|
|
| Monday, 22-Sep-2008 00:01 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Dedikasi Buat Perwira
|
|

Ketika anda dan keluarga bergembira di pagi 1 Syawal, berjalan beriringan menuju masjid dan rumah rakan taulan, menikmati juadah lazat yang memenuhi ruang, ada sekelompok anak watan yang terpaksa mengorbankan semua keriangan itu bagi memastikan anda dapat menikmatinya dengan hati yang riang. Mereka bukan sahaja mengorbankan masa bersama keluarga tetapi meletakkan nyawa mereka sebagai taruhan setiap kali menjalankan tugasan. Sama ada ada anasir jahat yang mengancam atau suasana samudera yang tak terjangkau dek fikiran.
Bertugas di samudera luas terbentang tidak sama dengan berada di atas daratan. Tidak ada tempat persinggahan melepas kepenatan, bahkan terpaksa pula kepanasan sepanjang tugasan. Cuba lihat gambar bot-bot yang dipaparkan. Bukan semua mempunyai atap yang memberi keredupan. Lantas mentari memakan kulit-kulit sehingga kehitaman.
Oleh yang demikian, tatkala anda melafazkan kesyukuran kepada Tuhan, panjatkan doa juga agar mereka selamat menjalankan tugasan, agar kita dapat menikmati keamanan yang berpanjangan.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 18-Sep-2008 23:49 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hari-Hari Yang Bosan
|
|
Makin tak ada mood nak buat kerja sekarang. Bukan kerana nak raya, tapi memang tak ada mood. Kerja yang dibuatpun rasa macam terpaksa saja. Tidak ada rasa keseronokan dan keghairahan untuk melakukannya. Adakah kerana telah agak lama diperam diceruk dunia ini dan perlu kepada satu suasana baru. Mungkin juga kerana itu. Semenjak dua inipun hati memikirkan untuk berkhidmat di tempat lain pula tapi realitinya bukan satu kerja mudah untuh beralih ke mana-mana. Tambahan pula ketiadaan 'kabel besar' tambah menyulitkan. Lagipun rekod saya sepanjang perkhidmatan, belum pernah lagi saya memohon untuk bertukar apabila telah lama di sesuatu tempat. Pertukaran saya selama ini sama ada atas arahan kementerian ataupun kerana kenaikan pangkat. Tapi nampaknya kali ini saya benar-benar bosan. Saya perlu kepada satu suasana baru, saya mahu bekerja di tempat yang saya benar-benar boleh menyumbang dan seronok melakukannya.
Saya sedang parah.....
| Quote: | | Keterangan gambar : Semua gambar kapal dan bot ini merupakan aset yang ditahan oleh pihak berkuasa yang sedang dalam proses pelupusan. |
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 16-Sep-2008 00:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Terbang Si Burung Besi
|
|
Hari ni saya baru masuk kerja. Semalam saya ambil cuti, buat pengesahan kemasukan Majidah ke sekolah agama tahun depan. Jadi hari ni rasa macam kosong, tak ada idea nak menulis. Puas di tekan-tekan kepala ni mencari idea cerpen apa lagi yang nak ditulis tapi tak juga datang idea.
Gambar ini merupakan salah satu daripada 3 heli APMM. Bukan hanya bertugas menguatkuasakan undang-undang di laut tetapi turut bertindak dalam operasi mencari dan menyelamat. Terdapat satu unit udara di dalam organisasi. Ini bermakna bukan hanya laut sahaja medan perjuangan tetapi turut merangkumi udara. Insya Allah akhir tahun ni akan dapat pula pesawat dari jenis bombardier. Buat yang belum ada sebarang kerja tu, bukalah web APMM di www.mmea.gov.my untuk maklumat lanjut dan seterusnya isilah borang SPA8 di web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam jika berminat untuk menyertai APMM.
(p/s masuk unit uniform ni bagusnya korang tak payah risau nak belanja banyak beli pakaian sebab kena pakai uniform memanjang. APMM ni pulak ada banyak uniform ada yang putih, biru, baju bertindak, overall dan banyak lagi. Cuma bab takleh cuti time raya tu la yang sakit sikit.......)
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 11-Sep-2008 23:53 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jangan Biarkan Diri Anda Diselubungi Misteri
|
|
YANG MATI HIDUP KEMBALI
Cerita ini adalah merupakan sebuah cerita seram yang tidak begitu sesuai untuk kanak-kanak, orang yang lemah semangat, lemah jantung atau yang sakit gigi. Mereka yang ingin juga meneruskan pembacaan adalah diminta untuk menanggung sendiri apa sahaja risiko yang bakal berlaku serta tidak meletakkan kesalahan kepada Ouled Kenitra Fotopages.
Di sebuah kampong di utara, tinggal seorang lelaki tua bernama Wak Kuriman. Kediaman beliau hanyalah sebuah pondok usang yang lansung tidak terbela. Pondok tersebut didirikan di dalam dusun peninggalan kedua orang tuanya dan agak jauh dari kawasan penempatan penduduk kampong yang lain. Lantaran agak terasing, beliau agak jarang bergaul dengan penduduk kampong.
Identiti Wak Kuriman agak misteri kepada penduduk kampong. Ada yang mengaitkan beliau dengan ilmu hitam atau ilmu santet marangperapu kepunden marang skeper. Ada yang merasakan Wak Kuriman mempunyai ilmu kebatinan sehingga boleh menghilangkan diri. Walau apapun, tiada siapa yang mengetahui siapakah sebenarnya Wak Kuriman itu.
Satu hari seorang pemuda bernama Norman Hakim sedang mencari kambingnya yang hilang. Kambing yang diberi nama Keanu Reeves itu merupakan kambing kesayangan Norman Hakim sejak dulu lagi. Pernah ayahnya mahu menyembelih Keanu Reeves untuk dibuat lauk Hari Raya namun tidak dibenarkan Norman Hakim. Beliau mengadakan mogok lapar secara aman di hadapan bangunan PBB akibat niat ayahnya itu. Hanya setelah Setiausaha Agung PBB, Ban Kim Moon memujuk beliau, barulah Norman Hakim mengalah.
“Adusss, apasal la pulak kambing aku merayap sampai ke dusun Wak Kuriman si dukun santet tu, bisa gawat nih”, rungut Norman Hakim di dalam hati. Sememangnya beliau berasa sedikit gentar memasuki kawasan dusun tersebut yang dianggap sebagai black area. Alangkah gembiranya Norman Hakim apabila terlihat Keanu Reeves yang sedang enak melayan rumput yang tumbuh liar di sekitar pondok buruk Wak Kuriman. Walaupun gentar, namun mengenangkan kambing tersebut merupakan kambing kesayangannya, Norman Hakim terpaksa juga memberanikan dirinya.
Sedang beliau menambat leher kambing tersebut dengan tali yang dibawa dari rumah, Norman Hakim terhidu satu bau yang amat busuk, lebih busuk dari bangkai. Serta merta beliau muntah hijau tujuh kali berturut turut. “Chess bau apakah ini. Habis lauk pauk yang aku makan sejak empat hari lepas”, rungut Norman Hakim setelah tiada apa lagi yang boleh dikeluarkan daripada perutnya.
Namun bau tersebut mencetuskan keinginan untuk beliau menyiasat dari manakah puncanya. Setelah beliau membau-bau menggunakan deria ke lapan belas, beliau yakin bahawa bau tersebut datang dari dalam rumah Wak Kuriman. Setelah puas memberi salam tanpa sebarang jawapan, beliau menolak perlahan-lahan pintu pondok buruk tersebut. Sebaik pintu terbuka, kelihatan sekujur tubuh terbaring kaku di atas lantai. Kulit Wak Kuriman sudah luruh dengan ulat di sana sini. Maknanya beliau telah lama meninggal tanpa diketahui sesiapa. Tanpa banyak berfikir, Norman Hakim terus cabut lari sambil menarik kambingnya menuju ke rumah penghulu Buntat.
Tercungap-cungap Norman Hakim menceritakan peristiwa tersebut kepada penghulu Buntat sambil pengsan lapan kali. Penghulu Buntat termenung panjang. “Wak Kuriman hidup sebatang kara di kampong ni tanpa sebarang ahli keluarga. Kita terpaksa mengebumikan mayatnya petang ini juga. Kau pergi buat repot polis sementara aku pergi mengumpulkan orang kampong”, kata penghulu Buntat.
Tidak ramai yang mahu turut serta dalam menguruskan jenazah wak Kuriman. Semuanya gara-gara gossip beliau mengamalkan ilmu hitam. Namun akhirnya jenazah beliau selamat juga dikebumikan tanpa sebarang masalah sejurus sebelum masuknya waktu Maghrib. Selepas talqin dan doa maka orang kampong yang ada tidak bertangguh lagi untuk kembali ke rumah masing-masing. Itulah dia yang mati hidup kembali, yang mati tu matilah, yang hidup kembalilah ke rumah!!
| Quote: | Saya nak berkongsi satu software yang saya rasa berguna untuk kita. Ia akan melaungkan azan setiap kali masuk waktu. Anda boleh pilih nak azan dari Masjidil Haram, Masjid Nabi atau Masjidil Aqsa. Saya dah cuba dan ia boleh digunakan.
Sila sedut : http://rapidshare.com/files/143748040/Athan_Pro_3.rar |
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 10-Sep-2008 00:18 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Resepi Plus Hari Yang Hampeh
|
|
Tak dapat saya nak update fp ini sejak beberapa hari yang lalu. Jumaat lepas memang fp lansung tak boleh update. Masuk Isnin komputer saya saya pula korup, kaput!! Memandangkan dipejabat tidak ada pegawai sistem maklumat, saya menghubungi HQ untuk minta dihantar seseorang untuk melihat. Hari itu mereka tidak dapat menunaikan permintaan saya memandangkan ada urusan lain di HQ. Begitu juga dengan semalam dengan alasan yang sama. Saya tak boleh menunggu lama kerana dalam kepala otak ini hanya perkataan fotopages yang melilau-lilau. Saya putuskan untuk hantar saja ke kedai walaupun terpaksa keluarkan duit sedikit. Amat malang kerana komputer itu tidak dapat diselamatkan sekaligus memusnahkan segala data yang telah disimpan sejak tiga tahun yang lalu. Apa nak buat, taik kambing bulat-bulat!!
Antara fp yang mendapat sambutan di alam internet ini adfalah fp yang memaparkan resepi masakan. Lantaran itu tidak hairanlah jikalau terdapat fp yang sudah ditutup lebih setahun lalu pun kadang kala muncul antara 99 fp paling popular. Semuanya kerana entry resepi masakan yang pastinya tidak akan basi sampai bila-bila. Memandangkan minatnya orang ramai terhadap makanan, terutamanya di bulan puasa ini, maka kali ini saya akan perturunkan satu resepi masakan turun temurun dari zaman Sang Sapurba lagi kununnya. Resepi tersebut adalah ‘paprik seafood’.
RESEPI PAPRIK SEAFOOD OULED KENITRA
BAHAN A
• 100g udang
• 100g sotong
• 100g bunga kobis
• 5g kacang panjang (dipotong)
• ½ biji bawang Holland (dimayang)
• ½ tangkai cili merah (dihiris)
• 2 tangkai cili padi (dihiris)
BAHAN B
• 3 ulas bawang putih (dikisar)
• 2 sudu makan cili boh
• Sedikit minyak masak
BAHAN C
• 2 sudu sos tiram
• 1 sudu cili sos
• Sedikit kicap pekat
• Gula dan garam secukupnya
CARA MEMBUAT
Mula-mula capai kunci kereta anda dan panaskan enjin sekitar 5-10 minit. Sementara menunggu enjin panas, ambillah dalam RM10 dan simpanlah sebaiknya di dalam poket. Jikalau rambut anda kusut, sikatlah sampai nampak hensem. Selepas itu pandulah kenderaan anda ke restoran tom yam yang terdekat atau mana-mana restoran kegemaran anda. Parking kereta dan pastikan ia berkunci untuk mengelakkan perampok-perampok yang ganas. Carilah meja yang selesa pada anda. Selepas duduk, maka jeritlah kepada pelayan agar segera datang. Orderlah paprika seafood mengikut kehendak hati anda. Tapi barang diingat anda hanya membawa RM10 sahaja. Order yang melebihi jumlah tersebut memungkinkan anda terpaksa membasuh pinggan atau pulang ke rumah dengan tinggal spentot sahaja. Tunggulah seketika sementara masakan sedang disediakan. Jika tukang masak handal maka dalam masa singkat anda akan mendapat makanan yang anda pesan. Jika tidak berejamlah anda terpaksa menunggu. Tika itu pastinya diri andalah yang sedang empuk dimasak. Jeritlah sekali lagi kepada pelayan dan semburkanlah kata-kata nista. Amat baik jika air liur anda anda turut membasahi muka beliau. Jika anda bernasib baik, beliau akan merasa gerun dan menyegerakan kerja. Jika tidak mungkin anda akan dibelasah beliau bersama konco-konconya yang lain.
Setelah memperolehi makanan yang anda order, maka segeralah kembali ke rumah. Anda tidak digalakkan singgah ke lain-lain bazaar Ramadhan memandangkan wang RM10 anda telahpun habis sebentar tadi. Apabila sampai di rumah, hidangkanlah di dalam pinggan. Ikut suka hati andalah nak pakai pinggan kaca, plastic atau melamin. Jika tiada, daun pisang di rumah jiran juga boleh digunakan. Hiaskan paprika anda dengan 2-3 kuntum bunga raya. Jika tiada bunga manggar pun boleh. Tunggulah azan dilaungkan sebelum anda mula menjamah atau anda akan koma dibelasah orang rumah.
SELAMAT MENCUBA
| Quote: | | Semalam HQ ada buat jamuan berbuka puasa. Dan sekali lagi buat tiga tahun berturut-turut tiada jemputan dilayangkan kepada kami yang bertugas di Pulau Indah di sini. Bukannya jauh sangat jarak antara sini dan Putrajaya nun. Apakah pelahap sangat kami ni takut lauk habis bersih jikalau kami hadir. Apabila kalian ada majlis rasmi di sini maka kami yang tak cukup kaki tangan ini dengan senang hati membantu walaupun terpaksa layan dua tiga kerja sekaligus. Namun apa sahaja acara rasmi jabatan yang dilansungkan di HQ atau di tempat lain, sebelah matapun kami tidak dipandang. Kalau mengumpat dengan mengutuk aku ni pandai pulak tuan-tuan yang terhormat ni. Tapi benda simple macam ni pun kau boleh terlepas pandang anggota yang siang malam mengawal perairan negara ni. Bukan penghormatan yang kita minta tapi budi bahasa itu mahu ada….. |
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 3-Sep-2008 23:40 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Rodeo Malaysia - Last Kopek Punyo
|
|
Ni merupakan saki baki gambar rodeo haritu. Nak upload Jumaat lepas fp buat hal pulak..
Minggu lepas saya ke ibu pejabat atas satu urusan. Kesempatan tersebut juga saya gunakan untuk bertemu seorang pegawai yang juga merupakan senior saya masa sekolah menengah dahulu. Dalam dok berbual tu beliau menceritakan terdapatnya beberapa orang pegawai senior yang seperti dah memasukkan saya di dalam senarai hitam, atau dipandang serong di mata mereka. Sahabat saya itu tidak menjelaskan secara terperinci apa perlakuan yang membuatkan saya dipandang sebegitu namun beliau menyimpulkannya sebagai lebih kepada peribadi dan bukannya kerana kerja. Contohnya saya tidak tersenyum kepada mereka ini. Pening kepala saya. Apa sangatlah kes senyum tu sampai nak ambil hati sangat. Allah mengurniakan saya dengan wajah semulajadi serius dan payah untuk tersenyum. Saya tidak menafikan bahawa first impression kebanyakan orang terhadap saya adalah bahawa saya seorang yang serius. Nak buat macam mana bukan saya yang minta wajah sebegini. Syukurlah ada rupa daripada cacat di sana sini. Tetapi manusia ni ada yang terlalu sensitif dan cepat sangat terasa.
Bila saya fikirkan kembali, kekadang hairan juga. Saya kerja jauh di Pulau Indah dan bukannya di HQ. Jadi kenapa pula kita yang jauh ni dipandang serong sebegitu rupa. Saya juga dapat tahu ada antara senior ini tidak senang dengan aktiviti mengambil gambar saya. Perlakuan saya mengambil gambar di beberapa majlis rasmi jabatan dahulu silihat segelintir mereka sebagai menjatuhkan imej sebagai seorang pegawai. Astaghfirullah, kolotnya pemikiran. Ular menyusur akar takkan hilang bisanya. Hina sangatkah mengambil gambar ini sampai jatuh imej sangat. Kenapa orang lama seperti ini tidak berubah pemikirannya seiring dengan masa. Pemikiran pegawai zaman orang putih ini masih ada lagi sisanya dalam diri mereka. Lalu jadilah saya bahan bualan dan umpatan di belakang. Sedih saya sebab selama ini saya melihat diri mereka sebagai orang yang baik. Penampilan mereka pun nampak macam orang tikar sembahyang. Namun bila mendengar berita ini pandangn saya terhadap mereka mula berubah. Saya rasa dah malas nak campur orang sebegini. Kali ini biarlah betul-betul saya sombong dengan mereka. Buat baik pun kalau jadi bahan umpatan apa gunanya. Umpatlah aku lagi dan berikan semua pahala kebaikan itu kepadaku!!
Yang kat tengah tu la Mr Zul Baning kita tu
|
|
|
|
|
|
| Monday, 1-Sep-2008 23:51 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Salam Ramadhan Dari Seorang Teman
|
|
Alhamdulillah, negara kita baru sahaja menyambut ulangtahun kemerdekannya yang ke-51. Sebagai generasi lepas merdeka, yang celik mata sahaja di dunia terus merasa hidup dalam suasana yang aman dan bebas dari penjajahan, saya tentunya perlu berterima kasih kepada semua pejuang kemerdekaan yang berkorban segala-galanya demi memastikan generasi terkebelakang hidup dalam suasana yang lebih baik daripada mereka. Tidak kira kepada pejuang yang digelar kanan ataupun kirim bagi saya semuanya memainkan peranan yang penting di dalam memerdekakan Negara ini. Namun tidak dapat dinagikan bahawa para pejuang yang dilabelkan kiri ini amat kurang mendapat liputan atau cerita mereka dihebahkan kepada umum. Nama-nama seperti Ahmad Boestamam, Dr. Burhanuddin Al Helmi, Pak Sako, Ustaz Abu Bakar Al Bakir (sekadar menyebut beberapa nama), kisah-kisah perjuanagn mereka seringkali disampaikan dalam bentuk negative, hanya kerana corak perjuangan mereka agak radikal sedikit berbanding dengan puak yang dilabelkan kanan. Yang pasti, kehadiran golongan kiri ini turut menggugat diri penjajah memandangkan mereka juga mendapat sokongan yang kuat daripada rakyat jelata. Justeru saya menggesa pihak-pihak yang berkenaan agar mengenang kembali jasa mereka yang dilupakan ini kerana saya yakin mereka juga ada sumbangan yang besar ke arah pembentukan Negara ini.
Selepas hari merdeka kita juga bersyukur kerana dapat bertemu semula dengan Ramadhan. Saya pulang ke kampong saya di Seremban bagi menyambut puasa bersama kedua orang tua. Alhamdulillah kesemua adik beradik juga pulang dan dapat berkumpul bersama. Kakak Majidah tahun ini kami latih untuk berpuasa separuh hari. Alhamdulillah semalam dia lulus. Semasa ke sebuah pasaraya, dia ada mengambil secawan aiskrim percuma yang diberikan oleh seorang promoter. Bila umminya mengingatkan bahawa dia berpuasa pagi itu, mengalir juga air matanya sebab tak dapat makan. Insya Allah perlahan-lahan akan saya tambah masa berlaparnya sehinggalah dia boleh tahan berpuasa sehari. Kakak Majidah pun baru enam tahun, tak boleh nak gesa sangat.
Kaka majidah juga 2 hari lalu telah saya ajar asas menggunakan pns digital. Maka rajinlah dia mengambil gambar itu dan ini sampaikan gambar saya tidurpun diambilnya. Ada juga shotnya yang saya Nampak boleh tahan berdasarkan cubaan pertamanya ini. Kejap ambil gambar adiknya, sepupunya, atuknya, uwan yang sibuk memasak untuk berbuka pun disnapnya dua tiga kali. Saya nak biarkan dulu dia membiasakan diri dengan kamera kecik tu. Nanti bila dah mahir saya akan serahkan pula e-500 yang saya gunakan sekarang (Masa tu kenalah Pak Ouled cari dslr baru pulak naaa).

|
|
|
|
|
|
| Friday, 29-Aug-2008 00:19 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 27-Aug-2008 00:07 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Rodeo Malaysia - Urutan Pinggang Yang Berkesan
|
|
Malam tadi saya menghadiri majlis penyampaian sijil kursus Advanced Management Development Programme di INTAN Bukit Kiara, kursus anjuran INTAN bersama Harvard Club of Malaysia dan Charles River Centre, seperti yang pernah saya maklumkan dulu. Penyampaian sijil tersebut dilakukan oleh Y.Bhg. Tan Sri Mohd Sedek Hassan, Ketua Setiausaha Negara. Sebelum penyampaian sijil, beliau sempat mengingatkan tentang perbelanjaan besar yang telah dikeluarkan oleh kerajaan untuk menjalankan kursus ini. Justeru beliau meminta semua peserta agar memanfaatkan semaksimum mungkin pengetahuan yang telah diperolehi ini, satu tanggungjawab yang amat berat saya rasa.
Kursus ini adalah antara kursus paling berat pernah saya lalui. Kursus di Korea dan Jepun dulu pun rasanya tak heavy macam yang ini. Tapi tak apalah, paling kurang dapat juga saya memperbaiki English saya yang lebih kurang ni dan dapat juga belajar corak pemikiran orang Harvard walaupun tak dapat belajar di sana.
Merdeka tahun ni saya tak jadi OP untuk jabatan. Sejak ada unit perhubungan awam di HQ, mereka tidak lagi memerlukan khidmat saya. Saya tak tahu dengan mutu gambar jurugambar unit ini tetapi dari berita sahabat di HQ, kualitinya agak mendukacitakan. Entahlah kalau mereka berpuas hati dengan tahap jurugambar sekarang ini, apa saya nak kata. Lagipun khidmat saya selama inipun percuma, jabatan tak perlu bayar satu sen pun. Kamera pun sendiri punya, kalau rosak sendiri tanggung.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 25-Aug-2008 00:21 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Rodeo Malaysia
|
|
Untuk entry hari ini, sekalung penghargaan saya berikan buat Dr. Zulkifli (baning.fotopages.com) yang menyediakan ruang untuk membolehkan saya mengambil gambar Rodeo Malaysia dengan selesa. Bahkan saya dibawa pula ke belakang kandang, tempat para koboi melepak sebelum pertunjukan dimulakan. Beliau tidak jemu-jemu menghantar mesej pesanan ringkas memberitahu akan waktu pertunjukan rodeo. Pertama kali saya bertemu beliau adalah pada hari Rabu lepas, ketika saya membawa satu famili melawat MAHA 2008. Pada hari tersebut tidak ada rodeo, dan saya sendiripun memang sengaja mengambil cuti untuk membawa kakak dan Jaja berjalan. Selama inipun bila tiba cuti sekolah, mereka banyak menghabiskan masa di rumaha sahaja kerana saya tak dapat bawa mereka berjalan. Kali ini, walaupun demam masih belum sembuh benar ketika itu, saya gagahkan jua untuk melawat ke pameran dwi tahunan ini.
Keesokannya (Khamis) saya datang lagi ke MAHA dengan tujuan menyaksikan rodeo yang akan berlansung pada jam 4.30 petang. Mr baning telahpun sedia menunggu dengan beberapa lagi rakannya. Aksi rodeo memang hebat, namun seperti kata Zul, aksi kuda dan binatang lain tidak seperti pada hari pertama. Mungkin kerana binatang ini telah penat memandangkan hari tersebut telah masuk minggu ke dua pertunjukan rodeo berlansung.
Mungkin kalau tidak dimaklumkan oleh Dr Zul dan saudara Adu, bahawa lembu dan kuda itu melonjak liar bukanlah kerana mereka itu memang liar, sampai hari inipun saya dok merasa bahawa binatang itu masih belum dijinakkan. Sebenarnya binatang tersebut diikatkan dibahagian belakang mereka dengan kulit kambing yang mempunyai bulunya. Ini menyebabkan haiwan tersebut akan merasa kegelian dan melonjak-lonjak liar. Cuba perhatikan dengan teliti aksi menunggang kuda dan lembu yang saya sempat rakamkan ini dan perhatikan ada tali kulit yang melilit bahagian belakang haiwan ini.
Ada separuh lagi gambar koboi ini akan saya paparkan kepada anda beberapa hari lagi. Sementara itu layan yang ini dahulu, adioss..!!
|
|
|
|
|