Want your
own Fotopage?









 
Ouled Kenitra's Fotopage

By: Ouled Kenitra

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Sunday, 15-Nov-2009 23:52 Email | Share | | Bookmark
Mato

 


Terlebih dahulu saya ingin menjawab pertanyaan Ariff dalam komennya dalam entry di bawah mengenai tips untuk menghadiri temuduga Laskar Kelas II yang akan dihadirinya. Memandangkan beliau tidak menulis link atau e-melnya, saya terpaksa menjawabnya pada entry ini. Jadi sahabat yang lain kalau tak mahu baca pun tak apa. Apapun untuk menjadi Laskar Kelas II ini, sebelum ke peringkat temuduga anda perlu melepasi ujian fizikal yang diadakan terlebih dahulu merangkumi pemeriksaan ketinggian, warna, bukaan dada, larian dalam jarak tertentu dan lain-lain lagi. Hanya setelah lulus ujian ini barulah anda diberi laluan untuk ke temuduga. Perlu diingat, banyak candidate yang sangkut pada ujian pertama ini dan seharusnya ia tidak dipandang ringan.

Bagi temuduga, sebenarnya saya pernah menulis mengenainya beberapa tahun yang lalu. Namun tak apalah saya tulis kembali untuk panduan Ariff. Tips ini juga boleh di apply untuk lain-lain temuduga. Antara perkara asas yang perlu anda sediakan adalah pengetahuan mengenai jawatan yang dipohon serta agensi yang menawarkan pekerjaan itu. Pengetahuan itu akan mencerminkan minat atau tidaknya anda pada pekerjaan itu. Kemungkinan akan ditanya juga bagaimana usaha anda untuk mendapatkan maklumat-maklumat tersebut. Pergantungan pada satu sumber sahaja memungkinkan pengetahuan yang sedikit sahaja.

Calon juga mungkin akan disoal mengenai pengetahuan am. Mungkin ada yang merasakan apa relevannya soalan pengetahuan am ini dikemukakan pada temuduga sebegini. Tetapi pada penemuduga inilah yang akan membezakan anda daripada calon yang lain. Pengetahuan anda yang tidak ada pada calon yang lain memberikan gambaran kelebihan anda berbanding orang lain. Ini boleh juga menunjukkan keprihatinan anda pada perkara yang berlaku di sekeliling.

Kebolehan berbahasa Inggeris juga akan menjadi keutamaan. Ini kerana bahasa Inggeris perlu diketahui pada seorang sea man mamandangkan segala istilah, arahan di kapal dan bot adalah menggunakan bahasa penjajah ini. Bahkan komunikasi di perairan antarabangsa, ketika memeriksa bot/kapal asing perlu kepada pengetahuan dalam bahasa ini. Kurangnya/lemahnya pengetahuan dalam bahasa ini membuatkan harapan untuk anda tersingkir adalah cerah.

Biasanya ada satu soalan penemuduga yang sering diambil ringan oleh para calon. Kadangkala penemuduga akan meminta calon menceritakan kebolehan yang ada pada mereka yang membezakannya daripada orang lain. Ada calon yang menjawab beberapa patah, dan ada juga yang membunuh diri mereka sendiri dengan menjawab mereka tidak mempunyai apa-apa kelebihan. Ini adalah peluang besar untuk calon bercakap. Mensia-siakan peluang ini adalah mensia-siakan peluang anda sendiri.

Apapun dalam temuduga calon perlu yakin ketika berbicara. Bicaranya juga beradab, tertib dan penuh berisi. Takut-takut ketika menjawab perlu dielakkan kerana penemuduga tidak suka kepada calon yang lemah sebegini. Penemuduga lebih suka calon yang jika di tanya sepatah akan menjawab 10 patah. Jangan komplen penemuduga tidak consider dengan sijil anda yang berjela-jela jika anda gagal. Bukan di atas kertas itu letaknya kehebatan anda. Anda perlu sedar, dari segi sijil, calon lain yang datang bersama anda itu sijilnya juga tak kurang hebat dari anda. Jadi di mata penemuduga, anda semua adalah sama. Disebabkan anda semua sama, penemuduga ingin cari calon yang berbeza dan istimewa. Dan keistimewaan itu diri anda sendirilah yang tahu!!

Cukuplah sedikit sebanyak tips itu. Ada banyak lagi tips sebenarnya tapi kalau nak banyak-banyak saya kena caj kos perkhidmatan consultant lah.

Sejak Jumaat lalu kena merewang di rumah kenduri. Takleh nak lari sebab rumah mak sedara isteri. Cuma hari jadi pada pagi Ahad terpaksa lari sekejap ke majlis penyampaian sijil TAKIS Jaja. Ini hari penting untuk anak, kenalah luangkan masa. Lagipun ini tahun terakhir Jaja di TAKIS sebelum masuk ke tahun 1. Jajapun ada buat persembahan, dan lagi kali ini sekolah merahsiakan kedudukan keputusan peperiksaan anak-anak. Nak tahu kena hadir majlis ni. Alhamdulillah Jaja dapat no. 2 dalam peperiksaan dan naik mengambil hadiah. Cuma disebabkan majlis tu kelam kabut bila saya periksa semula hadiah yang Jaja terima adalah untuk tempat ke-tiga. Murid yang terambil hadiah Jajapun dah balik. Terpaksalah tunggu hari sekolah nanti untuk tukar hadiah. Ayahnya kenalah pula sediakan duit untuk hadiah yang dijanjikan nanti…..



Quote:
Keterangan Gambar:

Gambar mata kakak Majidah yang diambil menggunakan close up filter (macro lense tak mampu beli lagi) dengan aperture priority 3.5 ISO auto.



majalah TIME................. tu yg lain dr yg lenlain tu Fri 20-Nov-2009 07:31
Posted by:malasssszzzzzzzz nszr_mala@yahoo.com.my  - [Link]
Salam,cantik berseni...
tumpang iklan..
Berminat dengan busana muslimah...
Jemput ke http://ummyfaqihahibni.fotopages.com txs
harga boleh di runding..
Fri 20-Nov-2009 11:18
Posted by:ummy  - [Link]
Confirm Bukit Tinggi nie.. Sat 19-Dec-2009 09:21
Posted by:Azli Yusof noorazliyusof@yahoo.co.uk  - [Link]
View all 31 comments Add comment


Friday, 13-Nov-2009 03:15 Email | Share | | Bookmark
Moh Tengok Wayang



Tak dapat nak upload banyak gambar
Tak dapat nak lawat fp kengkawan hari ni
Kerja menimbun
Otak melantun....

betul ke ader citer nie kat panggung........ Sun 15-Nov-2009 02:41
Posted by:malaSszZ  - [Link]
cerita sedih nie...walubagaimanapun... cerita lensa dan shoot kat bawah tu dah keluar kat..paper pada hari khamis..tahniah...memang cantik..good job bro, entry tu pasti meriah dengan sumber berita yang terbaik...apapun cerita dan gambar memang yang terbaik... Sun 15-Nov-2009 05:13
Posted by:imazam
wayang ni bile nak main kat panggung ? Fri 27-Nov-2009 12:39
Posted by:adett  - [Link]
View all 10 comments Add comment


Wednesday, 11-Nov-2009 00:08 Email | Share | | Bookmark
Pameran Lensa Kamera

 
 
 
View all 10 photos...


Ramai yang suka dengan gambar peluncur air yang sedang ‘terbang’ dia atas jambatan dalam entry di bawah. Bukan anda saja yang suka, saya yang mengambilnyapun cukup teruja. Sebab komposisinya cukup sedap mata saya memandangnya. Terhasilnya gambar jambatan yang betul-betul terletak di tengah gambar dalam keadaan seimbang bukan berlaku dengan sengaja. Ini kerana fokus saya pada ketika itu adalah pada peluncur. Sedang saya panning beliau, dan tangan memetik shutter tanpa henti, salah satunya menghasilkan gambar tersebut. Andainya saya menumpukan fokus pada jambatan dan menunggu peluncur melaluinya, nescaya gambar peluncur itu akan menjadi kabur manakala jambatan itu akan menjadi sharp. Setelah menghasilkan gambar tersebut saya cuba lagi beberapa kali untuk menghasilkan gambar yang serupa, namun selepas itu saya tidak dapat lagi merakamkan gambar jambatan yang exquisite itu.

Sempat juga pada hari tersebut saya merakamkan beberapa gambar photographer yang ada pada hari tersebut. Mereka benar-benar enjoy mengambil gambar. Tu sebab saya saya sebutkan pada entry yang lalu, kadang-kadang nampak photographer lebih banyak daripada spectator.



Minggu ini saya menjadi ketua panel penilai Hari Inovasi yang membuat penilaian pejabat terbaik di peringkat ibupejabat. Semalam saya telah selesaikan di Putrajaya, hari ini akan bertolak ke Kuantan dan lagi dua minggu ke Lumut. Secara tiba-tiba bulan ini ada banyak kerja luar, kalau tak tu asyik memerap di pejabat. Kalau tuan-tuan yang telah lama mengikuti fp ini tentu boleh melihat betapa berbezanya gambar-gambar yang saya ambil tahun ini berbanding pada tahun-tahun yang lalu. Kalau di tahun lepas gambar yang saya paparkan datangnya dari pelbagai lokasi yang diambil sewaktu bertugas luar. Berbanding tahun ini gambar-gambar lebih banyak diambil di kawasan berdekatan atau kampong saya sendiri. Kalau adapun cuma sewaktu saya ke pertandingan menembak di Langkawi beberapa bulan yang lalu. Agaknya hari tu kena banned, la ni dah diangkat sikit-sikit kut…..




ske pic tu jgak..mmg sharp..kdg2 photographer cam kta yg bkn full time ngn camera ni biasanya akn shoot pd sesetengah event yg kebetulan shj..ade peluang n ruang je..tmbh lg camera ade ngn kita..klu x,xde la gambornya..neway u done a gud job..hehehe.pasni nk tgk pic pejabat yg terbaik tu..jgn lupa ambik gmbornya ye..hehehe.. Fri 13-Nov-2009 08:54
Posted by:aciik acik11284@gmail.com  - [Link]
Terima kasih di atas gambar yang dikirimkan..marvellous!!!!!!!!! cantik sangatttttttt gambar tyu...if there are more of our picture could you send to me as well?

Thank you.
Mon 16-Nov-2009 01:32
Posted by:wahayu -FRIM
nice candid shot !!! Mon 16-Nov-2009 08:09
Posted by:hensem hensemtu@yahoo.com  - [Link]
View all 18 comments Add comment


Sunday, 8-Nov-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Ski Air dan Skuad Jang

 
 
 
View all 21 photos...


Beberapa hari dulu Prince Nebulosh ada menghantar sms mengajak shooting pada 6,7 dan 8 haribulan di Putrajaya kerana ada pertandingan Ski Air Piala Dunia. Secara kebetulan saya menemankan mak dan ayah saya ke kenduri kahwing di presint 9 pada 7 haribulan, maka sempatlah saya singgah sebentar ke lokasi pertandingan yang terletak berhampiran Hotel Pullman. Walaubagaimanapun saya tidak menembak bersama Prince memandangkan saya hanya sempat ke sesi petang pertandingan sedangkan beliau menembak di waktu pagi.



Satu yang amat memusykilkan saya, pertandingan ini adalah bertaraf dunia, tetapi kehadiran penonton amatlah berkurangan. Banyak kerusi yang kosong di astaka. Yang ramai saya rasa selain peserta dan urusetia adalah para pencinta fotografi yang datang dengan gajet mereka yang hebat dan ada yang membawa lense sebesar peha manusia (ho ho). Bagi saya yang tinggal di luar Putrajaya saya boleh simpulkan kekurangan penonton ini adalah disebabkan kurangnya promosi kepada orang di luar Putrajaya. Saya sendiri hanya mengetahuinya melalui Prince. Tak sedar pula saya kalau-kalau ada iklannya di akhbar atau di televisyen. Atau mungkin juga penonton pada 7 haribulan itu melarikan diri ke Stadium Putra bagi menyaksikan perlawanan N9 dengan pasukan Cawat Kote. Atau juga kita memang tak minat dengan sukan sebegini (ini memang jelas kut, alangkan bolasepak yang dikatakan sukan favourite pun kadangkala lengang jugak stadium). Apapun seronok mengambil gambar pada hari tersebut. Cuma lense yang hanya 150mm menyekat saya untuk zoom lebih dekat lagi.

Malam itu saya bersedia di depan tv bagi melihat (serta menyokong) skuad Jang. Rakan di Kelantan berbalas sms dengan saya tentang perlawanan itu. Namun ia berlansung dengan suasana harmoni tanpa ada balingan mercun dan botol air. Secara tiba-tiba saya terkenangkan rakan-rakan sewaktu di sekolah menengah dulu yang peminat hardcore N9. Mereka sanggup menyusup keluar dari bawah longkang di waktu malam, keluar asrama secara tidak sah bagi menyaksikan perlawanan bolasepak di Stadium Majlis Perbandaran (stadium inipun dah tak wujud lagi dan hari ini terbina sebuah kompleks membelibelah di tapaknya). Nama seperti Marian Valach dan Robert Bozik menjadi poojaan hati hardcore fan ni. 'Pergaduhan mulut secara harmoni' juga kerap berlaku membabitkan rakan-rakan dari negeri lain. Teringat juga pada suatu hari cuti rakan-rakan bermain bola stokin di bilik asrama. Ada yang tidak berbaju dan ada yang hanya bertuala sahaja. Tiba-tiba dicekup warden lalu diarahkan berbaris di hadapan lapangan asrama yang mengadap ke bangunan asrama puteri sambil mengangkat tong sampah yang diibaratkan umpama piala. Maka tingkap asrama puteri yang amat jarang dibuka itu tiba-tiba penuh dengan kepala pelajar-pelajar wanita yang menyaksikan hari yang penuh bersejarah ini. Saya amat ingat kerana saya yang baru selesai mandi ketika itu hampir sahaja menerima hukuman yang serupa. Saya telah diminta berdiri di hadapan bilik ketika itu sebelum menerima hukuman selanjutnya. Namun ketika warden beredar ke bilik lain rakan-rakan telah memanggil saya masuk segera ke bilik untuk berpakaian. Mujurlah warden tidak sedar akan hal itu maka terlepaslah saya. Kisah ini telah saya olah kembali secara komedi dan telah tersiar di majalah Ujang pada pertengahan 90'an dahulu. Kini hati tertanya-tanya dimanakah peminat hardcore N9 ini kini?

Akhirnya kemenangan malam tadi berpihak kepada N9. Tamatlah sudah penantian selama 61 tahun. Terubatlah kehampaan saya kepada kekalahan mereka pada dua final sebelum ini. Saya tak tahu apa yang berlaku di negeri kelahiran saya ketika ini, namun saya yakin para pemain akan disambut umpama wira. Ia juga satu hadiah yang tak ternilai buat DYMM Yam Tuan yang baru sahaja ditabalkan. Cuma satu perkara yang saya gusarkan. Kata pepatah Arab 'apabila telah sempurna sesuatu itu, (maka tiadalah yang lain selepas itu melainkan) kekurangan'. Ia ibarat kita mendaki sebuah gunung. Puncak gunung itu adalah kesempurnaan, dan hanya setakat itu sahaja kita boleh daki. Maka selepas dari puncak itu hanya ada dua sahaja pilihan, kita kekal di puncak itu dengan segala kepayahan atau terpaksa turun ke bawah. Apo koba kito taun dopan?



boleh tanya sket tak ? Gear apa yg digunakan n apakah shutter, af n iso yg digunakan utk gamabr last dan yg lain2 tu lah...... tabik......!...sharp gila.....saya ni baru belajar tentang kamera ni.... Fri 13-Nov-2009 14:45
Posted by:lanmuda lanmuda@hotmail.com
iklan kurang kot.............
tu yg rmi x tau.........
Tue 24-Nov-2009 09:04
Posted by:malaSSzz  - [Link]
sangaat hebaaattt... ...syabassss!!!!! gambo2 yang sgt canteeeekk... Sun 13-Dec-2009 07:00
Posted by:shelyseth
View all 27 comments Add comment


Thursday, 5-Nov-2009 14:21 Email | Share | | Bookmark
Fantastic Ouled

 
 
 
View all 6 photos...


Di entry lepas ramai yang bertanya lokasi gambar tersebut diambil. Saya sendiri terlupa untuk menulisnya memandangkan isi kandungan entry sendiri tidak ada kaitan dengan gambar tersebut. Ia diambil di Langkawi di kawasan yang saya sendiri lupa namanya. Namun tempat itu menyediakan khidmat penyewaan bot kecil dengan harga paling cikaipun RM100, menyusuri sungai termasuk menjelajah gua yang ada di tepi sungai tersebut. Dengan harga yang cukup 'menarik' itu saya membatalkan hasrat saya untuk mencuba. Mujurlah dah biasa naik kapal, kalau tidak teringat-ingat juga.

Saya baru sahaja pulang menikmati makan malam di sebuah restoran pizza di Kapar. Isteri saya yang teringin untuk menikmati supnya telah mendorong kami sekeluarga ke sana. Lebih kurang 10 minit kami sekeluarga terbiar tercangak-cangak di meja makan tanpa ada seorangpun pelayan yang datang membawakan menu. Ketika itu cuma ada dua meja sahaja yang diisi pelanggan termasuk meja saya. Itupun satu meja lagi telah hampir menyudahkan hidangannya. Kelihatan beberapa kakitangan restoran berbual kosong di kaunter pembayaran. Sudahnya secara tiba-tiba mereka semua ‘hilang’ dari tempat itu meninggalkan restoran sepi seketika dari bayangan pekerjanya. Terus otak saya berfikir, andainya situasi seperti ini berlaku di sebuah jabatan kerajaan tentunya pelbagai komen akan dilontarkan. Lembab, tidak cekap, suka-suka menghilang dari tempat kerja, curi tulang, ponteng, mengular dan sebagainya. Saya timbulkan ini kerana saya biasanya hanya terjumpa komen orang mengenai jabatan kerajaan di akhbar tetapi tiada komen untuk perkhidmatan swasta. Yang biasa sangat ditulis adalah penulis komen tidak mahu ‘wang cukainya’ disia-siakan (….dan macamlah daku yang kerja kerajaan ini tak bayar cukai pendapatan…). Penulis komen seperti ini mungkin menganggap disebabkan beliau tidak membayar ‘cukai perkhidmatan’ kepada pihak swasta maka tidak perlu komen dilontarkan. Cuma beliau lupa walaupun beliau tidak mebayar ‘cukai pendapatan’ kepada mereka ini, beliau sebenarnya membayar segala perkhidmatan yang disediakan. Justeru membayar puluhan ringgit untuk hanya dua keeping pizza sederhana dengan 4 mangkuk sup dan sejag air berkarbonat, penantian yang cukup lama adalah amat membuang masa.



Sebenarnya saya bercuti rehat hari ini dan esok (Jumaat). Dah lama tak bercuti dan tak mampu untuk bercuti sesuka hati. Terpaksa berglir dengan boss dan seorang lagi pegawai untuk mengelakkan operasi jabatan terencat. Kalau tidakpun bila saya merancang nak bercuti, orang kanan saya pula terlebih dahulu memintas untuk bercuti. Jadi saya cuba juga untuk bercuti dua hari ini memandangkan dalam dua minggu seterusnya saya mempunyai banyak tugasan di luar pula.



Kerana ada masa yang terluang petang tadi, saya panaskan semula kamera yang telah lama direhatkan di dalam kotak. Cuba-cuba sedikit bermain cahaya dengan permainan saya ini. Diulangi permainan saya, bukan anak-anak punya. Simpan dalam almari khas, kalau tak jawabnya hilanglah. Anak-anak ada permainan mereka, ayahnya pun ada. Pasal masa kecik dulu segan nak minta dengan ayah, dah besar beli la dua tiga untuk melepas gian…..







ader juga kes mcm nie kat rest. makanan segera yer........... Sun 8-Nov-2009 11:01
Posted by:malaSszZ  - [Link]
kat langkawi ke tempat tu bro., memang menarik suasananya.
.. banyak koleksi ni...
nice shots..
Mon 9-Nov-2009 11:13
Posted by:ezaiedinRIN  - [Link]
salam..teringat kt koleksi robot yg mcm2 jenis dlm simpanan acik..tp masa blk ke msia bln lepas tgk2 da xde..xtau ke mana ummi acik simpan..nk bertanya segan..da besor panjang men mende tu lg..hehehe..rasa2nya pok usu (adik bongsu acik) n anak2 buah acik yg ambik..sbb dorg mmg berminat ngn koleksi acik tu.. Fri 13-Nov-2009 09:02
Posted by:aciik acik11284@gmail.com  - [Link]
View all 26 comments Add comment


Thursday, 29-Oct-2009 00:34 Email | Share | | Bookmark
Dua Minggu Penuh Kekosongan

 
 


Hmmm dah ada sahabat yang tegur akan kelambatan saya mengemaskini fp ini. Walaupun saya buka fp setiap hari, namun tak tergerak pula tangan ini untuk menulis dan memasukkan gambar. Hati saya semacam tawar. Nak kata sibuk sangat tidak juga sebab sibuk manapun masih ada masa pergi ke bilik air, makan nasik dan baca suratkhabar. Yang nyata sepanjang dua minggu ini seolah saya melihat fp ini tanpa perasaan.

Negeri Sembilan menyaksikan majlis pertabalan Yam Tuannya yang baru awal minggu ini. Sebagai anak nogori di perantauan, saya menjunjung kasih atas bersemayamnya Tuanku di atas takhta. Beruntung kita hari ini kerana peristiwa bersejarah sebegini dapat dirakamkan sama ada melalui kamera ataupun video yang sekaligus akan mejadi simpanan sejarah serta bahan rujukan untuk generasi akan datang. Memandangkan Pak Tua (sila rujuk entry Pak Tua) turut serta dalam majlis ini sejak dari mula sebagai videographer, saya mungkin akan ziarahi beliau untuk meninjau segala yang telah beliau rakamkan. Saya pasti rakaman Pak Tua semestinya menarik kerana rakaman beliau adalah mengikut kronologi sebelum pertabalan lagi yang turut meliputi istiadat mengeluarkan peralatan kebesaran Di-Raja.

Saya dan anggota juga telah mula bergerak untuk mengadakan hari keluarga kali kedua pada bulan hadapan. Saya menjangkakan hari keluarga ini pastinya lebih meriah daripada tahun lepas dengan penyertaan yang lebih ramai. Tempatnya seperti tahun dulu juga di atas padang perumahan berhampiran pejabat. Hendak diadakan di tempat istimewa yang ada tempat mandi atau hotel masih belum mampu lagi rasanya. Lagipun seperti majlis-majlis keraian yang pernah diadakan sebelum ini, sumber kewangan hanyalah daripada anggota dan kakitangan. Saya tak mahulah meminta-minta daripada syarikat luar untuk beri sponsor acara ini, takut-takut nanti akan timbul fitnah walaupun kedua-dua pihak mempunyai hasrat yang murni. Segala kerja-kerja juga akan dilaksanakan secara gotong royong seperti masa-masa yang lalu. Cuma tak sedapnya ibu pejabat telefon semalam minta saya untuk hadir kursus pada masa diadakan hari keluarga tersebut. Namun saya minta sangat mereka cari calon yang lain terlebih dahulu. Seandainya tiada juga maka tak apalah biarlah saya beralah demi jabatan......




cantik Wed 4-Nov-2009 17:00
Posted by:sitie bum bum sitieloveaus@gmail.com  - [Link]
bro...bole sewa ke ni? nak pi cari udang... Thu 5-Nov-2009 06:53
Posted by:semut api  - [Link]
cantik aaa pic tu... rasa nak pegi holiday pun ada nie... Thu 5-Nov-2009 16:53
Posted by:watie sis_plano79@yahoo.com  - [Link]
View all 45 comments Add comment


Friday, 16-Oct-2009 01:36 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 11 photos...


Syawal semakin tiba ke penghujung. Seperti fp lain yang masih mengahabiskan baki gambar raya, begitu juga dengan fp ini. Tidak dinafikan kekerapan saya meng update semakin perlahan berbanding satu ketika dulu. Kalau dahulu dalam seminggu saya akan update sebanyak 3 kali, kini seminggu sekalipun mungkin susah. Mungkin malas, mungkin tiada stok gambar atau mungkin motivasi semakin kurang. Lantara kamera yang digunakan juga kini semakin kurang prestasinya. Mungkin kerana terlampau lasak digunakan. Kadang-kadang semasa digunakan ia tiba-tiba padam dengan sendiri. Paling kecewa apabila ia terpadam saat mendapat sudut yang paling menarik. Nak beli yang lain kena ada modal juga. Tapi nak beli yang lain pun terpikir juga alangkan dengan yang ada sekarang ni pun mutu pengambilan masih belum meningkat, tidak ke rugi kalau dengan yang baru pun mutunya masih sama.



Terima kasih kepada rakan-rakan yang menulis kata-kata peransang. Tidak tahu bila 'masalah' tersebut akan selesai. Saya cuma berharap pengakhiran yang baik sahaja. Rakan-rakan yang menunaikan haji juga saya pesan agar tolong mendoakan saya. Kalau ia selesai, saya akan kembali ceria. Boss pun bagi peransang sambil bagi beberapa doa untuk diamalkan. Tenang juga hati ini sedikit mengamalkan doa-doa tersebut.



Ini sedikit lagi gambar anak-anak dengan baju raya mereka. Anak-anak memang banyak baju raya. Ada yang purple, batik coklat, biru, merah dan juga baju kasual yang lain. Seronok diorang berjalan dibawa ke sana sini. Paling seronok tentulah kalau ada yang hulur sampul. Madihah yang kecik pun dah tahu pasal duit. Bila kakaknya pergi sekolah dibekalkan duit belanja, diapun nak juga. Tapi bila pergi kedai duit atoknya juga yang keluar.

Tak payah cerita banyak, layan aje....




anak2 harta yang paling berharga........
comel anak2 tu...............
Mon 26-Oct-2009 08:54
Posted by:syuhaiza  - [Link]
Tunggu gambar baru. Bilo nak update ni? Wed 28-Oct-2009 11:51
Posted by:Yati  - [Link]
salam bro.. wah tarikh update entry ni amatlah bermakna buat saya... Thu 5-Nov-2009 12:12
Posted by:zawiyah75
View all 26 comments Add comment


Monday, 12-Oct-2009 01:36 Email | Share | | Bookmark
Makan Pulo Di Opis Kito...

 
Abang yang kelotehan
Chef Cook yang sentiasa cemerlang masakannya
View all 18 photos...



Sebenarnya saya tak ada mood nak update apa-apa entry seminggu dua ini. Ada perkara yang berlaku minggu lepas hingga menyebabkan saya………..entahlah, tak tahu bagaimana nak menghuraikan. Entry kali ini sama seperti entry di sekolah Jaja yang lalu, lansung saya tak edit dan biarkan seperti adanya sahaja. Mungkin juga untuk beberapa entry selepas ini akan berkeadaan begitu jua sehinggalah masalah saya selesai sepenuhnya. Pohon saya kepada rakan-rakan agar sudi mendoakan saya terlepas daripada ujian dan ‘bala’ yang sedang dihadapi. Tak dapat saya nak menuliskan apa sebenarnya yang terjadi kerana saya rasa belum tiba waktunya lagi. Insya Allah moga semuanya berjalan dengan baik.



Gambar-gambar ini merupakan persiapan serta majlis sambutan hari raya pejabat pada minggu lepas. Masa ni pun mood saya sudah kacau, namun saya gagahkan juga untuk turut serta. Kalau ada anggota yang buat lawak tu sekurang-kurangnya terhibur sikit jiwa. Kerana itu majlis kali ini amat sedikit gambar yang saya ambil berbanding majlis jabatan yang lain-lain.

Sama seperti bulan puasa yang lepas, majlis kali ini juga diadakan secara gotong royong. Dapatlah kami sediakan lebih 2000 cucuk sate, laksa, soto, nasi himpit dan cendol. Kos semuanya dalam RM1300.00 sahaja yang saya rasa kalau di ambil dengan pihak katering jumlahnya mungkin 4 atau 5 kali ganda. Dengan semangat gotong royong banyak kos yang dapat dijimatkan serta merapatkan lagi tautan persaudaraan.



Berkonsepkan santai di bawah rimbunan pepohonan, majlis tersebut pada asalnya hanya akan dibuat dengan kerusi di letakkan secara berselerak di bawah teduhan pokok. Dengan cara ini anggota akan dapat mingle sesama mereka dalam suasana santai dan unformal. Tetapi entah macam mana di saat-saat akhir ada anggota yang dapat organize meja, maka agak lebih tersusun majlis itu.

Sate daging habis sold out ketika saya berkeliling mengambil gambar. Mujurlah dapat rasa sedikit sewaktu masa membakar. Acara paling meriah adalah pada waktu selesainya majlis apabila anggota mula menapau lebihan yang ada. Segala khemah, meja dan kerusi juga siap dikemas selepas majlis meninggalkan tempat tersebut seperti sediakala. Terima kasih saya buat anggota semua.




mkn2 bwh pokok, redup jer kannn.mkn sate tu yg best... Thu 15-Oct-2009 12:06
Posted by:shaza  - [Link]
salam bro..
moga bro tabah mghadapi setiap dugaan yg dtg...

sonok tgk gotong royong masak ramai2 mkn ramai2 camni....
lebih meriah dan lebih akrab di antara satu sama lain kan...
Thu 15-Oct-2009 14:13
Posted by:nurul  - [Link]
jangan risau sgt bro..masalah kecik tu..insyaallah takde apa berlaku...

Bro, aku dah n ak letgo dslr aku..semua skali aku bagi RM3100....mgkn next gear aku cekau d90 plak..insyaallah seminggu dua lagi..tupun kalau mamat tu jadi beli ahad ni.....
Thu 15-Oct-2009 15:40
Posted by:princenebulosh
View all 35 comments Add comment


Sunday, 4-Oct-2009 14:26 Email | Share | | Bookmark
Hari Makan-Makan

Jaja yang nervous
Minum air sikit bagi hilang nervous tu
Jaja & Teacher Mariam
View all 7 photos...


Secara tiba-tiba banyak pula jemputan untuk menghadiri jamuan rumah terbuka yang diadakan pada hari Sabtu lalu. Kalau jemputan itu jaraknya empat lima rantai dari rumah ok juga, boleh harung semuanya dalam sehari. Cuma masalahnya isteri saya bekerja separuh hari pada hari Sabtu dan Jaja pula ada jamuan di sekolahnya pada jam tiga. Jamuan sekolah Jaja kena pergi sebab dia ada buat persembahan. Saya sendiri pada awalnya dah buat keputusan untuk tidak hadir ke mana-mana rumah terbuka dan hanya hadir ke sekolah Jaja sahaja.



Isteri saya cuba mengatur kembali jadual saya. Selepas beliau pulang kerja, selepas Zohor, kami mengunjungi rakan beliau sebelum ke sekolah Jaja. Saya makan lebih kurang aje kerana memikirkan ada lagi jamuan makan selepas ini. Di sekolah Jaja konsep jamuannnya lebih kepada pot luck. Ramai juga ibu bapa yang hadir. Jaja tak beritahu persembahan yang beliau terlibat dan kami hanya mengagak beliau hanya buat persembahan menyanyi. Diluar dugaan rupanya beliau buat persembahan tarian. Geli juga hati melihat Jaja and the gang menari. Cumanya cukuplah zaman kanak-kanak ini sahaja Jaja tunjuk skill, dah besar akil baligh nanti tak usahlah. Lebih ceria apabila Jaja turut mendapat cenderamata antara kanak-kanak yang berpakaian cantik pada hari itu.

Jam sudah 4.30 apabila saya terfikir untuk ke rumah terbuka anggota di Putrajaya. Kerana sebelum itu beliau pernah memberitahu bahawa jamuan beliau sehingga ke malam, maka saya fikir sempatlah saya hadir sekejap. Bila saya call saja sebelum bertolak beliau memaklumkan akan keluar ke Kepong. Hmm saya pun malas nak ganggu program orang, tak apalah. Lalu saya tergerak untuk ke rumah ex-boss saya sewaktu di JPM dahulu. Beliau mengajak saya hadir ke rumah terbukanya setiap tahun namun sekalipun tak pernah saya menjejakkan kaki ke terataknya. Bahkan semasa beliau mengadakan walimah anaknyapun saya tidak hadir. Sebenarnya ketika beliau mengajak saya haritupun saya dah maklumkan tak dapat hadir kerana ada program di sekiolah Jaja. Namun apabila saya fikirkan kembali adalah tidak patut saya tidak hadir kerana tidak sekalipun saya pernah menyahut pelawaannya, maka saya cuba juga untuk mencari rumahnya di Sg. Sekamat, Kajang.

Saya bukan arif sangat dengan area Kajang. Namun kerana ada GPS maka saya beranikan juga diri. Ex-boss saya ini merupakan seorang wanita yang cukup komited dengan kerjayanya. Bagi saya beliau antara boss saya yang hebat kerana cekap dalam kerja serta bijak membuat keputusan. Gaya hidupnya juga cukup simple walaupun saya tahu beliau banyak pitih.walaupun saya hanya bertugas di bawah beliau pada 2000-2001 sahaja namun saya kagum kerana beliau masih ingat dengan saya. Saya masih ingat satu cara beliau untuk melatih saya adalah dengan mengarahkan saya mempengerusikan satu mesyuarat. Sepatutnya beliau yang menjadi pengerusi mesyuarat tersebut. Tetapi beliau menyerahkan kerusi itu kepada saya dan beliau duduk sebagai ahli biasa. Saya akui ketika itu saya berasa amat kerdil kerana banyak perkara yang tidak saya fahami. Namun di mesyuarat itu beliau sendiri yang banyak membantu dengan memberikan penerangan dengan panjang lebar tanpa sedikitpun memperkecilkan saya.

Syukur, dapat juga saya sampai ke teratak beliau. Rumahnya cantik dan besar, tetamu juga masih ramai walaupun jam sudah menunjukkan angka enam. Hidangan juga menarik tambah lagi dengan adanya sate Kajang. Lepaslah hajat saya untuk ke rumah beliau pada tahun ini, Alhamdulillah.

Memandangkan sudah hampir dengan kediaman Prince Nebulosh (princenebulosh.fotopages.com) maka saya ambil kesempatan untuk ke istana beliau di sek. 3 Bandar Baru Bangi. Dapat juga tumpang solat Maghrib. Rumah beliau inipun kali pertama saya bertandang walaupun dah beberapa tahun kenal. Perkenalan yang bermula sewaktu sama-sama mengharungi exam PTK beberapa tahun yang lalu akhirnya berkekalan hingga kini. Tambahan pula beliau kini turut berkongsi hobi fotografi dengan saya.

Sabtu itu sungguh memenatkan bagi ‘driver’ ini. 10.30 malam baru sampai rumah. Nak mandipun malas pasal dah malam sangat dan tak baik untuk kesihatan. Mata pun dah berat, maka terbungkanglah diri ini di atas tikar di depan tv dengan irama krooooohnya seperti biasa!!



alahai, comeinya jaja menari........
bila dh penghujung syawal ni, lg byk la open house yg kena dihadiri.......
http://kimiein.fotopages.com/
Sat 10-Oct-2009 15:31
Posted by:baayah
Selamat Hari Raya . . . .raya memang untuk anak-anak, mereka lebih merasainya dpd kita yg dah dewasa ni. Maaf Zahir Batin moga kebahagiaan milik kita di Malaysia .

http://rnzphoto.fotopages.com
Sat 10-Oct-2009 17:16
Posted by:RnZ Photo JB  - [Link]
Dari perlis sampai ke sabah..jemputan open house masih ada lagi..hehe.. Sun 11-Oct-2009 14:49
Posted by:ais-putih ais_putih@yahoo.cpm  - [Link]
View all 25 comments Add comment


Wednesday, 30-Sep-2009 00:31 Email | Share | | Bookmark
Pak Tua

 


Raya ke-tiga lalu sempat diri menziarahi seorang sahabat zaman sekolah dahulu. Namanya Ezashahdy, tetapi kami memanggilnya Pak Tua. Nama Pak Tua merupakan nama pena sahabat ini yang sering digunakan dalam penulisan karyanya terutama puisi. Pak Tua mempunyai kegemaran yang hamper sama dengan saya. Kami sama-sama meminati sastera. Pernah sama-sama berlakon drama pentas dalam persembahan sempena Maal Hijrah peringkat kebangsaan yang diadakan di Pusat Islam Kuala Lumpur. Bagi kami ketika itu yang berusia dalam lingkungan 14-15 tahun itu merupakan satu pencapaian yang menjadi kenangan manis dan tidak dapat dilupakan. Walaupun tiada upah wang ringgit atau hadiah (menginap pun cuma di Wisma Belia sahaja) ia tetap memberikan satu kepuasan yang sukar digambarkan. Sudahlah begitu, kostum yang dipakaipun saya usahakan sendiri dengan meminjam dari rakan serta senior. Berlakon jadi tokoh korporat kenalah cari blazer. Kita ni anak orang susah manalah ada blazer dengan kasut hitam. Maka terpaksalah tebalkan muka meminjam dari orang. Pak Tua dan saya juga sama-sama main ragbi untuk sekolah. Sekolah kami (SMA Persekutuan, Labu) bukanlah satu sekolah yang dikenali dalam permainan ini. Bahkan permainan ini hanya diperkenalkan ketika kami bersekolah di sini (tak silap dalam tingkatan dua). Memandangkan saya tidak pakar dalam permainan di gelanggang kecil (takraw, badminton, dll) main bola pun lebih banyak sepak kaki orang dari sepak bola, maka eloklah ciri ganas dalam diri dilampiaskan ke padang ragbi. Saya memang seronok dengan permainan ini walaupun pertama kali memainkannya. Kebetulan seorang guru mempunya teman yang merupakan bekas pemain negeri, maka dapatlah kami jurulatih yang benar-benar berkebolehan. Orang kata rugby is a gentleman’s game, ntahlah, yang saya tahu keseronokan saya dating apabila dapat merempuh, melanggar, membentes dan ‘menerajang’ pihak lawan. Dan begitu jugalah yang dilakukan lawan kepada kita. Syukurnya saya tidak pernah mendapat kecederaan yang serius. Kalau adapun perlanggaran dengan teman sepasukan yang menyebabkan beberapa gigi saya serpih sehingga mendatangkan kengiluan apabila makan. Oh ya, biasanya kumpulan ragbi ini mempunyai namanya yang tersendiri seperti SDAR Lion, KGV Barbarian dll, dan sekolah saya menggunakan nama SMAP Ankaboot (Lelabah) Rugby Union. Setahu saya selepas generasi saya permainan ini tidak lagi dimainkan di sekolah kerana tiada jurulatih dan tiada lagi yang berminat untuk meneruskannya. Amat malang apabila gentleman’s game ini pupus begitu sahaja.

Banyak perkara yang kami bualkan dan biasanya diselangi dengan gelak tawa penuh keceriaan. Saya pula suka mengusik Pak Tua dan beliau pula cukup sporting tanpa ada terasa hati. Pak Tua hari ini mencari rezeki dengan menjalankan perniagaan sendiri dalam bidang audio video. Anda boleh mendapatkan perkhidmatan PakTua untuk merakam hari bahagia anda di dalam video. Anda tak perlu ragi-ragu dengan kebolehan beliau memandangkan Pak Tua merupakan videographer rasmi bagi Istiadat Pertabalan Yam Tuan Besar Negeri Sembilan Oktober ini. Maknanya jika kerajaan NS sendiri amat yakin dengan perkhidmatan Pak Tua, maka apatah lagi kita.

Pak Tua boleh dihubungi di talian 0126512531.

Kalau dia tak layan, sebut dia nama Ouled Kenitra, biar saya piuh telinganya!!


Untuk menilai hasil kerja Pak Tua, sila tinjau video klip arahan beliau ini.




salam Dr.. Selamat hari raya .. maaf zahir batin dari saya sekeluarga ... Sat 3-Oct-2009 03:00
Posted by:rais mohdrais81@hotmail.com  - [Link]
bro. kalau ada gambar aksi pertunjukkan udara team thunderbirds di subang,
boleh lah updated nanti..
Sun 4-Oct-2009 05:10
Posted by:ezaiedinRIN  - [Link]
rugby rugby jugak..duit raye mano?..hehe Sun 4-Oct-2009 14:22
Posted by:maya amir  - [Link]
View all 29 comments Add comment


[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.