|
|
| Wednesday, 1-Sep-2010 01:01 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Edisi Kad Raya
|
 |
|
Kad Raya untukmu..
|
|
|
Sabtu lepas hamba berpeluang pulang ke Senawang dan berbuka bersama kedua orang tua. Hamba ambil kesempatan untuk menunaikan tarawih di surau taman. Walaupun ketika itu sudah malam ke-19, hamba lihat saf-saf masih penuh hingga ke belakang. Hamba cuba merenung wajah pakcik-pakcik yang hamba kenali. Ada rasa sayu di hati hamba. Rambut mereka tambah lebat ubanyya, kulit mereka makin banyak kedutnya dan sudah ada antara mereka yang pergi menyahut seruan Ilahi. Solat malam itu berimamkan Ustaz Nordin. Hamba cukup gemar dengan suara dan bacaan Ustaz Nordin dan hamba rasa jemaah yang lain begitu juga. Bacaan beliau cukup dengan tajwid dan lagunya. Bacaan yang dibawa cukup sempurna tidak seperti segelintir imam yang apabila bertarawih membaca seperti keretapi ekspress. Berimam dengan keretapi ekspress ini selalu membuatkan hamba ketinggalan. Belum lagi habis Fatihah hamba, imam sudahpun ke rukun yang seterusnya. Namun dengan Ustaz Nordin hamba rasa cukup relaks bersolat.
Surau ini cuma melakukan solat 8 rakaat sahaja. Bahkan hamba rasa majoriti surau dan masjid di Negeri Sembilan cuma melakukan 8 sahaja. Esoknya hamba ambil kesempatan 'menziarahi' pasaraya besar di Seremban. Selain membeli keperluan rumah hamba sebenarnya teringin nak melihat siapa gerangan yang menjaga kaunter zakat di sana. Ini kerana biasanya yang menjaga adalah rakan-rakan lama hamba sewaktu bertugas di Seremban dulu. Tetapi yang hamba jumpa Ahad lalu tidak hamba kenali dan disebuah lagi pasaraya besar yang hamba pergi tidak kelihatan pula kaunter zakatnya. Tak ada rezeki hamba ketemu sahabat tahun ini. Tapi hamba tunaikan juga fitrah hamba pada hari tersebut. Walaupun ada pendapat mengatakan sebaiknya berzakat di negeri kita mencari rezeki atau tinggal, tapi hamba membayar zakat di negeri hamba ini kerana hamba tahu kutipan zakat mereka tidak sebanyak kutipan di negeri yang hamba tinggal sekarang. Biarlah anak rantau ini menghulur sumbangan untuk orang negerinya yang fakir miskin.
Hamba ambil kesempatan hari ini untuk menyampaikan 'kad raya' yang tak seberapa indah ini. Kalau sahabat mahu tepek di fp masing-masing ahlan wa sahlan hamba ucapkan. Sahabat yang dah lama dengan hamba pasti masih ingat lagi kad raya hamba tahun lepas (yang tak ingat kena cari la kad archieve ye). Kad raya tahun ni bagi hamba tak dapat nak 'celen' lagi kad raya tahun lepas. Apa nak buat, hamba pun kering idea juga.
Kad dari kengkawan
Suazman Mahmud
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 25-Aug-2010 01:12 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Selamat Hari Lahir Ayahanda
|
|
Hari ini hamba mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari lahir buat ayahanda hamba. Nampaknya hari lahir ayahanda jatuh dalam bulan puasa tahun ini. Insya Allah hujung minggu ini anakanda akan pulang untuk berbuka sama.
Gambar ini hamba ambil masih menggunakan e-500 pada tahun lalu sewaktu majlis perkahwinan sepupu hamba. Setelah puas ambil gambar pengantin, hamba ambil kesempatan menggandingkan ayahanda dan bonda hamba di atas pelamin yang indah ini. Kali ini mereka pula jadi model hamba he he he....
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 18-Aug-2010 03:46 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Dah Pun Seminggu Ia Berlalu
|
|
Pejam celik pejam celik, bulan Ramadhan telahpun melepasi seminggu. Begitu pantas sekali rasanya. Sedar tak sedar kita semakin hampir kepada penyudah fasa pertama Ramadhan. Tuan-tuan guru mengajar antara tanda semakin hampirnya kiamat adalah masa terasa begitu pantas. Wallahuaalam, tetapi hamba memang terasa betul betapa pantasnya waktu berlari. Kita datang kerja, sedar-sedar dah petang. Duduk di pejabat inipun rupanya dah lima tahun. Anak-anak semakin besar, dah umur kita juga merangkak dalam tak sedar.
Lagu raya pun dah mula berkumandang di pasaraya, bahkan belum habis hari pertama puasa lagi dah kedengaran di telinga. Tulisan ’sale’ atau ’jualan murah’ meriah terpampang di pusat-pusat perniagaan. Tokey kuih rasanya tersenyum hingga ke telinga suka menerima tempahan yang berganda. Tukang jahit pastinya tak menang tangan menyudahkan jahitan. Kita pula resah melihat wang di dalam dompet yang memanjang surut tak bertambah-tambah. Maka keluarlah pula iklan-iklan tak diundang mencanangkan pendapatan yang berganda-ganda untuk kita sertai. Tak pa lah, korang kayalah dahulu. Banyak sikit zakat boleh keluar tahun ni.
Suraupun kembali meriah. Sekarang dah mula turun sedikit. Hamba sendiripun tenggelam timbul bab ke surau ni. Kalau hamba tak pergi, hamba buatlah sedikit di rumah. Dalam akhbar timbul balik isu 8 rakaat atau 20. Tak payah nak susah-susah lah. Kalau nak buat 8 silakan, kalau mampu buat 20 itu lebih baik. Tak usahlah yang buat 8 kutuk yang buat 20 dan begitulah sebaliknya. Ini cuma ibadah sunat. Yang patut kita hayati betul ibadat wajib seperti puasa itu. Itu yang patut kita banyak bincang dengan tuan-tuan guru. Ini yang dok gaduh sampai tulis dalam surat khabar…..tak usahlah. Letih la tiap-tiap tahun isu yang sama sahaja timbul.
Suami isteri mungkin dah buat mesyuarat agung tahunan membincangkan agenda nak balik beraya mana dahulu. Pakatlah elok-elok, janganlah asik balik satu kampung aje, yang satu lagi tu asik dapat balik lepas lima nam hari raya saja. Ada duit lebih nanti hulur-hulurlah pada orang tua. Dulu mereka yang bagi duit kepada anda setiap kali raya. Sekarang bila dah besar, andalah pula yang beri. Cari duit yang baru (amaun pun lebih la sikit, takkan singgit dua aje), letak dalam sampul raya dan hulurkan semasa salam bermaafan. Mak ayah kita bukannya heran dengan duit kita, mereka cuma mahu kita ingat pada mereka. Pemberian wang sedemikian akan mengembalikan semula ingatan masa silam yang begitu indah sekaligus merapatkan lagi tautan kekeluargaan.
Hmmm hamba dah termasuk sikit bab raya...lambat lagi......konsentret ajelah puasa dulu....
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 11-Aug-2010 01:19 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bumi Cinta -Habiburrahman El Shirazy, Anarkis - K.Nizam Khairani
|
|
Melihat novel terbaru Habiburrahman El Shirazy di atas meja pameran sewaktu Pameran Buku Selangor dua bulan yang lalu, hamba tidak teragak-agak untuk membelinya. Mengenalinya buat pertama kali lewat novel Ayat-Ayat Cinta, hamba terus menyukai cara penulisan beliau dan meneruskan dengan lain-lain tulisan seperti Ketika Cinta Bertasbih, Di Dalam Mehrab Cinta, Ketika Cinta Berbuah Syurga, Pudarnya Pesona Cleopatra dan beberapa lagi. Hamba mengambil masa dua minggu untuk menghabiskan bacaan novel yang tebalnya melebihi 700 mukasurat itu.
Ternyata novel Kang Abik kali ini amat berbeza daripada yang sebelumnya, namun masih padat dengan pengisian ilmu sesuai dengan tagnya novel pembangunan jiwa. Kalau dulu latar novelnya lebih banyak di Mesir dan Indonesia, namun kali ini ia menggunakan latar negara Rusia buat watak utamanya Muhammad Ayyas. Bagaimanakah seorang yang berkelulusan agama menyesuaikan dirinya untuk hidup di negara yang mengamalkan pergaulan bebas, dengan wanitanya yang cantik jelita dan boleh mencairkan hati. Tambahan pula awal kedatangan Ayyas ke Rusia, beliau terpaksa tinggal di apartmen bersama dua orang wanita Rusia, seorang pelacur kelas atasan dan seorang perisik Mossad. Penceritaan turut digaul dengan unsur mafia Rusia, penderitaan rakyat Palestin serta perdebatan secara imiah mengenai ketuhanan.
Sebenarnya novel beliau ini sarat dengan ilmu pengetahuan yang disampaikan secara santai melalui penceritan atau kisah yang dilalui oleh watak-watak di dalam novelnya. Secara peribadi hamba merasakan ini merupakan buah tangan terbaik daripada Kang Abik. Bagi yang belum pernah membaca tulisan beliau dan ingin merasai kenikmatan membaca tulisan beliau, hamba nasihatkan agar membaca novel yang lain dahulu sebelum membaca novel ini. Ini kerana jikalau kita memulakan perkenalan dengan beliau melalui Bumi Cinta dan selepas itu baru kita membaca novelnya yang lain, mungkin kita akan terasa ‘tawar’ kerana kita terlebih dahulu membaca tulisannya yang paling bagus. Ini kerana hamba telah merasakannya dengan karya-karya Ramlee Awang Mursyid. Hamba mula mengenali RAM melalui ‘Tombiruo’ dan seterusnya novel-novel yang lain. Setelah banyak membaca tulisan beliau barulah hamba membaca novel awal beliau ‘Pei Pan’. Jadi apabila membaca Pei Pan, hamba terasa tawar memandangkan Pei Pan tidak sehebat karya-karya beliau yang telah hamba baca sebelumnya.
Hari Ahad lepas juga hamba baru mengkhatamkan sebuah lagi novel bertajuk Anarkis karya Khairul Nizam Khairani. Sebagai pembaca tegar karya RAM, hamba menjadikan tulisan beliau sebagai benchmark dengan karya-karya lain. Sukar untuk hamba membeli novel orang lain selain RAM sewenang-wenangnya. Namun hamba agak tertarik dengan lay out novelnya yang memaparkan seorang lelaki memegang senjata berat. Membaca bab pertamanya mengenai komando Malaysia, Sarjan Awai anak Gamung dalam misi membunuh Jeneral Tanovic sewaktu perang Bosnia, hamba sudah dapat merasakan yang buku ini padat dengan adegan saspens. Hamba mengharapkan agar novel sebegini mempunyai ending yang baik, tidak seperti beberapa novel yang hamba pernah baca, permulaannya cukup menarik tetapi endingnya seolah-olah ditulis oleh penulis yang tak sabar-sabar nak menamatkan novelnya. Rasanya ini kali pertama saya membaca novel yang menampilkan seorang Iban sebagai hero. Ternyata novel ini amat baik sekali penulisannya dan semua plot disusun dengan baik dan teratur. Sepanjang membacanya saya dapat merasakan suasana tegang yang cuba disampaikan hingga membuatkan rasa hati tak sabar-sabar untuk mengetahui apa yang berlaku seterusnya.
Bagi yang dahagakan novel penuh aksi yang bermutu, saya berani merekemenkan novel ini untuk bacaan anda.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 3-Aug-2010 05:28 |
Email | Share | | Bookmark |
|
CCTM2
|
|
Ahad
Jam telah berganjak jauh dari angka 11.
Kurang 4 jam sebelum sebelum hamba mengikuti persembahan Cuci –Cuci The Musical 2 (CCTM2).
Hamba membuka komputer selepas berejam menghabiskan masa menggosok pakaian. Pakaian pejabat hamba untuk seminggu dan pakaian sekolah anak-anak. Seperti biasa perkara pertama yang akan hamba lihat dahulu adalah komen di fp ini. Satu komen terbaru dari Encik Nazri menangkap perhatian hamba (sahabat boleh baca sendiri komen beliau di entry sebelum ini di bawah). Beliau menawarkan kepada saya 5 tiket percuma menyaksikan CCTM2!! Nampaknya beliau telah meletakkan komen tersebut pada awal pagi lagi. Secara kebetulan hamba teragak untuk membuka internet kerana hamba sebenarnya nak berehat seketika sebelum bersiap ke Istana Budaya. Lantas saya panggil isteri untuk membaca sendiri komen tersebut. Isteri saya sebenarnya teringin untuk menyaksikan persembahan tersebut. Tapi apakan daya kerana hamba hanya mempunyai 2 tiket sahaja untuk menyaksikannya. Majidah pula bila isteri hamba usik-usik agar biar beliau sahaja yang pergi, terus tarik muncung panjang. Nampaknya ada rezeki buat isteri hamba dan anak-anak yang lain. Namun hamba masih belum boleh confirm lagi memandangkan kami harus berfikir siapa pula yang harus menjaga baby Mardhiyah.
Encik Nazri hamba hubungi sambil meminta maaf kerana lambat respond komen beliau. Tiket itu menurut En. Nazri berlebih kerana ada antara rakan-rakannya yang tidak dapat memberikan komitmen pada tarikh tersebut. Jadi daripada ia membazir begitu sahaja lalu beliau tawarkan kepada hamba. Tidak pula hamba bertanya beliau daripada mana beliau mendapat alamat fp hamba ini. Namun itulah rezeki yang Allah tuliskan. Hamba minta tempoh beberapa ketika daripada beliau sehingga isteri hamba memberikan lampu hijau.
Alhamdulillah ibu mertua hamba sudi menjaga Mardhiyah. Kelam kabutlah beliau menyiapkan pakaian anak-anak sambil menyuruh mereka mandi dan bersiap. Hamba agak risau dengan Madihah kerana beliau Nampak bad mood pagi ini. Takut hamba kalau beliau membuat ragam di panggung nanti. Lagipun menurut syarat di belakang tiket, hanya kanak-kanak di atas 4 tahun sahaja yang boleh menonton dan Madihah belum mencapai umur tersebut. Tetapi hamba nekad membawa mereka semua. Baby Mardhiyah sahajalah yang ‘terpaksa’ tinggal.
Hamba sekeluarga sampai sekitar jam 2. En. Nazri pula hanya tiba 10 minit sebelum tayangan bermula. Hamba risau juga sebab Istana Budaya ini peraturannya ketat. Kalau penonton lambat kemungkinan besar tidak dibenarkan masuk. Memandangkan nombor tiket yang berlainan, tak dapatlah kami semua duduk sebaris. Tetapi yang lebih mengecewakan hamba adalah peraturan yang tidak membenarkan sebarang gambar atau rakaman diambil. Penat sahaja hamba mengecas d90…..
Persembahan bolehlah dikatakan menghiburkan. Namun walaupun hamba bergelak ketawa, hamba rasa jiwa hamba masih kosong. Ternyata ini bukanlah hiburan yang menjadi makanan jiwa. Sekali sekala hamba mengingatkan diri hamba agar tidak terlalu suka bergelak ketawa, jangan lalai dengan hiburan yang ada. Sama juga seperti ketika menerima hadiah dan bertemu sendiri para pelakon CCTM2, hamba sebenarnya tidak merasa teruja lansung bertemu mereka. Hamba lebih teruja nak melihat gambar rakaman hamba sebenarnya disamping nak menggembirakan Majidah. Orang tua-tua pun selalu pesan, jangan terlalu suka kerana suka boleh membawa duka. Maka kadang-kadang jikalau hamab merasa tawa hamba terlampau, maka hamba cepat-cepat beristighfar kepada-Nya….
Alhamdulillah Madihah tak meragam. Isteri hamba mengkhabarkan Madihah gembira dengan persembahan itu. Orang ketawa dia ketawa, orang dah habis ketawa pun dia masih ketawa. Kadang-kadang dia pula berjoget-joget mengikut telatah persembahan. Kanak-kanak tak apa, orang tua jangan.
Hamba di sini mengambil kesempatan sekali lagi mengucapkan terima kasih kepa En Nazri sekeluarga. Ingat maksud ayat 1000 Dinar. Hamba berdoa agar ni’mat yang hamba dapat adalah selari dengan ayat itu bukannya satu istidraj, yaani satu ni’mat yang Allah beri namun sama sekali tidak Dia redhai!!
|
|
|
|
|
|
| Friday, 30-Jul-2010 01:01 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Penyampaian Hadiah Peraduan Foto CCTM2
|
|
Hamba telah menghadiri majlis penyampaian hadiah Peraduan Foto Cuci-Cuci The Musical 2 (CCTM2) pada Ahad lalu, 25 Julai 2010. Hamba membawa Majidah bersama memandangkan gambar yang bertuah itu adalah air tangan beliau sendiri, seperti yang hamba catat pada entry yang lalu. Anak-anak lain nak ikut juga tetapi hamba tak berani nak bawa memandangkan pihak urusetia tidak memaklumkan sama ada pemenang boleh bawa ramai pengikut atau tidak. Kesian juga hamba pada mereka.
Lepas solat Zuhur di rumah hamba terus bertolak ke Istana Budaya dan sampai sekitar jam 2.30 petang. Majlis akan bermula pada jam 3.00 dan hamba masih ada masa sedikit. Rupanya hamba orang pertama yang mendaftar. Awal sangat ke hamba ni...
“Ayah, kakak nampak gambar ayah”
“Mana....?”
Majidah menunjukkan hamba pada gambar-gambar yang memenangi hadiah yang ada dipamerkan berhampiran kaunter pendaftaran. Lantas hamba meneliti sama gambar-gambar lain yang turut memenangi hadiah. Hamba tak mau komen tentang gambar orang lain, namun hamba paparkan di entry ini gambar-gambar mereka untuk para sahabat membuat penilaian. Sedang hamba melihat-lihat gambar datang seorang wanita (urusetia) yang bertanyakan yang mana satu gambar hamba. Setelah ditunjukkan, beliau menyatakan bahawa para urusetia semenjak pagi lagi telah bertanya-tanya siapakah tuan yang empunya gambar ini. He he, itu gambar sudah ada orang yang minat....
Majlis bermula lewat sedikit kerana masih ada para pemenang yang belum tiba. Dan walaupun para pemenang sudah tiba majlis masih bermula lewat kerana artis juga belum tiba. Hamba rasa kalau yang datang itu kakitangan Gomen sudah tentu berbakul sumpah seranahnya kerana datang lewat. Majidah sendiri dah berasa nak balik rumah kerana bosan menunggu. Sempat hamba bertanya kepada seorang urusetia kenapa gambar yang dipemerkan hanya sedikit sedangkan hadiah yang disediakan adalah sebanyak 70. beliau menyatakan urusetia terpaksa menolak banyak penyertaan kerana gambar yang dihantar itu ‘biasa-biasa sahaja’ dan tidak menampilkan unsure krestif seperti yang disyaratkan.
Setelah letih hamba berdiri maka urusetiapun memulakan majlis. Majoriti pelakon utama teater CCTM2 ini muncul dimajlis tersebut. Dalam ucapan pengacara majlis beliau secara terang-terang menyebut nama hamba dan gambar hamba sebagai favourite beliau. Malah semasa mengumumkan para pemenang untuk mengambil hadiah, beliau merujuk hamba sebagai ’abang kain pelekat’ berdasarkan gambar yang hamba persembahkan. Hamba sepatutnya mengambil hadiah daripada Afdlin Shauki. Namun kerana melihat hamba ke depan bersama kamera, lantas beliau berteriak ”Ni gambar dia ni sapa nak ambil?” Lantas beliau mengambil kamera hamba dan beliau sendiri mengambil gambar hamba menerima hadiah daripada urusetia. Maka jadilah hamba seorang sahaja yang mengambil hadiah bukan daripada cast CCTM2. Seperti yang dimaklumi pemenang akan menerima dua keping tiket bagi menyaksikan persembahan CCTM2. Namun di majlis ini pememang turut diberikan satu lanyard dan pinggan perhiasan yang memaparkan empat watak utama teater CCTM2. Sekeping tiket berharga RM130.00. Hmm kira berbaloi la hamba habiskan sedikit masa untuk berfikir mengenai idea, ambil gambar dan buat sedikit editing. Dua keping dah RM260.00. Tapi ada satu keluarga yang dapat empat hadiah, bermakna 8 tiket. Agaknya beliau submit gambar menggunakan lain-lain nama. Tak apalah dah rezeki dia. Lain kali kalau ada rezeki kita masuk lagi.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 21-Jul-2010 01:48 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Air Tangan Majidah
|
 |
|
Juara Foto Cuci-Cuci The Musical
|
|
|
Dear En. Mizhar Bin Haji Mazlan
CONGRATULATIONS!!
You have just won two (2) tickets to “CUCI The Musical 2” for your participation and winning entry for the ‘Peraduan Cuci Macam Saya’ on the 1st August 2010 (Sunday).
You are cordially invited to attend the prize-giving ceremony as well as Meet & Greet with CUCI The Musical 2 casts on the 25th July 2010 at 3.00pm, Selasar Tualam, Istana Budaya, Kuala Lumpur…...
Begitulah antara isi satu e mel yang hamba terima semalam. Ia memberitahu akan pemilihan gambar hamba antara salah seorang pemenang CCTM2. Gambar di atas inilah yang membawa kepada pemilihan tersebut. Lebih istimewa ia diambil oleh Majidah sambil dibimbing oleh hamba. Sebanyak 3 atau 4 shot diambil dan hamba memilih shot di atas dan diberikan sedikit enhancement. Ini kali pertama hamba memang hadiah melalui fotografi. Sebelum ini dalam pertandingan anjuran fotopages hamba pernah menang dua kali. Tapi yang itu hamba tak dapat apapun cuma diberi keistimewaan memilih sendiri tajuk pertandingan yang seterusnya.
Hamba mula memikirkan tentang idea di atas semenjak mengisi boring pertandingan. Namun dressing seperti yang dipaparkan sebenarnya tiada dalam fikiran hamba. Ia terjadi apabila hamba melihat cuaca petang begitu cantik, dan Majidah pula ada di rumah tidak bersekolah, maka terus hamba ajaknya keluar rumah dan hambapun mengatur sedikit prop. Memandangkan waktu sudah petang hamba terasa malas pula untuk menukar pakaian kepada yang lebih elok sedikit. Maaflah kerana tubuh hamba tak serupa Ishak Raja Etam atau Sazali Samad jauh sekali Arnold Susah nak eja. Simple dengan singlet apek sahaja. Maaflah andai ada antara anda yang terganggu fikirannya melihat aksi sebegini (kah kah kah).
Tiada kamera istimewa yang digunakan. Memadai dengan p&s Ricoh R50 10mp. Ini kerana Majidah memang hamba belum pernah lagi beri memegang DSLR hamba. Setakat ini beliau cuma bermain dengan kamera ini atau sebuah lagi p&s berjenama Olympus. Elok dia bermain dengan p&s dahulu memandangkan ayahnya juga berlatih bertahun dengan p&s sebelum beralih ke DSLR.
Kalau ada rezeki lagi, hamba ingin memasuki mana-mana pertandingan fotografi. Dan hamba rasa para sahabatpun patut mencubanya juga….
|
|
|
|
|
|
| Friday, 16-Jul-2010 01:06 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Dare To Dress.......Anyone?
|
 |
|
Ouled's Chamber
|
|
|
Terlebih dahulu hamba mengucapkan terima kasih di atas pandangan dan saranan yang sahabat berikan pada entry di bawah. Hamba mengakui sejak dahulu lagi hamba banyak memikirkan satu faktor yang turut disentuh beberapa sahabat iaitu peruntukan masa, bahawa kita terpaksa mengorbankan masa hujung minggu yang sepatutnya dihabiskan bersama keluarga. Hamba masih lagi memikirkannya dan terus memikirkannya……
Semasa warta berita malam tadi ada juga kedengaran sipi-sipi di telinga tentang pengurangan subsidi terhadap gula dan petrol. Tetapi disebabkan diri ini membuat kerja lain maka tak dapat menangkap isinya dengan terperinci. Apabila mendengar siaran berita radio dalam perjalanan ke pejabat pagi tadi barulah sedar bahawa harga minyak telah naik lagi. Nak mengeluhpun takkan merubah apa-apa. Cuma kita boleh berharap umpama kata PM bahawa subsidi yang ditarik balik itu akan digunakan untuk rakyat, bahawa ia akan benar-benar digunakan untuk rakyat dan bukannya untuk kepentingan lain khasnya individu. Kita faham bahawa harga minyak di pasaran dunia juga terus-terusan meningkat dan kenaikan sememangnya tidak dapat dielakkan. Mungkin hamba juga patut mengurangkan 5 sen dalam pengambilan makan tengahari hamba……
Seperti biasa di hari Jumaat yang berbahagia ini hamba akan memakai baju Melayu ke pejabat, sesuatu yang telah hamba biasakan semenjak sebelum hamba berkahwin lagi. Apabila berbaju Melayu, biasanya dulu akan ada lawak cerdik cerdik bodoh – ”Waa hensem la encik, macam pengantin. Ni orang rumah percaya ke ni encik.....”
Kadang-kadang hamba akan kata saja ”Isteri saya akan lebih tak percaya lagi kalau saya berbaju biasa di hari Jumaat”.
Kerana lawak cerdik cerdik bodoh sebeginilah ramai rakan-rakan yang tidak mahu memakai pakaian ini ke pejabat di samping alasan-alasan lain seperti menyusahkan kerana perlu memakai samping, atau lepas pejabat nanti nak ke shopping complex, malulah kalau pakai baju Melayu.
Setiap tahun terutamanya menjelang hari raya kita akan menempah paling kurang sepasang baju Melayu. Namun selepas hari raya itu ke manakah perginya baju Melayu kita? Paling kuatpun kita cuma memakainya untuk pergi berjemaah di surau. Itupun hanya baju yang dipakai bersama kain pelekat. Manakala seluar dan kain samping terlipat elok di dalam gerobok. Akhirnya setelah berapa lama kita bising sendiri apabila seluar kita rosak digigit tikus dan lipas atau berubah kekuningan akibat kesan udara. Mengapa tidak dipakai saja ke pejabat semasa hari Jumaat. Perasaan malu itu akan hilang dengan sendirinya apabila ia selalu dipakai. Lagipun apa yang nak di malukan, ini adalah pakaian kita, kalau bukan kita yang memakainya siapa lagi. Teringat hamba satu ketika dulu sewaktu bapa mertua mengadakan majlis kenduri perkahwinan adik ipar hamba, salah seorang tetamu yang datang merupakan seorang Sikh yang datang lengkap dengan baju Melayu bersamping songket. Cuma serbannya sahaja yang tidak bertukar songkok. Maka ramailah muka-muka Melayu dan Jawa yang memandang dengan takjubnya akan lelaki Sikh itu. Sepatutnya malu sendiri kerana orang lain pula yang bangga menggayakannya.
Amacam, minggu depan ’ada bran’ pakai baju Melayu ke pejabat?
| Quote: | | Inilah rupa ruang kerja hamba. Dulu hamba duduk di luar aje dicelah partition sepertimana kakitangan lain. Hamba ada bilik di tingkat bawah sebenarnya tetapi memandangkan ruangan bawah itu tidak digunakan memandangkan kakitangan yang tidak ramai, maka semuanya dikumpulkan ditingkat paling atas dan hambapun duduklah di satu ceruk. Apabila boss baru masuk hujung tahun lepas hamba diminta berpindah ke bilik ini yang terletak di depan bilik boss. Hamba memang keberatan. Bilik ini sebenarnya direka sebagai bilik interogasi (macam yang biasa anda lihat di dalam drama bercorak kepolisian), satu ruang yang kecil, bertutup dan tidak bertingkap. Hamba rasa sesak nafas duduk di sini dan rasa terkurung kerana tiada apa pemandangan yang dapat hamba lihat. Namun hamba tetap bersyukur walaupun jiwa merintih…… |
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 13-Jul-2010 01:13 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Nadzirah & Hairul
|
|
 |
|
Nadzirah & Hairul
|
|
|
Memandangkan seruan hamba bagi mendapatkan henfon baru dari para sahabat tidak bersahut, maka terpaksalah hamba memecah tabung bagi membeli sebuah henfon murah buatan Malaysia. Hamba tahu henfon buatan China lebih murah, tapi hamba dah serik. Sekali jatuh terus retak skrin. Bateri pulak cas sekali lepas dua jam dah habis. Apa nak buat, taik kambing bulat-bulat!
Hamba ucapkan terima kasih kepada para sahabat yang mengunjungi fp hamba sejak sekian lama. Sehingga ada sahabat yang mahu menggunakan khidmat hamba bagi mengabadikan kenangan indah mereka. Namun belum ada satupun yang hamba ambil secara rasmi. Apa pendapat para sahabat, adakah hamba perlu melangkah ke tahap seterusnya dengan menyediakan perkhidmatan mengambil gambar khususnya buat para pengantin baru (……dan seterusnya mengisi kantung hamba yang selalu kering di pertengahan bulan). Hamba mohon pendapat sahabat sekalian. Mungkin boleh dinilai melalui gambar terbaru pada entry kali ini yang hamba ambil pada Sabtu yang lalu.
So, wat da ya think?
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 1-Jul-2010 02:10 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ku Kehilangan Khazanah Graham Bell
|
|
Hamba rindu 'budak usuk' ni bila outstation.....
Hamba kehilangan henpon semalam di RnR Seremban. Mungkin tercicir mungkin dicopet, walLahuaalam. Baru dua bulan je hamba pakai henpon tu. Walaupun henpon hamba murah tapi bila hilang kerugian hamba bukan setakat pada tongkolnya tetapi juga kandungan di dalamnya seperti nombor kawan-kawan juga gambar anak hamba yang baru lahir sewaktu masih di hospital. Sudah 'adat' di negara kita kalau hilang henpon tu tak usahlah bermimpi untuk mendapatkannya semula. Ia akan menjadi simpanan kekal rakyat berbudi bahasa yang menjumpainya. Hamba cuba hubungi semula nombor hamba sebaik menyedari kehilangannya dan ternyata ia telah dimatikan apabila hanya voice mail sahaja yang menjawab. Murni sungguh rakyat negara kita. Kalau hamba kata orang ini israel pasti dia marah, tapi itulah dia....
Hamba ketika itu dalam perjalanan ke Johor Bahru kerana akan mengikuti latihan menembak di IPK JB. Sabtu ini hamba akan mewakili Maritim Wilayah Selatan dalam pertandingan menembak yang akan diadakan di Kuantan. Hamba tak membawa harapan yang tinggi. Hamba cuma nak main pistol sahaja.
Sesiapa nak derma henpon baru pada hamba, silalah pos pada hamba....he he
|
|
|
|