffle... mudah-mudahan doa anda di makbulkan Allah! Sat 26-Jul-2008 02:13
Posted by:Ummabdrahmaan  - [Link]
View all 29 comments Add comment


Friday, 18-Jul-2008 00:53 Email | Share | | Bookmark
Siri Bilik pt 3

 



Anda biasa mendengan pepatah 'Umpama melepaskan batok di tangga'. Ia bermaksud melakukan sesuatu perbuatan yang sia-sia. Saya pasti ramai yang berfikir apa ke jadahnya pulak nak batuk di tangga. Perhatikan semula pepatah yang saya tulis tadi. Saya menulis perkataan batok dengan 'o' dan bukan batuk dengan 'u'. Batuk yang biasa anda dengar ialah penyakit. Namun batok adalah tempurung atau bekas menadah air. Pada zaman dahulu masyarakat Melayu sebelum menaiki rumah akan membasuh kaki terlebih dahulu. Air di dalam tempayan dicedok menggunakan batok ini. Maka selepas digunakan maka lepaskanlah kembali ke dalam tempayan tadi agar mudah untuk digunakan semula. Kalau anda lepaskan batok tadi di tangga, mungkin ia akan melantun entah ke mana justeru mengotorkannya. Maka jadilah perbuatan itu sia-sia.

Oleh yang sedemikian, selepas ini tak usahlah anda pergi batuk di tangga rumah anda kerana anda juga boleh batuk di tempat lain...kui kui kui


Quote:
Dalam siri bilik yang terakhir ini saya cuba memanfaatkan lampu bacaan di dalam bilik hotel. Gambar sebegini sebaiknya ada orang lain yang membantu mengambilnya. Kalau dah sorang-sorang setakat ini sahajalah kemampuan saya. Ringkasnya dari 3 siri ini, kalau kita berfikir sejenak tentu ada banyak idea untuk memanfaatkan ruangan bilik hotel sebagai sebuah studio mini. Bulan depan Insya Allah saya akan ke Genting lagi dan saya sudah ada idea lain pula kali ini.....




nampak seram pun ade... Mon 21-Jul-2008 00:42
Posted by:shahafi  - [Link]
mcm mana lah agaknya klo tiba² ada benda lain muncul kat blakang tu? huhu Mon 21-Jul-2008 06:48
Posted by:norsham ~ mommy sofie  - [Link]
Duk sorang sorang macam tu kat belakang ada yang joint sekali. Macam ghost buster story aje....he he he...... Tue 29-Jul-2008 07:06
Posted by:Ainasara ainasarajefri@yahoo.com  - [Link]
View all 36 comments Add comment


[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.